Friday, May 8, 2009

PAS MEMBISU? BISU LEBIH BAIK DARIPADA BERCAKAP PERKARA SIA-SIA


Kelmarin, bernama telah melaporkan satu berita yang cukup penuh dengan hikmah. Di sebalik ayat-ayat yang ingin memburukkan PAS itu, terselit satu hikmah yang cukup besar, yang jarang diperhatikan oleh manusia biasa. Hikmah tersebut ialah “bisu” atau berdiam diri. Media agak panas punggung apabila pimpinan PAS mengambil tindakan berdiam diri daripada membuat sebarang kenyataan.

Jelas, ini adalah satu tindakan yang betul. Kenapa media perlu “buat ayat” sekiranya mereka tidak dilayan? Bukankah sebelum ini media menjadi agen menyebar fitnah? Apabila pimpinan PAS membisu, mereka juga ingin cuba membuat fitnah. Inilah media akhir zaman. Pada pandangan anda, wajarkah PAS mengambil tindakan membisu?

Bagi saya, saya cukup setuju. Ini kerana sekiranya “berkata” akan dijadikan bahan oleh media untuk melaga-lagakan sesama ahli PAS. Nabi Muhammad SAW sendiri telah menasihatkan kita :

Sesiapa yang banyak berkata, maka banyaklah salahnya. Sesiapa yang banyak salahnya, maka banyaklah dosanya. Sesiapa yang banyak dosanya, maka nerakalah lebih layak baginya. (Imam As Sayuti, Jami’ As Saghir : 8990)

Selain itu, sepertimana yang telah saya jelaskan sebelum ini, Najib juga turut mengambil tindakan membisu dan langsung tidak didedahkan oleh media. Adakah kebisuan Najib itu juga satu perbuatan yang baik? Hakikatnya ialah, berkata perkara-perkara benar sahaja, sekiranya ia adalah kalam yang sia-sia maka lebih baik berdiam diri.

Si Najib ni, kalamnya sikit, tetapi setiap tutur katanya yang sedikit itu sudah mampu menyusahkan ramai pihak. Hakikatnya, “bisu”lah daripada berkata sesuatu yang akan menimbulkan fitnah. Tetapi, lantanglah bersuara mengecam kezaliman! Najib pula terbalik, dia bisu daripada berkata tentang kebenaran, tetapi bersuara apabila ingin membuat kezaliman. Maka, seeloknya kita tinggalkan sahaja amalan ini.

Di dalam hadis di atas menjelaskan tentang bahaya lidah. Walaupun seseorang itu menulis blog sekalipun, ia boleh diertikan dengan makna hadis ini. Ini kerana kadangkala tulisan tangan itu lebih tajam daripada lidah. Media juga perlu diingatkan supaya tidak menjadikan lidah dan tangan untuk menyebarkan fitnah. Kelak, neraka adalah tempatnya. Buang masa sahaja bersusah payah mencari gaji yang secupak tetapi dibalas dengan neraka yang berganda.

Kejahatan yang berlaku akhir zaman ialah wujudnya orang bodoh yang lantang bersuara, dan ulama’ yang berbisu, tidak mahu menyekat kejahatan. Sekiranya ada yang menuduh Tok Guru sebagai ulama’ yang bisu di dalam hadis ini, hakikatnya orang itu adalah seorang bodoh yang lantang bersuara!

“Bisu”lah daripada tersalah dalam percakapan, tetapi lantangkan suaramu menentang kezaliman dan maksiat. Inilah nasihatku buat semua manusia, tidak kira pimpinan PAS atau UMNO. Janganlah jadi orang yang bisu daripada menegur kemaksiatan, tetapi lantang untuk menegakkan kezaliman.

Salam Perjuangan

Dr Fikrah

No comments:

Post a Comment