Adakah kita menyalahkan penari tersebut, atau kita menyalahkan pihak penganjur? Sudah pasti pihak penganjur, kerana mereka sepatutnya bertanggungjawab terhadap setiap slot di dalam program tersebut. Sepertimana yang telah disebut, slot tarian tersebut di luar pengetahuan pihak penganjur, tetapi, sikap “tidak tahu” itu patut ditanggung oleh penganjur, kerana mereka sepatutnya mengetahui setiap perincian program.
Saya yakin, sekiranya program Festival Asean itu berjaya dengan gilang-gemilangnya, sudah pasti semua pihak akan mengaku bahawa merekalah yang menganjurkan program tersebut. Tetapi, apabila berlaku kesilapan, atau kecacatan, masing-masing “sorok tangan”. Perkara ini tidak sepatutnya dilakukan oleh pihak penganjur, kerana sikap berlepas tangan ini adalah sikap yang tidak bertanggungjawab.
Kalau sebelum ini, terjadi kes yang sama, iaitu seorang mahasiswa Melayu membunuh rakannya, yang berlaku di Mansurah, Mesir. Berduyun-duyun pihak mempersalahkan Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) kerana kes tersebut. Tetapi hakikatnya, pembunuh tersebut tidak berdaftar sebagai ahli PMRAM, Badan Kebajikan Anak Negeri, ataupun Dewan Perwakilan Mahasiswa.
Fitnah sebegini akhirnya terpalit kepada muka mereka sendiri. ISMA Mesir pula sedaya upaya menafikan kesilapan tersebut, sedangkan dia turut sama sebagai penganjur. Bahkan ISMA Mesir adalah sebuah persatuan dan kenyataan tersebut disiarkan di dalam webnya. Kesilapan ini sepatutnya diakui, dan bukanlah dengan menghujum blog-blog yang bersifat peribadi.
Memang benar, orang yang makan cili, akan terasa pedas. Sekiranya ISMA merasakan mereka difitnah, maka tidak perlulah merasa pedas dengan fitnah tersebut. Tetapi, apa yang berlaku adalah sebaliknya. Mereka terasa pedas dengan tulisan-tulisan blog tersebut. Ini kerana mereka menganggap mereka adalah persatuan yang “bersih”, dan mendasari manhaj, tetapi hakikatnya mereka sahaja yang tahu.
Saya tidak berniat memburukkan ISMA, tetapi saya berniat supaya ISMA tidak keterlaluan di dalam membuat kerjasama. Nadi UMNO yang jelas berpijak dengan stand politik, turut dijadikan kerjasama dengan ISMA. Sedangkan JPMK habis-habisan melarang mahasiswa al Azhar daripada berpolitik. Sudahnya, semua pihak terpalit dengan tahi yang mereka cuba lemparkan kepada orang lain. Maka, rasailah tahi sendiri.
Salam Perjuangan
Dr Fikrah
No comments:
Post a Comment