Entah kenapa, sejak kebelakangan ini saya merasakan bahawa saya terpaksa mengulas komen yang diberi. Isu-isu yang berselirat di keliling pinggang ini kadangkalah tak cukup tangan untuk diulas. Namun, saya anggap beberapa komen yang diberikan, perlu diulas terlebih dahulu, memandangkan ia adalah sesuatu yang penting untuk dijelaskan. Saya juga mengucapkan terima kasih kepada mereka yang bertanya kerana terdetik untuk memahami Islam yang sebenar.
Soalan yang ditanya ialah, “Bilakah seseorang itu memeluk Islam?”, “Bilakah kita menerima Islam?, “Bilakah kita dikatakan sebagai seorang yang Islam?”, dan yang sewaktu dengannya. Mungkin kalau kita katakan, seorang yang bukan Islam, mempunyai tarikh tertentu untuk menggelar dirinya sebagai Islam, tetapi bagaimanakah pula dengan kita? Bilakah kita menganut Agama Islam? Bilakah kita menerima Islam daripada Allah?
Perkara pertama yang perlu difahami ialah, Islam itu bukanlah “nama” semata-mata. Islam itu ialah pegangan, mengucap dua kalimah syahadah dan praktikal. Maka, sekiranya seseorang itu sudahpun mempunyai 3 perkara ini, dia adalah seorang Islam. Apakah yang dimaksudkan dengan pegangan? Apakah yang dimaksudkan dengan dua kalimah syahadah, dan apakah pula yang dikatakan dengan praktikal.
Pegangan ialah i'tikad, kepercayaan dan yang sewaktu dengannya. Apakah pegangan kita? Kita berpegang kepada rukun Iman yang enam. Iaitu, kita berpegang bahawa Allah itu adalah Tuhan Yang Maha Esa, wajib disembah dan sebagainya. Kemudian kita berpegang dengan kewujudan malaikat dan yang berkaitan dengannya. Kemudian, kitab-kitab Allah, nabi-nabi Allah, Hari Kiamat, dan ketetapan dan ketentuan Allah.
Pegangan ini adalah pada hati. Maka, sesiapa yang di dalam hatinya tiada pegangan ini, maka dia tidak layak digelar Islam. Contohnya orang yang tidak meyakini Nabi, atau sunnahnya. Atau orang yang mengetahui Allah itu ada, tetapi tidak merasa Ia perlu disembah. Atau kita tidak yakin dengan kebenaran al Quran, bahkan kita merasakan al Quran itu ketinggalan. Maka, orang seperti ini adalah mereka yang tiada pegangan terhadap Islam, dan mereka tidak layak digelar Islam.
Sesiapa yang sudah berpegang dengan keenam-enam perkara ini, maka dia sudah layak digelar Islam. Soalan yang ditanya ialah bilakah seseorang itu dikatakan Islam? Seseorang itu dikatakan Islam apabila dia sudah berpegang dengan keenam-enam perkara ini. Sekiranya berpegang dengan 4 sahaja, belum dikatakan beriman, dan sebagainya.
Cuma, pegangan ini adalah persoalan hati. Kita tidak tahu sejauh manakah pegangan seseorang itu terhadap keenam-enam perkara ini, kerana ia adalah persoalan hati. Maka, kita tidak boleh sewenang-wenangnya menuduh seseorang itu kafir, atau mengatakan Islam kepada orang yang jelas kekafirannya. Pegangan dengan hati ini adalah hubungan dia dengan Allah sahaja. Ikuti sambungannya akan datang…………
Salam Perjuangan
Dr Fikrah

Orang bangsa lain masuk Islam ada tarikh, orang Melayu tak ada tarikh, nasib baik kerajaan Malaysia ni masukan dalam perlembagaan, bangsa Melayu adalah Islam agamanya. Ada juga baiknya kerajaan yang saudara cemuh dan cela tu kan, kalau tak, tak tahulah apa agama kita sekarang ni...
ReplyDeletewalaupun bukan pengiktirafan dari Allah sekurang-kurangnya kerajaan dah beri pengiktirafan kat kita kan....tak cukup dalam perlembagaan dalam IC pun dituliskan.....apa nak lagi. MAKA ISLAMLAH AGAMA KITA.