Bencana terbahagi kepada dua jenis, iaitu ujian daripada Allah, yang kedua ialah azab daripada Allah untuk memusnahkan sesebuah kaum. Perkara ini telah dijelaskan di dalam al Quran dengan begitu jelas. Persoalan yang ingin saya lontarkan di sini ialah, adakah kemenangan Zambry ini satu ujian daripada Allah SWT? Ataupun azab yang diturunkan oleh Allah SWT kepada kita?
Marilah kita koreksi kembali diri kita, khususnya kepada PAS sendiri, dan umumnya PR. Bahkan lebih umum lagi ialah semua rakyat Malaysia. Kadangkala kita tidak menyedari, kejahatan kita yang lalu menyebabkan kita diazab oleh Allah SWT. Bahkan ketaqwaan kita menjadikan kita ditinggikan oleh Allah SWT kerana diuji olehnya.
Maka, sekiranya kita merasakan bahawa kemenangan Zambry ini adalah satu azab bagi kita, maka, bersegeralah bertaubat kepada Allah SWT. Kadangkala, kita sebagai pendokong dan penyokong Islam, sedangkan kita sendiri terlupa perkara-perkara yang asas dalam Islam. Terdapat juga penghinaan yang tidak sepatutnya kepada mereka, contohnya dengan mengeluarkan kata-kata mencarut.
Kita boleh menceritakan kezaliman seseorang, tetapi tidak pula kita dibenarkan menyebut perkataan-perkataan yang mencarut. Kadangkala sedang kita asyik berdakwah dan menjalankan aktiviti pilihanraya, kita terlepas waktu solat. Kadangkala kita terleka sehinggakan terlupa waktu solat.
Hakikat ini pernah terjadi ketika Perang Ahzab. Disebabkan serangan yang bertalu-talu oleh orang kafir menyebabkan terdapat di kalangan orang Islam yang terlepas waktu solat. Maka, Oran-orang tersebut terpaksa mengqadha’kan solat mereka, bahkan mereka menyebut “Celaka wahai orang kafir, kerana engkaulah kami terlepas waktu solat”. Lalu mereka berdoa kepada Allah supaya membalas azab yang setimpal kerana telah menyebabkan mereka terlepas waktu solat.
Hari ini, kita sebagai pejuang Islam, kadangkala kita tidaklah sesibuk seperti para sahabat ketika menerima serangan yang bertalu-talu. Tetapi kita masih beralasan untuk “menyibukkan” diri dengan perkara-perkara ini. Waktu solat itu panjang, maka, utamakanlah perkara yang utama. Mungkin juga disebabkan kelalaian kita bersolat, menyebabkan Allah SWT mengazab kita dengan memberi kemenangan kepada Zambry.
Begitu juga, di antara kita yang berjuang untuk mendapatkan sesuatu, bukannya untuk menaikkan Islam. Kadangkala, kita hanya menentang UMNO kerana UMNO itu tidak memberi imbuhan kepada kita. Saya harap perkara ini tidak berlaku di kalangan kita. Maka, sekiranya terdapat orang seperti ini, maka, Allah SWT telah menurunkan azab dengan memberi kemenangan kepada Zambry.
Hakikatnya, saya tidak menuduh perkara ini dilakukan oleh anda, tetapi sekadar berkoreksi diri. Kadangkala kata-kata saya benar, dan mungkin lebih banyak salahnya. Maka, ambillah yang benar, dan tinggalkanlah yang salah.
Salam Perjuangan
Dr Fikrah

No comments:
Post a Comment