Di dalam Blog Cina Islam dan berita yang disiarkan oleh Utusan, memberitahu bahawa di Istana Kinta terdapat kawalan polis kerana mereka diberitakan akan kedatangan Menteri Besar untuk mengadap Raja untuk menghantar surat mohon mengadap. Namun, Utusan memberitakan bahawa Dato Seri Nizar tidak hadir ke istana pada hari tersebut.
Saya terfikir, mungkin mereka diwar-warkan akan ketibaan Dato Seri Nizar, lalu polis segera mengambil tindakan mengawal Istana. Tidakkah anda terfikir, apa perlunya kawalan polis tersebut? Adakah seorang penjenayah akan datang untuk menyerang istana? Adakah Dato Seri Nizar akan datang dengan membawa sepucuk pistol atau .. atau .. atau?
Banyak persoalan yang timbul. Samada di jadualkan ketibaannya atau tidak itu persoalan lain. Tetapi apa yang perlu difikirkan di sini ialah peranan polis yang mengawal istana tersebut. Timbul juga persoalan, kenapakah polis diberi arahan sebegitu? Ya, memang pelik dan mengelirukan.
Kejadian pelik kerap terjadi di kebanyakan tempat, contohnya ketika Demo Bantahan PPSMI, BERSIH, dan banyak lagi. Di dalam perhimpunan tersebut, tiada sebarang kelakuan jenayah pun yang dilakukan. Bahkan antara yang hadir di dalam perhimpunan tersebut adalah golongan-golongan yang lemah.
Adakah perhimpunan tersebut bertujuan membakar bangunan atau merosakkan harta benda awam? Tetapi, mereka dikawal seperti seorang penjenayah yang mempunyai senjata! Begitu juga apa yang terjadi semalam, Dato’ Seri Nizar seolah-olah dilabelkan sebagai penjenayah yang membahayakan.
Terdapat juga kemungkinan, sekiranya Dato Seri Nizar benar-benar akan datang mengadap pada hari lain, sudah pasti polis akan datang mengawal. Atau, berkemungkinan juga Dato Seri Nizar tidak dibenarkan mengadap Raja untuk menyekat usul tersebut daripada sampai ke tangan Raja. Kenapakah hasil usul tersebut perlu disekat? Inilah hakikat Malaysia hari ini..
Salam Perjuangan,
Dr Fikrah
No comments:
Post a Comment