Saturday, April 11, 2009

MENJAWAB ISU “PAS MENYAMARATAKAN ANTARA AGAMA” (siri 2)

Persoalan asal ialah “benarkah PAS menyamaratakan antara agama?”. Jawapannya tidak. Memang benar, orang kafir zimmi, berhak meneruskan ibadah mereka. Tiada siapa boleh mengganggu hak mereka untuk beribadah. Tetapi, sekiranya melibatkan Islam, maka itulah yang perlu ditentang. Memang benar, kafir zimmi bebas menganut agama mereka, dan beribadah cara mereka, asalkan tidak menyentuh sensitiviti Islam.

Persoalan tentang penggunaan kalimah Allah, akan dijelaskan di dalam siri yang lain. Contoh isu yang pernah berlaku ialah, kes murtad Lina Joy. Orang yang murtad tidak boleh berhujah dengan kebebasan beragama. Ini kerana sekiranya mereka tiada paksaan dalam beragama, tetapi mereka diharamkan daripada murtad. Murtad boleh dihukum bunuh.

Manakala bagi orang kafir yang ingin memeluk agama Islam, tiada dalam undang-undang mereka, yang menjatuhkan hukuman bunuh. Ini kerana mereka yakin bahawa Islam itu benar. Cuma, Islam diburukkan dengan nama UMNO yang mengatakan mereka adalah Islam, lalu mereka telah memburukkan pandangan orang bukan Islam terhadap kesucian Islam.

Di dalam peristiwa Saidina Umar di dalam siri 1, beliau sendiri membenarkan mereka beribadah dengan bebas, selagi mana tidak mengganggu Islam. Inilah ketuanan Islam. Sekiranya mereka merasa tidak perlukan perlindungan, tiada masalah, kerana keselamatan mereka tidak dijamin. Inilah cara perjanjian yang telah dilakukan oleh Nabi SAW sendiri.

Di dalam perjanjian dengan orang Yahudi di Madinah, Baginda SAW telah membuat satu perjanjian, iaitu orang Islam dan Yahudi saling bantu membantu menolak sebarang bentuk kezaliman, dan memerangi sesiapa yang berpaling daripada perjanjian ini. Seterusnya orang Yahudi dan Islam perlu saling bantu membantu di dalam suasana peperangan. Kesemuanya ada 12 perjanjian, dan kedua-dua pihak bersetuju.

Hakikat hari ini, Yahudi tidak dilihat sebagai orang menepati perjanjian, dan mereka sering melanggar perjanjian. Contoh yang berlaku seperti Bani Qainuqa’ ialah menganggu wanita Islam yang berada di pasar mereka. Tetapi hari ini, serikandi PKR dilondeh seluar ketika melalui kawasan BN. Fikirlah sendiri. Takkan hendak dituduh sebagai Yahudi pula…

Disebabkan mereka melanggar perjanjian tersebut, maka Nabi Muhammad SAW mengisytiharkan perang kepada golongan ini. Ini kerana mereka telah melanggar perjanjian yang mereka sendiri persetujui. Ya, PAS juga mempunyai perjanjian dengan DAP dan PKR. Sekiranya masakan boleh bergabung.

PR hari ini juga bersatu menolak segala anasir kezaliman, dan rampasan hak. Sama seperti apa yang telah dilakukan oleh Nabi Muhammad SAW sendiri. Sekiranya PKR dan DAP bercanggah dengan perjanjian, maka PAS tidak teragak-agak untuk berpecah daripada mereka. Inilah ketegasan Islam yang sepatutnya.

Salam Perjuangan
.
Dr Fikrah

1 comment:

  1. Hanya jauhari sahaja yang mengenal manikam.
    Adake boleh agama Islam itu disamaratakan dengan agama yang lain.
    Tahukah kamu manusia yang telah beragama dengan Allah dan Rasulnya, begitu tinggi martabatnya dibanding dengan segala manusia.
    Inilah orang Melayu baru pandai baca ayat dah merendahkan agama Allah??
    Orang Yahudi tu lebih tahu tentang kelebihan agama Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad, itu pasallah mereka berjanji akan memerangi agama ini. Sangat menyedihkan melihat orang Melayu. Ilmu dunia dahlah kurang ilmu akhirat lagilah tak ada. Sesama sendiri bercakaran. Entah ape-apetahh.....

    ReplyDelete