Sunday, May 3, 2009

ISU AGAMA ANAK : TIADA SIAPA INGIN BERFATWA?

Isu tentang istilah “fatwa” kadangkala tidak difahami dengan betul. Sejarah ini bermula semenjak munculnya Masyitah untuk mengeluarkan “fatwa” tentang penghalalan zina. Sehingga hari ini, istilah “fatwa” semakin hebat digunakan. Antara sebutan-sebutan orang yang mendakwa itu dan ini sebagai fatwa ialah ketika isu Allah samseng, Sure Heboh haram, dan sebagainya.

Namun, pemahaman sebenar tentang fatwa jarang diambilkira. Kata-kata Masyitah tentang penghalalan zina itu bukan “fatwa”. Tetapi beliau telah menghukumkan sesuatu dengan sesat. Itu tidak dinamakan fatwa. Ini kerana “fatwa” mempunyai kaedah-kaedah tertentu untuk mengeluarkannya. Antara kaedah tersebut ialah tidak menghalalkan apa yang telah jelas pengharamannya.

Maka, dakwaan Masyitah tersebut tidak dianggap fatwa, bahkan ia adalah bentuk penghinaan terhadap kesucian agama Islam. Mengapa penghinaan terhadap Islam perlu dianggap sebagai fatwa? Katakanlah bahawa ia adalah kesesatan yang dicanai oleh beliau!

Isu yang terjadi hari ini ialah kedudukan agama bagi seorang anak. Tempoh hari, PMRAM sudah mengeluarkan perbahasannya secara ilmiah. PMRAM pernah dituduh sebagai pengganas dunia, tetapi hari ini, dengan relanya PMRAM cuba menyelamatkan Islam. Agyl, wakil UMNO luar Negara begitu lantang menuduh PMRAM itu dan ini, tetapi hari ini, PMRAM datang untuk menyelamatkan Islam.

Di manakah Agyl? Di manakah ulama’-ulama’ UMNO? Di manakah wakil UMNO Mesir? Di manakah wakil ISMA Mesir dalam menyelesaikan perkara ini? Di manakah Masyitah yang dikatakan berautoriti mengeluarkan fatwa? Di manakah mufti-mufti yang dikatakan lantang bersuara?

Semuanya membisu apabila kalam tersebut dituturkan oleh seorang menteri yang bernama Nazri Aziz. Adakah dia seorang ulama’ sehinggakan tiada siapa mampu menjawab hujahnya? Beliau adalah seorang yang tidak memahami agama, tetapi ingin menunjukkan bahawa beliau adalah seorang pemimpin yang menghormati agama lain, tetapi menghina agama sendiri!

Kalau anda adalah orang yang menghina Islam, mengapa perlu tuduh Kor Ming menghina Islam? Kor Ming berucap dengan menyebut ayat al Quran, walaupun beliau bukan Islam. Berduyun-duyunlah ulama’ UMNO mengeluarkan fatwa dan pandangan. Tetapi apabila Nazri Aziz membuat kenyataan yang langsung tidak mendasari al Quran, bahkan bercanggah, di manakah mereka yang bising itu?

Pandangan Masyitah dahulu sudah cukup memberi ruang tersebarnya kerosakan masyarakat. Tetapi hari ini, kenyataan Nazri pula akan menjahanamkan Islam. Kamu perlu ingat, Abdullah bin Ubai adalah seorang yang mengaku Islam, tetapi berusaha menjatuhkan Islam dengan pelbagai cara. Antaranya dengan menanam benih kerosakan pemikiran di kalangan umat Islam supaya mengamalkan fitnah. Tetapi Nazri menanam benih kerosakan pemikiran di kalangan umat Islam supaya menghina agama sendiri!

Salam Perjuangan

Dr Fikrah

2 comments:

  1. Apa nak susah, bayi yang baru lahir itu fitrah kejadiannya, suci daripada kesalahan, apapun agama ibu bapaknya dia tetap suci sehinggalah akil baligh, Tiap-tiap manusia yang akil baligh WAJIB menuntut fardhu ain, kalau tak dituntut maka kafir kedudukannya.

    ReplyDelete
  2. bukankah hidayah itu milik allah...? jika kita menyediakan ISLAM dalam rupa bentuk yang memikat... jangankan budak baru baligh... yang tua ganyut pun akan berlumba nak bersyahadah...

    ReplyDelete