Saturday, May 16, 2009

UMNO ADALAH BID’AH YANG SESAT (Siri 3)

Artikel kali ini akan menjelaskan lagi di manakah factor yang boleh kita katakana sebagai UMNO itu adalah bid’ah yang sesat. Iaitu ISA. ISA adalah satu akta kezaliman, yang tidak dibuat oleh Baginda SAW. Bahkan kezaliman itu adalah satu bentuk larangan Allah SWT yang telah disebut olehNya dengan jelas di dalam al Quran.

Di dalam persoalan tentang tawangan perang, Baginda SAW telah berbincang dengan para sahabat Baginda SAW. Hasil daripada perbincangan tersebut, tawanan perang ada yang dibebaskan, ada yang menjadi hamba, ada yang disuruh mengajar anak orang Islam tentang ilmu-ilmu yang bermanfaat, dan sebagainya.

Sila lihat sirah Nabi SAW tentang tawangan perang Badar. Hakikatnya tiada seorang pun tawanan yang dizalimi sepertimana yang dilakukan oleh ISA. Dalil pengharaman melakukan kezaliman sepertimana berikut :
.

Dan janganlah kamu cenderung kepada orang yang melakukan kezaliman, yang menyebabkan kamu disentuh oleh api neraka, sedangkan kamu tidak mempunyai seorang penolong pun selain Allah, sehingga kamu tidak diberi pertolongan (Surah Hud :113) 

Maka, jelas bahawa kezaliman itu diharamkan oleh Allah SWT. Bahkan Akta ISA ini, tidak dilakukan oleh Baginda SAW, bahkan bercanggah dengan syariat Islam. Maka selayaknya ia digelar sebagai bid’ah yang sesat, dan bid’ah ini sepatutnya dihapuskan. Sekiranya ada sesiapa yang ingin mengatakan bahawa ISA itu tidak menzalimi, maka orang tersebut selayaknya digelar sebagai orang yang jahil (tak tergamak nak kata bodoh…)

Bahkan larangan Allah SWT di dalam ayat di atas juga ditujukan kepada orang yang menyokong kezaliman. Menyokong kezaliman juga adalah salah satu larangan Allah SWT dan ia dianggap sebagai bid’ah yang sesat, kerana ia tidak terdapat di zaman Baginda SAW.

Selain itu, saya persilakan kepada UMNO, atau sesiapa sahaja yang menyokong UMNO, untuk mengemukakan dalil yang membenarkan Akta ISA dilaksanakan. Kemukakanlah dalil daripada al Quran, Hadis, Ijma’ atau qias sekiranya ada. Saya juga mempersilakan kepada ulama’-ulama’ UMNO seperti Masyitah, Pirdaus dan sebagainya.

Sekiranya tiada, dan UMNO masih lagi ingin meneruskan ISA, maka UMNO selayak digelar bid’ah yang sesat, dan mari kita bersama-sama menghapuskannya. ISA juga bertentangan dengan hukum jenayah di dalam Fiqh. Mana mungkin seseorang itu dipersalahkan tanpa sebarang bukti, bahkan tidak dibicarakan.

Mereka juga dihukum tanpa sebarang dakwaan dan bukti yang mengesahkan kesalahannya. Inilah yang dilakukan oleh Akta ISA, yang jelas bertentangan dengan Islam. Sebelum ini di dalam ruangan komen, seseorang telah mengatakan bahawa UMNO penyelamat bangsa, agama dan negara. Inilah dakwaan oleh orang yang buta!

Bangsa Melayu kah yang mereka selamatkan? Agama Islam kah yang mereka tinggikan? Negara Malaysiakan yang mereka pelihara? Atau periuk nasi sendiri yang mereka perjuangkan? Mereka sanggup gadaikan negara untuk periuk nasi sendiri! Sekiranya ada masih inginkan bukti, maka anda adalah seperti seseorang yang inginkan bukti warna dinding, sedangkan warna pada dinding tidak perlu dibuktikan lagi… Tengoklah sendiri!!

Salam Perjuangan

Dr Fikrah

Friday, May 15, 2009

NAJIB INGIN DENGAR MASALAH RAKYAT PERAK, SEDANGKAN DIA PENCETUS MASALAH TERSEBUT

Najib menghebohkan di dalam akhbar bahawa beliau bersedia berbincang dengan Pakatan Rakyat tentang kemelut yang terjadi di Perak. Haprak punya Najib. Setelah kalah dalam mahkamah, baru ingin berbincang? Sebelum ini, dengan sewenang-wenangnya dia mempermainkan undang-undang Perak, tetapi hari ini ingin bersua muka?

Sedikit cerita sebagai pengajaran terhadap kisah Najib hari ini. Polis telah menganiaya dan mengurung Sivakumar, bahkan bertindak kasar terhadap beliau. Tetapi akhirnya, laporan tetap dibuat di Balai Polis juga. Macam dipermainkan. Sama sahaja dengan Najib, dia sendiri yang mencetuskan kemelut di Perak, tetapi akhirnya dia ingin mencari jalan penyelesaian? Betapa bodohnya!

Saya mengatakan “bodoh” kepadanya kerana dia telah mempermainkan rakyat Perak. Dan selayaknya dia dihina sedemikian, bahkan lebih dahsyat lagi. Kerajaan Perak terpaksa bergolak dalam tempoh berbulan-bulan disebabkan idea bodohnya. Ribuan masyarakat terpaksa menanggung perit kerana idea bodohnya merampas kerajaan Pakatan Rakyat.

Seolah-olah seperti seorang yang terkenal sebagai tok bomoh, tetapi menghantar sihir kepada orang tertentu supaya orang tersebut datang berubat dengannya. Atau seperti seorang pembuat software antivirus yang terkenal, tetapi membuat virus dengan menyebarkan ke seluruh dunia, supaya orang ramai mencari antivirus yang dibuat olehnya.
.

Begitulah kejahatan Najib ini. Dialah yang mencetuskan masalah tersebut, tetapi dia datang kali ini kononnya hendak mendengar masalah dan luahan. “Bodoh” sekali lagi untuknya. Adakah anda tidak rasa dipermainkan? Saya pun tidak tahu apa lagi yang hendak dikatakan. Kalaulah rakyat Perak (terutamanya penyokong BN) masih lagi menobatkan Najib dan Zambry ini, maka selayaknya kita gelar “bodoh” bagi mereka.

Kehadiran Najib untuk mendengar luahan rakyat Perak adalah satu gimik sahaja, mainan politik. Apa perlunya bertemu dengannya? Hendak luahkan perasaan benci kepadanya? Kuasa apakah yang dia ada untuk menyelesaikan masalah ini? Adakah dia akan menyuruh Zambry berhenti daripada buat kerja-kerja ini? Tidak mungkin, kerana Zambry membuat kerja bodoh ini kerana Najib juga.

Secara peribadi, saya syorkan agar tiada sebarang pertemuan dengan Najib. Bukan bermakna kita tidak mahu berbincang, tetapi menganggap ia adalah perbuatan menyetujui diri kita dipermainkan olehnya. Sekiranya kita datang membuat pertemuan dengannya, seolah-olah kita bersetuju diri kita dipermainkan!

Najib akan terus mendapat popularity sebagai seorang pimpinan yang memahami rakyat, tetapi hakikatnya dia adalah seorang yang mempermainkan undang-undang, dan menganggap rakyat Perak adalah bodoh. Rakyat Perak tidak sebodohnya! Perbuatannya mencetuskan kemelut di Perak akan diajar dengan menjalankan Pilihanraya, dan Najib takkan berani untuk menjerumuskan diri dalam PR ini!

Salam Perjuangan

Dr Fikrah

UMNO ADALAH BID’AH YANG SESAT (Siri 2)

Setelah kita memahami beberapa pengertian tentang bid’ah yang sesat, maka kita bandingkan pula, adakah layak bagi kita mengatakan bahawa UMNO itu adalah satu bid’ah yang sesat? Sebelum kita pergi lebih mendalam, marilah kita tengok beberapa perkara yang boleh saya katakan sebagai bid’ah yang sesat di dalam UMNO dan mengapakah saya mengatakan UMNO itu adalah bid’ah yang sesat.

Antara perkara yang diperjuangkan oleh UMNO ialah Nasionalisme, dan nasionalisme adalah bid’ah yang sesat. Kerana ia bercanggah dengan ayat al Quran. Nasionalisme yang saya maksudkan di sini ialah nasionalisme yang bersifat taksub bangsa. Sekiranya nasionalisme yang tidak membawa maksud itu, maka ia tidak berkaitan.

Dalil tentang percanggahan nasionalisme (yang dimaksudkan) dengan al Quran ialah berdasarkan dalil :
.

Wahai sekalian manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu ada lelaki dan perempuan, dan kami jadikan kamu berbeza bangsa dan puak untuk kamu saling berkenalan. Sesungguhnya orang yang paling mulia di kalangan kamu adalah orang yang paling bertaqwa di kalangan kamu… (Surah al Hujurat : 13)

Semangat nasionalisme yang sebenar, iaitu yang tidak bid’ah ialah semangat kebangsaan di atas dasar menyelamatkan bangsa sendiri. Contohnya apa yang dilakukan oleh Palestin hari ini. Mereka tidak dikatakan sebagai nasionalism yang bersifat bid’ah yang sesat kerana semangat kebangsaan mereka adalah menegakkan hak mereka sendiri.

Hak mereka ini adalah hak bangsa mereka, dan kewarganegaraan mereka. Israel yang menyerang Palestin adalah dianggap merampas hak, maka pejuang-pejuang Palestin tidak dianggap nasionalism yang sesat, kerana mereka memperjuangkan tanah air mereka. Alangkah bagusnya sekiranya UMNO mempunyai semangat seperti ini.

Maka kesimpulannya, nasionalisme terbahagi kepada dua. Iaitu nasionalisme yang sesat, dan nasionalisme yang tidak sesat. Nasionalisme yang sesat, adalah bid’ah yang sesat. Manakala nasionalisme yang tidak sesat (menjaga tanahair) tidak dikatakan bid’ah kerana ia dilakukan oleh Baginda SAW sendiri. Iaitu memperjuangkan tanah air.

Oleh itu, kesimpulan dalam artikel siri 2 ini, menjelaskan bahawa salah satu amalan UMNO atau perjuangan UMNO ialah satu perjuangan yang bersifat bid’ah yang sesat. Maka, apa lagi yang hendak dikatakan? Selain daripada perjuangan sesat ini, terdapat banyak lagi perkara yang akan dijelaskan di dalam siri-siri yang berikutnya.

Maka, diharap kepada pembaca budiman, supaya dapat memahami, mempelajari dan berbincang. Ruang komen dibuka luas, tetapi terpaksa dimoderate memandangkan terdapat ayat-ayat mencarut yang dilontarkan. Oleh itu, fikirlah masak-masak, sekiranya perjuangan UMNO itu sendiri sudah bid’ah yang sesat, maka hentikanlah bid’ah ini!! 

Salam Perjuangan

Dr Fikrah

Thursday, May 14, 2009

UMNO ADALAH BID’AH YANG SESAT (Siri 1)

Sejak kebelakangan ini, ramai yang mendakwa dirinya sebagai ustaz, begitu pandai menuturkan perkataan bid’ah. Sedangkan hanya sedikit sahaja di kalangan mereka yang memahami erti bid’ah ini. Bid’ah ialah satu perbuatan (ibadah) yang tidak dilakukan oleh Baginda SAW. Bid’ah ini terbahagi kepada dua, iaitu bid’ah yang baik, dan bid’ah yang buruk.

Bid’ah yang baik adalah “perbuatan yang tidak dilakukan oleh Baginda SAW, tetapi perkara itu tidak bercanggah dengan syariat”. Manakala bid’ah yang buruk itu adalah bercanggah dengan syariat.

Tetapi, golongan yang kurang faham ini, mentakrifkan bid’ah sebagai, perbuatan yang dilakukan yang tidak dilakukan oleh Baginda SAW… setakat ini sahaja. Takrif yang tak memadai. Mereka juga mengatakan bahawa kesemua bid’ah itu sesat. Mereka bersandarkan kepada dalil
.

Setiap bid’ah itu adalah sesat

Tetapi, hakikatnya mereka tersilap dalam memahami kaedah Nahu. Perkataan “kullu” yang bermaksud setiap, boleh berubah kepada maksud “kebanyakan”. Iaitu apabila perkataan yang disandarkan kepadanya adalah umum (nakirah). Perkataan disandarkan tersebut ialah “bid’ah” dan perkataan ini adalah umum, bukannya khusus.

Oleh itu, maksud dalam ayat ini, boleh jadi “semua” dan boleh jadi “kebanyakan”. Maka sudah pasti terdapat bid’ah yang tidak bercanggah. Oleh itu, mereka tersilap dalam menentukan mana bid’ah dan mana yang bukan, dan mana bid’ah yang tidak bercanggah dan bid’ah yang bercanggah. Antara perkara yang di”bid’ah”kan oleh mereka ialah berzikir selepas solat, talqin jenazah dan sebagainya. Mereka menganggap bahawa perbuatan ini adalah sesat kerana tidak dilakukan oleh Baginda SAW.

Di dalam artikel ini, saya tidak berniat untuk menjelaskan kedudukan bid’ah ini. Tetapi apa yang ingin saya sampaikan ialah UMNO itu adalah bid’ah yang sesat yang sepatutnya awal-awal lagi dihapuskan. Sekiranya golongan ini mampu untuk menghalau orang keluar dari masjid kerana cuba mencegah mereka daripada berzikir, maka sepatutnya mereka lebih awal menjatuhkan UMNO!

Saya juga tidak berniat untuk menimbulkan khilaf antara bid’ah atau bukan. Tetapi kita bersama-sama menentang bid’ah yang jelas bercanggah. Tentang zikir selepas solat, talqin, maulid dan sebagainya, kita tangguhkan sebentar, sementara kita menghapuskan UMNO yang jelas melakukan bid’ah yang bertentangan dengan syariat ini.

Kaedah yang selalu dituturkan oleh para ulama’

.
Kita bersatu (bekerjasama) dalam melaksanakan perkara yang kita sama-sama persetujui,
Dan kita berlapang dada dalam perkara yang kita berbeza pandangan


Salam Perjuangan

Dr Fikrah

PAK LAH TIDAK HADIR DALAM SAMBUTAN HARI JADI UMNO

Entah betul atau tidak, petang tadi saya terdengar daripada kawan saya bahawa Pak Lah tidak hadir dalam sambutan hari jadi UMNO yang ke 63. Kenapa ya? Bermacam-macam spekulasi yang terawang-awang di kepala ini. Sering tertanya-tanya. Nama Pak Lah hilang begitu sahaja selepas beliau turun dari PM.

Teringat saya dengan pepatah Melayu, “harimau mati tinggalkan belang, manusia mati tinggalkan nama”. Tetapi, Pak Lah turun tidak tinggalkan belangnya, bahkan namanya pun sudah semakin pudar dari mata masyarakat dalam masa beberapa bulan sahaja. Mungkin pepatah Melayu yang saya reka sendiri “harimau mati tinggalkan belang, Pak Lah turun meninggalkan tahi”.

Tak sanggup saya menggelarnya “sudah mati”. Tetapi hakikatnya beliau telah meninggalkan tahi yang begitu banyak di negara ini. Walaubagaimanapun, kehadiran Najib sebagai pengganti kepada Pak Lah bukan dilihat sebagai pencuci tahi, bahkan menambahkan lagi tahi. Inilah reality yang dilihat hari ini.

Antara tahi yang dibuat oleh Najib, yang ditambah daripada pemerintahan Pak Lah, ialah isu rampasan kuasa di Perak. Inilah tahi yang paling mencemarkan dunia Malaysia. Habis satu Malaysia busuk dengan tahi ini. Entah siapakah yang akan mencucinya.

Ketika Perhimpunan Agung UMNO, Pak Lah ada menyebut bahawa dia akan berada dalam UMNO selama-lamanya. Tetapi hari jadi UMNO tidak dapat dihadirinya. Adakah disebabkan dia malu kerana telah membuat banyak tahi? Adakah Najib sendiri tidak rasa malu dengan agenda mentahikan perak itu?

Allah SWT berfirman,
.

Dan orang-orang lain yang telah mengakui kesalahannya, mereka telah mencampurkan amalan kebaikan dengan amalan keburukan. Mudah-mudahan Allah menerima taubat mereka, sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang (Surah at Taubah : 102)

Ayat ini ditujukan kepada 10 orang yang telah bersetuju untuk bersama Nabi Muhammad SAW dalam peperangan Tabuk, tetapi mereka mengingkari persetujuan tersebut. Mereka ini dianggap telah mencampurkan kebaikan dan keburukan. Maka Allah SWT meminta supaya mereka kembali bertaubat.

Saya juga mengesyorkan kepada Pak Lah dan Najib ini, supaya bertaubat daripada kejahatan yang mereka lakukan selama ini. Sekiranya anda ingin mencuci tahi anda, maka inilah jalan yang terbaik. Tetapi hakikatnya, “mudah-mudahan” taubat mereka diterima. Anda juga jangan lupa, kezaliman terhadap manusia, tidak sama dengan menzalimi Allah SWT.

Manusia berhak menuntut daripada anda, terhadap apa yang anda zalimi. Maka hitunglah diri sendiri, siapakah yang akan memaafkan dosa mereka ini? Itupun sekiranya mereka ingin bertaubat, sekiranya tidak, maka duduklah dalam neraka kerana kezaliman berterusan yang mereka lakukan.

Salam Perjuangan

Dr Fikrah

Wednesday, May 13, 2009

MAHKAMAH DIHARAP DAPAT MENJAUHI UNSUR SAMY VELLU


11 Mei lalu, Zambry dan exco-exco haramnya telah diperintahkan mengosongkan pejabat. Tetapi semalam, setelah Nizar dan exco-exco dibenarkan masuk, tiba-tiba sahaja ditarik balik. Semua ini kerana rayuan yang dibuat oleh Zambry. Walaupun rayuan tersebut masih belum diterima, tetapi Nizar tetap diminta mengosongkan pejabat. Siapakah MB sekarang ini?

Sebelum ini telah diisytiharkan bahawa Nizar adalah MB Perak yang sah, tetapi, kenapa beliau pula diminta mengosongkan pejabat dengan segera? Sebelum ini saya pernah huraikan tentang kaedah memastikan wudhu’ masih kekal atau tidak. Saya juga mengesyorkan agar mahkamah menggunakan kaedah ini.

Sekarang ini Nizar sudah pun disahkan menjadi MB. Kemudian, datang Zambry si kentut membuat rayuan, dan rayuannya belum disahkan. Tetapi kenapa Nizar pula yang diminta mengosongkan pejabat walaupun masih belum disahkan rayuan tersebut?

Seseorang yang sudah berada dalam keadaan wudhu’, lalu dia meragui, adakah dia sudah terbatal wudhu’nya? Maka, kaedah yang digunakan ialah, kembali kepada asal. Iaitu dia pasti bahawa sebelum ini dia dalam keadaan berwudhu’ tetapi kentutnya itu diragui… adakah aku terkentut tadi? Oleh itu, jawapannya ialah, dia dalam keadaan berwudhu’.

Manakala dalam kes Zambry ini, Nizar sudah pun dipastikan sudah menjadi MB. Bayangkanlah beliau adalah wudhu’. Tiba-tiba kita terlupa, adakah aku sudah terbatal tadi? Atau, adakah Zambry yang jadi MB? Ya, Zambry adalah umpama kentut yang menyebabkan wudhu terbatal. Tetapi sekiranya kentut tersebut masih belum dapat disahkan, maka kita mengambil kira bahawa kita dalam keadaan berwudhu’, iaitu Nizar adalah MB yang sah!

Nampaknya mahkamah tersilap menggunakan kaedah. Walaupun pada mulanya sudah diputuskan bahawa Nizar adalah MB, tetapi semalam, Zambry datang membawa rayuan, terus sahaja Nizar diminta mengosongkan pejabat pula. Sepertimana tajuk yang tertera di atas, inilah unsur Samy Bellu yang meresap di dalam kehakiman.

Siapa tidak kenal Samy Vellu? Seorang yang bertutur dengan berbelit-belit sehinggakan tiada siapa yang mampu berdebat dengannya. Kata-katanya banyak benar, dan tipu-tipu tiada…. Saya mengesyorkan agar beliau lebih banyak mempelajari Bahasa Melayu supaya tidak bercakap belit-belit.

Saya juga mengesyorkan kepada mahkamah supaya tidak terpengaruh dengan unsur Samy Vellu. Atau dalam bahasa pasarnya disebut sebagai “cakap tak serupa bikin". Sekejap kata lain, esok kata lain pula. Minta maaf, saya tidak melemparkan tuduhan kepada badan kehakiman, tetapi sekadar menasihat supaya tidak terdapat unsur ini di dalam mahkamah.

Saya juga mengesyorkan agar kaedah wudhu’ tadi dapat difahami dan dipraktikkan oleh badan kehakiman. Kaedah tersebut bukanlah rekaan saya, tetapi disebut oleh ulama’ fiqh di dalam karangan-karangan mereka. Apa salahnya ia diserap di dalam kegiatan harian? Iaitu, berpegang dengan benda yang pasti, dan meninggalkan sebarang keraguan yang menggoncang kepastian itu. Apabila sudah digenggam, tidak perlu lagi diragui semula.

Salam Perjuangan

Dr Fikrah
"Cakap tak serupa bikin" telah diubah daripada perkataan "cakap keling". Walaubagaimanapun saya tidak berniat menyakiti hati sesiapa. Terima kasih...

SELAMAT HARI JADI UMNO (Siri 2)

Sambungan daripada lepas…

Antara syariat yang dibawa oleh Baginda SAW untuk membersihkan manusia ialah mewajibkan solat, membayar zakat, berpuasa, menghapuskan judi, mengharamkan zina, mengharamkan arak dan sebagainya. Tetapi perjuangan UMNO ialah mematikan fungsi masjid dengan mengharamkan pengajian-pengajian, memanipulasi duit zakat, memanfaatkan judi, menghalalkan zina (fatwa Masyitah) dan sebagainya.

UMNO telah mengembalikan semua kejahatan yang dibersihkan oleh Baginda SAW. Baginda SAW bersusah payah menentang kezaliman, tetapi UMNO begitu hebat mencipta kezaliman. Lihatlah isu rampasan kuasa di Perak, sudah tahu zalim atau tidak UMNO itu.

Di akhir hayat Baginda SAW, Baginda SAW telah memberitahu bahawa syariat itu sudah lengkap. Tidak perlu ditokok tambah lagi. Ia sudah sempurna, dan al Quran itu adalah perlembagaan yang lengkap. Tetapi apabila UMNO muncul, mereka mendakwa bahawa al Quran itu kuno, sudah tidak boleh dipakai lagi.

Mereka membuat undang-undang baru, seolah-olah undang-undang Allah itu tidak lengkap. Mereka pun menokok tambah daripada apa yang telah dijelaskan di dalam al Quran. Antaranya mereka mengatakan bahawa potong tangan itu kejam, rejam kepada orang yang berzina itu kejam dan sebagainya. Adakah mereka yang mencuri, dan berzina itu tidak kejam?

Akhirnya, pada umur Baginda SAW 63 tahun, Allah SWT telah menarik nyawa Baginda SAW. Sebelum Baginda SAW wafat, Baginda SAW ada berpesan bahawa “Aku telah mewariskan kepada kamu al Quran dan as Sunnah. Sekiranya kamu berpegang dengan kedua-duanya, kamu akan selamat di dunia dan akhirat”.

Tetapi apa yang diperjuangkan oleh UMNO hari ini ialah, membutakan manusia daripada memahami al Quran, dan menghina sunnah Nabi SAW. Mereka mengajak kepada penafsiran semula al Quran. Mereka mendakwa itu dan ini terhadap kemuliaan al Quran. Sehinggalah hari ini, UMNO sudahpun berumur 63 tahun.

Selama 63 tahun inilah mereka manfaatkan umur mereka ke arah perjuangan songsang. Walaupun pada peringkat permulaannya mereka dijangka akan memperjuangkan Islam, tetapi rupa-rupanya adalah perjuangan melenyapkan ilmu dan ulama dari bumi Malaysia. Mereka mendakwa bahawa ulama’-ulama’ ini memperjuangkan kepentingan mereka, sedangkan periuk nasi mereka langsung tidak dipedulikan oleh UMNO.

Apakah tanggapan anda pada UMNO yang sudah tua ini? Semakin tua, semakin nyanyuk. Semoga UMNO cepat dimatikan oleh Allah SWT supaya perjuangan Islam dapat diteruskan. Kuasa untuk melenyapkan UMNO ialah Allah SWT sahaja, sepertimana Dia mematikan manusia. Oleh itu, mintalah kepada Allah supaya perjuangan Islam naik, setelah UMNO yang selama ini merendahkan Islam, lenyap dari muka bumi.

Salam Perjuangan

Dr Fikrah

SELAMAT HARI JADI UMNO

Semalam 12 Mei, adalah Hari Jadi UMNO yang ke 63. Sudah 63 tahun rupanya engkau hidup. Semakin tua, semakin nyanyuklah ia. Sedikit perbezaan yang ketara dengan kewafatan Baginda SAW pada umur 63 tahun. Nabi SAW mula menjadi sebagai nabi pada umurnya 40 tahun, kemudian Baginda SAW menyebarkan dakwah dengan Islam selama 23 tahun. Hasilnya, Islam dapat dinikmati oleh kita sehingga hari ini.

Apakah perbezaannya dengan perjuangan UMNO? UMNO memulakan perjuangannya seawal umurnya 1 tahun lagi. Antara kerja-kerja awal UMNO ialah menyembunyikan perjuangan-perjuangan ulama’-ulama’ dahulu. Mereka mendakwa bahawa kemerdekaan itu adalah hasil usaha UMNO, sedangkan ulama’-ulama’ kita dituduh sebagai seorang pahlawan menentang cukai.

Ulama’-ulama’ telah digambarkan sebagai seorang yang menuntut material, dan akhirnya UMNO muncul untuk mendapatkan kemerdekaan. Inilah penyelewengan sejarah yang dilakukan oleh mereka. Kelakuan ini telah mereka lakukan seawal umur mereka setahun jagung. Apakah bezanya dengan Baginda SAW?

Ketika zaman kanak-kanak, Baginda SAW terkenal dengan sifat amanah. Sehinggakan beliau dipercayai oleh golongan-golongan pembesar sebagai seorang yang menjaga amanah. Berbeza dengan UMNO, sejak kecil lagi sudah cuba menjalankan aktiviti menipu. Mereka menyeleweng sejarah sehingga hari ini kita tertipu dengan sejarah rekaan UMNO!

Jelas berbeza perjuangan UMNO, dan perjuangan Islam yang sebenar yang dibawa oleh Baginda SAW. Ketika zaman remaja, Baginda SAW telah meleraikan perbalahan di antara ketua-ketua pimpinan Quraisy. Iaitu ketika kaabah dilanda banjir, lalu masing-masing mendakwa bahawa mereka berhak meletakkan Batu Hajarul Aswad ke tempatnya semula.

Disebabkan kecerdikan Baginda SAW, beliau telah mengelakkan perbalahan itu, dan masing-masing dapat merasai kesamarataan yang dilakukan oleh Baginda SAW untuk mengelakkan pergaduhan. Tetapi, UMNO pula sangat jahat. Ketika zaman remaja UMNO, UMNO telah mencetuskan perbalahan antaran kaum pada 1969. Peristiwa hitam yang tidak dapat dilupakan sehingga hari ini.

Pada umur Baginda SAW 40 tahun, Baginda SAW telah menerima wahyu daripada Allah SWT untuk menyebarkan risalahNya ke seluruh alam. Tetapi perjuangan yang dibawa oleh UMNO ialah melenyapkan kebenaran daripada Malaysia. Mereka berusaha menyingkirkan Islam daripada hati rakyat-rakyat Malaysia. Jelas perjuangan mereka bertentangan dengan Nabi SAW

Dalam pada ketika umur Baginda sebagai seorang Nabi, Baginda SAW disyariatkan berperang menentang kezaliman, dan melenyapkan kejahatan manusia. Peperangan ini jelas menunjukkan pengorbanan Baginda SAW untuk agama Allah SWT. Tetapi malangnya UMNO tidak menjadikan perjuangan Baginda SAW sebagai pedoman.

Mereka hanya sekadar mengangkat keris dan kemudiannya menjahanamkan bangsa sendiri. Bahkan perjuangan mereka ialah menegakkan kezaliman, bukan melenyapkan kezaliman. ISA sampai hari ini dilaksanakan sedangkan Nabi SAW sendiri memberi peluang kepada tawanan perang untuk berkhidmat dengan Islam.

Salam Perjuangan

Dr Fikrah

Tuesday, May 12, 2009

KEWUJUDAN ZAMBRY HANYA MEMBUANG KARAN BN


Karan adalah sumber kehidupan bagi rakyat Malaysia. Dengan kewujudan karan, kita dapat menikmat cahaya lampu pandaflour pada waktu malam, boleh menyeterika pakaian dan sebagainya. Karan ini perlulah digunakan sebaik mungkin supaya ia tidak dibazirkan. Sekiranya ia digunakan sewenang-wenangnya, akan menyebabkan bil elektrik meningkat.

Walaubagaimanapun, sejarah yang telah tertulis di dalam Sejarah Negeri Perak, jelas membuktikan bahawa kewujudan Zambry hanya membuang karan BN semata-mata. BN juga salah satu hidupan yang memerlukan kepada sumber elektrik. Sekiranya tiada elektrik, mereka akan kegelapan, dan menerima kesukaran untuk menjalankan kehidupan seperti biasa.

Malangnya, karan yang digunakan oleh BN di Perak, telah dibazirkan oleh Zambry dan menyebabkan mereka kekurangan sumber elektrik yang sangat teruk. Sehinggakan Najib tergesa-gesa membuat kenyataan meminta supaya Pakatan Rakyat tidak teruja dengan kemenangan tersebut. Rupa-rupanya Najib pun menyesal kerana telah membazirkan karan BN di Perak.

Hakikatnya, kewujudan Zambry selama ini hanyalah sebagai iklan daripada BN. Seperti seseorang yang sedang menonton sebuah filem yang best, tetapi diselangi dengan iklan. Tetapi Iklan yang menyibuk ini agak menyusahkan! Apa yang Zambry dapat buat selama beberapa kerat bulan ini? Apakah keuntungan yang dapat BN perolehi selama ini?

Iklan yang menyelangi filem tersebut, diusahakan supaya dapat menarik pelanggan, rupa-rupanya penonton filem semakin menyampah melihat iklan yang menyibuk itu. Memang sepatutnya dikatakan “membuang karan”. “Buang karan aku je pasang TV ni…”

Senyuman apakah yang dapat diubati di dalam hati Zambry dan Najib? Rakyat Perak semakin menyampah melihat telatah mereka. Meluat, dan terasa loya apabila mendengar mereka ingin tunjuk hebat sekali lagi. Ya, memang benarlah, Zambry itu adalah si kentut yang cuba tunjuk hebat.

Zambry memberitahu bahawa beliau menerima keputusan ini dengan hati yang terbuka. Di sini jelas menunjukkan lakonannya sekali lagi. Sudah kalah, barulah ingin menerima dengan hati yang terbuka! Sedangkan selama ini, sudah cukup dia menyusahkan orang! Hanya mainan mulut sahaja.

Contohnya seperti seorang yang telah merompak, lalu dijatuhkan hukuman terhadapnya. Kemudian dia berkata “saya menerima keputusan dengan hati yang terbuka…” Kelakar bukan? Sekiranya dia tidak berkata demikian lebih elok baginya. Dia sepatutnya dihukum dengan lebih teruk lagi, kerana merompak sebuah kerajaan!!.

Jelas bahawa kehadiran Zambry dalam ruangan iklan bagi senario politik Perak selama ini hanyalah membuang karan semata-mata. Merugikan mereka sendiri. Ia tidak lagi dikatakan kerja sia-sia, tetapi ia adalah kerja yang jahat. Kerja yang sia-sia hanya membuang masa, kerja yang jahat pula ialah membuang masa dan menganiaya manusia! Inilah sebuah iklan yang menambahkan sampah pada muka BN! Maka teruskanlah melempar sampah ke muka sendiri…

Salam Perjuangan

Dr Fikrah

Monday, May 11, 2009

AHLI PAS DIMINTA TIDAK LEKA DENGAN KEMENANGAN

Sedikit coretan untuk ahli PAS khususnya, umumnya, Pakatan Rakyat. Walaupun saya bukanlah pimpinan PAS, bahkan ahli biasa sahaja, namun, saya rasakan peringatan ini perlu diberitahu untuk difikirkan bersama. Sebelum ini Pilihanraya Bukit Gantang telah menampakkan kemenangan PR dengan hebat ketika itu. Bahkan, kemenangan hari ini juga adalah satu kurnia daripada Allah SWT.
.
Cumanya, sedikit peringatan saya, janganlah anda leka dengan kemenangan ini. Bahkan PR akan menghadapi cabaran yang lebih hebat lagi setelah menang. Jangan anda leka dengan kemenangan, kerana kesusahan bagi orang yang menang adalah lebih hebat berbanding orang yang kalah. Saya teringat Sirah Nabi Muhammad SAW yang telah mengajar kita supaya tidak leka dengan kemenangan.

Perang Uhud pernah mengajar kita supaya tidak leka dengan kemenangan sementara. Sebelum berperang, antara strategi yang telah Nabi Muhammad SAW lakukan ialah dengan meletakkan kumpulan pemanah di atas bukit. Kumpulan pemanah ini berfungsi sebagai benteng belakang yang akan mematikan serangan musuh. Setelah kemenangan berpihak kepada umat Islam ketika itu, maka, kumpulan pemanah ini berasa ingin sama mengumpulkan harta-harta rampasan.

Mereka terlupa pesanan Baginda SAW supaya tidak meninggalkan posisi mereka samada telah menang, ataupun kalah. Tetapi disebabkan mereka terpengaruh dengan cintakan dunia itu, maka mereka turut sama mengumpulkan harta rampasan perang. Akibatnya, tentera Islam terdedah dengan bahaya apabila benteng mereka sudah meninggalkan posisi. Akibatnya, tentera musuh datang menyerbu dan menyerang umat Islam yang sedang mengutip harta rampasan tersebut.

Inilah peringatanku buat sahabat-sahabat seperjuangan. Kemenangan hari ini adalah sementara. Sekiranya kita lari dari posisi kita, maka tentera BN akan menjahanamkan kita. Teguhlah dengan pegangan masing-masing. Jangan kita berubah pandangan disebabkan banyaknya hasil yang kita perolehi daripada kemenangan sementara ini.

Kuasa tersebut sudah dikembalikan oleh Allah kepada kita. Maka sekiranya kita kembali gilakan kuasa, maka tentera BN pasti akan menyerang semula. Lihatlah apa yang terjadi hari ini, unsur-unsur inginkan takhta ini sudah mula meresap di dalam PAS sendiri. Apakah PR akan berkecai kerana ini, sepertimana yang terjadi pada Perang Uhud?

Adakah kewujudan dua puak di dalam PAS hari ini menggambarkan situasi “degil arahan Nabi SAW semasa perang Uhud”? Dengarlah arahan yang dikeluarkan oleh Presiden PAS, dan janganlah ada yang ingin tunjuk hebat. Kelak akan binasa, dan yang tinggal hanya saki baki perjuangan tulen yang dianggotai oleh individu yang sedikit.

Inilah peringatanku, semoga ia dijadikan pengajaran dan diambil manfaat. Lihatlah Sirah Nabi Muhammad SAW yang sedang berlaku hari ini.

Salam Perjuangan

Dr Fikrah

SEPANDAI-PANDAI ZAMBRY MELOMPAT, AKHIRNYA JATUH TERSUNGKUR JUA

Zambry boleh dikatakan beruk yang melompat dari pohon ke pohon. Beliau sememangnya layak digelar sebagai beruk berdasarkan bukti yang telah saya sebut di dalam artikel lalu, yang bertajuk, “Beruk-beruk Di Jalanraya”. Secubit nasihatku kepada pembaca budiman, janganlah mengata orang lain tanpa sebab. Sekiranya terdapat perkara yang membolehkan kita menggelarnya begitu, maka dipersilakan.
.

Saya tidak berniat hendak mengutuk beliau secara “bodoh”, tetapi berdasarkan beberapa bukti yang kukuh untuk menyifatnya begitu. Di dalam Bahasa Arab, kita akan menemui istilah “majazi”. Majazi ini ialah berlawanan kepada “hakiki”. Contoh ayat majazi ialah,

“Ali seperti singa dari segi keberaniannya”.

Maka, ayat yang boleh saya buat di sini ialah, “Zambry seperti beruk dari segi keburukan kelakuannya”. Memang tidak dinafikan, antara perangai-perangai beruk yang kita ketahui ialah merampas buah pisang orang dengan sesuka hati, menceroboh kebun orang dan sebagainya. Zambry pula, merampas kedudukan seseorang, dan beliau juga menceroboh Sidang Dun walaupun dia sudah digantung.

Maka, janganlah kita mendakwa sesuatu tanpa dalil, dan hanya mengikut hawa nafsu. Selain itu, beliau juga telah melakukan kezaliman kepada rakyat Perak dan perkara ini jelas. Maka, Allah SWT telah menjelaskan di dalam al Quran…
.
Allah tidak menyukai seseorang memperlihatkan keburukan (seseorang lain) dengan menggunakan kata-kata, melainkan mereka yang dizalimi, sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Melihat (Surah an Nisa : 148)

Ulama menafsirkan ayat ini bahawa, orang yang dizalimi boleh mendoakan supaya orang yang dizalimi itu ditimpa balasan. Dan ia adalah keringanan bagi sesiapa yang dizalimi. Selain itu, ada juga yang menafsirkan bahawa, “doa orang yang dizalimi itu makbul”, dan ada juga yang menafsirkan bahawa “Sesiapa yang dizalimi, lalu dia berdoa, doa tersebut akan diamkbulkan”.

Ibnu Zaid menafsirkan ayat ini dengan mengatakan sesiapa yang melakukan kezaliman, kita dibenarkan menceritakan kejahatannya sehinggalah dia berhenti daripada melakukannya. Walaubagaimanapun, kita masih tidak mahu doakan keburukan kepada UMNO, tetapi kita meminta supaya mereka diberi hidayah oleh Allah SWT.

Saya bukanlah berdoa supaya mereka menjadi seperti beruk, tetapi saya mendoakan supaya mereka tersentak dengan gelaran ini, lalu meninggalkan kezaliman yang mereka lakukan. Mereka memperlakukan kita seperti binatang, maka apa salahnya sekiranya mereka digelar tidakberperikemanusiaan. Bukankah tidak berperikemanusiaan itu kerja-kerja binatang?

Salam Perjuangan

Dr Fikrah

MELAYU : JANGAN JADI SI CELIK YANG BUTA

Persoalan pertama yang ingin disebut di sini ialah, kenapakah Melayu? Ini kerana peratus undian Melayu terhadap PR berkurangan di Perak. Bahkan di dalam Perlembagaan Persekutuan mengatakan bahawa Melayu itu adalah beragama Islam. Sekiranya murtad, maka dia bukanlah berbangsa Melayu. Tetapi persoalannya, orang menolak Islam disebabkan Melayu!

Oleh itu, sedikit nasihat saya kepada orang Melayu yang celik supaya tidak buta. Iaitu orang yang celik, tetapi buat-buat buta. Kenapakah mereka dikatakan buat-buat buta? Sebelum ini, kejahatan BN sudah terserlah, tetapi Melayu yang buta ini masih lagi menjadi karat UMNO. Mereka tetap mengatakan bahawa BN itu bagus.

Cuba kita lihat seseorang yang buta. Orang yang buta sejak kecilnya, tidak mampu untuk menggambarkan warna. Apabila mereka bertanya, bagaimanakah rupa warna merah, lalu mereka diberitahu bahawa warna merah itu seperti cili. Lalu mereka memegang cili, dan mereka pun berkata “rupa-rupanya warna merah itu kecil sahaja…”

Bagaimana pula orang yang buta setelah dewasa. Apabila dia bertanya, bagaimanakah caranya untuk saya ke kampong A? Lalu orang yang bodoh akan menjawab, “kamu jalan terus, kemudian pusing kiri, kanan… bla.. bla…”. Inilah seorang bodoh yang menunjuk jalan. Sekiranya orang yang buta itu mengiyakan, maka dia juga sama kebodohannya.

Pimpinan BN hari ini adalah orang yang menunjuk jalan tersebut. Melayu UMNO pula adalah orang yang buta, yang mengikut kata-kata si penunjuk jalan yang bodoh itu. Akhirnya dia sendiri yang sesat. Dia sudah tahu bahawa dia itu tidak dapat melihat, tetapi dia buat-buat seperti seorang yang cerdik. Kononnya PR itu penderhaka, kata mereka yang bodoh.

Tetapi ada juga golongan yang ketiga. Iaitu mereka yang celik, tetapi buat-buat buta. Mereka tersesat jalan, lalu bertanya kepada penunjuk jalan, “bagaimanakah caranya untuk pergi ke kampong A?”. Maka penunjuk jalan yang tidak bodoh itu memberitahu, “kamu jalan terus, kemudian pusing kiri, kanan …. Bla.. bla..” Tetapi orang yang celik buat-buat buta itu membalas, “Kamu ni, nak tunjuk pandai kat saya!!... Macam la saya tak reti cari jalan sendiri…!!”..

Inilah orang yang celik tetapi buta. Orang ini tidak nampak kebaikan orang. Yang dilihatnya PR itu penderhaka, dan kejahatan UMNO pun dibutakan. Ini kerana mereka itu adalah UMNO. Mereka tidak mengaku kebodohan sendiri. Mereka juga buta daripada memahami undang-undang Allah. Mereka mengatakan bahawa mereka lebih pandai membuat undang-undang. Mereka inilah orang yang buta… iaitu orang yang celik matanya, tetapi hatinya buta.

Allah SWT berfirman,
.
Sesiapa yang buta (hatinya) di dunia ini, maka dia akan buta di akhirat nanti dan lebih sesatlah jalannya (Surah al Isra’ : 72)

Salam Perjuangan

Dr Fikrah

Sunday, May 10, 2009

ISU BERTELANJANG DI JOHOR : KERAJAAN DIMINTA SUPAYA TIDAK JADI PONDAN


Hari ini saya dikejutkan dengan berita yang cukup mengaibkan Malaysia. Isu tentang program reality TV, Suvivor Robinson yang diadakan di Mersing, Johor. Berita ini turut didedahkan oleh media Denmark sepertimana yang disebut di dalam Metro semalam. Apakah yang terjadi? Program Realiti TV tersebut telah mengadakan satu aktiviti berlari dalam keadaan bertelanjang bulat! Sila lihat pada keratin akhbar Metro di atas..

Di dalam isu ini, siapa lagi yang perlu bertanggungjawab? Adakah hendak menyalahkan pihak penganjur? Atau kita salahkan kerajaan? Apa kata kerajaan dalam masalah ini? Mereka menjawab bahawa pihak penganjur telah melanggar etika yang ditetapkan. Mereka menyalahkan pihak penganjur sedangkan apa yang dilakukan setakat ini hanya “bising” di akhbar sahaja!

Saya mempersilakan kepada kerajaan untuk menyaman pihak penganjur, kemudian dedahkan satu dunia tentang saman tersebut, Mereka telah melempar najis ke muka Malaysia! Malaysia akan terkenal sebagai negara telanjang. Sekiranya kerajaan hanya ingin menjaga telur sendiri, lebih baik berambus dari Malaysia! Malaysia tidak memerlukan pemimpin yang menjaga telur sendiri.

Siapa tahu, kenapakah mereka berani untuk melanggar etika? Ini kerana mereka tahu bahawa kerajaan di Malaysia adalah kerajaan yang pondan. Di manakah kepondanan tersebut? Antara kepondanan tersebut ialah Najib tidak berani membersihkan nama baiknya di mata dunia tentang kes Altantuya. Ia menjadi buah mulut satu dunia.

Seteruskan kes BN Perak yang tidak berani dibubarkan Dun. Juga menjadi bualan sedunia. Dan banyak lagi kes-kes pondan di Malaysia yang cukup banyak diamalkan oleh BN. Hari ini, BN sekali lagi menyerlahkan kepondanannya sekiranya tidak berani untuk menyaman penganjur tersebut yang jelas melanggar etika!
.
Salam Perjuangan

Dr Fikrah
...................................................................................

4 Jam lalu, saya telah menyiarkan gambar yang sebenar yang ditayang di dalam akhbar Metro. Terasa jijik mata ini untuk diletakkan di dalam blog saya ini. Maka, saya telah menampal mereka yang bertelanjang bulat itu dengan warna hitam. Kalau masih tidak percaya, bolehlah lihat sendiri dalam link yang disediakan. Semoga ia dijadikan pengajaran!!

ULAMA’ YANG TERSISIH

Sedikit coretan rasa hati tentang masalah dalaman PAS yang berlaku hari ini. Wahai ahli PAS, janganlah anda menyisihkan golongan ulama’. Mungkin anda mengatakan bahawa terlalu awal untuk dicoretkan di sini, tetapi hakikatnya inilah pesananku sebelum anda terpesong. Islam itu akan kembali hilang di mata dunia, bahkan di dalam PAS sendiri akan hilang unsur-unsur Islam.

Semua ini disebabkan kita tidak berpegang dengan al Quran dan as Sunnah. Bahkan kita lebih banyak meniru cara perjuangan UMNO, kemudian diserapkan di dalam PAS, bukan kerana kefahaman anda terhadap Islam, tetapi disebabkan kebencian anda terhadap UMNO. Sepatutnya anda berjuang dalam PAS disebabkan anda memahami perjuangan Islam. Bahkan kita janganlah berjuang dalam PAS disebabkan benci terhadap UMNO semata-mata!

Ini kerana kebencian itu akan hilang setelah anda memperolehi periuk nasi anda. Mulut anda akan disenyapkan dengan duit yang disumbat ke dalam mulut anda. Ketika itu anda akan lupa apakah erti perjuangan aku dalam Islam. Walaupun pimpinan di dalam PAS itu berubah, manhaj PAS itu berubah, tetapi Islam itu tetap Islam. Wahai ahli PAS, berpeganglah dengan Islam! Sekiranya PAS terpesong dari Islam, maka tinggalkanlah PAS sekiranya ia tidak boleh diubah lagi.

Tidak tahu bagaimana lagi ingin dicoretkan di sini. Tetapi kebimbangan ini jelas terlihat apabila ahli PAS sendiri lebih mempercayai bukan ulama’ berbanding ulama’. Mereka lebih yakin kepada orang yang kurang ilmunya tentang Islam, berbanding mereka yang memahami dan mempraktikkan Islam. Percayalah, ulama’ ini bukanlah Tok Guru Nik Aziz sahaja, bahkan sesiapa sahaja boleh menjadi seorang ulama’ dengan mengikuti method-method sebagai seorang ulama’ yang sebenar.

Ulama’ bukanlah pangkat yang dapat dibeli dengan duit. Ia bukan juga dapat dibeli dengan sijil. Tetapi ia adalah satu kesungguhan seseorang untuk memahami Islam, berguru dengan guru yang sepatutnya, dan mempraktikkan kefahaman tersebut. Apakah yang akan terjadi sekiranya Parti “Islam” Semalaysia tidak lagi dipimpin oleh orang yang memahami Islam? Adakah PAS hanya tinggal nama sepertimana hadis yang telah saya nukilkan sebelum ini?

Nabi SAW bersabda
.

Hampir tiba satu masa, di mana tiada lagi pada Islam kecuali namanya sahaja, dan tiada lagi pada al Quran melainkan tulisannya sahaja. Masjid-masjid mereka (ketika ini) tersergam indah, tetapi ia kosong daripada hidayah. Ulama’ mereka adalah sejahat-jahat makhluk yang ada di bawah teduhan langit. Dari mereka (ulama’-ulama’ ini) berpunca fitnah, dan kepada mereka fitnah itu kembali semula (Riwayat Baihaqi)

Adakah di dalam PAS sendiri akan berjangkit penyakit ini? Adakah PAS juga akan hanya tinggal nama sebagai perjuangan Islam sedangkan ia dibarisi oleh orang yang kurang memahami hakikat Islam? Islam itu difahami oleh semua orang samada secara hakikat, separuh-separuh, langsung tidak difahami atau orang yang membenci Islam! Dan orang yang memahami Islam itu secara sebenarnya (hakikat) semakin berkurangan.

Apakah satu hari nanti Islam akan dipimpin oleh orang yang bencikan Islam? Ia bukanlah mustahil, hari ini telah pun muncul sister in Islam, Islam Hadhari, Islam Liberal dan bermacam lagi. Mereka dibarisi oleh orang yang tidak sukakan Islam yang sebenar. Adakah ini juga akan terpalit ke wajah PAS?

Salam Perjuangan

Dr Fikrah