Tuesday, May 26, 2009

MOGOK LAPAR DAN PUASA SUNAT

Di dalam Tranungkite dan beberapa blogger telah mengemukakan tentang pandangan Dr Yusof al Qardhawi dalam menghukumkan haram kepada sesiapa yang melakukan mogok lapar. Tetapi sekiranya ia bertujuan menyekat kezaliman, maka ia diharuskan. Wallahu A’lam. Saya sendiri tidak menemui rujukan ini. Di dalam artikel ini, saya tidak berniat untuk menghuraikan tentang hukum mogok lapar, tetapi sebaliknya menjelaskan hakikat sebenar.

Us Ahmad Awang mengatakan bahawa PAS tidak menganjurkan mogok lapar, tetapi menganjurkan puasa sunat. Tetapi, orang bukan Islam, mana mungkin mereka akan berpuasa sunat. Mereka bukan Islam, walaupun mereka berpuasa, tidak dipanggil sebagai puasa sepertimana orang Islam.

Hakikat puasa sebenarnya telah diamalkan oleh penganut-penganut agama lain. Tetapi cara dan niat yang berbeza. Tetapi, adakah puasa mereka turut dikatakan sebagai mogok lapar? Entahlah, masing-masing boleh mengukurnya sendiri.

Di dalam Islam, sebelum syariat Nabi Muhammad SAW, Allah memerintahkan puasa dengan cara yang lain. Di dalam Surah Ali Imran telah menyebut bahawa Nabi Zakaria AS dan Maryam berpuasa dengan tidak berkata-kata. Mungkin inilah yang disebut oleh Husam sebelum ini bahawa beliau berpuasa daripada berkata-kata.

Tetapi syariat Nabi Muhammad SAW, mensyaratkan puasa itu sebagai “menahan lapar daripada makan dan minum, dan perkara-perkara yang membatalkan puasa, daripada waktu imsak sehinggalah maghrib”. Dan puasa juga diwajibkan berniat kerana Allah. Sekiranya orang bukan Islam melakukan perkara yang sama, adakah mereka dianggap berpuasa?

Tidak, kerana antara syarat sah puasa ialah beragama Islam. Maka, sekiranya mereka melakukan perkara yang sama, mereka tetap tidak dikira berpuasa berdasarkan Islam. Sebaliknya mungkin ia sah bagi agama mereka. Hakikatnya kita tidak boleh menuduh sebarangan bahawa mereka ini melakukan mogok lapar, sedangkan mereka berpuasa cara mereka.

Hakikatnya, saya sendiri tidak mengetahui cara mereka berpuasa. Tetapi apa yang ingin dijelaskan ialah, sekiranya anda tidak tahu, maka katakanlah tidak tahu. Orang yang tidak tahu, jangan berlagak seperti seorang yang tahu. Maka, saya mengaku bahawa saya tidak mengetahui hakikat sebenar samada mereka mogok lapar, atau berpuasa cara mereka.

Tetapi yang pastinya, orang Islam terutamanya PAS menganjurkan puasa sunat. Maka, sangat banganglah bagi mereka yang melabelkan puasa sunat sebagai mogok lapar. Ini kerana mogok lapar dibenarkan mengorek hidung, tetapi ia adalah perkara yang membatalkan puasa! Ketika mogok lapar, masih dibenarkan “bersama” isteri, tetapi ia adalah perkara yang membatalkan puasa.

Salam Perjuangan

Dr Fikrah

3 comments:

  1. "Dr Yusof al Qardhawi dalam menghukumkan haram kepada sesiapa yang melakukan mogok lapar. Tetapi sekiranya ia bertujuan menyekat kezaliman, maka ia diharuskan."

    Lihatlah betapa kalut pemikiran,, hukum bukan dari Allah tapi dari manusia, yang lain ikut aje......

    ReplyDelete
  2. Seorang lagi yang berlagak lebih hebat daripada Dr Yusof al Qardhawi... Adakah anda tahu apakah itu "harus"? Kalau tidak, diam atau bertanya itu lebih baik.

    ReplyDelete
  3. cuba sertakan rujukan yang yusof qardawi ambil... surah mana ayat mana... hadis mana ... kami tak bertuhankan yusof qardawi...

    ReplyDelete