Saturday, May 2, 2009

NAJIB KONONNYA LEBIH HEBAT DARI RAJA ZULKARNAIN

Menyebut tentang isu ISA, saya cuba menarik pembaca budiman untuk melihat perbezaan yang ketara antara Najib dan Zulkarnain. Zulkarnain adalah seorang hamba Allah yang diberikan kuasa dan kepintaran. Bahkan nama beliau disebut di dalam al Quran tentang kehebatannya. Manakala Najib pula adalah seorang Perdana Menteri Malaysia yang namanya disebut oleh mulut-mulut masyarakat sedunia tentang kesnya.

Raja Zulkarnain pernah menjelajah dunia sehingga menemui sekelompok besar manusia yang berpotensi melakukan kerosakan yang teruk di muka bumi. Najib pula melancong ke seluruh dunia dengan duit rakyat. Tetapi, penemuan Zulkarnain itu adalah satu perkara yang penting untuk disebut di sini.

Beliau telah menemui sejenis manusia yang digelar Yakjuj dan Makjuj. Bilangan mereka yang cukup ramai dan kekuatan mereka yang agak luar biasa menyebabkan Zulkarnain merasa khuatir tentang mereka. Mereka mampu untuk mencetuskan kerosakan yang dahsyat di muka bumi sekiranya mereka dibiarkan.

Tindakan yang diambil oleh Zulkarnain ialah mengurung mereka dengan menggunakan tembok besar. Kekuatan tembok tersebut tidak mampu pecah atau rosak sekiranya berlaku gempa bumi atau rebut. Jelas menunjukkan kekuatan tembok ini. Yakjuj dan Makjuj yang dikurung di dalamnya pula sedang berusaha untuk melubangkannya. Di dalam al Quran menyebut bahawa di akhir zaman nanti, golongan inilah yang akan keluar daripada kurunga tersebut setelah tembok tersebut berjaya dilubangi. Apabila golongan ini tersebar ke dunia dan melakukan kerosakan, maka ketika itulah hari kiamat terjadi.

Apa kaitannya dengan si Najib? Di sini, saya bukan menyebut kaitan, tetapi perbezaan. Ketokohan Zulkarnain langsung tidak ditiru oleh Najib, bahkan dia berlagak berkuasa lebih daripada Zulkarnain. Kalau Zulkarnain mengurung Yakjuj dan Makjuj, Najib pula mengurung ulama’ dan sesiapa sahaja yang dikehendakinya.

Najib adalah watak yang berlawanan dengan Zulkarnain. Zulkarnain adalah seorang yang baik dan mengurung orang yang jahat. Tetapi Najib adalah orang jahat yang mengurung orang yang baik di dalam ISA. Tembok ISA ini masih belum dapat dilubangi oleh rakyat Malaysia. Gerakan memansuhkan ISA perlu dilaksanakan.

Sepatutnya Najib inilah yang patut dikurung. Jangan biar beliau terlepas kerana apabila beliau berjaya melepaskan diri, beliau akan membuat kerosakan di Malaysia sepertimana yang kita lihat hari ini. Bertambah teruk apabila Najib sendiri yang mengurung orang baik-baik! Ya, dunia sudah terbalik.

Penjara ISA yang begitu susah untuk dilubangi akhirnya pasti akan jatuh. Penjara Zulkarnain yang begitu kebal itupun mampu dilubangi, apatah lagi penjara Najib? Kalau Yakjuj dan Makjuj yang jahat itupun boleh melubangi tembok itu, apatah lagi kita yang juga pejuang kebenaran? Sudah pasti kita lebih mudah untuk menghapuskan ISA! Mansuhkan ISA!!

Salam Perjuangan

Dr Fikrah


No comments:

Post a Comment