Saturday, April 25, 2009

TOYOTA CAMRY ATAU TOYOTA ZAMBRY?


Sebelum ini kita menyaksikan bahawa Zambry akan membuat lelongan Camry yang telah dibeli oleh Pakatan Rakyat. Tetapi, akibat terlalu fobia dengan istilah “Pakatan Rakyat”, terus sahaja dilelong kereta tersebut kerana beberapa sebab. Mungkin beliau melihat sekiranya Camry itu masih digunakan, ia akan menampakkan kesan pemerintahan PR sebelum ini.

Sebagai contoh, Tugu Negara dibina sebagai tanda perjuangan rakyat Malaysia sebelum ini. Manakala Camry yang masih ada hari ini sebagai kenderaan kerajaan, dianggap olehnya sebagai tanda perjuangan PR sebelum ini. Lalu beliau bertindak melelong kereta tersebut. Sama juga dengan Plak Pokok sebelum ini, selagi mana ia masih wujud, selagi itulah Zambry masih terkenang-kenang perjuangan PR. Lalu beliau bertindak menghapuskannya sehingga hilang kesan tersebut, umpama hilangnya kotoran degil.

Ya, mungkin Zambry menganggap bahawa tanda-tanda kewujudan pemerintahan PR, ibarat kotoran degil dan mesti ditanggalkan daripada pakaian kerajaan Perak. Namun, masih terdapat “kotoran degil” yang begitu degil dan saya yakin Zambry tidak dapat menghilangkannya. Apakah dia?

Lihatlah tajuk ini, nama Zambry hampir sama dengan Camry! Contohnya perkataan Camel dalam Bahasa Inggeris, dikatakan berasal daripada perkataan Jamal di dalam Bahasa Arab. Kedua-duanya bermaksud unta di dalam Bahasa Melayu. Ada sesetengah orang mengatakan bahawa asal perkataan ialah jamal lalu dicedok oleh Inggeris menjadi camel. Entah betul atau tidak.

Mereka mengatakan …. Jamal – jamel – camel…..

Entah betul atau tidak. Mungkin ia juga terlekat pada perkataan Camry.. atau Zambry…

Zambry – Cambry – cambry….

Dengan menukarkan huruf pertama, sama seperti jamal tadi. Apa yang dapat dilihat di sini, nama tersebut hampir serupa. Ya, walaupun Camry dilelong, namun nama beliau tetap Zambry. Apabila mendengar nama Zambry, orang ramai akan teringat perjuangan PR sebelum ini. seolah-olah diabadikan sepertimana Camry dan Plak Pokok yang menghantuinya selama ini.

Bagaimana lagi untuk menghilangkan sejarah perjuangan PR di Perak? Nama beliau sendiri hampir sama dengan Camry! Adakah beliau akan bertindak menukar nama selepas ini? Saya yakin, beliau tidak mampu berbuat apa-apa untuk menghilangkan memori sejarah perjuangan PR. Ini kerana pada dirinya sendiri sudah tertulis tentang sejarah perjuangan PR.

Kalau sebelum ini, Pitagoras telah mengabadikan nama dia di dalam teori ciptaannya sehingga membentuk Teori Pitagoras. Begitu juga dengan Algebra dan lain-lain. Manakala di Perak, telah muncul sejarah PR disebabkan kewujudan nama Zambry. Maka, semua orang yang bernama Zambry akan rasa terpalit dengan tahi yang dihasilkan olehnya.

Salam Perjuangan

Dr Fikrah

No comments:

Post a Comment