Friday, March 27, 2009

SIAPA KATA PEMBANGKANG WALI ATAU MALAIKAT?


Saya tertarik dengan apa yang telah dikatakan oleh Pak Lah bahawa “pembangkang bukanlah wali atau malaikat”. Beliau menyifatkan begitu kerana cuba memahamkan bahawa di dalam PR pun terdapat kesilapan yang perlu diperbetulkan. Jangan asyik menyalahkan Umno sahaja. Tetapi, di dalam artikel ini, saya ingin memberitahu bahawa, manusia boleh menjadi sehina binatang, apabila tidak menerima hukum Allah!

Pak Lah sibuk mempersoalkan kesalahan dan kesilapan di dalam PR yang disifatkan bukan malaikat, tetapi, kesalahan di batang hidung sendiri tidak pernah mengaku. Beliau ada menyebut bahawa UMNO perlu bersih daripada politik wang, tetapi perkara ini sendiri menunjukkan bahawa UMNO itu bersalah, dan perlu mengakui kesilapan tersebut.

Pak Lah menyebut bahawa UMNO bukanlah tong sampah untuk dilemparkan sebarang fitnah. Tetapi, pada saya, UMNO adalah tong sampah, tetapi tidak mengaku bahawa ia adalah tong sampah! UMNO sendiri yang merosakkan jentera mereka itu. Ahli UMNO sendiri yang menjadikan UMNO sebagai tong sampah!

Beliau menyebut tentang “wali” dan “malaikat”. Hakikatnya tiada siapa yang mengatakan PR itu wali atau Malaikat. Yang mengenal waliNya ialah Allah SWT. Allahlah yang menganugerahkan kewalian tersebut kepada siapa yang dikehendakinya, dari kalangan hambaNya yang soleh. Manakalah Malaikat pula ialah makhluk Allah yang tidak melakukan kesilapan.

Nabi-nabi Allah terdahulu, juga terpelihara daripada sebarang “dosa”. Hakikat di sini ialah, jangan mengatakan orang itu ini, kalau diri itu adalah tong sampah. Di dalam al Quran jelas menunjukkan bahawa sesiapa yang tidak melaksanakan hukum Allah ialah binatang, bahkan lebih teruk daripada itu. UMNO hari ini, berhempas pulas menafikan hukum Allah, bukankah kita layak menggelar mereka sebagai binatang?

Persoalan yang saya ingin lontarkan kepada Pak Lah, bagaimanakah anda boleh tahu bahawa PR atau pimpinannya bukan Wali Allah? Bukankah wali Allah ini hanya dikenali oleh Allah? Hebatnya Pak Lah! Persoalan kedua ialah, siapa kata PR itu golongan malaikat? Bukankah jelas menunjukkan mereka itu manusia?

Di dalam al Quran telah menceritakan perihal manusia terdahulu, di mana mereka mengatakan bahawa “kenapakah Allah mengutuskan Nabi dari kalangan manusia biasa? Kenapa tidak diutuskan Malaikat sebagai Nabi?” (Surah al An’am : 8-9)… Lalu Allah menjawab kepada mereka kalaulah kami menjadikan Malaikat itu sebagai Nabi, sudah pasti kami akan mengubahnya menjadi seorang manusia untuk menyampaikan kepada kamu.

Ini kerana, sekiranya Malaikatlah yang menyebarkan dakwah, sudah pasti tidak pernah wujud UMNO. Nak tahu bagaimana rupa Malaikat? Kalau setakat FRU tu, macam bola pimpong sahaja! Tetapi, Allah mengutuskan orang yang menyebarkan Islam, dari kalangan manusia sendiri supaya manusia tersebut boleh hidup bersama-sama manusia-manusia lain.

Salam Perjuangan,

Dr Fikrah

No comments:

Post a Comment