Saturday, May 2, 2009

SIAPA TEGUR AKU, SUMBAT DALAM ISA!!


ISA yang selama ini menjadi alat untuk mengugut pejuang-pejuang Allah, semakin hari semakin menjadi buah mulut manusia. Semala saya terlihat seorang kanak-kanak memakai T Shirt “Mansuh ISA”, dan membuatkan saya terimbas kembali kepada sejarah Para Sahabat yang tidak mengamalkan ISA sepertimana yang digunakan hari ini. Kalaulah terdapat golongan yang mengatakan itu ini adalah bid’ah, maka ISA itu adalah bid’ah yang sepatutnya ditentang!

Satu ketika Saidina Umar al Khattab berkhutbah. Ketika itu beliau sudah menjadi seorang khalifah, iaitu orang nombor satu dunia. Beliau juga terkenal dengan watak yang tegas, garang dan sebagainya. Ketika dalam khutbahnya, beliau bertanya kepada hadirin, 

“Siapakah di kalangan kamu yang akan menegur saya sekiranya saya melakukan kesalahan?”

Lalu Abu Zar RA bangun tanpa sebarang perasaan gemuruh lantas menjawab…

“Sekiranya kamu melakukan kesalahan, pedang inilah yang akan menegur kamu!!”

Bagaimana? Ada berani? Lihatlah watak Abu Zar, seorang yang tidak terkenal dengan watak tegas. Tetapi mampu menjawab persoalan Saidina Umar RA yang juga seorang khalifah ketika itu. Setelah mendenar jawapan Abu Zar RA itu, Saidina Umar al Khattab merasa lega kerana masih ada orang yang mampu menegurnya sekiranya dia melakukan kesilapan.

Saya yakin, apa yang terjadi hari ini jauh berbeza dengan zaman Para Sahabat. Saya yakin, Najib dan PM-PM sebelumnya tidak pernah bertanya kepada hadirin sepertimana yang ditanya oleh Saidina Umar. Walaupun PM-PM kita ini langsung tidak setegas Saidina Umar!. Kalau hendak dikatakan PM-PM kita berkhutbah, jauh sekali kemungkinan ini.

Cuba bayangkan Najib berkhutbah di sebuah masjid atau di mana-mana sahaja, lalu bertanya soalan yang sama… Adakah terdapat seseorang yang akan memberi respon? Sekiranya beliau bertanya kepada hadirin BN sahaja, sudah pasti tiada yang akan menjawab sepertimana Abu Zar. Tetapi sekiranya beliau bertanya kepada hadirin yang bercampur parti, sudah pasti hadirin akan berduyun-duyun berbuat demikian.

Tetapi, orang ramai pasti menyangka bahawa sekiranya Najib berbuat demikian, pasti ada udang di sebalik mee. Mungkin dia ingin menarik elaun sesiapa yang menegurnya. Atau mungkin dia akan berkata..

“Siapa tegur aku, sumbat dalam ISA!!”…..

Walaubagaimanapun, inilah amalan PM-PM sebelum ini dan ia juga dibontoti oleh Najib. Dia telah mengamalkan amalan nenek moyang yang jelas bid’ahnya. Maka saya menyeru kepada golongan-golongan yang membid’ah ini supaya menyebut dengan lantang tentang bid’ahnya BN itu. Kalau hanya setakat menyebut bid’ah bertalqin, zikir selepas solat dan sebagainya, itu sudah puas didengari. Tetapi, sebutkan juga bid’ah yang sesat yang diamalkan oleh BN!

Salam Perjuangan

Dr Fikrah


No comments:

Post a Comment