Thursday, April 30, 2009

PENANTI : STRATEGI NAJIB YANG DIRASAKAN HEBAT OLEHNYA


Kebelakangan ini sering menjadi buah mulut rakyat Malaysia apabila Najib telah memutuskan supaya BN tidak bertanding di Penanti. Kenapakah Najib memutuskan demikian? Adakah disebabkan beliau tidak ingin menanggung malu pada kekalahan BN di 2 bukit sebelum ini? Atau beliau sendiri mempunyai strategi tersendiri?

Antara dua kemungkinan ini, saya lontarkan kepada pembaca budiman untuk menimbang tara, mana satukah yang betul. Kita lihat dahulu kemungkinan pertama, iaitu Najib tidak mahu menanggung kekesalan yang kedua. Kekalahan BN di 2 bukit memang memberi impak yang jelas apabila BN hanya dilihat sebagai pendatang haram di 2 bukit ini. Lebih-lebih lagi Mahadet sendiri sudah tidak laku seperti dahulu.

BN jelas nampak bahawa mereka mengalami 2 erti kekalahan. Iaitu kalah dalam pilihanraya, dan kalah dalam berpolitik. Mereka kalah dalam berpolitik apabila melihat gelombang PR yang begitu hebat sehingga menyebabkan mereka tersungkur di peringkat permulaan lagi, iaitu seawal penamaan calon! Mereka sudah tersungkur sebelum bertanding!

Lalu, setelah kalah di dua kawasan tersebut, Najib mula memikirkan satu strategi, iaitu bagaimanakah hendak menang dalam berpolitik! Bagaimanakah hendak memperlihatkan kegagahan BN berbanding PR dalam pilihanraya akan datang? Lalu, dia merancang strategi “mengaku kalah” di Penanti.

Inilah kemungkinan yang kedua. Strategi pelik ini dinamakan strategi “mengaku kalah”!. Strategi ini telah dipraktikkan di dalam sebuah kisah Melayu. Iaitu kisah 2 orang yang pergi memburu, akhirnya terserempak oleh seekor beruang. Lalu beruang tersebut mengejar mereka berdua. Mereka lari lintang pukang sehinggalah salah seorang daripada mereka berjaya memanjat pokok. Manakala seorang lagi tidak pandai memanjat, lalu dia berlakon sebagai seorang yang sudah mati. Setelah mendapati orang tersebut sudah mati, beruang itu pergi meninggalkannya.

Daripada kisah ini, saya mendapati bahawa Najib cuba menggunakan strategi orang yang kedua. Iaitu berlakon sebagai seorang yang sudah mati. Ini kerana beliau melihat BN hari ini tidak dapat memanjat pokok, lalu beliau terpaksa berlakon mati. Ini kerana beliau risau dibaham oleh beruang PAS. Tetapi malangnya, strategi beliau ini ternyata tersilap.

Ini kerana, PAS bukanlah beruang! Beruang tidak ada akal, tetap PAS dianggotai oleh ulama’-ulama’. Bayangkan sekiranya beruang di dalam cerita tersebut mempunyai akal, sudah pasti ia akan membaham orang yang sedang berlakon itu. Bahkan, ia mampu menebang pokok seperti manusia yang berakal supaya dapat menjatuhkan orang yang sedang berada di atas pokok.

Ternyata, PAS bukanlah beruang yang tiada akal. Maka strategi Najib ini hanya dilihat sebagai aktiviti membuang karan! Mungkin beliau cuba mengurangkan amukan Pakatan Rakyat sepertimana yang terjadi di 2 bukit, tetapi, hakikatnya PR akan terus mengamuk sehinggalah Najib berjaya dijatuhkan dari atas pokok UMNO!

Salam Perjuangan

Dr Fikrah


1 comment:

  1. bagi saya BN bukan menyamar mati..
    Tetapi DS Najib cuba bina satu imej yang kerajaannya fokus pada rakyat dan kurang berpolitik, dengan tidk bertanding dikawasan yang PR letak jawatan, imej ini akan berjaya dibentuk jika DS Najib punyai pendirian yang tetap.

    Tindakan ini adalah satu langkah selamat untuk BN bagi jangka pendek.
    1. Rakyat telah menolak BN, kawasan pilihanraya yang wakil PR letak jawatan telah dimenangi oleh PR dengan majoroti yang selesa.

    2.TIdak terperangkap dengan PRK baru hasil perletakan jawatan, contohnya yang 'terbaru' di Selangor(ADUN ISA)

    Tetapi jika BN letak juga calon di Penanti, mereka akan kalah besar (memang kalah pun) kerana 'mood' jentera BN sekarang adalah tidak bertanding. Persiapan mereka tidak kemas.

    ReplyDelete