Thursday, April 2, 2009

MAHATHIR BANTU BN DI BUKIT GANTANG, SEDANGKAN DIA BUKAN AHLI UMNO!!


Semalam telah disiarkan berita di dalam Malaysiakini, bahawa Mahathir akan membantu BN di Bukit Gantang. Adakah dia dianggap hero yang akan menyelamatkan BN di Bukit Gantang? Atau dia hanya dianggap menyibuk, dan tidak memberi apa-apa kesan terhadap Pakatan Rakyat. Apabila membaca berita tersebut, sedikit rasa kecut pun tiada, bahkan semakin pening kerana memikirkan status Mahathir sendiri.

Dia telah berikrar satu ketika dahulu untuk keluar daripada UMNO. Tetapi yang peliknya, dia turut hadir dalam Perhimpunan Agung UMNO, bahkan dijemput ke atas pentas dan dipeluk oleh Pak Lah (walaupun Mahathir tidak mahu memeluknya). Semalam pula berlaku sesuatu yang pelik lagi pada Mahathir, beliau berikrar pula untuk membantu BN di Bukit Gantang.

Apa yang di boleh buat. Sebelum ini dia menghina UMNO, tetapi hari ini dia menjilat balik semua kahak yang diludahnya kepada mantan presiden UMNO, Pak Lah. Dia sanggup turun ke Bukit Gantang untuk meraih undi untuk UMNO. Mungkin ramai yang beranggapan bahawa Mahathir sudah terlalu tua, dan mengidap penyakit nyanyuk. Tetapi, saya tidak mengatakan apa-apa pada dia.

Mahathir ingin dihormati, dan sebelum ini, Pak Lah “tak dengar cakap orang tua”, dan menyebabkan “orang tua” ini merajuk dan membawa diri. Tetapi, ketika zaman Najib hari ini, beliau boleh dengar kata, jadi Mahathir pun suka mendapat cucu sebegini. Apa lagi, untuk menunjukkan kesayangannya terhadap cucunya, beliau sanggup berkempen di Bukit Gantang, walaupun Najib sendiri tak pernah kelihatan batang hidungnya di situ.

Saya yakin, Zambry pasti gembira dengan kehadiran Mahathir tersebut, walaupun hatinya berkata, “Kalau 10 Mahathir datang untuk berkempen pun, bukannya boleh menang”… Ya memang benar, datanglah 100 orang Mahathir pun, kalau Allah tak izinkan kemenangan itu pada BN, takkan menang. Buatlah 100 Majlis Bacaan Yasin pun, kalau niat itu salah, salahlah ia.

PR sendiri tidak pernah terkejut dan merasa gementar dengan kehadiran Mahathir, bahkan Nizar sendiri telah melawat bilik operasi UMNO semalam!! Zambry berani buat begitu? Buat tebal muka sahaja.

Persoalan yang ingin ditimbulkan di dalam artikel ringkas ini ialah, apakah autoriti yang ada pada Mahathir untuk berkempen untuk UMNO? Dia sudah bukan ahlinya lagi. Tetapi, malangnya, dia dianggap hero. Ya, memang benar, UMNO sudah tiada pengaruh sehingga memerlukan sokongan daripada orang yang bukan ahlinya.

Saya mengesyorkan kepada Mahathir supaya tidka berkempen untuk UMNO. Buat malu muka dia sahaja, kerana sebelum ini, urat lehernya naik membelasah UMNO. Lebih baik anda berkempen untuk bebas atau PR sendiri. Pahala pun dapat, memandangkan umur sudah tidak lama lagi. Bertaubatlah sebelum terlambat.

Salam Perjuangan

Dr Fikrah

Wednesday, April 1, 2009

ARTIKEL APRIL 2009

27 April ANAK YANG MASUK ISLAM TETAP MENGHORMATI IBU MEREKA WALAUPUN KAFIR
.
27 April ZAMBRY BERJAYA MENJAHIT MULUT MUFTI
.
27 April AKU MENGULAS TENTANG ISU “RIDZUAN MASUK ISLAM”
.
26 April PMRAM MENJELASKAN ISU PENGISLAMAN RIDZUAN
.
26 April PARASIT DALAM PAS YANG MEMFITNAH ULAMA’
.
26 April PARASIT DALAM PAS YANG MENGUNTUNGKAN UMNO
.
26 April
ROMBAKAN PIMPINAN UMNO, STRATEGI ATAU KECACATAN? ATAU STRATEGI YANG CACAT?

25 April TOYOTA CAMRY ATAU TOYOTA ZAMBRY?
.
25 April JANGAN TUBUHKAN BN YANG KEDUA SETELAH MENGHAPUSKAN BN YANG PERTAMA
.
24 April SAMPAI MATI PUN ZAMBRY TAKKAN SAH JADI MENTERI BESAR
.
23 April ADAKAH OSMAN JAILU KE 2 AKAN MUNCUL?
.
23 April MEDIA ASING TIBA-TIBA MENYERANG NAJIB, TAHNIAH ATAU TAKZIAH?
.
22 April KEMELUT DI PERAK : SIAPA JUARA DAN SIAPA PULA YANG TERKUBUR?
.
22 April Majlis Konvokesyen PUO dicemari Pesta Hiburan
.
22 April TIADA DALIL YANG DAPAT MENYATAKAN ZAMBRY ITU BENAR
.
21 April ORANG KAFIR DI ZAMAN NABI MUHAMMAD SAW JUGA MELANGGAR UNDANG-UNDANG MEREKA!
.
21 April BN PERAK MEMPALIT NAJIS KEPADA PM MEREKA
.
21 April ISU TARIAN DI MESIR : SEMUA PIHAK TIDAK MENGAKU BERSALAH
.
20 April BN TARIK DIRI SEPERTIMANA ROM MENARIK DIRI DARI PERANG TABUK (Siri 2)
.

20 April BN TARIK DIRI SEPERTIMANA ROM MENARIK DIRI DARI PERANG TABUK (Siri 1)
.
19 April ANTARA HAK BUKAN ISLAM, DAN JAWATAN MEREKA DALAM KERAJAAN (Siri 3)

19 April ANTARA HAK BUKAN ISLAM, DAN JAWATAN MEREKA DALAM KERAJAAN (Siri 2)
.
19 April ANTARA HAK BUKAN ISLAM, DAN JAWATAN MEREKA DALAM KERAJAAN (Siri 1)
.
18 April DOSA MENGUNDI BARISAN NASIONAL (Siri 2)
.
18 April DOSA MENGUNDI BARISAN NASIONAL (Siri 1)
.
18 April BN PERAK AKAN TERKUBUR SETELAH ZAMBRY MENANG KES PENGGANTUNGAN
.
17 April
ISA ZALIM....13 ORANG 'DIBEBASKAN' 3 LAGI 'DICULIK' OLEH POLIS MALAYSIA

17 April 1 MALAYSIA : KERETA BARU, ENJINNYA LAPUK
.
17 April HAKIM 2 X 5 ATAU 5 X 2? TETAPI JAWAPANNYA TETAP 25!!
.
16 April RM 45,786 DIGUNAKAN UNTUK PUJA ROSMAH, BERAPA PERUNTUKAN PULA UNTUK MEMUJI ALLAH?
.
16 April NAJIB DAH JADI BAIK, ATAU HANYA BERLAKON SEBAGAI ORANG BAIK?
.
16 April ANTARA RAIS YATIM DAN BLOGGER PEMBELOT NEGARA
.
15 April MEREKA BERGADUH SESAMA MEREKA
.
15 April BN BAKAL MENJADI OKU
.
14 April WAHAI BANGSA MELAYU, JANGAN JADI SEPERTI BANGSA ARAB MENOLAK KENABIAN MUHAMMAD SAW
.
14 April MIC MINTA FASAKH DARIPADA UMNO
.
14 April MENGENALI FIRAUN KURUN KE 21
.
13 April KITA BUKAN MEMERANGI UMNO SAHAJA (Siri 2)
.
13 April KITA BUKAN MEMERANGI UMNO SAHAJA (Siri 1)
.
13 April DI ZAMAN NABI MUHAMMAD SAW, ARTIS PUN JOIN ISLAM (Siri 2)
.
13 April
DI ZAMAN NABI MUHAMMAD SAW, ARTIS PUN JOIN ISLAM (Siri 1)
.
12 April SILA LAPORKAN KEPADA "POLIS", TENTANG KES "POLIS" PUKUL ADI
.
11 April REZEKI MUKHRIZ BERBAPAKAN MAHATHIR!
.
11 April MENJAWAB ISU “PAS MENYAMARATAKAN ANTARA AGAMA” (siri 3)
.
11 April MENJAWAB ISU “PAS MENYAMARATAKAN ANTARA AGAMA” (siri 2)
.
11 April MENJAWAB ISU “PAS MENYAMARATAKAN ANTARA AGAMA” (siri 1)
.
11 April BANDINGAN ANTARA PEMIMPIN NO. 1 DI ALAM, PEMIMPIN NO. 1 DUNIA, DAN PEMIMPIN NO. 1 MALAYSIA
.
10 April TANDA PERSOALAN DALAM KES ALTANTUYA
.
10 April SIAPA KATA NABI MUHAMMAD SAW TIDAK BERPOLITIK DI DALAM MASJID? SIAPA KATA NABI TIDAK BERPARLIMEN?
.
10 April ISU “KAMBING HITAM” NAJIB BERDASARKAN HUKUM
.
10 April ALASAN LAPUK : HUKUM ALLAH TIDAK SESUAI DI MALAYSIA KERANA BERBILANG KAUM
.
9 April UMNO SALAHKAN MCA DAN MIC KERANA KALAH BUKIT GANTANG
.
8 April - WAHAI MELAYU, KAMU TIDAK BERHAK MEMBENCI BANGSA LAIN
.
8 April - MENJAWAB ISU “PAS BERGABUNG DENGAN ORANG KAFIR” (Siri 3)
.
8 April - MENJAWAB ISU “PAS BERGABUNG DENGAN ORANG KAFIR” (Siri 2)
.
8 April - MENJAWAB ISU “PAS BERGABUNG DENGAN ORANG KAFIR” (siri 1)
.
8 April - BN KATA “ITU BUKAN PENGUNDI HANTU..”
.
8 April - BN KATA, RAKYAT DI BANTANG AI SUDAH SEDAR.
.
7 April - DIUMUMKAN, KETIBAAN PERASUAH NOMBOR 2 MALAYSIA….
.
7 April - JAHATNYA BN ITU
.
7 April - “PENGUNDI HANTU” DI ZAMAN NABI SAW DIHANCURKAN OLEH TENTERA MALAIKAT
.
6 April - ISU LONDEH PERNAH BERLAKU DI ZAMAN NABI SAW
.
6 April - MENJAWAB ISU "KOR MING PERSENDA AL QURAN"
.
6 April - DEBAT HUSAM MUSA DAN ZAHID HAMIDI MALAM INI
.
6 April - WAWANCARA KHAS BERSAMA PRESIDEN MAHASISWA PERAK MALAYSIA
.
6 April - BERSATU GESA MAHASISWA TURUN MENGUNDI 7 APRIL
.
6 April - SAMAN AKHBAR ANTARABANGSA, BARU BERSIHKAN NAMA MALAYSIA - PRESIDEN BERSATU
.
6 April - MUHYIDDIN KATA ANWAR BUAT DOSA KERING
.
5 April MENJAWAB PROVOKASI BN : “NIZAR TOLAK NEGARA ISLAM?”
.
5 April SHAFIE KATA PR TIDAK TULEN, INI JAWAPANNYA..
.
5 April UMNO ADALAH BARANG YANG SUDAH TIDAK LAKU, TETAPI MAHATHIR MASIH MEMBELINYA
.
5 April NAJIB MESTI MANSUHKAN ISA, BUKAT SETAKAT MEMBEBASKAN TAHANAN
.
4 April ISU GAMBAR ELI : SAYA DOAKAN AGAR MEREKA YANG MELAKUKAN KEZALIMAN INI DIBALAS OLEH ALLAH
.
4 April PEMBEBASAN ISA : NAJIB HANYA MENCUCI NAJIS SENDIRI, KENAPA PERLU BERTERIMA KASIH?
.
3 April SITI NURHALIZA : ORANG YANG TERSESAT, PASTI RINDUKAN KEBENARAN
.
3 April PENTING : MENJAWAB ISU “TIDAK DIBENARKAN BERKEMPEN DI MASJID”
.
3 April GAMBAR : 8 PERKARA YANG ADA PADA NIZAR, TIADA PADA ZAMBRY
.
3 April AKU MALU NAJIB SEBAGAI PERDANA MENTERI
.
2 April MAJLIS ANGKAT SUMPAH NAJIB SEBAGAI PM DIBATALKAN
.
2 April GURU DIBENARKAN BERPOLITIK - JANGAN TERPEDAYA
.
2 April NIKMAT BESAR BILA KHIR KALAH JADI PEMUDA
.
2 April MAHATHIR BANTU BN DI BUKIT GANTANG, SEDANGKAN DIA BUKAN AHLI UMNO!!
.
1 April JANGAN SEBUT NAMA ALTANTUYA

JANGAN SEBUT NAMA ALTANTUYA


Hamid Albar telah mengeluarkan kenyataan melarang mana-mana individu atau parti daripada menyebut tentang Altantuya. Entah kenapa KDN mengeluarkan kenyataan demikian, sedangkan larangan sebegini amat ajaib yang pernah didengari. Semua orang termasuk Anwar Ibrahim turut melontarkan persoalan “kenapa?” atau “bagaimana boleh menjadi larangan?”. Ya, memang pelik.

Masing-masing yang mengetahui tentang kenyataan tersebut tertanya-tanya, apakah sebab ia dilarang? Adakah bimbang negara luar tahu, sedangkan satu dunia sudah pun mengetahuinya. Adakah bimbang pengaruh Najib berkurangan, sedangkan orang ramai sudah lama menolak kepimpinan Najib walaupun beliau belum lagi menjadi PM. Entah kenapa KDN memerintahkan sedemikian.

Kalau sebelum ini KDN telah menggantung Harakah dan Suara Keadilan selama 3 bulan, kerana menabur fitnah. Tetapi TV3 yang lebih lama menabur fitnah tidak pernah digantung. Bahkan menjadi saluran rasmi BN. Tetapi hari ini, kepelikkan tersebut bertambah apabila nama Altantuya dilarang daripada disebut. Kenapa ya?

Sepertimana yang telah diketahui, kes Altantuya yang dikaitkan dengan Najib ini sudah lama tersedar ke seluruh dunia. Dunia melihat bahawa bakal Perdana Menteri Malaysia adalah seorang yang tidak bersih. Mereka bertanya, “kenapa rakyat Malaysia memilih orang seperti itu menjadi Perdana Menteri Mereka?”

Soalan ini boleh dijawab dengan “sebenarnya, rakyat Malaysia tidak memilih beliau sebagai Perdana Menteri, tetapi beliau telah mengerahkan pengundi-pengundi hantu dan mengamalkan rasuah sehinggalah beliau boleh naik menjadi Perdana Menteri”. Sekiranya diukurkan dengan minda yang waras, orang seperti Najib tidak dapat satu undian pun, bahkan beliau sudah lama dipinggirkan.

Tetapi, disebabkan saluran wangnya agak laju dan berkesan, beliau mendapat tempat, bahkan bakal menjadi Perdana Menteri. Najib, saya ingin bertanya kepada awak … “kenapa kamu terlalu ingin menjadi Perdana Menteri?” atau “kenapa kamu ingin menjadi pemimpin negara?”. Sekiranya kita melontarkan soalan yang sama kepada PR, mereka akan jawab berbeza.

“Kami ingin menjadi kerajaan kerana kerajaan yang sedia ada adalah kerajaan menipu…”. Ya memang benar, sekiranya kerajaan yang ada hari ini benar-benar memuaskan hati rakyat, dan tidak menipu, masakan rakyat sendiri menolak kerajaan hari ini? Ini kerana pemerintahan sekarang sudah macam ayam.

Contoh yang paling sesuai dengan “pentadbiran ayam” ini ialah penggantungan Harakah dan Suara Keadilan, dan melarang sesiapa pun menyebut nama Altantuya. Inilah contoh pentadbiran ayam, bahkan lebih teruk dari itu. Ini kerana ayam yang tidak mempunyai akal pun merasa tanggungjawab terhadap anaknya, tetapi BN?

Salam Perjuangan

Dr Fikrah

Tuesday, March 31, 2009

NIKMAT ALLAH BEGITU BESAR, TETAPI MANUSIA MASIH TIDAK NAMPAK


Manusia dilahirkan ke dunia dalam keadaan lemah, tidak bermaya dan boleh mati dengan mudah sekiranya dibiarkan. Kita selalu mendengar kes buang bayi, dan bayi yang dibuang itu, tidak mampu untuk menyelamatkan dirinya langsung. Ini kerana bayi tersebut, tidak mampu berjalan, mencari makanan dan memakai pakaian. Bayi tersebut memang tidak pandai berdikari.

Oleh itu, Allah SWT telah mencampakkan perasaan kasih sayang kepada si ibu untuk memelihara dan menjaga bayi tersebut sehinggalah ia besar dan mampu untuk memakai pakaian sendiri. Ketika kecil, bayi tersebut dipakaikan baju, hatta air besar pun dibersihkan oleh ibunya. Tetapi setelah besar, ia mampu untuk melakukan segala-galanya.

Walaupun begitu, masih ramai lagi anak muda yang lupa dengan kasih sayang ibunya selama ini. Daripada tidak mampu untuk bercakap, menjadi seorang yang memarahi ibunya. Daripada seorang yang makanannya hanya disuap, menjadi seorang yang membiarkan ibunya kelaparan. Daripada seorang yang dipakaikan bajunya, menjadi seorang yang membiarkan ibunya berpakaian buruk.

Itulah manusia yang begitu mudah terlupa. Sekiranya jasa ibu mereka pun begitu mudah dilupai, apatah lagi rahmat kasih sayang Allah yang jauh lebih besar dari itu? Memang pelik, manusia yang sudah begitu besar mendapat nikmat dan rahmat daripada Allah, masih boleh melupainya. Apatah lagi kasih sayang ibunya?

Manusia memang buta. Setiap anggota tubuhnya adalah kurniaan Allah, tetapi mereka masih tak nampak nikmat tersebut. Mereka bernafas setiap waktu dan ketika dengan rahmat yang Allah berikan, tetapi hidung mereka masih menghidu keaiban orang lain! Mereka diberikan lidah untuk bertutur, tetapi lidah mereka itu masih terus mencaci undang-undang Allah.

Mereka diberikan mata untuk melihat kebesaran Allah, tetapi mereka masih mencari ayat al Quran untuk ditafsirkan mengikut hawa nafsu mereka. Mereka diberikan akal untuk berfikir tentang kebesaran Allah ini, tetapi mereka menggunakannya untuk mengatur perancangan jahat untuk memadamkan kebenaran dari Allah!

Inilah manusia yang buta. Mereka buta di dunia, dan mereka akan meraba-raba di akhirat kelak. Nikmat Allah yang begitu besar ini masih tidak kelihatan di mata mereka. Ini kerana kemewahan dunia telah menjadikan mereka buta. Bahkan mereka mengaku bahawa mereka pembawa kebenaran sedangkan mereka itu buta. Bolehkah orang yang buta menjadi penunjuk jalan?

Mereka telah diberi peluang untuk mengubati penyakit buta mereka itu, iaitu dengan kembali bertaubat. Tetapi, mereka lebih suka terus hidup dalam keadaan buta daripada bertaubat. Mereka sengaja berbuat demikian kerana kesombongan mereka mengatasi segalanya. Sudahlah buta, sombong pula. Inilah hakikat manusia yang buta hatinya.

KALAU NIZAR BONEKA DAP, RASUAHLAH DIA SUPAYA JADI BONEKA BN PULA, KALAU BERANI!!


Isu yang mengatakan bahawa Nizar sebagai boneka DAP, hanyalah fitnah semata-mata. Dan Fitnah ini sudah banyak kali diingatkan oleh Pak Lah, supaya meninggalkan amalan tersebut dalam UMNO. Sampai hari ini, mereka yang mengatakan bahawa Nizar boneka DAP, masih tidak dapat mengemukakan bukti. Dan mereka yang melontarkan fitnah ini, umpama seorang yang melempar batu dari dalam semak, kemudian menyorok.

Persoalan yang saya ingin timbulkan supaya difikirkan bersama, terutamanya ahli UMNO sendiri, Nizar seorang Jurutera Professional, yang sudah memiliki harta peribadi yang lebih banyak daripada gaji sebagai wakil rakyat, duit apa lagi yang diperlukan olehnya? Adakah beliau dituduh menerima rasuah daripada DAP? Dipersilakan kepada SPR untuk menyiasat kalau ada bukti!

Adakah Nizar merasa terhutang budi kerana DAP memberi ruang kepadanya untuk naik menjadi MB? Wahai UMNO, sekiranya benar begitu, rasuahlah Nizar dan berilah ruang supaya dia menjadi MB, tetapi di bahagian BN! Amacam? Saya cabar BN berbuat demikian kalau mampu. Daripada dirasuah oleh DAP, lebih baik BN yang rasuah, lagi lumayan bukan?

Saya cabar kepada mana-mana orang kaya BN supaya merasuah Nizar, menghadiahkan kereta yang lebih mewah daripada Toyota Camry, rumah sebesar istana dan sebagainya sekiranya anda mendakwa Nizar dibeli oleh DAP! Beranikah anda? Atau hanya melempar batu dari belakang semak! BN pengecut!

Setakat ini, apa yang pernah saya dengar, BN mendakwa bahawa Nizar dibeli oleh DAP, Nizar terhutang budi dengan DAP kerana memberi ruang kepadanya sebagai MB, Nizar dihadiahkan Toyota Camry sehingga beliau sanggup menjadi boneka DAP. Sekarang ini, saya cabar BN pula, sekiranya benar semua dakwaan ini, buatlah lebih baik daripada apa yang DAP kurniakan kepada beliau.

Sedikit nasihat kepada orang-orang yang menyalahgunakan lidahnya untuk memfitnah orang. Pak Lah yang sebelum ini menjadi presiden kamu sudah banyak kali menasihat kamu, supaya tidak memfitnah orang. Nek Pidah pun sudah jenuh cakap. Tetapi, kamu masih melakukannya, kerana Nek Pidah pun kaki fitnah juga!

Hentikanlah menyebarkan fitnah, kelak fitnah itu akan memfitnah kamu kembali. Pimpinan UMNO sebelum ini sudah pun menerima amaran daripada Allah sebelum ini, tetapi mereka lupa, dan terus lupa. Di akhirat nanti lidah mereka akan menjadi saksi, dan ketika itu, mereka bukanlah dizalimi, tetapi mereka sendiri yang menzalimi diri mereka sendiri. Bertaubatlah sebelum terlambat!

Salam Perjuangan

Dr Fikrah

PENGUNDI HANTU DISOROKKAN OLEH HISHAM


Akhbar Berita Hairan hari ini telah menyiarkan kenyataan Hishamuddin yang mengatakan bahawa taktik menuduh BN mengamalkan pengundi hantu adalah taktik lapuk. Dan ia hanya fitnah semata-mata kerana kemenangan PR di beberapa buah negeri membuktikan tiada kewujudan pengundi hantu. Selain itu, beliau mendakwa lagi bahawa taktik menuduh BN sebagai pengamal pengundi hantu hanyalah omongan semata-mata.

Hebatnya Hisham berkata-kata. Mungkin mendapat semangat sejak naik menjaid Naib Presiden UMNO. Kata-katanya juga menyerlahkan lagi kebodohannya yang sudah tidak terbilang lagi. Isu PPSMI yang menampakkan kebodohannya akan dilepaskan kepada orang lain. Tetapi, hari ini, beliau kelihatan bodoh dengan kenyataan tersebut.

Mungkin dia memikirkan bahawa bukti masih belum ada, sedangkan sudah puluhan bukti terpapar di dalam internet. Dan tidak mungkin ia didedahkan di dalam TV3 kerana ia sudah menjadi “saluran fitnah anda”. Hisham seolah-olah sedang berkata dengan pokok yang tidak boleh berfikir. Sedangkan rakyat-rakyat yang membaca akhbar Berita Hairan ini mempunyai akal untuk berfikir, dan mata untuk mengkaji!

Ya, mungkin berita kehadiran pengundi hantu ini tidak sampai ke telingannya. Mungkin dia tidak pernah menggunakan pengundi hantu, dan dia tidak pernah tahu sahabat-sahabat seperjuangannya di dalam UMNO sudah lama menggunakan khidmat tersebut. Tidak mengapa, saya memaafkan Hisham sekiranya dia tidak tahu.

Tetapi, sekiranya dia sudah tahu bahawa BN telah menggunakan khidmat pengundi hantu, tetapi Hisham sengaja buat pekak, maka saya dengan tanpa segan silunya mengutuknya sekeras-kerasnya. Dan saya berautoriti untuk mengatakannya telinga tersumbat atau sebagainya yang layak baginya.

Kejatuhan BN di beberapa buah negeri sebelum ini menunjukkan BN sudah terlalu teruk, walaupun mereka menggunakan pengundi hantu, namun, mereka masih belum berjaya untuk menutup kebenaran yang ada. Dan saya mempersilakan kepada BN untuk terus menggunakan pengundi hantu sekiranya mereka berani berbuat demikian.

Selama ini, sudah puluhan laporan dibentangkan di dalam web-web yang terselamat dari digantung, tentang kewujudan pengundi hantu. Bahkan laporan sudah pun dibuat, tetapi itulah namanya SPRM. Kalau Hisham masih tidak percaya tentang kewujudan pengundi hantu ini, tunggulah di akhirat nanti, segalanya akan dibuktikan.

Sekiranya anda tidak percaya tentang hari akhirat, ini bermakna anda perlu mengucap Dua Kalimah Syahadah semula kerana menolak kewujudan hari akhirat boleh membawa kepada kekufuran. Tetapi, sekiranya anda percaya terhadap Hari Perhitungan tersebut, tunggulah di sana, segala-galanya akan terbukti.

Salam Perjuangan

Dr Fikrah

BN HARUS TAHU, BUKAN PR SAHAJA YANG BENCIKANNYA


Berita yang ditulis di dalam Berita Harian hari ini menarik perhatian saya, iaitu Razali mendakwa bahawa kenderaan milik petugas BN dicalar dan diketuk. Beliau dengan bodohnya menyifatkan ia tindakan parti pembangkang, walhal BN adalah pembangkang di Kedah. Beliau juga boleh dikategorikan menabur fitnah, sama seperti pimpinan-pimpinan BN yang lain. Dengan tanpa sebarang bukti, beliau boleh menuduh ia adalah kelakuan PR.

Beliau juga mengemukakan hujahnya yang kebudak-budakan dengan mengatakan,.. “beritahu saya, kereta mana yang membawa lambang pembangkang diserang?” Inilah soalan yang patut dilontarkan kepada pokok dan dinding sahaja. Sekiranya soalan ini dilontarkan kepada saya, saya tidak akan menjawab soalan ini, bahkan melontarkan kembali soalan.. “beritahu saya, pembangkang mana yang menyerang itu?”

Pada 29 Mac sebelum ini, telah berlaku satu insiden di mana kereta Karpal Sigh dilempar dengan botol-botol plastik sehinggakan menyebabkan retak pada cermin hadapan, dan beberapa kerosakan yang lain. Kereta tersebut dilakukan oleh penyokong-penyokong UMNO di Bukit Gantang. Laporan polis sudah pun dibuat di Balai Polis dan kes ini telah disiarkan di TV1, pada hari yang sama.

Wahai Razali, ini baru satu contoh sebagai menjawab soalan tersebut. Walaupun kereta tersebut tiada sebarang lambang PR, namun tetap dirosakkan juga. Dan buktinya memang jelas dilakukan ketika Karpal Sigh berada di dalam kereta tersebut, dan melalui kawasan penyokong BN.

Tetapi, apabila Muhyidin melalui kawasan PR, mereka siap dieskot supaya keselamatan mereka terjamin. Mereka tidak dilemparkan dengan sebarang benda walaupun mereka hanya berjalan kaki ketika melintasi kawasan tersebut. Tetapi, beliau cuma dikenakan kutukan “rasuah” oleh orang ramai.

Sedikit pedoman bagi Razali yang tidak tahu hakikat. Wahai Razali, engkau perlu tahu bahawa makhluk Allah yang membenci BN, bukanlah PR sahaja. Bahkan binatang dan pokok pun turut membenci kezaliman yang dilakukan oleh BN di atas muka bumi Malaysia ini. Kalau engkau menuduh kereta dicalarkan itu disebabkan PR, maka tunjukkanlah buktinya. Mungkin penyokong bebas yang melakukan demikian!

Wahai Razali, sekiranya kereta itu menjadi mangsa diguris, engkau perlu sedar, berapa ramaikah jiwa yang telah engkau guriskan jiwa-jiwa mereka. Bahkan engkau membunuh jiwa-jiwa mereka. Engkau menaburkan fitnah, berapa ramaikah yang terguris dengan tindakan bodoh engkau? ISA yang digunakan untuk menyekat PR, berapa ramaikah isteri-isteri tahanan yang lebih terguris?!!

Salam Perjuangan

Dr Fikrah

Monday, March 30, 2009

KLON OBAMA DI INDONESIA!!

Beberapa hari lalu, saya diperanjatkan dengan kewujudan OBAMA yang kedua! Beliau bernama Anas, berumur 34 tahun yang berasal dari Indonesia. Mukanya memang sebijik dengan Obama yang sebenar. Kewujudannya itu turut mendapat sambutan media di seluruh dunia.. saksikan…
.
Obama Clone in Indonesia!

Obama look-alike shoots to fame in Indonesia JAKARTA (Reuters) Indonesian photographer Ilham Anas won't be at U.S. President Barack Obama's inauguration on Tuesday. Instead he'll be starring as a...

Obama look-alike shoots to fame in Indonesia

JAKARTA (Reuters) Indonesian photographer Ilham Anas won't be at U.S. President Barack Obama's inauguration on Tuesday. Instead he'll be starring as an Obama look-alike on Indonesian TV.

Anas, 34, who from some angles bears a resemblance to the new U.S. president, shot to fame in Jakarta after Obama, 47, won the election in November, and is now earning income as an Obama double.

Many Indonesians have a keen interest in Obama, who lived in Jakarta for four years after his American mother, Ann Dunham, married Muslim Indonesian Lolo Soetoro following the end of her marriage to Obama's Kenyan father.

“"When Obama won, my colleagues played a practical joke on me -- they made me wear a suit, a tie, and took pictures of me posing as Obama,"" Anas told Reuters on Saturday.

""The pictures spread very quickly on the Internet. It was phenomenal. Then TV stations and an advertising agency got in touch with me.""

That led to an appearance in a pharmaceuticals advertisement in the Philippines where he played Obama, who sworn as the 44th U.S. president on Tuesday.

Anas, who was born and raised in Bandung, West Java, said he feels lucky to resemble Obama.

""I never thought I would be a star in a commercial, then this happened. It's very fortunate,"" Anas said.

""I was in the airport in Malaysia in transit and a man approached me and asked: 'Are you Obama?'. I was very surprised when he asked to take a picture together and bought me a meal,"" said Anas, flashing a broad smile.

If he ever gets the chance to meet Obama, Anas said he would ask the U.S. president to take a firm stance in dealing with the conflict between Israel and Palestine.

http://www.youtube.com/watch?v=OWNBbFukkyE - Sila Klik untuk lihat Video
.





IKAN PARI BERMIGRASI - SUBHANALLAH


.
Mass Migration of Stingrays

Looking like giant leaves floating in the sea, thousands of Golden Rays are seen here gathering off the coast of Mexico . The spectacular scene was captured as the magnificent creatures made one of their biannual mass migrations to more agreeable waters.

Gliding silently beneath the waves, they turned vast areas of blue water to gold off the northern tip of the Yucatan Peninsula . Sandra Critelli, an amateur photographer, stumbled across the phenomenon while looking for whale sharks.

She said: 'It was an unreal image, very difficult to describe. The surface of the water was covered by warm and different shades of gold and looked like a bed of autumn leaves gently moved by the wind..

Ulasan Dr Fikrah

Lihatlah kebesaran Allah SWT. Tiada siapa yang terfikir, siapakah yang mengajar Ikan Pari tersebut bermigrasi? Bagaimanakah Ikan Pari tersebut boleh mengetahui arah pemigrasian tersebut? Sudah pasti, semuanya adalah dengan kuasa Allah SWT. Contoh yang lain, siapakah yang mengajar itik mengeram telurnya selepas bertelur?

Sekiranya anda berhujah dengan ia adalah perkara semulajadi, tetapi, untuk pengetahuan anda, perkara semulajadi itu adalah aturan Allah SWT Yang Maha Kuasa! Manusia yang buta hati sahaja tidak mampu menilai kuasa Allah tersebut.

APA KATA NIZAR TENTANG INSIDEN DI MASJID SIMPANG

Sumber : http://kamparinn.blogspot.com/
.
Terlebih dahulu beribu maaf kerana lama sangat tidak update blog saya kerana maklumlah mengirakan kerenah pindah randah dan naik turu mahkamah Tinggi KL dan Persekutuan, Putrajaya. Pohon sembah derkaha!

Hari penamaan calun PRK P059 Bkt Gantang bejalan lancar dengan sedikit huru hara sewaktu saya dan isteri bersama-sama pimpinan PAS lain memasuki pintu pagar dewan perbanadaran Taiping jam 8.45pagi.

Namun sewaktu pergi menunaikan solat maghrib di Masjid Simpang, saya diminta oleh imam Tuan Hj Hisham untuk mengimamkan solat tersebut dan saya bersetuju. Sewaktu masuk kemasjid saya diberitahu Tan Sri Muhyidin Yasin, Timb Presiden UMNO, dato Zambry Kader , calun Ismail Saffian dan ramai lagi pimpinan UMNO pusat dan negeri juga ada bersama. Pimpinan UMNO berada disaf pertama.

Pada rakaat pertama saya telah membaca ayat "wa'tasimu bihablillahi jamiian, walaa tafarraqu.... " dan rakaat kedua surah Al-kaafirun.

Selepas solat saya membaca doa termasuk doa Qunut Nazilah yang turut diaminkan oleh semua ma'mum termasuk pimpinan tinggi UMNO.

UMNO menganjurkan solat hajat dipimpin oleh seorang imam impot, Hj Jama'iy namanya. Habis solat, imam Hj Hashim bangun dan berucap dihadapan dgn menyebut nama pimpinan UMNO Tan Sri Muhyiddin dan Dato' Zambry. Nama saya juga disebut dan diraikan.

Imam telah mengundang saya menyampaikan tazkirah dengan memberi Tafsir ayat Quran yang saya baca pada rakaat pertama solat maghrib sebentar tadi.

Namun beberapa pimpinan UMNO setempat telah protes termasuk penasihat masjid (pakai songkok tinggi) yang menghalang dan mengarah supaya terus adakan majlis baca yaasin, berlaku sedikit komosi (commotion). Saya mengelak bagi memelihara suasana.

Habis baca yaasin saya pergi bersalam dengan Dato Zambry dan dia nampak berang dan menyatakan kepada saya , kenapa menggunakan masjid berpolitik dan tak sepatut saya jadi imam tadi. katanya lagi dengan nada kuat dan marah, "jika mahu jadi imam saya bolih jadi imam, jika nak tafsir saya bolih tafsir". Saya tersenyum dan relaks sahaja dan terus meninggalkan majlis untuk acara lain .

Hujan sungguh lebat ketika itu. Semua makmum melihat dan menyaksikan adegan kelakar dan "ajaib" tersebut dan ramai makmum mengiringi saya sewaktu meninggalkan masjid. Sekadar makluman! Doakan PR menang besar di P059 Bkt Gantang.

KISAH SEBENAR ENSIDEN DI MASJID SIMPANG, TAIPING

Sumber : Cina Islam
.
Maklumat daripada Imam Masjid..
.
Ikut jadual wak hari ini, wak dah bagitau Ajijoi di Ipoh, tentang hasrat nak buat sidang video dengan imam tersebut lepas solat Asar di masjid berkenaan. Kantoi plak ! Bila dengar maklumat terkini, iman dah ke KL...nampaknya kena tunggu lagi ! Apa pun sahabat wak Anak Sengat lebih cepat keluar sengat dengan membawa catatan terkini dibawah. Jom baca apa imam itu kata..

Melihat laporan akhbar melaporkan ia angkara bekas Menteri Besar yang juga Calon PAS-DS Ir. Nizar Jamaluddin. Setelah menyelidiki masjid saya difahamkan berlaku di Masjid Simpang Taiping... Cantikkk ! Imamnya adalah sahabat baik saya...!

Terus mendail nombor hpnya. Semalam baru bertemu beliau di Taiping. Ketika menjawab telefon beliau dalam perjalanan ke Kuala Lumpur. " Memang ana imam yang bertugas masa tu dan memang ana yang jemput DS Nizar jadi imam" saya lega..beliau bercerita...

Masa ana datang Maghrib, DS Nizar telah ada, memang ana difahamkan beliau akan solat di situ..tak pulak dengar cerita umNO nak buat bacaan Yasiin. Mungkin depa dah tahu DS Nizar nak ke situ... ( mengikut catatan, Zamri memang banyak kali di dapati menjejaki DS Nizar setelah DS Nizar hadir di sesuatu tempat sejak mula merampas kuasa ) Ana tak perasan ada Zamri dan Muhyiddin Yasin.. Ana terus bagi pada DS Nizar jadi imam.

Selesai menjadi imam dan wirid DS Nizar melepaskan pembesar suara lalu di ambil oleh seorang imam luar yang diangkut ke situ( katanya ustaz MPT-Hoi..biar betul beb !-MPT mana ada jawatan ustaz). Ana minta pembesar suara tetapi beliau tak bagi...ana jerkah bagi tau "ana imam di sini". Terkejut lalu terus menyerahkan kepada ana mikrofon tu. Ana pun jemput orang yang jadi imam tadi hurai ayat "wa'tasimu" (aliImran) untuk beri tazkirah. Tiba tiba orang umNO bantah tak mahu tazkirah..politik katanya. Oleh kerana agak kecoh ana pun serah untuk baca Yasin..DS Nizar turut berada bersama ketika membaca Yasiin. Zamri telah keluar sebelum Yasiin dibacakan..tinggal Muhyidin dan Calon.

Kalau DS Nizar bagi Tazkirah ana cadang nak jemput pulak Zamri lepas tu...sahabat saya menambah...lepas ni mungkin kena pecat le ana...Beliau menghabiskan cerita.

Tahniah saya menyambut... Agaknya sahabat itu akan jadi seperti Ramlan Porigi le gamaknya.

Kesimpulan :

Nizar dijemput oleh imam bertugas bukan merampas sebagaimana cerita Zamri penipu. Nizar bertolak ansur dan bersedia membaca Yasiin bersama dalam majlis walaupun imam luar yang diangkut menjadi khalifah hari tu..

Inilah cerita dari mulut insan yang terlibat dan tiada kepentingan dalam cerita ni... si Zamri. Dari dulu hingga kini dan selamanya tak boleh dipercayai. Nak dengar sendiri dari sahabat tu boleh hubungi saya..tapi kalau saya tak kenal sedara...jangan harap saya nak bagi. Maaf le ! Cerita penuh juge ada dalam al-Banjari - sahabat yang hidup mati di Bukit Gantang..Tahniah! Blog MB pun ada, Setpol pun ada...macam macam ada..
.
Posted by anak sengat. Albanjari.