Wednesday, April 8, 2009

BN KATA, RAKYAT DI BANTANG AI SUDAH SEDAR

Sejak malam tadi, sehinggalah pagi ini, di dalam saluran televisyen dan radio sibuk menyatakan kegembiraan BN menyambut kemenangan di Batang Ai. Apa lagi, jam 10.30 pagi tadi, kawan saya turut menelefon saya, bahawa dia menonton berita, dan kesemua berita tersebut menceritakan tentang Batang Ai. Bukit Gantang dan Selambau mana?

Selain itu, BN juga menambahkan lagi kenyataan-kenyataan yang lebih menarik di televisyen mengatakan bahawa rakyat di Batang Ai sudah sedar terhadap “kejahata” pembangkang. Saya tertanya sendirian, “mereka sudah sedar?”. Adakah ini dinamakan satu kesedaran? Di dalam artikel ini, saya cuba sampaikan satu analogi tentang kesedaran.

Setiap manusia, akan tidur dan bangun setiap hari. Tidak wujud manusia yang hidup di dunia ini tidur selama-lamanya, dan tidak wujud manusia yang tidak pernah tidur. Hatta binatang pun begitu. Nabi Muhammad SAW juga seorang Nabi Allah yang tidur malam. Tetapi Allah SWT tidak tidur sepertimana yang telah disebut di dalam Surah al Baqarah ayat 255.
.

.
Kadangkala kita gunakan ayat “dia sudah sedar dari tidur…”. Sekiranya kita menggunakan ayat lawannya, “dia sudah tidur…”. Persoalan yang ingin saya timbulkan, benarkah rakyat di Batang Ai sudah sedar, atau baru sudah tidur? Atau ditidurkan dengan provokasi?

Saya hairan, bagaimanakah rakyat di sana boleh dikatakan “sedar”? Saya ingin bertanya kepada pembaca, bolehkah anda memberi bukti bahawa rakyat di sana sudah sedar?

Selain itu, apa yang dilihat hari ini, BN begitu banyak melakukan kezaliman sehinggakan ia sudah sinonim dengan BN. Apabila menyebut BN, terlintas di fikiran tentang kezaliman, kekejaman, rampasan hak, pengundi hantu, ketuanya ada kes Altantuya, dan banyak lagi. Adakah mereka tidak sedar semua ini?

Sebelum ini, saya pernah diminta menunjukkan bukti bahawa BN itu adalah zalim. Saya hanya menjawab dengan tawa kecil. Ini kerana orang yang bertanya itu mempunyai dua tujuan yang saya sendiri pun tidak tahu. Samada dia ingin membela BN, atau mendapatkan maklumat. Oleh itu, saya tidak dapat memberikan jawapannya kerana masih belum pasti tujuannya bertanya.

Tetapi, saya sempat bertanya kembali, “BN tidak zalim, atau anda yang tidak tahu BN itu zalim?”. Saya menambah lagi, seseorang yang berdiri di hadapan dinding putih, patutkah dia bertanya “tunjukkan bukti bahawa dinding ini berwarna putih”. Adakah anda ingin menjawabnya? Atau anda juga tertawa kecil seperti saya?

Oleh itu, di sini, saya tidak berniat untuk menunjukkan fakta tentang kezaliman BN. Ini kerana semua orang mempunyai mata dan akal. Tengok sendirilah. Dan jangan salahkan PR kalau anda sendiri tidak tahu. Dan anda kena mengetahui bahawa bukan semua perkara anda tahu, dan bukan semua perkara yang anda tahu itu adalah benar. Oleh itu, saya menasihatkan kepada rakyat di Batang Ai yang mengundi BN, supaya menyedari hakikat ini.

Salam Perjuangan

Dr Fikrah

No comments:

Post a Comment