Saturday, April 4, 2009

PEMBEBASAN ISA : NAJIB HANYA MENCUCI NAJIS SENDIRI, KENAPA PERLU BERTERIMA KASIH?


Hari ini, bermacam-macam berita disiarkan tentang pembebasan tahanan ISA dan menarik balik penggantungan Harakah dan SK. Terutamanya media BN, sangat rancak mempopularkan isu ini sehingga Najib dilihat sebagai seorang hero yang berhati lembut. Di dalam artikel ini, saya rasa terpanggil untuk memberi penjelasan kepada semua, supaya memahami reality dan hakikat.

Sebelum itu, sudahkah anda fahami dan kenali apa itu ISA? Ya, untuk makluman semua BN telah menyalahgunakan ISA dengan memenjarakan orang yang mengancam BN, bukan mengancam negara. Ia sudah melanggar etika dan undang-undang, dan ia dilakukan oleh BN. Terutamanya perdana-perdana menteri yang kita kenali. Oleh itu, menyumbat seseorang yang tidak bersalah ke dalam ISA, adalah satu kesalahan, dan kesalahan ini menjadi warisan perdana-perdana menteri sehinggalah hari ini.

Oleh itu, mereka telah melakukan satu kesalahan, lalu Najib hari ini, ingin dilihat sebagai penyelamat ISA, segera membebaskan mereka yang tidak bersalah. Adakah ini dilihat sebagai aksi penyelamat seorang hero?
.
Contoh 1

Contoh yang paling menarik, seorang pemuda ingin memikat hati seorang perempuan, lalu dia merancang dengan beberapa orang rakannya, supaya menyamar sebagai penyangak, lalu mengganggu perempuan tersebut. Ketika dalam keadaan cemas itu, perempuan tersebut tidak mampu meminta pertolongan dengan sesiapa, tetapi, pemuda tadi datang untuk menyelamatkan (sepertimana yang dirancang).

Lalu, pemuda tersebut berjaya membelasah (olok-olok) rakan-rakannya itu, dan cuba mempamerkan lagak seorang hero yang menyelamatkan perempuan itu. Ya, dengan cara ini, perempuan tersebut mula terhutang budi dengan jasa tersebut, sedangkan dia tidak tahu hal yang sebenar!

Apakah setelah 13 tahanan ISA ini dibebaskan, mereka akan rasa terhutang budi? Najib menjawab di dalam hatinya “Ya”… dan dia sendiri berharap begitu. Sedangkan dia cuma melakukan sesuatu yang WAJIB bagi dia, dan sekiranya dia tidak membebaskan, dia akan mendapat dosa! Tetapi, sekiranya ini hanyalah taktik meraih pengaruh, dia juga kekal mendapat dosa, dan Allah akan membuktikan segalanya.

Kenapa perlu terhutang budi? Sudah sememangnya dia MESTI berbuat demikian. Dia mesti membebaskan orang yang tak bersalah! Begitu juga penggantungan Harakah dan SK. Kenapa perlu terhutang budi, kerana sebelum ini dia memang tidak berhak menggantung kedua-duanya? Dia telah melakukan kesalahan, dan dia mesti membetulkan kesalahan tersebut.

Tetapi, apa yang dilihat, sebelum ini, dia sengaja melakukan kesalahan tersebut, tetapi hari ini, untuk menampakkan ketokohannya, dia membetulkan kesalahan yang sengaja dilakukannya sebelum ini.
.
Contoh 2

Contoh lain, apabila seseorang tersebut telah membuang air besar di kawasan yang tidak sepatutnya (satu kesalahan). Kemudian, dia membersihkan najisnya itu, adakah kita perlu berterima kasih dengan orang ini? “Tahi sendiri, cucilah sendiri..”.. Lebih teruk, dia bukan membuang di tandas, sebaliknya di tempat yang tidak sepatutnya, dan dia MESTI mencuci kembali najisnya itu!

Salam Perjuangan

Dr Fikrah

2 comments:

  1. Saudara terlalu berkata mengikut nafsu dan amarah, serta taksub dengan parti saudara. jangan mengelarkan diri anda DR, anda tidak layak. menulis biarlah berfakta saudara, saya juga bukan pro BN, tapi terimalah pembaharuan..pro BN /pmbangkang, seharusnya cuba untuk memperbaikai kelemahan siapa yang memerintah, bukan menjatuhkan, barulah manusia saudara. ingat, Allah sangat benci kepada orang-orang yang berperasaan Dengki, dan itu sememangnya dielakkan dalam perjuangan PAS..

    ReplyDelete
  2. Terima kasih atas nasihat tersebut..

    Saya cuba memperbaiki kelemahan PM-PM selama ini yang sampai sekarang ISA masih tidak dimansuhkan.. Tetapi setiap nasihat yang diberi dikatakan sebagai fitnah.. dan dikatakan sebagai tuduhan. Saya meminta Najib menerima teguran ini sepertimana saya menerima teguran saudara

    ReplyDelete