Tuesday, March 31, 2009

PENGUNDI HANTU DISOROKKAN OLEH HISHAM


Akhbar Berita Hairan hari ini telah menyiarkan kenyataan Hishamuddin yang mengatakan bahawa taktik menuduh BN mengamalkan pengundi hantu adalah taktik lapuk. Dan ia hanya fitnah semata-mata kerana kemenangan PR di beberapa buah negeri membuktikan tiada kewujudan pengundi hantu. Selain itu, beliau mendakwa lagi bahawa taktik menuduh BN sebagai pengamal pengundi hantu hanyalah omongan semata-mata.

Hebatnya Hisham berkata-kata. Mungkin mendapat semangat sejak naik menjaid Naib Presiden UMNO. Kata-katanya juga menyerlahkan lagi kebodohannya yang sudah tidak terbilang lagi. Isu PPSMI yang menampakkan kebodohannya akan dilepaskan kepada orang lain. Tetapi, hari ini, beliau kelihatan bodoh dengan kenyataan tersebut.

Mungkin dia memikirkan bahawa bukti masih belum ada, sedangkan sudah puluhan bukti terpapar di dalam internet. Dan tidak mungkin ia didedahkan di dalam TV3 kerana ia sudah menjadi “saluran fitnah anda”. Hisham seolah-olah sedang berkata dengan pokok yang tidak boleh berfikir. Sedangkan rakyat-rakyat yang membaca akhbar Berita Hairan ini mempunyai akal untuk berfikir, dan mata untuk mengkaji!

Ya, mungkin berita kehadiran pengundi hantu ini tidak sampai ke telingannya. Mungkin dia tidak pernah menggunakan pengundi hantu, dan dia tidak pernah tahu sahabat-sahabat seperjuangannya di dalam UMNO sudah lama menggunakan khidmat tersebut. Tidak mengapa, saya memaafkan Hisham sekiranya dia tidak tahu.

Tetapi, sekiranya dia sudah tahu bahawa BN telah menggunakan khidmat pengundi hantu, tetapi Hisham sengaja buat pekak, maka saya dengan tanpa segan silunya mengutuknya sekeras-kerasnya. Dan saya berautoriti untuk mengatakannya telinga tersumbat atau sebagainya yang layak baginya.

Kejatuhan BN di beberapa buah negeri sebelum ini menunjukkan BN sudah terlalu teruk, walaupun mereka menggunakan pengundi hantu, namun, mereka masih belum berjaya untuk menutup kebenaran yang ada. Dan saya mempersilakan kepada BN untuk terus menggunakan pengundi hantu sekiranya mereka berani berbuat demikian.

Selama ini, sudah puluhan laporan dibentangkan di dalam web-web yang terselamat dari digantung, tentang kewujudan pengundi hantu. Bahkan laporan sudah pun dibuat, tetapi itulah namanya SPRM. Kalau Hisham masih tidak percaya tentang kewujudan pengundi hantu ini, tunggulah di akhirat nanti, segalanya akan dibuktikan.

Sekiranya anda tidak percaya tentang hari akhirat, ini bermakna anda perlu mengucap Dua Kalimah Syahadah semula kerana menolak kewujudan hari akhirat boleh membawa kepada kekufuran. Tetapi, sekiranya anda percaya terhadap Hari Perhitungan tersebut, tunggulah di sana, segala-galanya akan terbukti.

Salam Perjuangan

Dr Fikrah

No comments:

Post a Comment