Semalam telah disiarkan berita di dalam Malaysiakini, bahawa Mahathir akan membantu BN di Bukit Gantang. Adakah dia dianggap hero yang akan menyelamatkan BN di Bukit Gantang? Atau dia hanya dianggap menyibuk, dan tidak memberi apa-apa kesan terhadap Pakatan Rakyat. Apabila membaca berita tersebut, sedikit rasa kecut pun tiada, bahkan semakin pening kerana memikirkan status Mahathir sendiri.
Dia telah berikrar satu ketika dahulu untuk keluar daripada UMNO. Tetapi yang peliknya, dia turut hadir dalam Perhimpunan Agung UMNO, bahkan dijemput ke atas pentas dan dipeluk oleh Pak Lah (walaupun Mahathir tidak mahu memeluknya). Semalam pula berlaku sesuatu yang pelik lagi pada Mahathir, beliau berikrar pula untuk membantu BN di Bukit Gantang.
Apa yang di boleh buat. Sebelum ini dia menghina UMNO, tetapi hari ini dia menjilat balik semua kahak yang diludahnya kepada mantan presiden UMNO, Pak Lah. Dia sanggup turun ke Bukit Gantang untuk meraih undi untuk UMNO. Mungkin ramai yang beranggapan bahawa Mahathir sudah terlalu tua, dan mengidap penyakit nyanyuk. Tetapi, saya tidak mengatakan apa-apa pada dia.
Mahathir ingin dihormati, dan sebelum ini, Pak Lah “tak dengar cakap orang tua”, dan menyebabkan “orang tua” ini merajuk dan membawa diri. Tetapi, ketika zaman Najib hari ini, beliau boleh dengar kata, jadi Mahathir pun suka mendapat cucu sebegini. Apa lagi, untuk menunjukkan kesayangannya terhadap cucunya, beliau sanggup berkempen di Bukit Gantang, walaupun Najib sendiri tak pernah kelihatan batang hidungnya di situ.
Saya yakin, Zambry pasti gembira dengan kehadiran Mahathir tersebut, walaupun hatinya berkata, “Kalau 10 Mahathir datang untuk berkempen pun, bukannya boleh menang”… Ya memang benar, datanglah 100 orang Mahathir pun, kalau Allah tak izinkan kemenangan itu pada BN, takkan menang. Buatlah 100 Majlis Bacaan Yasin pun, kalau niat itu salah, salahlah ia.
PR sendiri tidak pernah terkejut dan merasa gementar dengan kehadiran Mahathir, bahkan Nizar sendiri telah melawat bilik operasi UMNO semalam!! Zambry berani buat begitu? Buat tebal muka sahaja.
Persoalan yang ingin ditimbulkan di dalam artikel ringkas ini ialah, apakah autoriti yang ada pada Mahathir untuk berkempen untuk UMNO? Dia sudah bukan ahlinya lagi. Tetapi, malangnya, dia dianggap hero. Ya, memang benar, UMNO sudah tiada pengaruh sehingga memerlukan sokongan daripada orang yang bukan ahlinya.
Saya mengesyorkan kepada Mahathir supaya tidka berkempen untuk UMNO. Buat malu muka dia sahaja, kerana sebelum ini, urat lehernya naik membelasah UMNO. Lebih baik anda berkempen untuk bebas atau PR sendiri. Pahala pun dapat, memandangkan umur sudah tidak lama lagi. Bertaubatlah sebelum terlambat.
Salam Perjuangan
Dr Fikrah
No comments:
Post a Comment