Memang benarlah apa itu yang dikatakan kebenaran. Beberapa hari sebelum ini kita dikejutkan dengan kehadiran Siti Nurhaliza di pejabat Tok Guru Nik Aziz. Pada saya, ia merupakan satu hikmah yang begitu besar, yang mendidik jiwa seorang pejuang supaya tidak merasa terhina dengan dakwah yang dibawa. Ini kerana, kebenaran itu pasti benar, mana mungkin kebenaran itu salah!
Sebelum ini, pendakwah-pendakwah Islam sering menerima tohmahan dari kalangan orang yang tidak memahami selok belok dakwah. Contohnya dari sudut pakaian, mereka mengatakan .. “kalau asyik dengan serban sahaja, bagaimana dakwah dapat tersebar?”.. “bagaimana hendak berdakwah kepada artis kalau asyik dengan pakaian yang jumud?”
Inilah tohmahan yang menghina sunnah Nabi SAW. Tohmahan ini telah dijawab oleh Allah sendiri dengan peristiwa yang terjadi baru-baru ini. Tok Guru sering dilihat berserban, berjubah dan mengekalkan sunnah Nabi, terutamanya dari sudut pakaian. Benarkan artis takut dengan pakaian ini? Sudah terbukti, TIDAK. Bahkan artis yang paling famous datang sendiri berjumpa!
Adakah dakwah dengan berpakaian mengikut sunnah menjadi satu fobia? TIDAK. Begitu ajaib dengan dakwah Tok Guru, mampu menarik artis datang bertemunya, walaupun tidak menukarkan imejnya. Inilah rahsia istiqamah..
Sering juga terdengar suara, kalau asyik dengan “masjid” sahaja, bila dakwah boleh tersebar? Ya, tidak dinafikan, jentera PAS begitu ramai, dan ada dari kalangannya terpaksa ke kawasan-kawasan maksiat untuk menyebarkan Islam. Dan hasil daripada gabungan ini, Allah telah menampakkan kekuasaannya bahawa “Islam adalah kebenaran”. Sejauh mana kita tersesat, kita pasti rindukan kebenaran.
Lihatlah sepertimana penampilan Tok Guru Haji Abdul Hadi Awang pula, dan beberapa orang pimpinan PAS yang lain. Masih mengekalkan penampilan sebagai seorang ulama’. Adakah perlu menanggalkan serban atau kopiah untuk menyebarkan dakwah kepada artis? Tidak perlu wahai pejuang Islam. Sekiranya anda sudah berimej demikian, kekalkanlah. Allah akan tunjuk kekuasaannya.
Ya, hakikatnya kita perlu berganding bahu. Mana mungkin semua orang ingin duduk di kerusi Tok Guru, tanpa seorang pun “turun padang”. Oleh itu, ia adalah kesinambungan daripada semua kerjasama tersebut. Kombinasi inilah yang telah digabungkan oleh Allah di dalam Pakatan Rakyat, dan pemberian hidayah itu adalah kuasa Allah. Kita hanya mampu berusaha.
Berusahalah lagi untuk menyebarkan Islam. Ia tidak sia-sia walaupun anda terpaksa menghabiskan wang dan masa. Allah tidak akan mensia-siakan perjuangan pejuang-pejuangnya yang menegakkan agamaNya. Sekiranya orang kafir pun boleh mendapat rezeki yang melimpah ruah, apatah lagi kita selaku pejuang agamaNya!
Salam Perjuangan
Dr Fikrah
salam ziarah...
ReplyDeletekerana pemikiran yg begitu sempit...orang akan kata begitu begini...orang akan berbuat itu & ini...islam itu indah...jgn dirosakkan dgn pemikiran yg sempit & tak bertamadun...
salam perjuangan
http://www.youtube.com/watch?v=VKZRdROmaL4&feature=player_embedded
ReplyDeletediminta ulas ttg kenyataan nizar diatas