Hamid Albar telah mengeluarkan kenyataan melarang mana-mana individu atau parti daripada menyebut tentang Altantuya. Entah kenapa KDN mengeluarkan kenyataan demikian, sedangkan larangan sebegini amat ajaib yang pernah didengari. Semua orang termasuk Anwar Ibrahim turut melontarkan persoalan “kenapa?” atau “bagaimana boleh menjadi larangan?”. Ya, memang pelik.
Masing-masing yang mengetahui tentang kenyataan tersebut tertanya-tanya, apakah sebab ia dilarang? Adakah bimbang negara luar tahu, sedangkan satu dunia sudah pun mengetahuinya. Adakah bimbang pengaruh Najib berkurangan, sedangkan orang ramai sudah lama menolak kepimpinan Najib walaupun beliau belum lagi menjadi PM. Entah kenapa KDN memerintahkan sedemikian.
Kalau sebelum ini KDN telah menggantung Harakah dan Suara Keadilan selama 3 bulan, kerana menabur fitnah. Tetapi TV3 yang lebih lama menabur fitnah tidak pernah digantung. Bahkan menjadi saluran rasmi BN. Tetapi hari ini, kepelikkan tersebut bertambah apabila nama Altantuya dilarang daripada disebut. Kenapa ya?
Sepertimana yang telah diketahui, kes Altantuya yang dikaitkan dengan Najib ini sudah lama tersedar ke seluruh dunia. Dunia melihat bahawa bakal Perdana Menteri Malaysia adalah seorang yang tidak bersih. Mereka bertanya, “kenapa rakyat Malaysia memilih orang seperti itu menjadi Perdana Menteri Mereka?”
Soalan ini boleh dijawab dengan “sebenarnya, rakyat Malaysia tidak memilih beliau sebagai Perdana Menteri, tetapi beliau telah mengerahkan pengundi-pengundi hantu dan mengamalkan rasuah sehinggalah beliau boleh naik menjadi Perdana Menteri”. Sekiranya diukurkan dengan minda yang waras, orang seperti Najib tidak dapat satu undian pun, bahkan beliau sudah lama dipinggirkan.
Tetapi, disebabkan saluran wangnya agak laju dan berkesan, beliau mendapat tempat, bahkan bakal menjadi Perdana Menteri. Najib, saya ingin bertanya kepada awak … “kenapa kamu terlalu ingin menjadi Perdana Menteri?” atau “kenapa kamu ingin menjadi pemimpin negara?”. Sekiranya kita melontarkan soalan yang sama kepada PR, mereka akan jawab berbeza.
“Kami ingin menjadi kerajaan kerana kerajaan yang sedia ada adalah kerajaan menipu…”. Ya memang benar, sekiranya kerajaan yang ada hari ini benar-benar memuaskan hati rakyat, dan tidak menipu, masakan rakyat sendiri menolak kerajaan hari ini? Ini kerana pemerintahan sekarang sudah macam ayam.
Contoh yang paling sesuai dengan “pentadbiran ayam” ini ialah penggantungan Harakah dan Suara Keadilan, dan melarang sesiapa pun menyebut nama Altantuya. Inilah contoh pentadbiran ayam, bahkan lebih teruk dari itu. Ini kerana ayam yang tidak mempunyai akal pun merasa tanggungjawab terhadap anaknya, tetapi BN?
Salam Perjuangan
Dr Fikrah
No comments:
Post a Comment