Thursday, April 2, 2009

GURU DIBENARKAN BERPOLITIK - JANGAN TERPEDAYA


Sejak kebelakangan ini, kita sering dengar tentang isu “guru-guru dibenarkan berpolitik”. Dan saya dimaklumkan bahawa guru yang dibenarkan terlibat ialah guru kumpulan A. Sejauh manakah kebenaran ini? Apakah hakikat disebalik “tawaran” ini? Adakah ia perangkap, atau peluang? Di dalam artikel ini akan dijelaskan beberapa perkara yang perlu diperhatikan.

Saya menjangkakan bahawa ia adalah sebuah perangkap yang paling bahaya, yang dipasang oleh Hisham atau orang-orangnya untuk “menghabiskan” bilangan guru beriman di dalam institusi pendidikan di Malaysia. Walaubagaimanapun, ia hanya jangkaan saya, kemungkinan benar, dan kemungkinan meleset. Tetapi, walaubagaimanapun, kita perlu bersedia dengan sebarang serangan.

Mereka membenarkan guru-guru berpolitik supaya mereka mengenali siapakah guru yang beriman, dan guru yang mengikut punggung BN. Oleh itu, setelah semua guru akan “terkantoi” dengan mereka. Kalau sebelum ini, guru-guru yang membelasah BN bergerak secara sembunyi, sehinggakan mereka tidak dapat menghidu gerakan ini.

Saya yakin, walaupun mereka dibenarkan berpolitik, tetapi, kedudukan mereka tidak berubah. Mereka masih tidak dinaikkan gaji. Mereka tetap dipaksa berpindah randah, dan banyak lagi kelakuan jahat mereka. Sama sahaja, dibenarkan berpolitik, atau tidak dibenarkan seperti sebelum ini. Bahkan sekiranya mereka secara terang membenarkan, ia dilihat sebagai memasang umpan.

Mungkin terdapat guru yang merasa ini sebagai satu peluang bagi mereka, tetapi pada saya ia hanyalah perangkap yang dipasang. Ini kerana system pendidikan dikuasai oleh BN sendiri. Mana mungkin mereka memberi kebebasan sedemikian rupa. Pasti ada perangkapnya. Dan perkara ini menjadi kebimbangan apabila Hisham juga jenis banyak merapu, dan kuat memfitnah.

Walaubagaimanapun, ia hanyalah jangkaan. Ini kerana apabila kita melihat “wajah” Hisham, kelihatan lembut, tetapi idea-idea dia cukup jahat. Dia juga pandai berlakon, kononnya seorang pendekar Melayu sejati, tetapi rupa-rupanya pembunuh bangsa. Saya yakin, kalau Hang Tuah masih hidup sehingga sekarang, sudah lama dia melabelkan Hisham sebagai DERHAKA!

Salam Perjuangan

Dr Fikrah

No comments:

Post a Comment