Sunday, April 5, 2009

UMNO ADALAH BARANG YANG SUDAH TIDAK LAKU, TETAPI MAHATHIR MASIH MEMBELINYA


Berita-berita sibuk mendedahkan tentang kembalinya Mahathir ke pangkuan UMNO. Hari ini beliau dikatakan telah menghantar borang penyertaan ahli UMNO kepada Najib. Apa pandangan semua? Berbaloikah penyertaan seorang yang sudah tua, dan pernah mencaci mantan presiden? Adakah Mahathir merasakan pengaruhnya cukup kuat untuk menjadikan UMNO itu “laku”?

Ya, di dalam artikel ini, saya lebih suka menyifatkan UMNO sebagai sebuah parti yang sudah tidak laku lagi. Ia sudah pun agak busuk untuk dijual kepada orang ramai. Walaupun dijual dengan harga yang murah, namun tiada siapa yang sanggup membeli UMNO. Ya, UMNO selama ini menggunakan wang untuk menarik ahli, dan wang itu adalah satu nilaian yang rendah sekiranya hendak dibandingkan dengan pahala menyertai PR.

Dalam pada Najib sedang berebut untuk menjadi taukey UMNO, beliau sudah pun Berjaya merebut jawatan sebagai taukey besar itu. Oleh itu, beliau pernah membuat tawaran harga untuk orang lain tertarik dengan UMNO, dengan 60 billion. Ya, nilaian tersebut sangat rendah jika hendak dibandingkan dengan pahala menyertai PR.

Oleh itu, dengan menggunakan 60 billion, beliau cuba menarik sesiapa yang ingin membeli UMNO. UMNO adalah satu barangan yang sepatutnya dibakulsampahkan, tetapi masih lagi mendapat tempat di hati mereka yang inginkan nilaian sedikit di dunia ini.

Setelah Najib berjaya menerajui UMNO juga, beliau terus mempromosikan UMNO supaya ia dibeli oleh lebih ramai orang, namun, pimpinan-pimpinan UMNO sendiri bertelagah sesame mereka. Ini kerana masing-masing inginkan keuntungan hasil jualan UMNO yang sudah tidak laku itu. Secara tiba-tiba, Najib merasakan hasil jualannya itu laku, apabila datang seorang tua, bercermin mata, dan digelar sebagai Che Det.

Orang tua itu datang untuk membeli UMNO yang sudah tidak laku itu. Ya, hati Najib menarik nafas lega apabila UMNO berjaya dijual walaupun seorang tua. Dia berkata di dalam hati.. “Ini membuktikan UMNO masih lagi laku untuk dijual..”. Dia terlupa bahawa UMNO hanya tinggal taukey dan pengurus-pengurus biasa sahaja. Siapakah yang ingin membeli UMNO?

Saya terfikir sejenak, semakin banyak wang dilaburkan untuk mempromosikan UMNO, nilaiannya semakin rendah, dan semua rakyat menunggu UMNO bangkrup. Ya, UMNO akan bangkrup tidak lama lagi. Adakah hanya seorang pembeli tua itu, sudah mendapat keuntungan? Sedangkan pelanggan-pelanggan lain sudah tidak tahan lagi dengan barang UMNO ini.

Oleh itu, UMNO adalah umpama barang yang tidak laku, dan sepatutnya sudah dibakulsampahkan. Tetapi taukeynya masih merasakan bahawa UMNO akan mendapat keuntungan tidak lama lagi. Sudah berjuta-juta dilaburkan untuk UMNO, tetapi pelanggan-pelanggan semakin menolak UMNO. Ya, UMNO sudah tidak laku, tetapi Mahathir masih membelinya..

Salam Perjuangan

Dr Fikrah

1 comment: