Tuesday, April 7, 2009

7 April - DIUMUMKAN, KETIBAAN PERASUAH NOMBOR 2 MALAYSIA….

Jam 10.05 pagi tadi, Bukit Gantang di”kejut”kan (tak terkejut pun) dengan kehadiran perasuah nombor dua Malaysia. Dialah Muhyidin Yasin. Kehadirannya disambut oleh beberapa kerat penyokong BN, sedangkan dia adalah orang nombor 2! Beliau yang berbaju coklat dan bertopi BN itu, langsung tidak dilihat sebagai orang nombor 2, bahkan kehadirannya seperti tiada apa-apa.

Bahkan lebih teruk apabila kehadirannya disambut dengan laungan “RASUAH”, menandakan orang kuat rasuah telah tiba. Sebelum ini, agenda rasuah BN sudah pun terlaksana di Bukit Gantang. Antara bentuk-bentuk rasuah tersebut ialah, mengedarkan beras secara percuma, menghidangkan mee segera, RM 400, basikal dan sebagainya.

Apabila rasuah itu diedarkan, orang ramai tertanya-tanya, siapakah bos dia? Ya, hari ini orang kanan bos dia sudah datang dengan bertopi BN! Inilah dia kalau siapa nak kenal. Itu belum nombor 1 lagi. Tetapi, apa yang peliknya, kehadirannya tidak disambut oleh penyokong BN sendiri. Bagaimana boleh jadi sedemikian?

Saya rasa persoalan ini tidak perlu dijawab. Cuma anda sendiri perlu memerhatikan sendiri dengan mata anda. Segalanya berlaku di hadapan mata. Walaupun penyokong BN cuba memejamkan mata, kejadian memalukan ini turut terjadi.

Kadangkala, pro BN mendakwa bahawa isu rasuah ini tidak benar, hanya provokasi pembangkang sahaja. Tetapi, saya mempersilakan kepada mereka untuk melihat sendiri kebenarannya. Walaupun anda memejamkan mata, ia tetap berlaku. Walaupun anda menafikannya, ia tetap salah laku!

Kebenaran itu pastinya benar, dan kesalahan itu pasti salah. Tiada kebenaran yang disalahkan, dan tiada kesalahan yang dibenarkan!

Salam Perjuangan

Dr Fikrah
.
Sila KLIK untuk melihat gambar yang lebih menarik dan jelas....

3 comments:

  1. selamat datang lah diucapkan..ntah2 pas dtg ni dia trus balik je..maklumlah peluang cam tipis jer..

    ReplyDelete
  2. budak yang pakai vest muka macam samseng mana ada orang berani dekat dgn umno

    ReplyDelete
  3. Saya rasa, semua tu mcm samseng..

    Apa-apa pun kita mohon kepada Allah supaya samseng-samseng UMNO ini diberi hidayah oleh Allah

    ReplyDelete