Hari ini (8 April) saya ada menghantar artikel tentang Isu “Pas bergabung dengan orang kafir” ke dalam blog Cina Islam. Alhamdulillah, artikel tersebut telah disiarkan oleh beliau. Namun, kebetulan terdapat di ruangan komen, seorang hamba Allah meluahkan masalah yang dihadapi olehnya. Dan saya terpanggil untuk membantunya menyelesaikan masalah tersebut, walaupun dia bertanya kepada YB Idham.
Beliau menulis di dalam ruang komen….
Assalamu'alaikum.. drs,
keluarga mertua saya tinggal di Selama perak, merupakan penyokong kuat umno. semenjak selepas PRU 12, dia nampak kecendrungan kearah PR. cuma semenjak rampasan kuasa di perak haritu, dia kelihatan seolah2 anti kpd PR (juga amat membenci bangsa cina terutamanya), tambahan pula saya cuma sempat pulang kampung sebulan sekali. skrg ni kalau saya pulang, beliau tidak lagi menyentuh tentang PR melainkan hanya suara kebencian kpd kaum cina dan india dgn nada yg agak tinggi, membuatkan saya agak keberatan utk memula bicara (awal-awal nak intro, dah kena cantas). saya mengagak mungkin beliau byk mendengar dari abg ipar dan biras saya yg "sangat biru" itu sselain fitnah dari kedai kopi dan media. bagaimana cara utk saya melenturkan semula dirinya agar beliau cenderung dan menyokong semula PR?
Coretan dariku
Berdasarkan daripada luahan ini, saya cuba mengajak pembaca budiman supaya berfikir sejenak. Bagaimanakah tingkah laku Rasulullah SAW di dalam menghadapi permasalahan ini. Sepertimana yang kita ketahui, Nabi Muhammad SAW mempunyai jiran yang berbangsa Yahudi, yang kerap menghina, mengata belakang dan sebagainya terhadap Nabi Muhammad SAW.
Pernah satu ketika, orang Yahudi tersebut meletakkan najis di hadapan pintu rumah Nabi Muhammad SAW. Tetapi, apakah yang dilakukan oleh Baginda SAW? Baginda SAW sentiasa berbaik dengan jirannya yang bukan beragama Islam itu. Satu ketika, orang Yahudi tersebut jatuh sakit, dan Nabi Muhammad SAW pergi melawatnya.
Inilah apa yang dilakukan oleh Baginda SAW terhadap golongan bukan Islam, bahkan seorang Yahudi yang menghina dan mencaci Baginda SAW sendiri. Bagaimana pula kita hari ini? Luahan tersebut menceritakan bahawa keluarga mertua saudara/ri begitu membenci orang Cina dan India. Adakah mereka menghina keluarganya? Adakah mereka menghina Islam?
Memang jauh perbezaan kita dan Nabi Muhammad SAW. Baginda SAW sangat mengambil berat terhadap orang bukan Islam (menziarahi), walaupun Yahudi tersebut membencinya. Adakah anda selaku seorang Islam, tidak merasa terkejut sekiranya orang India dan Cina itu datang dengan membawa buah tangan ketika anda sakit?
Mertua saudara/ri juga ada menyatakan benci kepada bangsa Cina dan India. Persoalannya, adakah mertua saudara/ri membenci mereka kerana mereka tidak beragama Islam? Atau mereka berbangsa India?
Sekiranya mertua saudara/ri membenci kerana mereka bukan beragama Islam, alangkah teruknya kita berbanding Rasulullah SAW yang tidak berbuat seperti apa yang kita lakukan hari ini. Rasulullah tidak mengajar kita membenci mereka, kerana mereka adalah kafir zimmi. Mereka juga mempunyai hak untuk diberi perihatian. Bukankah kita mengatakan bahawa kita menjadikan Rasulullah sebagai tauladan?
Sekiranya mertua saudara/ri membenci kerana mereka berbangsa Cina atau India, dan tidak berbangsa Melayu. Percayalah, mereka akan kekal berbangsa Cina dan India sehingga mati. Mereka sudah dilahirkan berbangsa itu. Setiap manusia dilahirkan dengan bangsa masing-masing. Islam dan taqwa itulah ukurannya. Cina dan India itu adalah bangsa, dan mereka lebih mulia daripada kita sekiranya mereka beragama Islam dan lebih taqwanya daripada kita.
Salam Perjuangan
Dr Fikrah

bagaimana pula kita membenci sesama islam...
ReplyDeleteseperti pas dan umno sekarang ini...bukankah itu sama....atau dalam islam ada perkara yang membolehkan kita membenci sesama islam...sebab kalo sedikit perkara itu tak betul....sedangkan kita benci dia salah itu...
mengumpat dibenarkan dalam islam.....dalam tauhid, tasauf dan fekah....perlu seiring...dalam fekah membenarkan mengumpat tapi dalam tasauf lebih mengenai hati iaitu semata2 kerana Allah S.W.T....adakah orang yang berceramah sehingga maki hamun cakap bapak syaitan dan sebagainya...dalam tasauf...boleh....macam ada percanggahan je kat sini....sebab kalo ada percanggahan macam salah je...
ReplyDelete