Di dalam akhbar-akhbar BN, banyak membantu BN untuk menafikan kewujudan pengundi hantu di 3 buah tempat semalam. Beberapa orang kuat BN mendakwa bahawa mereka (orang yang naik bas beramai-ramai) itu adalah penyokong BN, yang datang untuk memberi sokongan kepada BN semasa pilihanraya. Mereka mengatakan bahawa PR cuba menyekat kebebasan BN untuk berkempen.
Apabila mendengar berita ini, saya tergelak. Ya, saya kerap tertawa kecil apabila mendengar berita-berita lucu seperti ini. Itulah kadangkala apabila saya menonton TV3, RTM, akhbar-akhbar BN, saya boleh tergelak, seperti sedang melihat cerita Mr Bean. Walaubagaimanapun, saya cuba menjelaskan hakikat sebenar kenyataan ini. Terpulang kepada pembaca untuk menilainya. Masing-masing punya akal dan mata.
Apabila seseorang itu telah melakukan kesalahan, mana mungkin dia akan mengaku bersalah. Dia bersungguh-sungguh menafikannya. Tetapi, orang yang tidak bersalah, apabila dituduh bersalah, juga menafikannya. Sama sahaja kedua-duanya. Cuma bezanya, seorang salah, dan seorang lagi tidak salah, tetapi dipersalahkan.
Bagaimana hendak tahu samada seorang itu bersalah atau tidak, dan menipu atau berkata benar? Mudah sahaja, masing-masing punya akal fikirlah. Di sini, saya cuba menjelaskannya berdasarkan pemikiran, dan anda berhak menilainya.
Persoalan yang saya timbulkan, “Kenapakah malam mengundi baru hendak datang berkempen?”. Sedangkan tarikh mula berkempen sudah bermula pada 29 Mac lagi. Kenapa baru sekarang ingin bekempen sedangkan tempohnya sudah hampir tamat? Adakah dengan berkempen sejam dua, sudah cukup untuk memberi kemenangan kepada Mail?
Persoalan kedua, “bagaimanakah mereka boleh datang beramai-ramai dengan menyewa sebuah bas?”. Adakah mereka adalah kenalan yang bekerja bersama? Atau mereka sebuah keluarga besar, yang semuanya (dari atuk sehingga cicit) adalah pro UMNO? Kalau mereka menyatakan bahawa mereka adalah kelab penyokong BN.. lebih baik mereka datang lebih awal sepertimana yang telah saya nyatakan.
Mana mungkin mereka berjaya mengumpulkan seramai satu bas (sebenarnya lebih) untuk tujuan “melihat” PRK, tanpa sebarang “pengarah”. Sudah pasti terdapat seorang yang mengarah (atau merasuah) mereka supaya berbuat demikian.
Kalau mereka datang bukan untuk mengundi, dan bukan juga untuk berkempen, adakah mereka datang untuk melihat? Untuk melawat? Untuk menziarahi sanak saudara? Langsung tak masuk akal. Secara tiba-tiba sahaja mereka boleh berkeinginan untuk berbuat demikian. Kes ini memang pelik, dan boleh dikategorikan sebagai X File.
Saya mengesyorkan pihak polis yang cuba menyiasat kegiatan pengundi hantu ini, supaya mengimport Ejen Mulder dan Ejen Scully (dalam filem X file) untuk menyiasatnya. Memang pelik, kerana BN menafikan kewujudan pengundi hantu, tetapi, hantu-hantu ini ditemui sebagai BN.. Entahlah…
Salam Perjuangan
Dr Fikrah

.
Orang tongok je yang percaya deme tu bukan pengundi hantu. Tapi kalah juge...
ReplyDeleteKita mohon kepada Allah SWT, supaya memberi hidayah kepada mereka supaya dapat menerima keadilan Islam
ReplyDeleteMereka sendiri tahu bahawa BN menggunakan mereka sebagai pengundi hantu. Oleh itu mari kita mengajak mereka menjadi tentera PR yang bukannya hantu lagi
ReplyDeleteBukan pengundi hantu, sebenarnya pengundi setan ibleh tu.... yang sesat lagi menyesatkan!
ReplyDelete