Monday, April 6, 2009

6 April - MENJAWAB ISU "KOR MING PERSENDA AL QURAN"


Baru-baru ini, timbul satu isu ketika Kor Ming tersalah sebut nama surah di dalam al Quran. Beliau juga tersilap ketika membaca ayat tersebut kerana mungkin kurang biasa dengan sebutan tersebut. Namun, apa yang terjadi, beberapa pimpinan UMNO membuat laporan polis mendakwa bahawa Kor Ming mempersenda al Quran.

Hakikat penulisan saya kali ini ialah lebih kepada mempersoalkan tindakan UMNO sendiri. Selama ini UMNO mengatakan bahawa mereka Islam, tetapi dengan senang lenang mereka menolak hukum Allah. Adakah ini bukan satu persendaan? Ada sesiapa ingin buat laporan? Antara yang pernah mereka persendakan ialah tentang Hukum Hudud.

Apakah Hukum Hudud ini? Ia adalah Hukum yang telah Allah aturkan untuk manusia. Tetapi mereka mengatakan “kalau Hukum Hudud dilaksanakan, semua rakyat Malaysia akan kudung.. boleh buat sup tangan…”. Saya ingin bertanya kepada pembaca, siapakah yang menuturkan kata-kata ini? Anda sendiri sudah tahu.

Mereka juga pernah mengatakan “Kalau zina dihukum dengan rejam, bagaimanakah kita boleh mendapatkan batu untuk membuat jalaraya?…”. Siapakah yang mempersendakan Hukum Allah ini? Anda juga sudah mengenali siapakah yang mengatakannya. Mereka juga pernah mempersendakan sunnah Nabi SAW, dengan mengatakan “Nabi simpan janggut kerana ketika itu tiada pencukur janggut…”

Siapakah yang menuturkan kata-kata ini? Mereka berkata lagi… “Saya lebih suka suami saya mempunyai wanita simpanan daripada saya bermadu..” Siapakah yang menuturkan kata-kata ini? Mereka berkata lagi… “Dengan memberi kondom secara percuma, dapat mengurangkan masalah zina…”. Siapakah yang menuturkan kata-kata ini? “Ibu tunggal boleh melacur..” Siapakah yang menuturkan kata-kata ini?

Saya ingin bertanya kepada UMNO sendiri, kenapakah selama ini UMNO sendiri telah banyak kali mempersenda al Quran yang juga Hukum Allah, tetapi tidak pula dibuat laporan polis. Kamu mengatakan kamu seorang Islam. Inikah Islam kamu? Seorang Islam yang menghina Hukum Allah jauh lebih jahat dan hina daripada seorang kafir yang “tersilap” membaca al Quran.

Adakah Kor Ming mendapat dosa kerana perbuatannya yang tidak disengajakan itu? Adakah UMNO juga tidak sengaja menghina Hukum Allah? Perhatikan ayat terakhir Surah al Baqarah, kita memohon kepada Allah SWT supaya tidak dihukum terhadap perbuatan kita yang tidak disengajakan. Tetapi UMNO sengaja mendabik dada seolah-olah undang-undang mereka lebih bagus daripada undang-undang Allah!

Saya yakin, masih ramai lagi ahli UMNO, walaupun sudah dikatakan Islam sejak lahir, tetapi sampai sekarang , masih tidak reti membaca al Quran! Kamu mengaku Islam, tetapi al Quran pun tak tahu baca. Anda sendiri boleh lihat, berapa kerat pimpinan UMNO yang membaca al Quran ketika berucap..? Saya sendiri tidak pernah lihat, melainkan Masyitah seorang itu.

Masyitah yang seorang itu pun telah mempersenda hukum Allah dengan mengeluarkan fatwanya pada tahun 2004! Ibu tunggal boleh melacur… Selain itu, wanita-wanita UMNO sendiri sudah lama mempersendakan al Quran dan Hukum Allah. Di dalam Surah an Nur, wanita Islam wajib menutup aurat, tetapi, berapa keratkah wanita UMNO yang begitu?

Kebanyakan mereka “sengaja” membuka aurat sedangkan mereka tahu bahawa perbuatan itu salah. Bukankah ini juga menunjukkan mereka telah mempersenda al Quran dan Hukum Allah? Kenapa tidak dibuat laporan sahaja? Ini belum lagi diceritakan tentang kes Disko Zouk yang terang-terangan mempersenda Islam!

Filem Gubra? Di manakah pimpinan UMNO yang bersungguh sangat membuat laporan ini? Diam sahaja apabila menonton filem tersebut? Siapa pula yang meluluskan filem tersebut kalau bukan kerajaan sendiri! Sure Heboh telah difatwakan HARAM oleh Mufti Perak, apakah tindakan pimpinan UMNO yang hari ini, tiba-tiba semangat?

Ya, tidak lain dan tidak bukan, pimpinan-pimpinan UMNO ini hanya bertindak apabila ia berkaitan dengan politik dan kepentingan mereka sahaja. Mereka mencari kesalahan-kesalahan orang lain walaupun ia tidak disengajakan. Sedangkan mereka selama ini sengaja mencaci al Quran dan Hukum Allah. Tunggulah balasan dari Empunya kalam tersebut!

Salam Perjuangan

Dr Fikrah

22 comments:

  1. Saya nak tanaya Dr Fikrah apekah hukum bagi orang Munafik? Orang yang menipu/fitnah umat islam untuk kepentingan peribadi. PAS mengatakan ingin menjadikan Negara ini Negara Islam dan melaksanakan Hukum Hudud,tapi baru-baru ini mengatakan ditanguhkan dulu kerana DAP tidak bersetuju..dan segalanya senyap..IR Nizar pun ada cakap bahawa x ada dlm perlembagaan PAS kata nak buat negara islam...Adakah kita sangup Hak Keistimewaan Melayu dihapuskan? sebab dalam islam x ada cakap pasal hak melayu nie...Adakah semua orang melayu di Malaysia sudah bersedia berdiri diatas kaki sendiri seperti di Singapore? Jangan sebab kelancangan kita memberi pendapat, akan menghapuskan keistimewaan kita. Saya juga ada belajar bahawa jika kita nak jadi negara islam kena lar org ISlam jadi pemimpin, jadi adakah PAS or PKR bersedia untuk tidak memberi Jawatan menteri kepada orang kafir? Bukan senang nak memimpin Sebuah Negara yang mempunyai pelbagai kaum dan agama ini. Syukurlah kita sebab di bawah BN semua masyarakat kaum lain-lain tidak menghiraukan perkara ini, tapi dengan sikap bodoh org melayu n islam yg mementingkan diri, mereka nakkan hak mereka dalam MALAYSIA NEGARA KU TERCINTA...

    ReplyDelete
  2. Salam..

    Orang munafik tempatnya di dalam neraka yang paling bawah.

    Tentang persoalan pelaksanaan Hudud. Bagaimanakah hudud dapat dilaksanakan sekiranya kerajaan PR belum terbentuk?

    Isu tentang Ir Nizar sudah di jawab di dalam artikel 5 April

    Tentang Hak Melayu. saudara sebut "dalam Islam tiadak sebut hak melayu" satu kenyataan yang salah. Tiada dalam Islam, atau saudara yang tidak tahu? Dalam Islam, setiap manusia ada hak masing-masing. Hak-hak tersebut sama sekali tidak boleh dicabuli. Orang bukan Islam (kafir zimmi) juga mempunyai hak mereka yang tidak boleh dicabuli oleh sesiapa.

    Tentang Pakatan Rakyat, persoalan yang timbul ialah, mana satu lebih elok, di antara orang bukan Islam yang membenarkan Islam tersebar, atau orang UMNO yang menyekat Islam?

    Negara pelbagai kaum? Nabi SAW juga mentadbir Madinah yang mempunyai pelbagai kaum. Tiada masalah untuk laksanakan Hudud.

    Kenapa tidak bersyukur di atas nikmat Akidah yang satu? Walaupun DAP bukan Islam, tetapi mereka tidak menolak Islam. Berbeza dengan UMNO. Kalau UMNO laksanakan Islam, apa perlunya PAS itu wujud?

    PAS memperjuangkan Islam. Bukan perjuangan peribadi. Maka PAS memperjuangkan kepentingan Islam, bukan kepentingan peribadi seperti UMNO. Kalau UMNO memperjuangkan kepentingan Islam, apa perlunya PAS?

    Wallahua'lam

    ReplyDelete
  3. PAS berjuang untuk peribadi, jika Pas ingin mentadbir Negara kenapa Pas sangup menjadikan Aunuar sebagai ketua dalam pakatan? Kenapa bukan Pas yang menjadi peneraju dalam memperjuangkan Islam. Saya mau tanya, adakah jika pakatan menaang dalam pilihan raya akan datang, anggota Pas yang akan menjadi Perdana Menteri? dan adakah timbalan PM juga adalah PAS? atau timbalan adalah ahli dalam DAP? saya mau kepastian, dan jangan menipu rakyat Malaysia dengan dakyah2 Islam yang kononnya PAS ingin memebentuk Kerajaan Islam....Sila beri penjelasan dan jangan beri pendapat sahaja kerana ianya x pasti lg...

    ReplyDelete
  4. SHAH ALAM 7 April — Mahkamah Tinggi di sini hari ini mengetepikan permohonan anggota exco kerajaan Selangor, Ronnie Liu Tian Khiew untuk menyemak semula dan mengetepikan waran tangkap yang dikeluarkan Mahkamah Majistret Petaling Jaya terhadapnya pada 12 Nov tahun lepas.

    Pesuruhjaya Kehakiman Mohd Yazid Mustafa semasa membuat keputusan itu berkata Majistret hanya menjalankan tugas pentadbirannya semasa mengeluarkan perintah waran tangkap berkenaan dan ia bukan satu perintah yang membolehkan waran tangkap itu disemak.

    Beliau berkata mahkamah juga menerima hujahan yang dikemukakan Timbalan Pendakwa Raya Noorin Badaruddin bahawa Mahkamah Tinggi tidak perlu membuat sebarang pertimbangan memandangkan perintah waran tangkap yang dikeluarkan Mahkamah Majistret itu tidak termasuk dalam prosiding mahkamah.

    “Perintah waran tangkap dikeluarkan pada 2008 dan pada masa itu majistret hanya menjalankan tugas lazimnya dan ia bukan satu tindakan membabitkan prosiding mahkamah. Kesimpulannya pelaksanaan perintah waran tangkap itu bukan satu prosiding yang membolehkan ia disemak oleh mahkamah ini,” katanya.

    Liu yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (DUN) Pandamaran hadir di mahkamah bersama peguamnya, Gobind Singh Deo.

    Liu sebelum ini mengemukakan permohonan untuk mahkamah menyemak semula dan mengetepikan waran tangkap yang dikeluarkan kepadanya kerana mendakwa ia tidak sah di sisi undang-undang.

    Beliau mendakwa tindakan polis membawanya ke Balai Polis Puchong ketika melaksanakan waran tangkap itu menyalahi undang-undang kerana beliau sepatutnya dibawa ke Mahkamah Majistret Petaling Jaya seperti yang disebut dalam waran berkenaan.

    Liu, 50, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Petaling Jaya terhadap tuduhan bersubahat dalam menghalang pegawai penguatkuasa Majlis Perbandaran Subang Jaya, Mohammad Hadzim Zulkapli, daripada menjalankan tugasnya dalam satu operasi mencegah maksiat di Hotel Chile, yang terletak di Jalan Kenari 6, Puchong, pada 2 Nov 2007.

    Jika sabit kesalahan, beliau yang didakwa mengikut Seksyen 109 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 186 kanun yang sama, boleh dikenakan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda RM10,000.

    Gobind dan Liu ketika ditemui pemberita di luar mahkamah berkata mereka menghormati keputusan mahkamah itu dan akan mengemukakan rayuan di Mahkamah Rayuan dalam masa terdekat. — Bernama

    RAKAN PAS-DAP&PKR -HIDUP PAKATAN.....
    Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar....

    ReplyDelete
  5. Memang benarlah bahawa pada akhir zaman ini akan wujud golongan ulama yang menjual agama untuk kesenangan dunia. Hari ini Pas telah membuktikan bahawa mereka sedia melakukan apa sahaja asalkan berkuasa atau menjadi kuasa politik.

    Tindakan Pas menyuruh Setiausaha DAP Perak, Nga Kor Ming membaca ayat suci al-Quran untuk kempen politik menunjukkan parti tersebut sudah hilang rasionaliti.

    Memang kita akui tidak salah untuk bukan Islam membaca al-Quran. Yang salahnya ialah bukan Islam membaca ayat al-Quran untuk menarik sokongan dalam kempen politik. Ini mempermainkan Islam. janganlah bercakap soal bukan Islam percaya pada al-Qurang atau Pas berjaya mentarbiah DAP. Jika benar Nga Kor Ming percaya kepada ayat al-Quran maka beliau wajar memeluk Islam. Jika tidak jangan menipu pengundi dengan lafaz al-quran yang suci.

    ReplyDelete
  6. Konon nya Berintigriti:PAS,Nizar dan Ngeh
    | 2 comments |
    1Konon nya PR ,Nizar melaungkan kerajaan negeri perak tanpa rasuah,berintigriti & akauntabiliti.
    nampak nya semua itu hanya omongan kosong sahaja.

    2. Ini terbukti dengan pendedahan dokumen ini yang menunjuk kan nizar & ngeh tidak mengamalkan intigriti didalam kerajaan perak.

    3. dokumen ini mendedahkan permohonan peruntukan RM30 ribu untuk KONGRES ORANG ASLI SEMALAYSIA PADA 1 MAC 2009 DI STADIUM INDERA MULIA PERAK.

    4. KENAPA WANG ITU DI SALURKAN KEPADA AKAUN PERIBADI PEGAWAI KHAS NGEH IAITU LING LIK HOCK.??

    ReplyDelete
  7. Ramainya Anonymous..

    PAS berjuang untuk Islam. Bukan untuk merebut jawatan. Sekiranya pemimpin tersebut adalah seorang Islam dan melaksanakan hukum Allah, tidak perlu wujudnya PAS

    ReplyDelete
  8. SALAM..SEBENARNYE ANDA SEMUA DAH TAHU YG UNTUK MELAKSANA HUDUD KITE PERLU DAPATKAN NEGARA MALAYSIA SECARA HAKIKI IAITU MENDAPAT MAJORITI DEWAN NEGARA. CNTH TERENGGANU SENDIRI DAH LULUS AKTA MEMBOLEHKAN HUDUD DIJALANKAN TAPI TETAP TAK DAPAT DILAKSANAKAN KERANA POLIS DIHALANG BEKERJASAMA DGN KERAJAAN PAS KETIKA ITU. DI KELANTAN MISALNYA DAH PERNAH TN GURU NIK AZIZ MOHON TAPI TETAP TAK DAPAT BUAT KERANA BYK SGT SEKATAN KERAJAAN PERSEKUTUAN.AHLI UMNO PUN TAHU.TAPI SAJA JE BUAT2 TANYE KONON2 TAK FAHAM.

    KENAPA ANWAR JADI KETUA PAKATAN..ITU ADALAH SUMBER MUSYAWWARAH..BUKANNYA SUMBER DARI PAS SEORANG..LAGI MAU TANYA KA?

    APA SALAHNYA LANTIK NON MUSLIM JADI MENTERI KALAU PAS BERKUASA SEKALIPUN,SELAGI DIA SEORG YG BERAKHLAK DAN TIDAK MENGHALANG ISLAM DILAKSANAKAN BIARLAH..

    BERBANDING KERAJAAN PERSEKUTUAN YG PEMIMPINNYA MELAYU ISLAM TAPI TAKUT NAK PAKAI TUDUNG,NAK SURUH ISTERI DAN ANAK2 MENUTUP AURAT PUN SEGAN.MACAMANA NAK BUAT HUKUM LAIN.RAFIDAH AZIZ,SHAHRIZAT JALIL,AZALINA OTHMAN SAID,DAN BAYNAK LAGI.ROSMAH MANSOR,JEANNE ABDULLAH,ENDON SEMUA SEGAN NAK PAKAI TUDUNG.BAGITAU UMUM KONON UMNO PERJUANG ISLAM.DIRI SENDIRI TAK BOLEH BENTUK SIBUK NAK PERJUANG ISLAM.KALAU NAK BERDAKWAH,BERDAKWAHLA PADA DIRI DAN KELUARGA. DALAM SURAH AS SAF AYAT 2.TUHAN AMAT BENCI PADA MANUSIA YG MEMPERKATAKAN PERKARA YG DIA SENDIRI TAK BUAT. KATA UMNO PERJUANG ISLAM,TAKKAN AYAT QURAN PUN TAK TAHU KOT.

    ReplyDelete
  9. Nak tahu siape ulama yg menjual agama untuk kepentingan dunia ke?

    Disini disenaraikan individu yang telah dikenalpasti sahih seorang ular dalam semak dan bukannya ulama.

    1. dr masyitah ibrahim

    jasa beliau yg senang nampak-mencukur kening setelah menjadi ahli umno.cukur kening kan haram.meniru org yahudi.itupun tara nampak ka?apa ra ini org umno rabun.

    USTAZAH MASHITAH @ USTAZAH SEXS

    Bila terbaca kenyataan Dr Marshitah dalam Harakah tentang isu Tuhan Samseng dengan beliau menyalahkan TG Dato' MB Kelantan aku merasakan memang sudah sepatutnya beliau membuat kenyataan seperti itu.Kalau nak di bandingkan dengan ustaz Shamsuri dengan DR Sexs ni sudah pastilah hebat lagi Dr sexs ini dari segi pengajiannya.Bukan orang Malaysia tak kenal siapa Dr Sexs ni dan kalau yang belum kenal cubalah beli akhbar METRO AHAD dan buka ruangan mimbar.Dr sexs ini akan menjawab semua bentuk soalan tentang sexs tanpa ada segan silu.Tanyalah soalan sexs apa pun hatta oral sexs sekalipun beliau boleh jawab.Kehebatan ilmu sexs yang beliau berikan kepada pembaca masih belum mampu untuk ditandingi oleh Doctor doctor pakar dalam Malaysia ini.Ustazah PHD ini secara terang terang menyokong UMNO seperti juga Ustaz Shamsuri.Beruntung betul lah suami Dr sexs ini kerana mendapat isteri yang pakar dalam soal sexs.Kenyataan beliau untuk menyokong UMNO dalam isu Tuhan samseng adalah untuk memberitahu bahawa ilmunya bukan saja berkaitan dengan soal sexs malah apa saja yang berkaitan untuk memberi laluan mudah beliau ke neraka.

    ular dalam semak lain akan disenarai kemudian setelah ditangkap..huhuhu

    ReplyDelete
  10. ape salah anuar ek sampai tak leh jadi ketua pakatan ek?die bukan islam ke..rasenye islam dah.

    tuduhan liwat ke rasuah tu semua org da tau yg mahathir pun da mengaku dia yg reka untuk sumbat anuar ke penjara.sebab nak jadi pm lame2.dia da ngaku yg dia salah guna kuasa waktu tu. lagi mau tanya ka?

    munafik tu bukan ke ialah najib n pak lah nmahathir n rafidah n rosmah n musa hassan n sekalian org umno.

    kata perjuang islam,tapi yg minat konsert,minum arak,judi..baru2 ni mase aku balik umah kat kg kat pahang. abg ipar aku marah2 sebab duit kebajikan masyarakat kene amik oleh kerabat diraja di malaysia.

    die tanye kenape amik RM 50000 tanpa kebenaran beliau(beliau ialah pegawai kebajikan masyarakat daerah)?

    dan dgn selambenye kerabat itu menjawab,"en.xyz org luar,jd jgn cmpur tgn hal negeri kami.saye ada kuasa en xyz tu siape?"

    kata kerabat berkenaan dgn berlagaknye."kalu en xyz byk songeh saya akan tukarkan en xyz ke sabah sarawak bila2 je yg saya suka."

    kemudian abg ipar saye pun berkata,"saye peduli ape,nak tukarkan,tukar jela saya sanggup kemana pun asal tak terlibat dgn org keji mcm ni.saya nak jumpa tuanku."

    "tuanku takde sekarang,die kat london,mcm biase gambling"


    tengokla situasi di atas..kerabat diraja.raja semua tak senonoh.kerabat ambil duit rakyat,tuanku plak pergi berjudi. rakyat miskin.nila akibat kalau sultan tak beragama.

    tapi kata org umno kite perlu taat pda sultan kerana beliau ialah pemelihara agama islam dia malaysia.

    kata nizar jamluddin penderhaka,padahal sultan tu lagi teruk ahli neraka...

    tepuk dada tanya iman.

    ReplyDelete
  11. NAK TANYA KENAPA SELANGOR + KEDAH + PULAU PINANG MASIH LAGI JUAL ARAK N MERUPAKAN SARANG MAKSIAT TERBESAR DI MALAYSIA? KENAPA TIADA TINDAKAN OLEH PEMIMPIN-PEMIMPIN PAKATAN? KER BUAT-BUAT TAK NAMPAK? MOHON SEMBAH DERHAKA DARI SAYA.....

    ITU KIRA KETUA MENTERI PULAU PINANG BERAKHLAK MULIA LAR TU...KAFIR TEPAP KAFIR LAR...MANA ADA KAFIR YG BERAKHLAK MULIA...SAPE AJAR HUHUHU....

    ReplyDelete
  12. tak pyhla sembah derhaka kalau kite ni da establish org umno yg munafik.

    derhaka pada tuhan kite pggil kafir

    die kafir sebab hidayah belum sampai..tapi kalu kite ni mengaku islam dalam ic tapi tak buat tuntutan syariat islam kite adalah lebih teruk dari kafir.

    la confirmla lim guan eng lagi molek perangai dari najib yg bunuh altantuya.sultan yg kuat judi kat london.adnan yaakob yg suke amik balak rakyat kat kg aku ni ha..

    marila dtg lipis tengok betapa miskinnnye org sini walau hari2 keluar balak dari kg..

    nila namenye tak pemimpin tak berakhlak suke makan rasuah .makan harta rakyat.

    molekla limguan eng lagi yg tak amik atau salah gune harta rakyat.

    jgnla nak membohong kedah tempat sarang maksiat.mcm org tak penah gi kedah..marila tgk negeri macam pahang ni,di kg miskin sgt..di bandar penuh bar,disko,karaoke..

    langkawi ye ade maksiat tapi itu pun sukar nak hapus sebab kerajaan persekutuan still bagi halangan pada pakatan.lgpun lesen bawah majlis perbandaran.seme org tahu mpk ni dikawal oleh org BN.

    kite nak suruh polis kejesame banteras disco,arak seme pun sukar sebab lesen mpk bagi.lagipun polis pun talibarut BN.keje rasmi polis skng ialah menjaga org ceramah kan!!!

    selangor tu da duduk di bwh BN 50 tahun.lesen dan maksiat yg dibgunkan oleh UMNO terlampau byk..nak banteras perlu masa utk mendidik rakyat sebab polis,jabatan agama islam pun tak berani nak tgkp org baju tak senonoh.

    igt lagi kes jeslina hashim yg dibela dgn besungguh oleh nori abdullah.yg kes pki baju seksi tu..macammane nak banteras kalau byk sgt dalang dan syaitan yg menyokong maksiat dari depan khalayak.terutama di kalangan pemimpin.

    ustaz majlis agama pun tak berani.takut kene buang atas alasan bertindak di luar bidang kuasa.

    mase BN memerintah 50 tahun tu kenape tak banteras maksiat ye..kan pejuang agama islam yg hakiki..pr baru 13 bulan memerintah itupun dgn pelbagai halangan dan sekatan org da persoal macam2.

    tapi tak pelik,sebab itu tanda rakyat da mule celik..sebab mase 50 TAHUN BN memerintah org semua telah dibutakan sebab tu tak mampu melihat maksiat yg ada..ALHAMDULILLAH WALAU BARU 13 BULAN PR MEMERINTAH RAKYAT DA BOLEH BEZAKAN APA ITU MAKSIAT APA ITU KEBAIKAN.

    sebab dulu BN kate DISCO ITU DAYA PENARIK PELANCONG..DISCO ITU barula maju...contohnya the zouk..tak gitu..

    ReplyDelete
  13. agaknye kenape awak jadi org umno?

    bagi sebab kenape awak sgt pecaye pade UMNO walau org luar negara pun tahu UMNO tak gune..entah2 awak ni org kuat BN tak..

    sebab awak takut tak dapat jawatan dan pengaruh dan projek dan duit dan berhibur kat disco dan tengok akademi fantasial dan tgk artis seksi dan takut kene pakai tudung dan takut kene potong tangan sebab byk amik rasuah or makan duit rakyat..

    takpun awakla yg keluarkan lesen dan dapt duit kopi sebab keluarkan lesen arak dan judi..
    bukan awak tak tau UMNO tu JAHAT..awak takut ni..

    ReplyDelete
  14. Saya sokong BN kerana BN tak pernah menipu orang..PKR n PAS n DAP menipu rakyat yang tak boleh berfikir sendiri jika mereka berjaya mentadbir Negara ini. Sebab mereka semua tiada kesepakatan. Tengok Selangor jer dah tau masalahnya...kesian orang ramai yg telah di tipu oleh Pakatan pembangkang yang ingin menjatuhkan orang melayu sendiri. Yang paling sedih lagi bila orang melayu yang lebih beriya2 ingin megurangkan kuasa orang melayu. Membuat fitnah dan sebagainya. Sya rasa rakyat di Malaysia ini bebas untuk kaya..jadi jika rakyat lipis miskin, salah siapa tu? salah diri sendiri lar...g lah berusaha untuk jadi kaya..kita lihat SIti Norhaliza kaya juga...jangan ada rasa cemburu dgn org...lihat diri sendiri dan cari duit sendiri. Tp syukur sb Malaysia antara negara termaju dalam Benua Asia ini...Org melayu tak papa tu yg lebih penting....Kita lihat kemajuan yg dah diberikan ke atas negara ini..Syukur lah...Hilangkan hasad dengki dgn kaum dan agama sendiri....

    ReplyDelete
  15. SATU LAGI SAYA NAK INGATKAN ORANG MELAYU JANGAN LAH BAIK SANGAT SAMPAI NAK BERKONGSI KUASA DENGAN ORANG KAFIR...SEBAB KITA DAH LIHAT CONTOHNYA DI SINGAPORE..HANYA SEORANG SAHAJA MENTERI MELAYU(ISLAM) DI SANA..SEDANGKAN RAMAI ORANG MELAYU DI SANA DAHULU KALA..TP SKRG KAUM APE N AGAMA APE YG RAMAI? MANA PERGI ORG MELAYU...SYUKUR KITA SEBAB TENGKU KELUARKAN SINGAPORE DR MALAYSIA SUPAYA ORG MELAYU MASA SEKARANG BOLEH MELIHAT CONTOH YANG SEDIA ADA...JANGAN JADI BODOH..NATI BANGSA TAH KE MANA N AGAMA ISLAM TAH KE MANA..JANGAN TAMAK SANGAT...USAHA DIRI SENDIRI UNTUK KEKAYAAN SENDIRI DAN AGAMA....

    ReplyDelete
  16. KISAH BENAR

    Ini kisah benar saya ketika di Universiti dahulu, ada seorang kawan saya yang menuntut di Universiti saya belajar mengambil kursus Sarjana Muda Pendidikan Islam. Di Asrama (Kolej) dan di Universiti memang sekali nampak memang baik sangat...siap jadi Imam di Masjid dan di surau. Tp ada satu tabiat dia yang orang lain tidak tau iaitu dia homoseksual dan suka mengumpul CD Lucah. Saya nie muka nampak macam manis2 sikit tp x lembut lar..dia ingat sy macam dia juga n nak buat bukan2 dgn sy...tp sy ckp sy bukan mcm tu, then sy tanya masalah dia n dia ceritakan semua...JADI KITA JANGAN TERTIPU DGN JUBAH ORG...

    ReplyDelete
  17. Yang paling x sangka dia penyokong kuat PAS..tp akhlak x tentu juga..sy nie yg penyokong UMNO pun x macam tu...tp org kate lak UMNO tu kafir..teruk tuuuuu

    ReplyDelete
  18. Penyokong UMNO cuba mencabar kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor untuk menutup kilang arak dan kedai judi di Selangor.

    Saya cakap, proses pengurangan judi dan arak di Selangor sedang berjalan dengan lancar. Kita tak boleh haram judi dan arak secara total kerana Selangor 52% bukan Islam. Kita boleh haram kepada orang Islam sahaja.

    -Di ambil dari Bloger Pengkhianat Melayu-

    ReplyDelete
  19. Nie lah saya cakap org Munafik..bila UMNO tak tutup kedai arak n judi dia Marah n Menyalahkan UMNO, Bila UMNO tak buat Undang-undang Islam dia Marah n Menyalahkan UMNO,Bila UMNO memberi kekayaan kepada orang Melayu (ISLAM) dia marah dan menyalahkan UMNO. TAAAAPIIIIII Jika Pakatan Munafik nak tak tutup kedai arak n judi dia bagi alasan Macam2...dan tak salah, Jika Pakatan Munafik tak buat Hudud dia bagi alasan Macam2....dan tak salah, Jika Pakatan Munafik beri kekayaan kepada orang Kafir dan tak lihat yg org Melayu makin miskin....tutup mata jer lar MEREKA...PADAN MUKA ORANG MELAYU......PADAN MUKA ORANG MELAYU.......PADAN MUKA ORANG MELAYU......PADAN MUKA ORANG MELAYU......PADAN MUKA ORANG MELAYU......PADAN MUKA ORANG MELAYU......PADAN MUKA ORANG MELAYU......PADAN MUKA ORANG MELAYU......PADAN MUKA ISLAM.....PADAN MUKA ISLAM.....PADAN MUKA ISLAM.....PADAN MUKA ISLAM.....PADAN MUKA ISLAM.....ULAMAK ISLAM PUN MENYOKONG PENGGUNAAN TULISAN ALLAH PADA AGAMA LAIN....PADAN MUKA ORANG ISLAM.....MAKIN RAMAI LAR ORANG MURTAD....sayang sgt n bg sgt hak pada org kafir......PADAN MUKA ORANG ISLAM.....PADAN MUKA ORANG ISLAM.....PADAN MUKA ORANG ISLAM.....

    ReplyDelete
  20. salam..
    cb korg tgk blog kwn kami ni.. http://buluh.iluvislam.com/
    dia ada ulas ttng isu kafir bc al-quran..siap ade hukum dr kata2 ulama lagi..

    ReplyDelete
  21. Pada pendapat saya memang tak salah bagi orang kafir baca Al-Quran, tp rasanya tak sesuai di gunakan untuk ucapan kerana saya lihat nampak sgt seperti mempermain2kn islam agama yg suci. Saya ada lihat video dia berucap, dan saya lihat bila dia baca ayat Al-Quran itu, org yg mendengar ceramah dia ketawa terbahak2 di ikuti oleh penceramah itu...saya lihat sgt teruk jd mcm itu. Tp sy pelik ramai org islam mempertahankan bahawa org kafir itu tak bersalah dan menyangkal kata2 mufti yg mengatakan itu salah. Peliknya org islam sekarang...INGAT SAYA KATA TAK SALAH ORG KAFIR BACA AL-QURAN TP BACA LAR SORANG2....N JGN MEMPERMAINKAN AYAT2 SUCI TU...SEBAB DIA PUN ADA KITAB DAN ORG ISLAM X WAT MACAM TU PUN SB NAK HORMATI SEMUA AGAMA....

    ReplyDelete
  22. tulah korang semua tak tahu. mca, dap semua tu bawah satu naungan cpm. Chinese Party Of Malaysia. Sedangkan bangsa cina pun memperjuangkan bangsa sendiri. Ape ape pun mereka akan sepakat sesama sendiri. Tak heranlah kalau BN jatuh sebab petualangnya mca jugak. Kalau kafir kafir jugak.Mampus mana setia tak setia.. sape menang dan meng-offer perut die kasi kenyang je lah dia sokong. Baru bakul guni die boleh isi dengan emas. Korang ingat kalau PR tu jadi kerajaan boleh jadik Islamic state ke?. haram tak dapat. Kalau bawah BN islam agama rasmi. Bumiputera orang asal. Kalau bawah PR. Takde sape bumiputerea. Tak ada agama yang agama rasmi. Pastu baru lah penyokong PAS terasa.. aih, tertipu aku rupanya selama ni. Orang Melayu yang menyokong PR pulak terduduk bile anak cucu diorang tak dapat masuk universiti. Jadik operator atau tukang sapu jalanan je lah. Kata tak ada duit nak bayar tuition.. macam orang cina kan majority berduit tiap tiap hari dapat mak bapak bayar tuition. Siap ada computer programme untuk ajar version 3D lagi. Atas nama kesamarataan, sape score dia lah yang punya. Lu miskin gua apa kisah. Sapa suruh lu miskin. Nasib engkau lah keturunan nenek moyang kau dulu petani. Nenek moyang aku lombong bijih timah. Nasib engko lah kau kena tipu dengan British sampai kena jajah, dapat nenek moyang aku carik makan kat negara engko yang penuh dengan orang orang bodoh tak sedar diri macam engko. Dah memang nasib engko kena jajah kat negara sendiri. Dah engko bodoh sangat senang makan tipu helah gua sapa suruh.

    ReplyDelete