Tuesday, March 31, 2009

BN HARUS TAHU, BUKAN PR SAHAJA YANG BENCIKANNYA


Berita yang ditulis di dalam Berita Harian hari ini menarik perhatian saya, iaitu Razali mendakwa bahawa kenderaan milik petugas BN dicalar dan diketuk. Beliau dengan bodohnya menyifatkan ia tindakan parti pembangkang, walhal BN adalah pembangkang di Kedah. Beliau juga boleh dikategorikan menabur fitnah, sama seperti pimpinan-pimpinan BN yang lain. Dengan tanpa sebarang bukti, beliau boleh menuduh ia adalah kelakuan PR.

Beliau juga mengemukakan hujahnya yang kebudak-budakan dengan mengatakan,.. “beritahu saya, kereta mana yang membawa lambang pembangkang diserang?” Inilah soalan yang patut dilontarkan kepada pokok dan dinding sahaja. Sekiranya soalan ini dilontarkan kepada saya, saya tidak akan menjawab soalan ini, bahkan melontarkan kembali soalan.. “beritahu saya, pembangkang mana yang menyerang itu?”

Pada 29 Mac sebelum ini, telah berlaku satu insiden di mana kereta Karpal Sigh dilempar dengan botol-botol plastik sehinggakan menyebabkan retak pada cermin hadapan, dan beberapa kerosakan yang lain. Kereta tersebut dilakukan oleh penyokong-penyokong UMNO di Bukit Gantang. Laporan polis sudah pun dibuat di Balai Polis dan kes ini telah disiarkan di TV1, pada hari yang sama.

Wahai Razali, ini baru satu contoh sebagai menjawab soalan tersebut. Walaupun kereta tersebut tiada sebarang lambang PR, namun tetap dirosakkan juga. Dan buktinya memang jelas dilakukan ketika Karpal Sigh berada di dalam kereta tersebut, dan melalui kawasan penyokong BN.

Tetapi, apabila Muhyidin melalui kawasan PR, mereka siap dieskot supaya keselamatan mereka terjamin. Mereka tidak dilemparkan dengan sebarang benda walaupun mereka hanya berjalan kaki ketika melintasi kawasan tersebut. Tetapi, beliau cuma dikenakan kutukan “rasuah” oleh orang ramai.

Sedikit pedoman bagi Razali yang tidak tahu hakikat. Wahai Razali, engkau perlu tahu bahawa makhluk Allah yang membenci BN, bukanlah PR sahaja. Bahkan binatang dan pokok pun turut membenci kezaliman yang dilakukan oleh BN di atas muka bumi Malaysia ini. Kalau engkau menuduh kereta dicalarkan itu disebabkan PR, maka tunjukkanlah buktinya. Mungkin penyokong bebas yang melakukan demikian!

Wahai Razali, sekiranya kereta itu menjadi mangsa diguris, engkau perlu sedar, berapa ramaikah jiwa yang telah engkau guriskan jiwa-jiwa mereka. Bahkan engkau membunuh jiwa-jiwa mereka. Engkau menaburkan fitnah, berapa ramaikah yang terguris dengan tindakan bodoh engkau? ISA yang digunakan untuk menyekat PR, berapa ramaikah isteri-isteri tahanan yang lebih terguris?!!

Salam Perjuangan

Dr Fikrah

No comments:

Post a Comment