Malang sekali apa yang berlaku hari ini sepertimana yang telah diberitkan. Mahathir, Pak Lah dan Najib dilihat sebagai hero yang pernah mengemudi UMNO. Tetapi, pada pandangan umum, Pak Lah seolah-olah hero yang diketepikan, dan beliau sendiri pernah menjadi bahan cercaan Mahathir. Tetapi hari ini, mereka bersama, kerana Mahathir sudah dapat menerima kejatuhan Pak Lah.
Pak Lah yang pernah membintangi Hero dalam UMNO, iaitu sebagai seorang presiden UMNO telah dicerca habis-habisan oleh bekas ahlinya sendiri iaitu Mahathir. Lalu disebabkan kebencian yang membuak-buak, Mahathir melarikan diri meninggalkan UMNO sebagai tanda merajuk. Entah kenapa….
Walaubagaimanapun, Pak Lah terpaksa meneruskan sisa baki perjuangannya sebagai presiden UMNO dalam beberapa detik lagi, hanya menunggu saat dijatuhkan. Mahathir masih terus mencerca dan menjahanamkan presiden UMNO sendiri. Tetapi, malang sekali apa yang berlaku hari ini, UMNO seolah-olah menerima cercaan tersebut dengan menjemput Mahathir menghadiri perhimpunan UMNO.
Lebih teruk lagi, apabila Pak Lah turun daripada Presiden UMNO, Mahathir tersenyum dan mampu untuk bersalaman dengan Pak Lah dan Najib. Tetapi UMNO menepuk tangan sebagai tanda setuju dengan perbuatan Mahathir tersebut, sedangkan beliau telah memalukan Pak Lah, presiden UMNO sendiri!
Ahli UMNO melihat Mahathir sudah kembali daripada menghilangkan diri, tetapi pada hakikatnya, Mahathir kembali kerana Pak Lah sudah turun. Satu petunjuk yang amat memalukan, dan adengan itu mendapat tepukan gemuruh! Sekali lagi Pak Lah yang telah menjadi Mantan Presiden UMNO dimalukan.
Najib pula tersengih puas kerana usahanya selama ini tidak sia-sia. Mahathir yang selama ini meletakkan harapan kepada Najib agar dapat mengemudi UMNO, telah direalisasikan hari ini. Mahathir sanggup menjilat kembali kahak-kahaknya yang telah diludah kepada Pak Lah, langsung tidak merasa bersalah berbuat demikian.
Kalaulah saya ini ahli UMNO, sudah lama saya mengkritik tindakan Mahathir tersebut! Tetapi malangnya, perwakilan UMNO sendiri yang memberi tepukan gemuruh tersebut. Seolah-olah Mahathir yang sudah derhaka dengan UMNO, kembali semula, bahkan mendapat sambutan! Seolah-olah Mahathirlah yang menjadi pemenang tempat pertama di dalam pertandingan ini.
Di manakah Pak Lah? Adakah ahli UMNO sendiri sudah mencampakkannya ke rumah orang tua? Adakah mereka mengatakan, “kita tidak perlukan Pak Lah kerana dia banyak tidur, tetapi kita sangat memerlukan Mahathir yang cerdik” Pak Lah adalah satu-satunya presiden UMNO yang dipermainkan oleh ahli UMNO sendiri.
Salam Perjuangan
Dr Fikrah
No comments:
Post a Comment