Hari ini, telah dilakarkan sejarah yang pahit bagi Pak Lah, tetapi dikatakan gambaran menarik. Iaitu kemunculan Mahathir secara mengejut ketika perhimpunan berlangsung. Malaysiakini menceritakan bahawa kemunculan Mahathir itu seolah-olah kepulangan seorang pejuang tua yang merajuk! Akhbar-akhbar pro mengulas bahawa ia adalah satu petanda baik, sedangkan itulah peristiwa yang mengaibkan Pak Lah sepanjang kariernya.
Ini kerana, kalau sebelum ini, sewaktu Pak Lah dihurung kepeningan di dalam pemerintahan, Mahathir meninggalkannya. Bukan setakat itu, dikritiknya sebaik mungkin, seolah-olah Pak Lah bukan hasil pilihannya! Sanggup Mahathir tinggalkan UMNO kerana Pak Lah. Pak Lah dibiarkan keseorangan, dalam keadaan Najib yang sedang memandang tajam untuk naik secepat mungkin.
Hari ini, Mahathir tersenyum puas, kerana Pak Lah tidak diturunkan ilmu tahan lama daripadanya. Beliau begitu suka dengan pengunduran Pak Lah, dan kenaikan Najib. Itulah sebabnya kehadiran beliau, sambil berpelukan dengan Pak Lah. Hatinya seolah-olah berkata “terima kasih, kerana tak memerintah lama”.
Mahathir seolah-olah tidak sabar dengan kenaikan Najib, anak didikan beliau selama ini. Seolah-olah Najib adalah pejuang yang mengembalikan pejuang tua supaya berdamai. Tetapi hakikatnya, Pak Lah sudah pun diketepikan. Pak Lah akan dikategorikan sebagai seorang yang dibisukan.
Persoalannya, kenapa Mahathir begitu benci dengan Pak Lah sebelum ini, tetapi di hari turunnya Pak Lah, beliau begitu seronok! Sudah pasti Mahathir tidak suka dengan kepimpinan Pak Lah. Kenapa tidak suka? Adakah disebabkan Islam Hadhari? Atau disebabkan Pak Lah lebih nampak beragama? Bukankah Mahathir adalah dalang pelupus SAR?
Mahathir cukup benci dan gatal mata dengan orang yang mengajak kepada agama, sehinggakan beliau sendiri cuba menjatuhkan Pak Lah yang dilihat cuba membawa Malaysia ke arah negara Islam. Memang Mahathir elegik dengan perkataan tersebut. Dan orang yang sekepala dengan Mahathir ialah Najib, yang elegik dengan perkataan tersebut.
Mungkin Najib akan mengembalikan cara pemerintahan Mahathir yang sudah banyak melupuskan agama dan pendidikan agama! Mungkin Najib lebih teruk. Adakah kita perlu menyesal dengan pemergian Pak Lah? Tidak, kita menyesal dengan sekiranya Najib yang naik! Seolah-olah, pening hilang, tetapi, migrain pula yang datang. Ingatkah pening tersebut boleh dihilangkan, tetapi malangnya migrain pula berkunjung.
Salam Perjuangan,
Dr Fikrah
No comments:
Post a Comment