Friday, March 27, 2009

PAK LAH KESAL, TETAPI MASIH TIDAK MENGAKUI KESILAPAN UNMO


Saya tertarik dengan ucapan beliau semalam yang menunjukkan beliau kesal dengan ahli UMNO yang masih menggunakan kaedah lama, iaitu menyekat kebebasan rakyat untuk mendapat kemenangan, mengamalkan politik wang dan sebagainya. Namun, semalam juga Utusan telah menyiarkan petikan kalam tersebut, bahawa Pak Lah mengatakan bahawa UMNO telah dijadikan bakul sampah untuk pihak pembangkan melemparkan fitnah.

Saya terkilan apabila beliau mengeluarkan kenyataan ini, sedangkan selama ini yang memfitnah UMNO bukanlah pembangkang, tetapi UMNO sendiri. Perjuangan PR bukanlah untuk memfitnah orang, tetapi untuk menegakkan kebenaran. Segala yang diperkatakan oleh PR adalah berdasarkan bukti, bukan menuduh dengan sedap mulut.

Sekiranya semua manusia mengatakan bahawa PR adalah pakatan fitnah, mana mungkin mereka menyertai PR. Apakah yang penyokong PR dapat, selain daripada susah, buang masa, gas pemedih mata dan banyak lagi? Penyokong PR tidak dibei gaji atau elaun, bahkan mengutip dana daripada mereka. Adakah mereka merasakan ini adalah perjuangan menyebar fitnah?

Sekiranya penyokong PR sanggup berkorban untuk perjuangan ini, mana mungkin mereka merasakan perjuangan ini sebagai perjuangan menyebar fitnah. Lebih baik mereka berkorban untuk perkara lain. Tetapi, hakikatnya, PR tidak akan wujud sekiranya UMNO mentadbir dengan baik dan berlandaskan Islam!

Tetapi apa yang terjadi sebaliknya. Pak Lah telah menuduh PR melempar fitnah kepada UMNO, sedangkan Pak Lah juga telah melakukan fitnah. Apa untungnya PR memfitnah UMNO? PR membuat laporan polis berdasarkan bukti, membuat pendedahan juga berdasakan bukti. Bukan main cakap sedap mulut.

Contoh yang paling jelas, apabila di dalam UMNO telah dibuktikan mengamalkan politik wang. Jadi, apa salahnya kalau PR membetulkan keadaan tersebut dengan menjatuhkan pengamal-pengamal politik wang ini. Apa yang terjadi sebaliknya, PR pula yang dituduh melemparkan fitnah! Perkara ini sudah banyak berlaku.

Selain itu, isu rampasan kuasa di Negeri Perak, UMNO membuat fitnah kepada Nizar bahawa beliau mengikut telunjuk Cina, sedangkan beliau tidak pernah dirasuah, atau diugut oleh sesiapa. Tetapi, apa yang dilakukan oleh Tajul sebelum ini, sudah pun tersenarai bukti yang jelas menunjukkan bahawa Tajol jauh lebih haprak di dalam isu tanah. Bukti sudah ada, adakah ia fitnah?

Sama juga isu di Selangor, semasa pemerintahan Khir Toyo. Segalanya didedahkan, tetapi masih dikatakan fitnah? Persoalan yang perlu Pak Lah fikirkan ialah, siapa yang memfitnah siapa? Dan apakah perbezaan fitnah dan menegakkan kebenaran? Inilah hakikat yang perlu difikirkan oleh Pak Lah sebelum dia memfitnah PR.

Salam Perjuangan,

Dr Fikrah

No comments:

Post a Comment