Friday, April 3, 2009

PENTING : MENJAWAB ISU “TIDAK DIBENARKAN BERKEMPEN DI MASJID”


Selama ini kita dibelenggu kepeningan dan kebanyakan di kalangan kita turut terkeliru dengan kebenaran berkempen di dalam masjid. Adakah ia adalah perbuatan yang tidak disukai oleh Allah? Isu ini semakin hangat apabila berlaku satu perkara yang tidak diingini di Masjid Pekan Terong sepertimana yang telah diceritakan di dalam Blog Cina Islam.

Persoalan yang perlu diselesaikan ialah, bolehkah kita berkempen did ala Masjid. Persoalan ini akan saya rungkaikan secara mudah berdasarkan pemahaman dan pengetahuan saya yang tidak seberapa ini. Sebelum kita pergi lebih jauh, mari kita memikirkan sebuah soalan, “apakah perbezaan kempen BN dan kempen PR?”

Selama saya hidup di dunia ini, segala bentuk perjuangan PR adalah untuk menegakkan keadilan, menyebarkan kebenaran, menuntut hak kemanusiaan dan banyak lagi. Adakah “salah” sekiranya kita menggunakan masjid untuk melakukan semua perkara ini? Bukankah masjid itu digunakan untuk menegakkan keadilan? Bukankah ia juga digunakan untuk menyebarkan kebenaran? Bukankah ia juga digunakan untuk menuntut hak kemanusiaan?

Sekiranya kita melihat kepada kempen BN, setahu saya, perjuangan BN bukanlah perjuangan menegakkan Islam. Selama saya memerhatikan perjuangan BN, saya tidak pernah melihat ia sebuah perjuangan suci, bahkan ia kepentingan semata-mata. Maka, kempen BN dilihat sebagai kempen ke arah kehancuran. Bolehkah berkempen BN di dalam masjid? Jawapannya tidak! Ini kerana masjid bukan digunakan untuk menegakkan kehancuran!

Sekiranya BN benar-benar melaksanakan suruhan Allah SWT, menegakkan keadilan sepertimana yang telah diperintahkan, meninggikan ilmu dan ulama’, menyebarkan kebenaran dan sebagainya, maka apa perlunya kewujudan PR? Hari ini PR wujud adalah untuk menjatuhkan kerajaan yang tidak melaksanakan undang-undang Allah ini.

PR juga memperjuangan keadilan yang telah dinodai oleh BN selama ini. Memori telah merakamkan segalanya. Maka apa yang dilihat di sini ialah, perbezaan yang ketara di antara perjuangan BN dan perjuangan PR. Anda sendiri boleh melihat hakikat kedua-duanya dengan akal yang anda miliki.

Kita kembali kepada persoalan “bolehkah berkempen di dalam masjid?”. Saya menjawab berdasarkan kefahaman saya yang rendah ini, bahawa berkempen PR di dalam masjid adalah digalakkan, manakala berkempen BN di dalam masjid, tidak dibenarkan. Saya mempersilakan kepada sesiapa sahaja untuk membincangkan tentang kefahaman ini.

Sekiranya PR berkempen untuk menghancurkan undang-undang Allah seperti BN, maka ia juga tidak dibenarkan. Sekiranya BN memperjuangkan kebenaran dan menegakkan keadilan, maka dipersilakan menggunakan masjid. Tetapi hari ini, ia tidak dilihat begitu, maka BN perlu ubah. Dan saya menasihatkan agar isu masjid ini dapat difahami terutamanya bagi ahli PR sendiri.

Sekiranya ada orang bertanya “sekiranya PR dibenarkan dan BN tidak dibenarkan, maka tidak adillah!”. Sebelum menjawab soalan ini pula, kita perlu memahami erti “adil”. “Adil” ialah meletakkan sesuatu pada tempatnya. Sekiranya kita menggunakan masjid untuk berkempen kepada kehancuran, sudah pasti dikatakan zalim (berlawanan dengan adil). Begitu juga, menghalang masjid daripada berfungsi sebagai tempat menyebarkan kebenaran, ia juga dikatakan zalim, iaitu tidak adil. Wallahua’lam

Salam Perjuangan

Dr Fikrah

2 comments:

  1. Saya sudah melihat dan mendengar tokoh tokoh PAS datang ke Masjid Kota Damansara(yg.baru)sebelah rumah saya.

    i.e.

    TGNA,TGHHA,Ust.Nasarudin,Ustz Ahmad Awang.,dll.

    Mereka datang tidak bercakap secara khusus bab party.

    Mereka mengupas ayat ayat Al Quraan dan Hadis.

    Apa yg.mereka huraikan adalah bertepatan dgn kehidupan seharian kita.

    Tapi puak UMNO terasa menyindir mereka.

    Ini kerana kefahaman mereka Agama itu Agama dan Politik itu Politik.

    Ini Lah akibatnya(Kata ayah saya) mereka buang kitab kitab karagan Tuan Guru syiekh.Abdul Kadir Mandile.

    Saya tidak tahu apa maksud kata ayah sya tur.

    Mungkin dlm kitab tur berkaitan huraian Agama dan Politik tidak bole di pisahkan.

    Mcm Irama dan lagu kot.

    Komen saya dlm TKO.
    ---------------------------------
    Dr Kama.

    Gua ingat lu ada sikit tak faham la.

    Yang tidak di benarkan itu ia lah orang orang dari PAS.

    Contoh nya mcm di Selangor dulu,TGNA tak bole bagi ceramah.

    Sedangkan TGNA tak akan bercakap pasal party dalam masjid,dia pon tau adap,peraturan dan undang undangnya.

    Dia hanya mengupas ayat ayat alquraan atau hadis saja.

    Tapi apa yg.die kata itu bertepatan dan terkena pada UMNO(BN).

    Jadi UMNO takut,jika ini berterusan akan melemahkan mereka.

    Lagi satu kefahaman UMNO agama itu agama ,politik itu politik.

    Sedangkan dalam Islam ia merangkomi kedua dua nya.

    Umor Gua baru dlm 30n tapi gua dapat faham itu .

    So...Jgn maree!!!!

    ReplyDelete
  2. Terima kasih atas pandangan yang diberikan.. Salam perjuanga

    ReplyDelete