Walaubagaimanapun, lebih menghairankan manusia di Malaysia ini, ialah kenaikan Mukhriz! Siapa Mukhriz ini? Dia ialah anak kepada Mahathir. Semua orang tahu. Siapakah Mahathir ini? Ya, Mahathir ialah seorang hero tua yang kembali menyelamatkan UMNO kononnya. Kadangkala, kita pun terfikir, siapakah PM sebenarnya? Najib atau Mahadet? Mahathir dilihat masih gagah untuk membentuk generasinya. Ini kerana Pak Lah tidak layak untuk menjadi pewarisnya. Oleh itu, apabila kenaikan Najib, beliau begitu suka kerana Najib ini sekepala dengannya. Bagaimana pula dengan Mukhriz? Ya, inilah rezeki Mukhriz yang berbapakan Mahathir.
Saya tidak berniat menuduh Mahathir ada fungsi di dalam menyusun kabinet, tetapi saya cuma melontarkan tanggapan umum. Mungkin Najib sendiri tidak pernah berhubung dengan Mahathir berkenaan susunan kabinet ini. Tetapi kemungkinan ini payah diterima. Entah saya tidak tahu mengapa. Mungkin kita sendiri boleh memikirkannya.
Walaubagaimanapun, sekiranya Najib menafikan bahawa susunan kabinet itu adalah rancangan Mahathir,… tapi, kenapa lantik Mukhriz? Ya, soalan ini sering tertanya-tanya. Masakan pokok bergoyang kalau tiada angin. Tetapi mungkin ada beruk yang sedang memanjat. Adakah kes ini sama seperti beruk yang memanjat, lalu menyebabkan pokok bergoyang?
Entahlah. Segala jawapannya, berada di benak Najib sendiri. Mungkin kita tidak mengetahuinya, tetapi, kadangkala kita juga mengetahuinya berdasarkan beberapa tanda. Apabila pokok bergoyang, sedangkan angin tiada, tiba-tiba ternampak anak beruk memanjat ke atas atau melambai-lambai ke arah atas pokok. Kita pun membuat kesimpulan, kemungkinan ada bapak beruk di atas tu…
Mungkin perumpamaan ini agak kasar, dan saya memohon maaf sekiranya menyebabkan sesiapa terasa hati. Tetapi, jangan lupa, Mahathir pernah menggelar Datuk Zaid sebagai katak! Kekeliruan ini boleh diperhatikan sendiri oleh anda dengan menggunakan mata dan akal masing-masing. Buatlah kesimpulan sendiri.
Salam Perjuangan
Dr Fikrah
Saturday, April 11, 2009
REZEKI MUKHRIZ BERBAPAKAN MAHATHIR!
MENJAWAB ISU “PAS MENYAMARATAKAN ANTARA AGAMA” (siri 3)
Abdullah bin Salam adalah seorang Yahudi yang memeluk agama Islam kerana dakwah Baginda SAW. Setelah beliau mengucap dua kalimat syahadah, Baginda SAW pun menjemput orang-orang Yahudi datang ke rumahnya, dan Abdullah bin Salam pun masuk. Nabi Muhammad SAW bertanya, “apakah pandangan kamu tentang Abdullah..?”
Mereka menjawab bahawa Abdullah adalah seorang yang baik, bagus dan daripada keluarga yang bagus. Baginda SAW bertanya lagi.. “apa pandangan kamu sekiranya beliau memeluk agama Islam?” Mereka menjawab, “dialah paling hina dan datang daripada keluarga yang hina”. Lalu Abdullah bin Salam pun mengucap dua kalimah syahadah di hadapan mereka.
Hari ini bagaimana? Remaja-remaja Islam sudah berkilo-kilo menganut Kristian, bukan kerana Islam, tetapi setelah dibiarkan oleh orang-orang Islam, dan dibiarkan oleh kerajaan yang dikatakan Islam. Adakah dengan memfatwakan bilangan orang murtad, sudah selesai kerja, kemudian senyap? Dimanakah “hakim” (pemimpin) yang menjatuhkan hukuman ke atas orang yang murtad ini?
Lihatlah betapa besarnya hikmah daripada sunnah Nabi Muhammad SAW. Baginda memberi kebebasan kepada mana-mana kafir zimmi untuk beribadah. Tetapi mengHARAMkan murtad, kerana murtad bukan bererti kebebasan beragama, bahkan diertikan sebagai menghina Islam. Ya, sesiapa yang menghina Islam sudah dikatakan murtad. Berhati-hatilah dalam pertuturan dan perbuatan.
Lihatlah kepada persoalan, adakah Nabi Muhammad SAW juga dikatakan menyamaratakan di antara agama kerana perjanjian dengan orang Yahudi yang telah diceritakan sebelum ini? Tidak sama sekali! Oleh itu terjawablah persoalan kita selama ini. PAS bersedia bergabung dengan UMNO sekiranya UMNO hendak melaksanakan undang-undang Islam, dan bersetuju menolak segala anasir kezaliman dan rampasan hak.
Sekiranya UMNO tidak mahu, maka PAS tidak pun mengharap sangat! Kalau tidak mahu,.. sudah.. Kami bersama-sama orang yang mahu, walaupun mereka itu adalah seorang ahli zimmah.
Salam Perjuangan
.
MENJAWAB ISU “PAS MENYAMARATAKAN ANTARA AGAMA” (siri 2)
Persoalan tentang penggunaan kalimah Allah, akan dijelaskan di dalam siri yang lain. Contoh isu yang pernah berlaku ialah, kes murtad Lina Joy. Orang yang murtad tidak boleh berhujah dengan kebebasan beragama. Ini kerana sekiranya mereka tiada paksaan dalam beragama, tetapi mereka diharamkan daripada murtad. Murtad boleh dihukum bunuh.
Manakala bagi orang kafir yang ingin memeluk agama Islam, tiada dalam undang-undang mereka, yang menjatuhkan hukuman bunuh. Ini kerana mereka yakin bahawa Islam itu benar. Cuma, Islam diburukkan dengan nama UMNO yang mengatakan mereka adalah Islam, lalu mereka telah memburukkan pandangan orang bukan Islam terhadap kesucian Islam.
Di dalam peristiwa Saidina Umar di dalam siri 1, beliau sendiri membenarkan mereka beribadah dengan bebas, selagi mana tidak mengganggu Islam. Inilah ketuanan Islam. Sekiranya mereka merasa tidak perlukan perlindungan, tiada masalah, kerana keselamatan mereka tidak dijamin. Inilah cara perjanjian yang telah dilakukan oleh Nabi SAW sendiri.
Di dalam perjanjian dengan orang Yahudi di Madinah, Baginda SAW telah membuat satu perjanjian, iaitu orang Islam dan Yahudi saling bantu membantu menolak sebarang bentuk kezaliman, dan memerangi sesiapa yang berpaling daripada perjanjian ini. Seterusnya orang Yahudi dan Islam perlu saling bantu membantu di dalam suasana peperangan. Kesemuanya ada 12 perjanjian, dan kedua-dua pihak bersetuju.
Hakikat hari ini, Yahudi tidak dilihat sebagai orang menepati perjanjian, dan mereka sering melanggar perjanjian. Contoh yang berlaku seperti Bani Qainuqa’ ialah menganggu wanita Islam yang berada di pasar mereka. Tetapi hari ini, serikandi PKR dilondeh seluar ketika melalui kawasan BN. Fikirlah sendiri. Takkan hendak dituduh sebagai Yahudi pula…
Disebabkan mereka melanggar perjanjian tersebut, maka Nabi Muhammad SAW mengisytiharkan perang kepada golongan ini. Ini kerana mereka telah melanggar perjanjian yang mereka sendiri persetujui. Ya, PAS juga mempunyai perjanjian dengan DAP dan PKR. Sekiranya masakan boleh bergabung.
PR hari ini juga bersatu menolak segala anasir kezaliman, dan rampasan hak. Sama seperti apa yang telah dilakukan oleh Nabi Muhammad SAW sendiri. Sekiranya PKR dan DAP bercanggah dengan perjanjian, maka PAS tidak teragak-agak untuk berpecah daripada mereka. Inilah ketegasan Islam yang sepatutnya.
Salam Perjuangan
Dr Fikrah
MENJAWAB ISU “PAS MENYAMARATAKAN ANTARA AGAMA” (siri 1)
Mereka berkata lagi tanpa kefahaman mereka “orang-orang kafir, terutamanya kristian, lebih mudah menyebarkan ajaran mereka”. Mereka berkata lagi “PAS membela agama lain, dan menentang orang Islam sendiri”. Dan banyak lagi. Mereka telah menggelar PAS sebagai liberal, kerana menyamakan semua agama.
Sebelum persoalan ini dijawab, saya tertarik untuk menceritakan tentang kisah Saidina Umar al Khattab ketika beliau menjadi khalifah. Ketika zaman pemerintahannya, empayar umat Islam sudah tersebar luas ke seluruh dunia. Ketika itu golongan yang menganut agama kristian telah dianiaya oleh kerajaan Benzantin dan Rom.
Setelah mengetahui hal tersebut, Saidina Umar al Khattab telah menawarkan kepada mereka khidmat perlindungan, sama seperti orang bukan Islam yang lain. Saidina Umar al Khattab mengajak mereka supaya menjadi ahli zimmah, daripada dianiaya oleh dua kerajaan besar tersebut. Dua kerajaan tersebut telah merampas hak mereka, menzalimi dan menganggu ketenteraman mereka.
Maka, ramailah orang-orang bukan Islam ini yang mendapatkan khidmat tersebut, tetapi mereka diminta membayar jizyah. Mereka diberikan perlindungan, dan kerajaan Islam juga mendapat keuntungan. Masing-masing mendapat keuntungan.
Tetapi berbeza dengan UMNO hari ini. Mereka sudah pun mendapat tampuk pemerintahan, tetapi mereka menganiaya orang bukan Islam (zimmi). Rumah mereka diceroboh, dan gambar bogel mereka ditangkap. Altantuya pula dibunuh. Dan banyak lagi kes yang kita sendiri sudah tahu. Orang bukan Islam merasa mereka tidak mendapat perlindungan daripada kerajaan.
Oleh itu adakah kerajaan Malaysia hari ini dikatakan sebagai kerajaan Benzantin dan Rom, manakala PR itu adalah kerajaan Islam? Hakikatnya dilihat sedemikian. Adakah mereka mempunyai rancangan jahat untuk menguasai kerajaan, iaitu dengan memperalatkan PAS? Persoalan ini akan dijawab di dalam siri-siri lain. Insya Allah.
Sekiranya UMNO hari ini benar-benar melaksanakan Islam, tidaklah orang bukan Islam hari ini bangkit menolak mereka. Kerajaan tidak memberi hak sepatutnya kepada golongan bukan Islam, dan golongan Islam sendiri menjadi mangsa mereka. Mereka pula sering mengaku bahawa mereka adalah Islam. Bahkan golongan ulama’ juga dinafikan hak mereka.
Ya, selagi UMNO dan BN menjadi kerajaan, dan mereka masih meneruskan perjuangan mereka seperti hari ini, Islam tidak akan naik. Bahkan golongan bukan Islam semakin teraniaya. Hari ini Islam naik kerana menolak UMNO dan BN. Tolaklah ia sehingga tumbang, supaya Islam dinaikkan, dan golongan bukan Islam mendapat hak mereka.
BANDINGAN ANTARA PEMIMPIN NO. 1 DI ALAM, PEMIMPIN NO. 1 DUNIA, DAN PEMIMPIN NO. 1 MALAYSIA
Saya yakin, orang nombor 1 Malaysia hari ini pun begitu. Tetapi, bagaimanapula hakikat sebenar mereka? Adakah mereka berhak menjadi seorang yang kaya, masyhur dan sebagainya?
Sebuah memori yang tidak dapat dilupakan ialah, Sirah Nabi Muhammad SAW, orang nombor 1, di alam ini, dan Saidina Abu Bakar RA orang nombor 1 dunia ketika menjadi khalifah. Sebelum kita mengenali orang nombor 1 Malaysia, saya mengajak kepada pembaca budiman, supaya mengenal dahulu, siapakah orang nombor 1 di alam, dan orang nombor 1 dunia.
Nabi Muhammad SAW adalah seorang yang berkehidupan sederhana. Malamnya Baginda SAW bangun untuk solat sehingga bengkak kakinya, walaupun Baginda SAW sudah dijamin syurga. Kita bagaimana? Sudahlah terasa macam banyak dosa, tetapi, solat fardhu masih ditinggalkan! Baginda SAW juga langsung tidak memiliki kemewahan dan kekayaan.
Makanan Baginda SAW pula hanyalah buah kurma dan dibahagikan bersama isteri Baginda SAW. Pemimpin nombor 1 Malaysia makan apa? Baginda juga seorang pemimpin jihad, yang berjihad bersama-sama para sahabatnya. Pemimpin nombor 1 Malaysia? Baginda SAW seorang pendidik, yang memberi ilmu kepada umat manusia, jelas berbeza dengan orang nombor 1 Malaysia.
Selepas kewafatan Baginda SAW, Saidina Abu Bakar turut mengikuti keperitan tersebut. Begitu juga khalifah-khalifah selepasnya dan kesemua mereka adalah orang nombor 1 dunia. Satu ketika, Saidina Abu Bakar pernah bertanya kepada anak perempuannya (isteri Nabi SAW), Aisyah RA, “berapa helaikah kain kapan yang digunakan untuk mengapan Nabi SAW?
Saidatina Aisyah RA menjawab : 3 helai. Lalu Saidina Abu Bakar juga berwasiat bahawa beliau ingin dikapankan begitu. Saidatina Aisyah membalas,.. “tetapi kita hanya memiliki 2 helai kain sahaja…”. Lalu Saidina Abu Bakar meminta anaknya, membelikan sehelai lagi, semata-mata untuk mencontohi cara Nabi Muhammad SAW.
Lihatlah, kain kapan pun tidak cukup. Pernahkah orang nombor 1 Malaysia memikirkan hal demikian? Pernahkah orang nombor 1 Malaysia ingin mencuba untuk hidup serba sederhana seperti orang nombor 1 di alam ini? Pernahkah orang nombor 1 Malaysia terfikir untuk bangun di malam hari untuk beribadah? Pernahkah dia terfikir untuk mencontohi cara Baginda SAW dalam memimpin?
Saya menyeru kepada orang nombor 1 Malaysia, supaya mencontohi kepimpinan Baginda SAW. Islam tidak menyuruh kita menolak nikmat dunia, dan juga melarang kita berlebih-lebihan, sehinggakan menyebabkan kita leka dengan kemewahan ini. Ingatlah, harta yang kita ada sekarang ini, kadangkala ia menjadi perosak kepada kita. Pimpinan itu adalah amanah, bukannya satu nikmat!
Salam Perjuangan
Dr Fikrah
Friday, April 10, 2009
TANDA PERSOALAN DALAM KES ALTANTUYA
1.Azilah dan Sirul tidak pernah kenal Altantuya, apa motif pembunuhan ? Rogol, Rompak..? Mereka ialah anggota UTK yang berdisiplin dilatih mengikut arahan.
2.Mana senjata pembunuhan, dalam kenyataan beramaran yang dibuat Sirul dia mengaku menembak Altantuya tetapi kenapa senjata pembunuhan tidak wujud dalam perbicaraan?
3.Bagaimana rekod kemasukan Altantuya tidak wujud dalam rekod imigresen sebaliknya ada orang dihukum mati dalam negara yang tidak ada rekod Altantuya masuk ?
4.Mengikut penulis dari Perancis dia mengatakan maklumat pembunuhan Altantuya yang dibunuh kerana melindungi transaksi melibatkan wang besar hasil jual beli kapal selam lengkap tersimpan ditangan agen perisikian Russia.... apa sebenarnya berlaku ?
5.Kenapa Azilah dan Sirul diberi keistimewaan tidak memperlihatkan wajahnya sepanjang keluar dan masuk mahkamah ?
Dalam pada itu Herman Samsudin menulis di sebuah laman web juga turut mempersoalkan bahawa rakyat diluar khususnya keluarga mangsa pastinya ingin melihat wajah kedua-dua tertuduh itu di mana sebelum ini, hanya wajah tertuduh ketiga yang telah dibebaskan, Abdul Razak Abdullah Baginda sahaja yang dapat dilihat.
Katanya sebelum ini kes Mona Fandey yang membunuh seorang exco kerajaan negeri Pahang, Dato' Mazlan pada 1993. Wajah beliau sebagai tertuduh begitu senang diambil oleh wartawan.
Begitu juga dengan kes yang melibatkan Dato' Mokhtar Hashim, seorang mantan Menteri Belia dan Sukan Malaysia yang didapati bersalah atas tuduhan membunuh Speaker Dewan Undangan Negeri Sembilan, Mohamad Taha Talib-Kedua-dua mereka adalah pimpinan Umno Negeri Sembilan.
Menurut web tersebut masyarakat dunia melihat perbicaraan kes ini menjadi pelik dengan apa yang dilakukan oleh Azilah dan Sirul yang sentiasa bertopeng ketika muncul dikhalayak ramai.
"Sehingga ada teori-teori nakal yang mengatakan bahawa hukuman gantung akan diberikan bagi menutup kes ini walaupun Sirul mendakwa ada dalang lain di sebalik kes ini.
"Walaubagaimana pun, ketika hukuman mati yang hanya dihadiri orang-orang tertentu, mereka tidak digantung. Yang digantung adalah orang lain yang sememangnya ada kes untuk digantung tetapi tidak sepopular mereka," katanya dalam Buletin Online.
Dalam teori rambangnya itu beliau mengatakan bahawa kemudian mereka akan dibebaskan senyap-senyap dan ditukar identiti sebelum dihantar ke luar negara.
Kes akan ditutup begitu sahaja dan dalang tidak akan dicari lagi samalah seperti kes Norita yang kini sudah senyap sepi selepas Hanif Basri dibebaskan.
"Sesiapa pun boleh reka teori mereka, tapi kita harus yakin dengan undang-undang dan kredibiliti Polis.
"Dalam apa jua keadaan rakyat tetap berharap untuk melihat wajah kedua mereka. Sekurang-kurangnya bila lihat wajah mereka cerita plot yang direka-reka ini akan mati begitu sahaja," katanya.
Harakahdaily.
SIAPA KATA NABI MUHAMMAD SAW TIDAK BERPOLITIK DI DALAM MASJID? SIAPA KATA NABI TIDAK BERPARLIMEN?
Di dalam sirah Nabi Muhammad SAW, apakah peranan masjid? Perkara pertama yang Nabi Muhammad SAW lakukan ketika tiba di Madinah, ialah mendirikan masjid, iaitu Masjid Nabi. Apakah tujuan pembinaan masjid ini. Tujuannya selain daripada sebagai tempat beribadat, ia juga dijadikan tempat menuntut ilmu, membantu orang miskin, mengadakan mesyuarat dan sebagainya.
Segalanya dilakukan di dalam masjid tersebut. Bilakah Nabi Muhammad SAW berparlimen? Di manakah parlimen Nabi SAW? Ya, Masjid Nabi itulah parlimen yang diwujudkan di zamannya. Ia dijadikan sebagai tempat untuk perbincangan dan sebagainya. Ini kerana parlimen hari ini juga diperjuangkan oleh PR untuk tujuan yang sama.
PR hari ini memperjuangkan pendidikan Islam di parlimen, sama seperti zaman Nabi Muhammad SAW yang menggunakan parlimen tersebut untuk dijadikan sebagai pusat pengajian. PR juga memperjuangkan hak orang miskin di dalam parlimen, sama seperti zaman Nabi Muhammad SAW yang menjadikan parlimen tersebut sebagai tempat membantu golongan miskin.
Ya, di dalam parlimen jugalah PR berbincang dan bertekak untuk menegakkan kebenaran. Bukan untuk menafikan kebenaran, sedangkan kebenaran itu tetap benar! Ya, kita sepatutnya berjuang untuk mendapatkan parlimen itu supaya dapat dijadikan pusat. Nabi Muhammad SAW menjadikan masjid itu sebagai pusat, dan di Malaysia hari ini PR sedang berjuang untuk menjadi kerajaan pusat.
Nabi Muhammad SAW dan para sahabat bertungkus lumus membina masjid tersebut untuk dijadikan pusat. Manakalah kita hari ini kita bertungkus lumur mendapatkan parlimen untuk dijadikan pusat pentadbiran di Malaysia. Kenapa PR tidak menguasai masjid di Malaysia sahaja? Ini kerana masjid-masjid diseluruh Malaysia hari ini sudah tidak berfungsi sebagaimana zaman Nabi Muhammad SAW.
Oleh itu, masjid yang dibangunkan di zaman Nabi Muhammad SAW adalah berfungsi sebagai pusat pentadbiran politik ketika itu. Tetapi pusat pentadbiran politik hari ini, hanya menyediakan tempat solat yang kecil, dan ada yang tiada tempat solat! Dunia Malaysia sudah pun terbalik. Jangan lupa, di masjid inilah Nabi jadikan sebagai tempat menyatukan orang Islam dan membuat perancangan untuk berhadapan dengan orang bukan Islam.
PR mendapatkan parlimen juga bertujuan menyatukan semua orang Islam di Malaysia, dan memelihara hak orang bukan Islam (ahli zimmah). UMNO sendiri yang mengatakan mereka adalah Islam, terang-terangan menolak PAS. Inikah kesatuan atau perpecahan yang mereka bentuk? Koreksi diri anda….
Salam Perjuangan
Dr Fikrah
ISU “KAMBING HITAM” NAJIB BERDASARKAN HUKUM
Tentang persoalan “kambing hitam”, Allah sahaja yang tahu hakikatnya. Tetapi, disebut juga di dalam Fiqh Manhaji di dalam bab Jenayah…
ALASAN LAPUK : HUKUM ALLAH TIDAK SESUAI DI MALAYSIA KERANA BERBILANG KAUM
- Sombong, ego dan takut hilang kedudukan atau pengaruh
- Tidak tahu tentang hukum Allah
Saya mengajak kepada semua pembaca budiman supaya melihat Sirah Nabi Muhammad SAW. Walaupun ada yang mengatakan, “zaman Nabi, Islam sudah kuat,,.. bolehlah..”. Ini adalah alasan sahaja. Pelaksanaan undang-undang Allah kali pertama adalah seawall hijrah Nabi Muhammad SAW ke Madinah.
Nabi SAW sampai ke Madinah bersama Saidina Abu Bakar, terpaksa berhadapan dengan 3 golongan utama.
- Orang Islam yang terbahagi kepada muhajirin dan ansar.
- Orang musyrikin yang mempunyai ramai kabilah, antaranya Aus dan Khazraj.
- Orang Yahudi yang juga mempunyai ramai kabilah seperti Bani Nadhir, Bani Quraizah dan Bani Qa’nuqa’.
Sebelum kedatangan Islam, masyarakat Arab hidup dalam keadaan berpuak. Contohnya, kabilah Bukit Gantang, kabilah Ipoh, kabilah Seremban dan sehinggalah beratus-ratus kabilah! Setiap kabilah ini ada ketua masing-masing yang tidak pernah mengenali Islam, bahkan mereka “tidak sekepala” dengan kabilah yang lain.
Nabi Muhammad SAW bersama dengan orang Muhajirin dan Ansar yang sekitar 90 orang (dipersaudarakan). Bagaimanakah mereka dapat menghadapi kabilah-kabilah ini? Di Malaysia, hanya terdapat 3 kabilah utama, Melayu, Cina dan India. Di dalam Islam pula? Islam yang diajar oleh Nabi SAW ialah tidak mengangkat kabilah tertentu, sebaliknya menyatukan mereka dengan Islam.
Ya, kita mampu menyatukan 3 kabilah yang sedikit ini (di Malaysia) dengan kesempurnaan Islam. Adakah bilangan kita hari ini lebih sedikit daripada 90 orang di zaman Nabi Muhammad SAW? Sekiranya kita beralasan, bahawa … “itu zaman Nabi Muhammad SAW.. bolehlahh..”. Nabi Muhammad SAW sendiri telah menjawab persoalan ini dengan sabdanya..
Aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, selagimana kamu berpegang dengan kedua-duanya, kamu tidak akan sesat selamanya, iaitu : al Quran dan sunnah Nabi Muhammad SAW (Muwatta’ Imam Malik)
Adakah al Quran dan Hadis itu hanya sesuai untuk zaman Nabi Muhammad SAW sahaja? Habis kenapa dikatakan “itu zaman Nabi … zaman sekarang lain”? Adakah Allah itu Tuhan bagi zaman Nabi sahaja?
Salam Perjuangan
Dr Fikrah
Thursday, April 9, 2009
UMNO SALAHKAN MCA DAN MIC KERANA KALAH BUKIT GANTANG
- MCA dan MIC sambil lewa
- Golongan muda yang tak menyokong BN
- Pengundi kawasan Bandar
- Isu setempat yang tidak diselesaikan
Faktor pertama sehingga tiga adalah kajian daripada badan bebas tersebut. Manakala yang keempat itu adalah MCA dan MIC membela diri. BN dilihat semakin berpecah. Semalam (8 April) MCA tidak setuju dengan cabinet Najib. Hari ini pula bagaimana? Ya, perpecahan sesama Barisan Nasional ini semakin ketara.
Adakah mereka beralasan pihak PR cuba menaburkan fitnah mendakwa perpecahan mereka? Tidak sama sekali. Sumber ini dipetik dari akhbar BN sendiri. Anda sendiri boleh membacanya. Sekiranya benar, Alhamdulillah. Sekiranya tidak, kita berharap begitu.
Walaubagaimanapun, mereka asyik menunding jari kepada orang lain. Lihatlah keempat-empat faktor ini, mereka masih tidak mahu mengaku kezaliman yang menyebabkan orang ramai menolak mereka. Mereka masih tidak mengaku bahawa mereka adalah haprak sehinggakan orang menolak BN.
Oleh itu, saya cuba menyenaraikan beberapa factor kekalahan BN, supaya menjadi bahan kajian badan bebas tersebut…
- Najib (PM) diragui kepimpinannya kerana Altantuya - akhbar antarabangsa
- BN mencetuskan kontroversi semasa berkempen - isu londeh seluar
- BN import pengundi hantu yang dikatakan sebagai penyokong - telah jelaskan di dalam artikel BN kata “itu bukan pengundi hantu”
- Calon BN, Mail digelar “mail danok” - kain rentang di BG
- BN rasuah, terutamanya pemimpin mereka - dibuktikan oleh Lembaga Disiplin
- BN rampas Perak tanpa keizinan rakyat - semua sudah tahu
- banyaakkkkk lagi…………
.
.
Ini hanya beberapa faktor yang boleh dilihat oleh badan bebas tersebut. Tetapi badan bebas itu berkata, hasil kajian ini akan dibentangkan kepada Perdana Menteri, dan saya yakin, beliau tidak akan menerima hasil kajian ini, terutamanya apabila membaca faktor yang pertama sekali.
Walaupun saya bukan Presiden PAS, tetapi saya tetap ingin menyeru kepada MCA dan MIC supaya bersama Pakatan Rakyat menumbangkan BN. Ini kerana sesiapa sahaja berhak menyeru kepada kebenaran. Jangan tunggu Presiden PAS yang berkempen, kita sendiri perlu berkempen kepada kebenaran.
Salam Perjuangan
Dr Fikrah
Wednesday, April 8, 2009
WAHAI MELAYU, KAMU TIDAK BERHAK MEMBENCI BANGSA LAIN
Beliau menulis di dalam ruang komen….
Assalamu'alaikum.. drs,
keluarga mertua saya tinggal di Selama perak, merupakan penyokong kuat umno. semenjak selepas PRU 12, dia nampak kecendrungan kearah PR. cuma semenjak rampasan kuasa di perak haritu, dia kelihatan seolah2 anti kpd PR (juga amat membenci bangsa cina terutamanya), tambahan pula saya cuma sempat pulang kampung sebulan sekali. skrg ni kalau saya pulang, beliau tidak lagi menyentuh tentang PR melainkan hanya suara kebencian kpd kaum cina dan india dgn nada yg agak tinggi, membuatkan saya agak keberatan utk memula bicara (awal-awal nak intro, dah kena cantas). saya mengagak mungkin beliau byk mendengar dari abg ipar dan biras saya yg "sangat biru" itu sselain fitnah dari kedai kopi dan media. bagaimana cara utk saya melenturkan semula dirinya agar beliau cenderung dan menyokong semula PR?
Coretan dariku
Berdasarkan daripada luahan ini, saya cuba mengajak pembaca budiman supaya berfikir sejenak. Bagaimanakah tingkah laku Rasulullah SAW di dalam menghadapi permasalahan ini. Sepertimana yang kita ketahui, Nabi Muhammad SAW mempunyai jiran yang berbangsa Yahudi, yang kerap menghina, mengata belakang dan sebagainya terhadap Nabi Muhammad SAW.
Pernah satu ketika, orang Yahudi tersebut meletakkan najis di hadapan pintu rumah Nabi Muhammad SAW. Tetapi, apakah yang dilakukan oleh Baginda SAW? Baginda SAW sentiasa berbaik dengan jirannya yang bukan beragama Islam itu. Satu ketika, orang Yahudi tersebut jatuh sakit, dan Nabi Muhammad SAW pergi melawatnya.
Inilah apa yang dilakukan oleh Baginda SAW terhadap golongan bukan Islam, bahkan seorang Yahudi yang menghina dan mencaci Baginda SAW sendiri. Bagaimana pula kita hari ini? Luahan tersebut menceritakan bahawa keluarga mertua saudara/ri begitu membenci orang Cina dan India. Adakah mereka menghina keluarganya? Adakah mereka menghina Islam?
Memang jauh perbezaan kita dan Nabi Muhammad SAW. Baginda SAW sangat mengambil berat terhadap orang bukan Islam (menziarahi), walaupun Yahudi tersebut membencinya. Adakah anda selaku seorang Islam, tidak merasa terkejut sekiranya orang India dan Cina itu datang dengan membawa buah tangan ketika anda sakit?
Mertua saudara/ri juga ada menyatakan benci kepada bangsa Cina dan India. Persoalannya, adakah mertua saudara/ri membenci mereka kerana mereka tidak beragama Islam? Atau mereka berbangsa India?
Sekiranya mertua saudara/ri membenci kerana mereka bukan beragama Islam, alangkah teruknya kita berbanding Rasulullah SAW yang tidak berbuat seperti apa yang kita lakukan hari ini. Rasulullah tidak mengajar kita membenci mereka, kerana mereka adalah kafir zimmi. Mereka juga mempunyai hak untuk diberi perihatian. Bukankah kita mengatakan bahawa kita menjadikan Rasulullah sebagai tauladan?
Sekiranya mertua saudara/ri membenci kerana mereka berbangsa Cina atau India, dan tidak berbangsa Melayu. Percayalah, mereka akan kekal berbangsa Cina dan India sehingga mati. Mereka sudah dilahirkan berbangsa itu. Setiap manusia dilahirkan dengan bangsa masing-masing. Islam dan taqwa itulah ukurannya. Cina dan India itu adalah bangsa, dan mereka lebih mulia daripada kita sekiranya mereka beragama Islam dan lebih taqwanya daripada kita.
Salam Perjuangan
Dr Fikrah
MENJAWAB ISU “PAS BERGABUNG DENGAN ORANG KAFIR” (Siri 3)
Nabi Muhammad SAW berhijrah adalah untuk menubuhkan Negara Islam, sama seperti kita hari ini. PAS bermatlamat menubuhkan Negara Islam. Adakah UMNO tidak boleh menubuhkan Negara Islam? Sepertimana yang telah ditanya kepada Presiden PAS, Tok Guru Haji Abdul Hadi Awang…
Ada pandangan menyatakan perlunya pimpinan Melayu seperti Anwar, Tuan Guru sendiri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi duduk bincang soal Islam dan Melayu?
.
PAS sudah lama mendesak muzakarah diadakan di kalangan pemimpin Islam dan parti-parti orang Melayu sejak tahun 50-an hingga kini. Keadaan itu masih terbuka. Bahkan sebaik sahaja buka pintu muzakarah, PAS (akan) sertai. Kalau dibuka itu respons kita. Tetapi asas muzakarah itu mestilah didasarkan kepada asas akidah dan ajaran yang dianuti oleh orang Melayu itu sendiri iaitu Islam.
Mengenai perpaduan berteraskan Islam dan politik Malaysia, Melayu jadi tunggak. Bagaimana ini hendak diterjemah dalam Pakatan Rakyat. Adakah DAP boleh menerimanya?
.
Sehingga hari ini kita hanyalah wujudkan persefahaman dalam menghadapi pilihan raya sahaja dengan melihat titik persamaan yang ada, seperti dalam menentang kezaliman, menuntut demokrasi yang bersih, menyeru supaya diperbetulkan penyelewengan yang berlaku, tangani rasuah. Ini perkara bersama. Tetapi bila kita ada kuasa di peringkat negeri, sebagai contoh, di sini kita lihat pembahagian yang saya sebut tadi.
.
Dalam perkara yang jadi hak orang Islam, DAP tidak boleh sentuh itu hak orang Islam. Macam kita tidak sentuh hal agama mereka. Mereka janganlah sentuh soal hendak memperlahankan suara azan kita, seperti kita tidak minta dia jangan main mercun masa sambutan malam tahun baru, mereka kena saling hormatilah. Itu menandakan di sana ada beberapa perkara yang perlu dipertahankan dan hormat menghormati.
………………. Harakahdaily………..
Islam itu cantik. Orang bukan Islam (zimmi) merasa tenteram berada di bawah dakapan Islam. Islam menolak riba, rasuah, rampasan hak dan semua yang berkaitan dengan kezaliman. Ahli zimmah tidak merasa tertekan dengan kewujudan hudud, dan Negara Islam. Sekiranya anda masih ragu-ragukan undang-undang (Kitab) Allah ini, Allah SWT sudah jelaskan…
Kitab al Quran ini tidak ada sebarang syak padanya, ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang yang bertaqwa (al Baqarah : 2)
Oleh itu, inilah hakikat perjuangan PAS, seterusnya menjawab isu yang dilempar oleh beberapa golongan. Timbul juga persoalan tentang istilah Liberal. Mereka mendakwa bahawa PAS cuba membentuk Negara Liberal, iaitu menyamaratakan Islam dengan agama-agama lain. Persoalan ini akan dijawab kemudian sekiranya diizinkan oleh Allah. Insya Allah
Salam Perjuangan
Dr Fikrah
MENJAWAB ISU “PAS BERGABUNG DENGAN ORANG KAFIR” (Siri 2)
Tetapi setelah dijelaskan, beliau hari ini dapat menerima apa itu hudud, dan apa itu “ahli zimmah”. Sekiranya UMNO memerintah, apakah hak ahli zimmah yang diperolehi? Islam tidak mengenal erti Melayu atau tidak, Cina atau India, hitam atau putih dan sebagainya. Ukuran yang diletakkan oleh Allah SWT ialah TAQWA, sepertimana yang telah disebut di dalam al Quran (Surah al Hujurat : 13)
Sekiranya Karpal masih menolak undang-undang Allah, masakan hari ini beliau boleh bergabung dengan PAS yang mempunyai matlamat demikian? Ini kerana hari ini beliau sudah jelas tentang hudud dan Negara Islam. Ya, sepertimana yang telah kita tahu juga, hudud dijatuhkan kepada mereka yang Islam sahaja. Manakala mereka yang bukan beragama Islam, diberikan pilihan. Samada ingin dikenakan hudud (sekiranya bersalah) atau tidak.
Contohnya, sekiranya seorang Islam mencuri harta seorang kafir zimmi, dia (orang Islam tersebut) tetap dikenakan hudud. Sebelum ini, Menteri Besar Kedah sendiri telah memberitahu bahawa arak diharamkan bagi orang Islam di Negeri Kedah. Tetapi, bagi mereka yang bukan Islam, terpulang. Ini kerana hudud (bagi peminum arak) dijatuhkan kepada orang Islam yang minum arak sahaja.
.
Oleh itu, tidak timbullah masalah kepada orang kafir zimmi. Bahkan hak mereka turut dijaga oleh orang Islam. Inilah yang keistimewaan ahli zimmah. Hakikat hari ini, orang bukan Islam sudah melihat kemuliaan Islam menjaga hak-hak mereka. Sehinggakan PKR dan DAP dapat bergabung dengan PAS untuk membentuk Negara Islam.
Kembali kepada persoalan tentang penggabungan, hakikatnya DAP dan PKR tidak menolak pelaksanaan Hudud dan Negara Islam. Golongan bukan Islam juga tidak menolak. Tetapi, wujudnya golongan yang bencikan Hudud dan Negara Islam adalah kerana mereka tidak memahami erti sebenar hudud itu. Mereka membantah sesuatu yang mereka tidak tahu.
Oleh itu, saya menyarankan kepada UMNO supaya mengkaji sedalam-dalamnya apa itu Negara Islam dan Hudud. Negara Islam bukanlah Negara PAS, tetapi ia adalah Negara ISLAM. PAS bersedia bergabung dengan UMNO dan BN sekiranya mereka sanggup untuk menegakkan Negara Islam ini. Hak semua rakyat berbilang kaum dan agama lebih terjamin. Insya Allah.. bersambung lagi..
Salam Perjuangan
Dr Fikrah
MENJAWAB ISU “PAS BERGABUNG DENGAN ORANG KAFIR”
Sepertimana yang telah kita ketahui, golongan kafir terbahagi kepada dua, iaitu kafir harbi dan kafir zimmi (selain daripada itu, akan dipanjangkan dalam artikel lain, insya Allah). Secara umumnya, kafir harbi, adalah orang bukan Islam yang menentang Islam. Contohnya seperti Bush, Sharon dan sebagainya.
“Manakala kafir zimmi pula ialah : golongan bukan Islam yang berada di negara Islam”
Ini adalah penjelasan yang telah diberikan oleh ulama-ulama’ kita (lihat Fiqh al Manhaji, Bab Jihad). Orang kafir zimmi ini, telah dihukumkan haram bagi sesiapa membunuhnya, merampas haknya, dan sebagainya. Contohnya, bolehkah kita mencuri gula-gula di kedai apek? Hukumnya tetap haram, sama seperti kita mencuri barangan orang Islam.
Orang bukan Islam yang berada di Malaysia, boleh dikategorikan sebagai kafir zimmi. (persoalan tentang Negara Islam, sila klik di sini). Sekiranya ada yang bertanya “apakah hukumnya menceroboh rumah kafir zimmi, lalu menangkap gambarnya yang sedang tidur?”. Hukumnya tetap haram dan pesalah akan dikenakan hukuman walaupun mereka (mangsa) bukan beragama Islam.
Sekiranya kita meneliti Sirah Nabi SAW, ketika Baginda SAW baru sampai di Madinah, Baginda telah membuat Piagam Madinah, iaitu satu perjanjian dengan orang bukan Islam. Di Madinah Baginda SAW terpaksa berhadapan dengan 3 golongan, iaitu orang Islam sendiri, orang Musyrikin yang masih teragak-agak untuk meninggalkan agama nenek moyang mereka, dan orang Yahudi.
Bangsa Yahudi pula terdapat tiga golongan, iaitu Bani Qainuqa’, Bani Nadhir dan Bani Quraizah. Dari kalangan orang Islam tadi, juga sudah berbilang kabilah (kabilah ni bukannya sedikit…. ) dan begitu juga golongan musyrikin. Mereka begitu ramai, lebih daripada bilangan bangsa yang terdapat di Malaysia sendiri.
Apa yang telah dilakukan oleh Baginda SAW, adalah dengan membuat Piagam Madinah dan melaksanakan perjanjian dengan golongan-golongan yang bebilang bangsa ini. (Penjelasan tentang Piagam Madinah akan dijelaskan di dalam artikel lain, insya Allah). Oleh itu, terdapatlah dua jenis kafir, iaitu zimmi dan harbi, secara umumnya.
Golongan kafir yang tidak menentang, dianggap ahli zimmah. Mereka ini akan dipelihara hak mereka, dan mereka tidak dibenarkan menyentuh (mengganggu) hal ehwal tentang Islam. Mereka diberi layanan sama baik seperti orang Islam, dan mereka juga berada di bawah kawalan Islam ketika itu… bersambung lagi, Insya Allah
Salam Perjuangan
BN KATA “ITU BUKAN PENGUNDI HANTU..”
Apabila mendengar berita ini, saya tergelak. Ya, saya kerap tertawa kecil apabila mendengar berita-berita lucu seperti ini. Itulah kadangkala apabila saya menonton TV3, RTM, akhbar-akhbar BN, saya boleh tergelak, seperti sedang melihat cerita Mr Bean. Walaubagaimanapun, saya cuba menjelaskan hakikat sebenar kenyataan ini. Terpulang kepada pembaca untuk menilainya. Masing-masing punya akal dan mata.
Apabila seseorang itu telah melakukan kesalahan, mana mungkin dia akan mengaku bersalah. Dia bersungguh-sungguh menafikannya. Tetapi, orang yang tidak bersalah, apabila dituduh bersalah, juga menafikannya. Sama sahaja kedua-duanya. Cuma bezanya, seorang salah, dan seorang lagi tidak salah, tetapi dipersalahkan.
Bagaimana hendak tahu samada seorang itu bersalah atau tidak, dan menipu atau berkata benar? Mudah sahaja, masing-masing punya akal fikirlah. Di sini, saya cuba menjelaskannya berdasarkan pemikiran, dan anda berhak menilainya.
Persoalan yang saya timbulkan, “Kenapakah malam mengundi baru hendak datang berkempen?”. Sedangkan tarikh mula berkempen sudah bermula pada 29 Mac lagi. Kenapa baru sekarang ingin bekempen sedangkan tempohnya sudah hampir tamat? Adakah dengan berkempen sejam dua, sudah cukup untuk memberi kemenangan kepada Mail?
Persoalan kedua, “bagaimanakah mereka boleh datang beramai-ramai dengan menyewa sebuah bas?”. Adakah mereka adalah kenalan yang bekerja bersama? Atau mereka sebuah keluarga besar, yang semuanya (dari atuk sehingga cicit) adalah pro UMNO? Kalau mereka menyatakan bahawa mereka adalah kelab penyokong BN.. lebih baik mereka datang lebih awal sepertimana yang telah saya nyatakan.
Mana mungkin mereka berjaya mengumpulkan seramai satu bas (sebenarnya lebih) untuk tujuan “melihat” PRK, tanpa sebarang “pengarah”. Sudah pasti terdapat seorang yang mengarah (atau merasuah) mereka supaya berbuat demikian.
Kalau mereka datang bukan untuk mengundi, dan bukan juga untuk berkempen, adakah mereka datang untuk melihat? Untuk melawat? Untuk menziarahi sanak saudara? Langsung tak masuk akal. Secara tiba-tiba sahaja mereka boleh berkeinginan untuk berbuat demikian. Kes ini memang pelik, dan boleh dikategorikan sebagai X File.
Saya mengesyorkan pihak polis yang cuba menyiasat kegiatan pengundi hantu ini, supaya mengimport Ejen Mulder dan Ejen Scully (dalam filem X file) untuk menyiasatnya. Memang pelik, kerana BN menafikan kewujudan pengundi hantu, tetapi, hantu-hantu ini ditemui sebagai BN.. Entahlah…
Salam Perjuangan
Dr Fikrah
SEKIRANYA KITA PERIT KETIKA BERJUANG, MUSUH ALLAH ITU LEBIH PERIT
“Dan janganlah kamu lemah (hilang semangat) dalam memburu musuh itu; kerana kalau kamu menderita sakit (luka atau mati), maka mereka (musuh) pun menderita sakitnya seperti penderitaan kamu; sedang kamu mengharapkan dari Allah apa yang mereka tidak harapkan… (Surah an Nisa : 104)
Orang Islam berjuang menegakkan agama Allah, manakala orang kafir berjuang menentang agama Allah. Inilah perbezaan perjuangan kita dengan perjuangan musuh-musuh Allah. Kita mengadu kepada Allah bahawa kesakitan di dalam perjuangan ini sangat perit, tetapi, kamu jangan bimbang, musuh-musuh Allah itu juga turut sakit menderita sepertimana kamu.
Cuma bezanya, penderitaan orang Islam adalah mengharapkan keredhaan Allah, manakala penderitaan musuh-musuh Allah mengharapkan kebencian Allah. Siapakah yang beruntung? Maka, kita selaku pejuang Allah janganlah kita merasa lemah semangat apabila diserang oleh pihak musuh. Ini kerana mereka juga sudah menderita untuk meneruskan serangan tersebut.
Lihatlah ketika zaman Nabi SAW. Orang-orang Musyrikin berjuang bermati-matian untuk menjaga kepentingan peribadi. Mereka sanggup berperang dengan Nabi Allah SAW, untuk menghapuskan pengaruh Nabi Muhammad SAW. Mereka bencikan Nabi Muhammad SAW, kerana Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW bercanggah dengan keinginan mereka.
Islam melarang amalan rasuah, judi, arak dan sebagainya. Sedangkan mereka merasakan inilah sumber kewangan poket mereka. Oleh itu, mereka sanggup berjuang bermati-matian untuk mendapat keuntungan haram ini. Mereka sanggup berjaga malam untuk merancang membalas serangan kepada Islam. Mereka sanggup menghabiskan jutaan wang asalkan keuntungan haram di hari kelak, mudah untuk diperolehi.
Begitu juga apa yang terjadi hari ini. Golongan-golongan ini terus memperjuangkan wang poket mereka. Asalkan kedudukan mereka selamat, walaupun terpaksa menindas dan merampas hak orang lain. Mereka menolak Hukum Allah atas dasar merugikan mereka. Inilah perjuangan mereka, dan perjuangan mereka ini sama sekali tidak sama dengan perjuangan yang sebenarnya.
Mereka menderita untuk perjuangan mereka, sepertimana kita menderita untuk menegakkan Islam di Malaysia. Kita terpaksa menelan asap dan bermandikan asid. Manakala mereka terpaksa menelan penghinaan kepada mereka, dan bermandikan peluh untuk menegakkan kepentingan mereka. Sedangkan perjuangan mereka ini tidak seperti perjuangan kita yang mendapat keredahaan Allah.
Salam Perjuangan
Dr Fikrah
36 JUTA DIRHAM UNTUK NOMBOR PLAT KERETA
7 + 5 = 36000000 CAN YOU BELIEVE IT???? This is the amount spent by an Abu Dhabi businessman to purchase these 2 specific Car Number Plates. Certainly, it's more expensive than the cars.
BN KATA, RAKYAT DI BANTANG AI SUDAH SEDAR
Selain itu, BN juga menambahkan lagi kenyataan-kenyataan yang lebih menarik di televisyen mengatakan bahawa rakyat di Batang Ai sudah sedar terhadap “kejahata” pembangkang. Saya tertanya sendirian, “mereka sudah sedar?”. Adakah ini dinamakan satu kesedaran? Di dalam artikel ini, saya cuba sampaikan satu analogi tentang kesedaran.
Setiap manusia, akan tidur dan bangun setiap hari. Tidak wujud manusia yang hidup di dunia ini tidur selama-lamanya, dan tidak wujud manusia yang tidak pernah tidur. Hatta binatang pun begitu. Nabi Muhammad SAW juga seorang Nabi Allah yang tidur malam. Tetapi Allah SWT tidak tidur sepertimana yang telah disebut di dalam Surah al Baqarah ayat 255.
Saya hairan, bagaimanakah rakyat di sana boleh dikatakan “sedar”? Saya ingin bertanya kepada pembaca, bolehkah anda memberi bukti bahawa rakyat di sana sudah sedar?
Selain itu, apa yang dilihat hari ini, BN begitu banyak melakukan kezaliman sehinggakan ia sudah sinonim dengan BN. Apabila menyebut BN, terlintas di fikiran tentang kezaliman, kekejaman, rampasan hak, pengundi hantu, ketuanya ada kes Altantuya, dan banyak lagi. Adakah mereka tidak sedar semua ini?
Sebelum ini, saya pernah diminta menunjukkan bukti bahawa BN itu adalah zalim. Saya hanya menjawab dengan tawa kecil. Ini kerana orang yang bertanya itu mempunyai dua tujuan yang saya sendiri pun tidak tahu. Samada dia ingin membela BN, atau mendapatkan maklumat. Oleh itu, saya tidak dapat memberikan jawapannya kerana masih belum pasti tujuannya bertanya.
Tetapi, saya sempat bertanya kembali, “BN tidak zalim, atau anda yang tidak tahu BN itu zalim?”. Saya menambah lagi, seseorang yang berdiri di hadapan dinding putih, patutkah dia bertanya “tunjukkan bukti bahawa dinding ini berwarna putih”. Adakah anda ingin menjawabnya? Atau anda juga tertawa kecil seperti saya?
Oleh itu, di sini, saya tidak berniat untuk menunjukkan fakta tentang kezaliman BN. Ini kerana semua orang mempunyai mata dan akal. Tengok sendirilah. Dan jangan salahkan PR kalau anda sendiri tidak tahu. Dan anda kena mengetahui bahawa bukan semua perkara anda tahu, dan bukan semua perkara yang anda tahu itu adalah benar. Oleh itu, saya menasihatkan kepada rakyat di Batang Ai yang mengundi BN, supaya menyedari hakikat ini.
Salam Perjuangan
Dr Fikrah
Tuesday, April 7, 2009
7 April - DIUMUMKAN, KETIBAAN PERASUAH NOMBOR 2 MALAYSIA….
Bahkan lebih teruk apabila kehadirannya disambut dengan laungan “RASUAH”, menandakan orang kuat rasuah telah tiba. Sebelum ini, agenda rasuah BN sudah pun terlaksana di Bukit Gantang. Antara bentuk-bentuk rasuah tersebut ialah, mengedarkan beras secara percuma, menghidangkan mee segera, RM 400, basikal dan sebagainya.
Apabila rasuah itu diedarkan, orang ramai tertanya-tanya, siapakah bos dia? Ya, hari ini orang kanan bos dia sudah datang dengan bertopi BN! Inilah dia kalau siapa nak kenal. Itu belum nombor 1 lagi. Tetapi, apa yang peliknya, kehadirannya tidak disambut oleh penyokong BN sendiri. Bagaimana boleh jadi sedemikian?
Saya rasa persoalan ini tidak perlu dijawab. Cuma anda sendiri perlu memerhatikan sendiri dengan mata anda. Segalanya berlaku di hadapan mata. Walaupun penyokong BN cuba memejamkan mata, kejadian memalukan ini turut terjadi.
Kadangkala, pro BN mendakwa bahawa isu rasuah ini tidak benar, hanya provokasi pembangkang sahaja. Tetapi, saya mempersilakan kepada mereka untuk melihat sendiri kebenarannya. Walaupun anda memejamkan mata, ia tetap berlaku. Walaupun anda menafikannya, ia tetap salah laku!
Kebenaran itu pastinya benar, dan kesalahan itu pasti salah. Tiada kebenaran yang disalahkan, dan tiada kesalahan yang dibenarkan!
Salam Perjuangan
Dr Fikrah
7 April - JAHATNYA BN ITU
BUKIT GANTANG, 6 April : Bilik gerakan PAS Bukit Gantang mengesan Umno telah membeli 400 helai baju-T yang bertulis "PAS for All" di belakang dan hadapan baju tersebut.
Perbuatan ini didakwa dilakukan oleh ahli Umno dari negeri Pahang untuk menyamar dan ditempatkan di bahagian penyediaan makanan markas PAS.
Langkah ini dibuat supaya makanan yang disediakan keracunan dan petugas yang bertugas akan gagal melaksanakan tugasnya dengan sempurna akibat terkena racun dalam makanan itu seperti cirik-birit dan tidak sihat.
Demikian beritahu Ketua Pengarah Jabatan Pilihan raya PAS Pusat Pusat, Datuk Mustafa Ali kepada pemberita dalam sidang medianya di Markaz PAS negeri, di Air Kuning.
Bukan setakat itu, petugas Umno dan BN juga telah memukul seorang petugas PAS di Kampong Jaha, Matang, katanya.
.
.
.
Saya mengulas…
Jahat tak BN? Mereka melaung-laungkan bahawa PR bertindak ganas, memfitnah, dan sebagainya. Tetapi, apa yang terjadi? Saya nasihatkan kepada penyokong BN yang membaca artikel ini, supaya melihat sendiri taktik kotor BN, sekiranya anda tidak percaya. Kaji sedalam-dalamnya, benarkah BN guna taktik kotor atau ia hanya fitnah daripada PR.
Jangan pula tak dikaji, terus melabelkan cerita ini sebagai fitnah. Tidak semestinya apa yang anda tidak tahu itu, bermakna ia tidak dilakukan. Kadangkala, BN melakukannya, dan tidak sampai maklumat tersebut kepada anda.
Salam Perjuangan
Dr Fikrah
7 April - “PENGUNDI HANTU” DI ZAMAN NABI SAW DIHANCURKAN OLEH TENTERA MALAIKAT
Mereka menyamar sebagai Suraqah bin Malik dan Ju’shum al Mudliji yang turut sama menentang orang Islam yang sedikit ketika itu. Ya, sepertimana yang telah dijanjikan, tentera Malaikat turun lalu menghancurkan tentera musyrikin. Apabila melihat hal demikian, kedua-dua “tentera hantu” itu lari lintang pukang kerana mengetahui kehadiran Malaikat.
Peperangan tersebut walaupun pada mulanya umat Islam hamper kalah, tetapi di akhirnya dapat menewaskan orang musyrikin kerana pertolongan daripada Allah yang telah menghantar tentera MalaikatNya.
Hari ini, di dalam kita menghadapi pilihanraya, terdapat juga “tentera hantu” ini yang lebih dikenali sebagai pengundi hantu. Pengundi hantu ini wujud walaupun pada hakikatnya ia tidak wujud. Sama seperti tentera hantu di Zaman Nabi SAW. Mereka adalah syaitan yang menyamar sebagai manusia, manakala pengundi hantu ialah mereka yang bukan anak tempatan, tetapi menyamar sebagai anak tempatan.
Cuma pengundi hantu hari ini masih belum nampak kemunculan Malaikat yang akan menghancurkan mereka. Tetapi anda jangan lupa bahawa tentera Allah itu banyak, dan untuk menghapuskan pengundi hantu ini tidak perlu kepada tentera Malaikat pun. Cukup sekadar menghantar lalat sebagai tentera.
Allah telah menjanjikan kepada Nabi SAW ketika peperangan Badar, bahawa pertolongan Allah itu ada. Walaupun pengundi hantu datang berkampung sekalipun, namun kekuasaan itu milik Allah dan Dia berkuasa memberi kekuasaan tersebut kepada siapa sahaja yang Dia mahu.
Di dalam Blog Perisik Rakyat telah menyiarkan tentang kehadiran pengundi hantu jam 3 pagi tadi. Mereka mendakwa sebagai pelancong ke Pekan Trong yang tidak wujud kawasan pelancongan di situ. Mereka juga mendakwa bahawa mereka melancong pada Hari Selasa, satu kebetulan atau satu penipuan?
Bertambah teruk apabila Unit Amal menahan bas tersebut, FRU segera datang melindungi. FRU mengepung Unit Amal tadi dan melarang mereka daripada mencampuri urusan tersebut. Mereka pula yang dikatakan menghalang orang daripada mengundi! Inikah keadilan? Hisham sebelum ini berkata, pembangkang yang membuat tuduhan kewujudan pengundi hantu ini adalah taktik lama, dan fitnah semata-mata.
Tetapi, walaubagaimanapun, kita yakin pertolongan Allah itu ada. Walaupun pengundi hantu ini datang satu dunia sekalipun, Allah lebi berkuasa terhadap mereka! Jangan sampai mereka dihancurkan oleh Allah sendiri!
Salam Perjuangan
Dr Fikrah
Monday, April 6, 2009
6 April - ISU LONDEH PERNAH BERLAKU DI ZAMAN NABI SAW
Petang tadi (6 April), kita dikejutkan dengan kelakukan sumbang “pekerja-pekerja” BN. Kelakuan mereka itu sangat memalukan, bahkan menjatuhkan air muka Ismail Saffian yang dikatakan kerap ke Danok. Di dalam blog Ajijoi, telah menjelaskan segala-galanya dan laporan tersebut telah pun dibuat. Berita tersebut seperti ini….
“SIMPANG (06.03.09): Satu laporan polis telah dibuat di Balai Polis Simpang sebentar tadi kerana perbuatan yang amat memalukan terhadap seorang Srikandi PKR. Kejadian berlaku semasa sekumpulan Srikandi PKR sedang mengedarkan risalah di Simpang. Lalu seorang daripada mereka telah ditarik masuk kedalam Bilik Gerakan BN di Simpang dan seluarnya ingin dilondehkan oleh petugas-petugas disitu. Rakan-rakan Srikandi tersebut telah cuba menyelamatkannya dan menghubungi ayah kepada gadis tersebut yang menetap berhampiran situ. Sedikit pergaduhan telah berlaku dalam usaha ayah sigadis untuk menyelamatkan anaknya. Setelah berjaya diselamatkan, laporan polis pun dibuat di Balai Polis Simpang……”
Kes seperti ini sepatutnya dibawa ke Mahkamah atas tuduhan cubaan mencabul. Tetapi, hakikatnya, inilah perilaku binatang penyokong BN terhadap seorang wanita suci. Di dalam artikel ini, saya suka untuk menceritakan bahawa kes londeh ini pernah berlaku di zaman Nabi Muhammad SAW. Ketika itu, si lelaki ini ialah seorang Yahudi dan peristiwa ini menyebabkan berlakunya Perang Bani Qainuqa’.
Di dalam kitab ar Rahiq al Makhtum, Syeikh Safiyurrahman al Mubarakfuri menceritakan tentang peristiwa ini…
“Ibnu Hisham meriwayatkan daripada Abu ‘Awn bahawa ada seorang perempuan Arab yang datang membawa hasil tenusu untuk dipasarkan di Pasar Bani Qainuqa’ (kaum Yahudi), lalu dia duduk berdekatan seorang tukang emas.
Inilah hakikat yang pernah terjadi di zaman Nabi SAW, tentang kelakuan seorang Yahudi mencabul maruah seorang wanita Islam. Tetapi hari ini, penyokong BN yang mengatakan mereka itu Islam, melakukan pencabulan kepada seorang wanita Islam! Inikah yang dikatakan sebagai perjuangan?
Salam Perjuangan
Dr Fikrah
6 April - MENJAWAB ISU "KOR MING PERSENDA AL QURAN"
Baru-baru ini, timbul satu isu ketika Kor Ming tersalah sebut nama surah di dalam al Quran. Beliau juga tersilap ketika membaca ayat tersebut kerana mungkin kurang biasa dengan sebutan tersebut. Namun, apa yang terjadi, beberapa pimpinan UMNO membuat laporan polis mendakwa bahawa Kor Ming mempersenda al Quran.
Hakikat penulisan saya kali ini ialah lebih kepada mempersoalkan tindakan UMNO sendiri. Selama ini UMNO mengatakan bahawa mereka Islam, tetapi dengan senang lenang mereka menolak hukum Allah. Adakah ini bukan satu persendaan? Ada sesiapa ingin buat laporan? Antara yang pernah mereka persendakan ialah tentang Hukum Hudud.
Apakah Hukum Hudud ini? Ia adalah Hukum yang telah Allah aturkan untuk manusia. Tetapi mereka mengatakan “kalau Hukum Hudud dilaksanakan, semua rakyat Malaysia akan kudung.. boleh buat sup tangan…”. Saya ingin bertanya kepada pembaca, siapakah yang menuturkan kata-kata ini? Anda sendiri sudah tahu.
Mereka juga pernah mengatakan “Kalau zina dihukum dengan rejam, bagaimanakah kita boleh mendapatkan batu untuk membuat jalaraya?…”. Siapakah yang mempersendakan Hukum Allah ini? Anda juga sudah mengenali siapakah yang mengatakannya. Mereka juga pernah mempersendakan sunnah Nabi SAW, dengan mengatakan “Nabi simpan janggut kerana ketika itu tiada pencukur janggut…”
Siapakah yang menuturkan kata-kata ini? Mereka berkata lagi… “Saya lebih suka suami saya mempunyai wanita simpanan daripada saya bermadu..” Siapakah yang menuturkan kata-kata ini? Mereka berkata lagi… “Dengan memberi kondom secara percuma, dapat mengurangkan masalah zina…”. Siapakah yang menuturkan kata-kata ini? “Ibu tunggal boleh melacur..” Siapakah yang menuturkan kata-kata ini?
Saya ingin bertanya kepada UMNO sendiri, kenapakah selama ini UMNO sendiri telah banyak kali mempersenda al Quran yang juga Hukum Allah, tetapi tidak pula dibuat laporan polis. Kamu mengatakan kamu seorang Islam. Inikah Islam kamu? Seorang Islam yang menghina Hukum Allah jauh lebih jahat dan hina daripada seorang kafir yang “tersilap” membaca al Quran.
Adakah Kor Ming mendapat dosa kerana perbuatannya yang tidak disengajakan itu? Adakah UMNO juga tidak sengaja menghina Hukum Allah? Perhatikan ayat terakhir Surah al Baqarah, kita memohon kepada Allah SWT supaya tidak dihukum terhadap perbuatan kita yang tidak disengajakan. Tetapi UMNO sengaja mendabik dada seolah-olah undang-undang mereka lebih bagus daripada undang-undang Allah!
Saya yakin, masih ramai lagi ahli UMNO, walaupun sudah dikatakan Islam sejak lahir, tetapi sampai sekarang , masih tidak reti membaca al Quran! Kamu mengaku Islam, tetapi al Quran pun tak tahu baca. Anda sendiri boleh lihat, berapa kerat pimpinan UMNO yang membaca al Quran ketika berucap..? Saya sendiri tidak pernah lihat, melainkan Masyitah seorang itu.
Masyitah yang seorang itu pun telah mempersenda hukum Allah dengan mengeluarkan fatwanya pada tahun 2004! Ibu tunggal boleh melacur… Selain itu, wanita-wanita UMNO sendiri sudah lama mempersendakan al Quran dan Hukum Allah. Di dalam Surah an Nur, wanita Islam wajib menutup aurat, tetapi, berapa keratkah wanita UMNO yang begitu?
Kebanyakan mereka “sengaja” membuka aurat sedangkan mereka tahu bahawa perbuatan itu salah. Bukankah ini juga menunjukkan mereka telah mempersenda al Quran dan Hukum Allah? Kenapa tidak dibuat laporan sahaja? Ini belum lagi diceritakan tentang kes Disko Zouk yang terang-terangan mempersenda Islam!
Filem Gubra? Di manakah pimpinan UMNO yang bersungguh sangat membuat laporan ini? Diam sahaja apabila menonton filem tersebut? Siapa pula yang meluluskan filem tersebut kalau bukan kerajaan sendiri! Sure Heboh telah difatwakan HARAM oleh Mufti Perak, apakah tindakan pimpinan UMNO yang hari ini, tiba-tiba semangat?
Ya, tidak lain dan tidak bukan, pimpinan-pimpinan UMNO ini hanya bertindak apabila ia berkaitan dengan politik dan kepentingan mereka sahaja. Mereka mencari kesalahan-kesalahan orang lain walaupun ia tidak disengajakan. Sedangkan mereka selama ini sengaja mencaci al Quran dan Hukum Allah. Tunggulah balasan dari Empunya kalam tersebut!
Salam Perjuangan
Dr Fikrah
6 April - DEBAT HUSAM MUSA DAN ZAHID HAMIDI MALAM INI
BUKIT GANTANG, 6 April (Hrkh) - Naib Presiden PAS, Dato' Husam Musa akan berdebat dengan Naib Presiden Umno, Dato' Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, jam 9 malam ini di Kampung Larut Tin, Changkat Jering, dekat sini malam ini.
Perdebatan yang diatur kedua-dua pihak ini berikutan kempen pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gantang yang semakin sengit, menjelang hari pengundian esok.
Perdebatan ini merupakan peluang terbuka PAS untuk menjawab segala pertuduhan yang dilemparkan oleh BN, khususnya Zahid sendiri yang merupakan Timbalan Pengerusi Umno Perak.
Orang ramai, khususnya pengundi Bukit Gantang yang dahagakan kebenaran dijemput hadir beramai-ramai.
6 April - WAWANCARA KHAS BERSAMA PRESIDEN MAHASISWA PERAK MALAYSIA
“Generasi muda baru Malaysia tidak bincang perkara kecil”-Hafez Sabri
Malaysia bakal menghadapi episod Pilihan Raya Kecil paling cemas dalam sejarah Tsunami Politik Negara pada 7 April ini. Pilihanraya Bukit Gantang , Bukit Selambau dan Batang Ai menjadi fokus masyarakat dan media. Dalam pada itu, watak dan kelibat mahasiswa juga tidak wajar dipinggirkan dalam drama politik negara yang menjadi titik tolak kepada pembangunan dan keharmonian Malaysia yang lebih kehadapan. Suara mahasiswa dalam era politik baru, dengan cara dan pemikiran yang baru melahirkan idealisma intelektual yang lebih segar sebagai egen semak dan imbang kepimpinan negara.
Politik Baru (new politics) yang banyak membincangkan soal nilai-nilai sejagat (universal value) dan menolak retorik cauvanisme dalam ruang lingkup Bangsa Malaysia telah mengubah paradigma mahasiswa zaman kini dalam soal kematangan dan penilaian. Dalam krisis politik Perak, mahasiswa juga tidak lepas dalam mencurahkan idealism mereka. Bersama wartawan Mahasiswakini, MOHD SAID SABIR, sempat mewawancara saudara MOHD HAFEZ SABRI, Presiden Gabungan Mahasiswa Bersatu Perak (BERSATU)* berkenaan dengan politik baru, paradigma anak muda Bangsa Malaysia dan peranan mahasiswa sebagai antara watak penting dalam proses demokrasi Malaysia.
MAHASISWAKINI: Apa khabar? Boleh ceritakan sedikit tentang NGO yang anda pimpin dan apa visi dan misi NGO ini yang dilihat semakin mendapat tempat dalam ‘mainstream media’ terutamanya menjelang pilihanraya Bukit Gantang esok malah menjadi ‘enlightment‘ kepada idealisma mahasiswa anak muda? boleh respon sedikit.
HAFEZ SABRI: Wa’alaikumussalam,Alhamdulillah,masih di beri kesempatan oleh Allah S.W.T untuk terus menjalankan tugas sebagai hambanya di muka bumi ini,sementara menanti panggilan yang memutuskan hubungan kita dengan dunia ini.
BERSATU merupakan badan NGO yang ditubuhkan atas misi dan visi bagi memperjuangkan idealisme, kepentingan dan daya kepimpinan mahasiswa.
Soal mainstream atau tidak itu kerja (tanggungjawab) media. Bukan popular yang kita kejar, tapi suara mahasiswa, kebajikan dan komitmen anak muda yang kita nak tekankan dalam pergerakan kita ini. Bukan juga maksudnya selepas ini (pilihanraya Bukit Gantang), BERSATU akan senyap dan slow (kurang pergerakan), Bersatu akan terus dalam capai visi, misinya.
Bagaimana pula dari segi sambutan ramai terhadap NGO yang dipimpin saudara ini?
Alhamdulillah. Kita (Bersatu) dapat sambutan yang menggalakkan. Bersatu juga menghimpunkan mahasiswa Negeri Perak Darul Ridzuan tanpa mengira latar belakang agama, bangsa dan sebagainya. Ianya meliputi pelajar yang menuntut dinegeri Perak dan anak-anak Perak yang menuntut di peringkat lepasan SPM,Matrikulasi,Asasi STPM dan STAM samaada di IPTA/IPTS, MAKTAB, POLITEKNIK, KOLEJ-KOLEJ,SEKOLAH dan sebagainya di dalam dan luar negara.
.
Bersatu telah wujud lebih setahun, jadi apa perkembangan BERSATU sehingga sekarang?
Alhamdulillah, BERSATU sedang melalui beberapa proses kematangan dalam memimpin seluruh gerakan mahasiswa dan gerakan pelajar di negeri Perak,semua kita maklum bahawa negeri Perak sedang diuji dengan pelbagai musibah yang menggetirkan yang melibatkan Instisusi Kesultanan badan kerajaan ,parti politik dan rakyat jelata.
Dari segi Akademik BERSATU, sering menganjurkan program berbentuk akademik seperti Motivasi pelajar,kem Pemantapan Kepimpinan,Kem Insan Cemerlang, yang melibatkan sekolah, IPT/IPTS. BERSATU dalam rangka untuk membina generasi baru perak yang mempunyai persiapan yang lengkap dalam menggalas tanggungjawap sebagai pemimpin pada masa hadapan, usaha ini sedang diatur dengan baik dan mohon doa dari sahabat sekalian supaya usaha ini dapat berjalan dengan baik.
Dari segi Kebajikan, BERSATU sememangnya cuba sedaya boleh untuk membantu mahasiswa,pelajar sekolah dan rakyat perak yang memerlukan bantuan, untuk pengetahuan semua sebelum terjadinya krisis politik dinegeri Perak, BERSATU telah di beri mandat untuk menjadi agen saluran kebajikan kepada rakyat, dengan kerjasama Yayasan Perak, Majlis Agama Islam Negeri Perak, Jabatan Agama Islam Negeri Perak, Unit Perancangan Ekonomi Negeri dan Kerajaan Negeri sendiri bagi menyampaikan masalah yang di hadapi rakyat dan di bawa perkara tersebut kepihak yang berwajib agar masalah itu dapat diselesaikan dengan segera, ini di buktikan dengan keperihatinan Kerajaan negeri sebelum ini melantik saya untuk menjadi Exco Belia dan pembangunan Insan di Perak bagi menjadi wakil untuk memperjuangkan hak-hak belia negeri dan menjadi watak utama dalam membentuk pembangunan insan yang cemerlang di Perak.
Selain itu saya juga di beri amanah untuk menjadi exco Belia dan Mahasiswa bagi Pertubuhan Gabungan NGO-NGO Islam di Perak (JAMAIY) dan semuanya adalah disebabkan kehadiran BERSATU dalam merencana generasi baru Perak, dan ini menarik perhatian mereka untuk memastikan BERSATU turut sama membantu dan bekerja dalam membina generasi muda Perak yang cemerlang dari segala sudut.
Bagaimana pula keterikatan dan hubungan dengan pihak lain?
Alhamdulillah… memang ada, malah kita sebagai badan NGO perlu kepada jaringan dan kerjasama yang kuat dan bersistem samada dengan mana-mana parti politik, badan-badan NGO, kelompok masyarakat dan mana-mana individu agar gerakan kita di hormati dan disanjung oleh semua kelompok masyarakat, inilah antara salah satu kayu ukur dalam menilai keberhasilan sesebuah kepimpinan itu meluaskan pengaruhnya kesemua peringkat.
Antara contoh yang dapat saya nyatakan disini, Program Khidmat Masyarakat (OBKIM PERDANA 08) anjuran BERSATU ia melibatkan penduduk kampung di Perak, ini merupakan salah satu usaha untuk memberi bantuan kebajikan dari pelbagai sudut kepada penduduk kampung tersebut, segala masalah yang dihadapi penduduk kampung tersebut telah di bawa oleh bersatu kepada pihak yang berwajib.
BERSATU juga memperjuangkan hak mahasiswa Perak dari segi kebajikan contohnya apabila ada antara mahasiswa Perak yang sepatutnya layak mendapat Bantuan zakat dan bantuan kewangan yang selainnya dari pihak yang berwajib bagi menampung kos sara hidup mereka di Universiti di nafikan atau terlepas pandang, maka BERSATU turun sendiri dengan membawa suara mereka bagi mendapatkan bantuan yang di nafikan sebelum ini,ini salah satu usaha yang dilakukan BERSATU agar perkara berkaitan kebajikan rakyat dan mahasiswa tidak diremehkan. Dan banyak lagi isu berkenaan kebajikan yang telah kita bawa kepada pihak yang berwajib.
Dalam pada itu, dari segi penyelidikan dan penerangan, BERSATU sememangnya menjadikan perkara ini sabagai medium utama dalam gerakan ini, semua kita boleh melihat bagaimana BERSATU telah mendepani segala isu yang sedang berlaku di Perak khususnya dan di Malaysia amnya. BERSATU akan membuat penyelidikan terlebih dahulu dalam sesuatu isu dengan sumber maklumat dari pelbagai pihak dan seterusnya akan di sampaikan kepada umum melalui sumber penerangan yang ada seperti Ceramah, Forum, Diskusi, Dialog, Akhbar Perdana dan Alternatif, Website BERSATU, serta seluruh jentera teknologi yang ada kini, dan kini BERSATU dalam proses mewujudkan sebuah pasukan khas dalam bidang penyelidikan dan penerangan dan pasukan ini sudahpun menjalani beberapa siri latihan yang telah disusun oleh BERSATU.
Di awal penubuhan Bersatulagi, sambutan dan sokongan mahasiswa Perak sangat menggalakkan, sejauh mana jaringan komuniti mahasiswa Perak dalam Bersatu?
BERSATU juga sedang giat meluaskan jaringan ahli, dengan mewujudkan exco antarabangsa BERSATU yang mewakili badan gerakan ini di luar negara. Kita punyai dua cawangan setakat ini pertama di United Kingdom yang mana BERSATU telah menjalankan kerjasama dengan GEMARAK ( Gema Suara Anak perak U.K dan ireland) dan yang kedua di Mesir dengan kerjasama BAKAN, ini adalah salah satu inisiatif yang baik bagi memastikan mahasiswa Perak yang belajar di luar negara mendapat maklumat terkini dari kami di Malaysia dan sekaligus memastikan anak-anak Perak yang belajar di luar negara dapat menyumbangkan sesuatu kepada rakyat negeri Perak samada dari segi buah fikiran, kewangan, dan tenaga kerja kepada negeri apabila mereka pulang nanti.
Sebelum ini pun, BERSATU ada menganjurkan konvensyen Mahasiswa Perak yang melibatkan seluruh gerakan mahasiswa di Perak tidak kira agama dan bangsa dan dalam masa yang sama wakil mahasiswa Perak yang belajar di United Kingdom dan Mesir turut hadir dan mencapai kata sepakat bersama gerakan mahasiswa di dalam negara khususnya di Perak untuk bersama-sama BERSATU dalam merealisasikan aegenda yang telah di susun sekaligus merea semua berada di dalam Jawatankuasa BERSATU PERAK ini.
Selain itu kita juga sebelum ini ada mengadakan kerjasama dengan rakan-rakan kita yang berada di luar negara contohnya apabila mereka pulang ke tanah air untuk bercuti mereka akan bersama-sama BERSATU dalam menyusun program dan aktiviti yang hendak di lakukan contohnya Forum Hal Ehwal Islam BERSATU dengan kerjasama mahasiswa Mesir bersama rakyat Negeri Perak di Bukit Gantang pada bulan 12, tahun lepas pada waktu tersebut sahabat-sahabat kita yang belajar di Mesir sedang bercuti di Malaysia.
Penganalisis melihat Bersatu sebagai suara anak muda Perak yang terkehadapan, malah antara watak penting dalam proses demokrasi di Perak. Secara dasarnya, apa peranan Bersatu dalam suasana politik dan masyarakat Perak ?
Dari segi politik BERSATU kini diberi kepercayaan oleh rakyat Perak untuk berperanan sebagai agen semak imbang terhadap situasi politik Perak, Rakyat Perak khususnya, mereka sememangnya memberi sokongan dan dokongan yang padu terhadap gerakan ini.sebagai contoh BERSATU sering mendapat jemputan oleh masyarakat Perak untuk turun menerangkan isu-isu utama yang berlaku di Perak dan bersama-sama membincangkan jalan penyelesaian yang sedang dihadapi rakyat Perak.
Antara perkara penting dalam sejarah gerakan ini ialah apabila saya diminta untuk mewakili suara mahasiswa Perak dan anak Muda untuk menyampaikan Pidato kepada lebih kurang 6000 orang rakyat Negeri Perak di Stadium Indera Mulia Perak Darul Ridzuan.
Buat masa ini perancangan tahunan yang telah di susun oleh kepimpinan BERSATU mengalami sedikit kesukaran untuk dijalankan disebabkan keadaan Negeri Perak yang masih belum stabil sepenuhnya program-program besar yang disusun terpaksa di tangguh buat seketika waktu.
Namun BERSATU akan terus melangkah laju dalam mendepani segala isu di Perak ini, Mohon Doa dari Sahabat sekalian agar Negeri Perak kembali aman dan rakyat dapat hidup dalam keadaan tenteram dan harmoni di bawah pemerintahan yan adil dan merakyat.
Kita lihat sekarang politik Malaysia semakin dramatik. Parti-parti politik di Malaysia semakin sedar dengan selera generasi baru Bangsa Malaysia. Apa pandangan anda tentang politik baru Malaysia masa kini?
Kalau kita rujuk balik keputusan dalam PRU ke 12, kita lihat banyak pengundi muda terutama saluran tiga dan empat telah memberi undi yang besar kepada pakatan rakyat sehingga dapat menghasilkan satu gelombang mega yang besar bagi menumbangkan kerajaan Barisan Nasional (BN) di Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor serta mengekalkan kerajaan PAS di Kelantan dan menafikan majoriti dua pertiga BN di Parlimen.
Dan kini, banyak pemerhati dan penganalisis melihat UMNO cuba merangka suasana baru dari segi luarannya.
Kita lihat bagaimana keputusan dalam Perhimpunan Agung UMNO (PAU) baru-baru ini, suasananya seperti tetap sama, mereka sememangnya sudah ketandusan pemimpin, sehinggakan orang yang sememangnya di dapati terlibat dalam politik wang dan pelbagai tuduhan yang berat seperti jenayah, masalah akhlak dan moral yang begitu teruk boleh diangkat menjadi pemimpin utama dalam UMNO. Persoalan yang bermain di kepala golongan muda mahasiswa ialah adakah suasana mentaliti UMNO betul-betul berubah atau masih dengan stail (cara) yang sama?.
Masyarakat Malaysia terutamanya anak muda masa kini tidak lagi menilai politik dari sudut perkauman atau apa yang dikatakan sebagai politik dalam ‘plural culture’, tetapi suasananya ‘multi culture’ sekarang. Semua parti politik perlu sedar suasananya telah berubah sekarang. Tak kira Pas, PKR, DAP, BN , semua perlu faham.. Yang keluar(tidak kena) dari suasana ini, maka mereka (parti politik) tak akan dapat sambutan oleh generasi muda dan masyarakat.
Kita perlu membuka minda dan kefahaman serta membina ruang dan merangka strategi untuk generasi kita (anak muda) bagaimana hendak membawa mereka bersama kita dalam membina politik baru yang kita inginkan. Perlu difahami konsep inqilabiyah ,yang mana kebenaran itu tidak sama sekali berdiri dengan kejahilan,jahiliyah kezaliman dan seumpama dengannya, jika kebenaran hendak ditegakkan maka kejahilan perlu ditumbangkan.
Pada hemat saudara, interpretasi politik baru yang bagaimana saudara gambarkan? Maksud saya kematangan berpolitik yang bagaimana kepada saudara sebagai generasi baru ingin lihat pada kepimpinan Malaysia yang baru ini ( Dato’ Seri Najib) atau akan datang?
Politik baru yang saya gambarkan ialah pertama, kita anak muda sudah bersedia untuk meninggalkan Politik pekauman dan perpecahan dan di gantikan dengan konsep perpaduan rakyat dan muafakat sesama rakyat Malaysia.
Kedua Kita juga menolak pemimpin yang terus menerus mengumpulkan kekayaan demi kepentingan keluarga dan kroni (semua projek Negara masuk kedalam karung poket mereka) sehingga rakyat tertindas dan digantikan dengan pemimpin yang benar-benar ikhlas memperjuangkan hak rakyat dan berpegang teguh pada Perintah Allah S.W.T dalam menjalankan amanah kepimpinan ( bagi yang muslim) agar rakyat dapat menikmati kehidupan yang selesa dan hidup aman dalam suasana Negara yang maju dan mandapat keredhaan dari Allah S.W.T.
Ketiga Politik baru yang anak muda mahukan ialah tidak adanya rasuah dan salah guna kuasa di kalangan pemimpin Negara sehingga menyebabkan rakyat yang terpaksa menanggung beban yang dilakukan pemimpin tersebut golongan ini perlu digantikan dengan pemimpin yang berintegriti tinggi, adil dan telus dalam melaksanakan tanggungjawab mereka sebagai pemimpin rakyat.
Keempat kita juga bersedia membuang politik lama yang mana terdapat pemimpin yang tidak menghormati Undang-undang dan perlembagaan contohnya kes rampasan kuasa di Perak yang menyebabkan perlembagaan dan undang- undang tidak lagi dihormati, dan golongan ini wajib digantikan dengan pemimpin yang patuh terhadap undang-undang dan perlembagaan Negara bagi memastikan rakyat hidup dalam keaadaan aman dan tenteram, dengan menghormati perlembagaan dan undang-undang Negara ( yang mana tidak bertentangan dengan Islam).
Kelima Politik baru yang kita mahukan ialah akta-akta zalim perlu dihapuskan seperti ISA, AUKU, OSA, AKTA Mesin Cetak dan Penerbitan, perlu di fahami oleh kita akta-akta inilah yang selama ini telah menyekat kebebasan bersuara Rakyat dan Merencatkan demokrasi Malaysia.
Keenam politik baru yang menolak pemahaman bahawa Tafsiran agama yang hanya berlegar ibadat khusus dan menolak peranan agama dalam politik dan pentadbiran dan budaya, bagi saya politik baru perlu memehami bahawasanya Agama Islam itu mencakupi semua sistem kehidupan dan tidak di khususkan kepada perkara tertentu sahaja seperti yang di lakukan pemimpin negara sebelum ini ( memisahkan peranan agama dari kehidupan).
Ketujuh Politik Baru yang dimahukan ialah memastikan Institusi-institusi kerajaan umpama PDRM dan SPRM tidak lagi dijadikan instrumen untuk pengekalan kuasa kerajaan yang memerintah sahaja, Badan ini perlu bebas dalam melaksanakan tugas mereka bagi memastikan semua rakyat Malaysia dapat menikmati keadilan dan keamanan.
Bagi saya jika Dato’ Seri Najib dapat memahami dan merealisasikan politik baru yang dimahukan kita ini, saya kira itu salah satu petanda baik dalam kepimpinannya tapi kita perlu ingat bahawa tindakan yang paling ikhlas dan jujur berpandukan prinsip keadilan ialah dengan membebaskan semua tahanan, bukan sebahagian sahaja.
Tindakan yang paling berani ialah meletakkan keadilan pada tempatnya. ISA membenarkan penahanan tanpa bicara dan kuasa yang terlalu luas. Ia bukan sahaja disalahgunakan tetapi ia undang-undang salah yang disalahgunakan! ISA mesti dimansuhkan dan mangsanya mesti dibebaskan atau dibicarakan. Saya secara peribadi menganggap pengumuman tersebut hanya sebagai penyedap kata yang lebih mencerminkan kuasa yang baru diperolehi.
Dato’ Seri Najib Razak baru-baru ini melepaskan tahan ISA, apa respon dan pendirian saudara dengan tindakan ini?
Tindakan awal yang bersifat ’goodwill’ yang sarat bermotif politik pada ketika menjadi Perdana Menteri. Suatu kelok politik atau political manoeuvre yang diatur detiknya dengan teliti menjelang tiga Pilihanraya Kecil yang dianggap kritikal bagi meningkatkan pengaruh rakyat kepada PM baru dan BN. Saya menggesa anak muda untuk jangan mudah tertipu dengan pendekatan politik ini.
Dengan tindakan awal ini, ternyata kuasa arbitrari di bawah ISA bukan sahaja menahan dan menghukum tanpa bicara tetapi juga membebaskan pada masa yang dianggap akan berpihak kepada pemerintah. Selagi ISA wujud, kuasa tersebut terus kekal wujud.
Tindakan ‘goodwill‘ yang serupa pernah dilakukan ketika Dr Mahathir menjadi Perdana Menteri dahulu. Tapi apakah yang berlaku selepas itu? ISA (terus) kekal dan diketatkan, malah makin ramai yang ditahan pada tahun 1987 dalam Operasi Lalang.
Tindakan yang lebih utama oleh Datuk Seri Najib ialah menjelaskan kesangsian rakyat terhadap kewibawaan dan kredibiliti beliau dalam isu cubaan rasuah politik di Perak, isu urusan pembelian kapal selam dan isu pembunuhan Altantuya.
Maksudnya saudara tak melihat ini sebagai ‚turning point dalam kepimpinan UMNO/BN?
Ya. Tidak sama sekali malah saya dan generasi muda lihat ini sebagai retorik dan mainan politik semata-mata.
Baik, kita lihat sekarang suasananya ‘politic of hope’, bukan lagi ‘politic of fear’, apa pandangan saudara tentang perbezaan dua pendekatan yang saya kira sangat berbeza ini?
Rakyat Malaysia, khususnya generasi muda, mestilah tidak diperangkap oleh muslihat politik. Kejelekan terhadap politik kotor mereka akan diubah oleh perkakas kotor agar menjadi sifat bencikan politik secara keseluruhannya. Sebagaimana “Makkal Sakti” - kuasa rakyat - telah merubah lanskap politik negara hampir setahun yang lalu, rakyat jugalah yang berperanan mematikan politik kolot yang terus menjadi sandaran Pengamal politik kotor. Rakyat, bukannya ahli politik, yang akan memastikan politik harapan yang berpaksikan kedaulatan rakyat akan terus berkembang dan menumbangkan politik kolot di Malaysia.
Generasi muda mesti tegas mendesak bahawa kita mahu politik yang mengangkat martabat insan, bukan politik mengadu domba dan khianat kepada rakyat. Rakyat harus merasakan mereka bukan sekadar penerima sisa-sisa kekayaan negara, tetapi sebaliknya berkongsi kekayaan tersebut secara saksama.
Generasi Muda juga mahukan konsep merakyatkan ekonomi bagi berkongsi hasil mahsul Negara . Saya tidak mahu politik harapan ini menjadi monopoli sesetengah pihak sahaja. Saya pun mahu menumpukan kepada mencari jalan bagi menyelamatkan negara Malaysia dari kemelut politik, ekonomi dan sosial yang melanda sekarang. Saya menyeru kepada semua pimpinan muda BN atau PR agar berani berbahas tentang dasar dan idealisme terbaik untuk negara kita. Jika ada perkara yang perlu kerjasama semua pemimpin Malaysia melangkaui batas parti demi masa depan bersama, saya tidak keberatan turut serta.
Saya harap (persaingan) politik di Malaysia ini terus sihat di dalam kerangka demokrasi berperlembagaan agar rakyat tidak mual dan bosan dengan tahap politik murahan yang menggamit negara pada hari ini.
Politik harapan ini akan memastikan Generasi Muda dapat mencari kekuatan bagi mengatasi krisis ekonomi yang melanda negara kita. Politik harapan ini akan menegakkan keluhuran perlembagaan kita. Politik harapan ini akan menjamin masa depan anak-anak kita.Sama ada politik kotor atau harapan, pilihannya di tangan kita rakyat Malaysia.
Saudara sebagai anak muda generasi baru dan menjadi pemimpin kepada NGO yang menggabungkan semua kaum di Malaysia, Apa pandangan saudara tentang Bangsa Malaysia dan hubungan antara kaum masa kini dalam suasana politik baru Malaysia? Sejauh mana nilai-nilai cauvanisme (perkauman) dilihat relevan dalam suasana generasi muda Malaysia yang baru ini? Atau sudah tidak ada lagi benteng-benteng perkauman kepada generasi baru ini?
Konsep Bangsa Malaysia yang meliputi Melayu , Cina dan India yang menjadi teras rakyat Malaysia sebagai satu keluarga besar dalam menuju cita-cita membawa Negara ke tempat yang terbaik. Ketuanan Rakyat pula ialah konsep yang memperjuangkan hak rakyat bawahan tanpa mengira kaum dan etnik.
Namun harus diingat walaupun kita melalui era politik baru, struktur masyarakat tetap sama dan tidak berubah. Sebahagian besar orang Cina dan India telah beralih selera dengan menolak BN diikuti dengan sebahagian besar pengundi Melayu di kawasan-kawasan bandar. Namun demikian orang Melayu tetap orang Melayu begitu juga Cina dan India tetap Cina dan India dalam negara tercinta bernama Malaysia ini.
Rakyat telah mengunakan kematangan dan kesedaran politik mereka untuk membuat perubahan walaupun memikul risiko, kini adakah parti-parti yang dimenangkan melalui perubahan ini sudah bersedia untuk memimpin rakyat?
Contohnya saya adalah seorang Melayu yang beragama Islam, BN atau PR tidak boleh mengubah hakikat itu. Saya mahu lihat pemerintah yang membawa politik baru ini memerintah dengan menamat dan mengikis kebobrokan kuasa. Jangan zalim dalam pemerintahan.
Tapi dalam waktu yang sama saya juga mahu pemimpin-pemimpin yang ada turut menghormati struktur masyarakat yang sedia ada. Sensitiviti saya sebagai orang Melayu dan beragama Islam perlu dipelihara sebagaimana perlu juga kita memelihara sensitiviti masayarakat yang lain.
Pemimpin yang baik akan memahami ini dan tidak mudah terjerat sehingga membangkitkan kemarahan mana-mana kaum atau agama. Adat istiadat Melayu, Raja-raja Melayu, masjid dan surau serta pentadbiran agama Islam semuanya perlu dipelihara dengan baik, jangan disentuh atau dikritik kelak bakal mengundang kemarahan ramai.
Begitu juga saya yakin tidak ada dikalangan masyarakat Melayu yang berminat mahu menganggu sekolah jenis kebangsaan Cina atau Tamil, rumah-rumah ibadat rakan-rakan kita yang bukan Islam, adat istiadat dan kepercayaan bukan Melayu. Islam yang diamalkan dengan betul sangat menghormati agama lain, malah jauh sekali melakukan kezaliman dan penindasan kepada golongan ini (bukan Islam).
Era politik baru ini menuntut toleransi dan hormat-menghormati antara satu sama lain. Kekuatan ini bakal memberi jalan kepada kestabilan dan masa depan yang baik buat semua, namun jika perkara ini gagal dilaksanakan , terlalu taksub dan ekstrim, kemenanga buat rakyat ini hanya akan menjadi sementara sahaja.
Dalam politik baru kita banyak menyentuh tentang nilai-nilai sejagat (universal value) seperti good-governance (tadbir urus yang baik) , ketelusan, kestabilan ekonomi, hak demokrasi dan hal ehwal rakyat. Jadi dari kaca mata mahasiswa, setelah Najib Tun Razak dilantik sebagai PM Baru Malaysia, apa pandangan saudara tentang kepimpinan beliau dan harapan dalam membawa tema politik baru di malaysia?
Generasi muda baru Malaysia tidak lagi bincang perkara-perkara kecil, sempit yang retorik. Suasana kematangan politik rakyat Malaysia semakin terasa. Benda-benda (perkara) sempit seperti perkauman, pemberian habuan ratusan ringgit bukan lagi menjadi persoalan.
Sememangnya nilai-nilai sejagat yang mendapat tempat, jadi bualan orang. Kita bercakap sekarang tentang soal isu ketelusan dalam pentadbiran.Soal demokrasi dan kepimpinan. Persoalan good governance seperti yang saudara sebut tadi termasuk isu-isu pendidikan, ilmu, undang-undang dan demokrasi, kebebasan bersuara. Semua nilai-nilai sejagat ini perlu ada, dan dicanang pemimpin dalam suasana politik masa kini. Bukan lagi isu perkauman membabi buta yang hanya sekadar retorik kepada golongan bukan intelek.
Apa pandangan dan persepsi peribadi saudara sebagai anak muda dan mahasiswa terhadap kepimpinan baru negara iaitu Dato’ Najib Tun Razak?
Apa yang berlaku dalam Negara pada masa kini sudah cukup untuk membuktikan pada rakyat bahawa BN gagal untuk memberikan yang terbaik bagi generasi muda masa kini, Setelah memerintah Negara selama 50 tahun, BN hanya mampu menyumbatkan fikiran-fikiran golongan belia Negara ini dengan racun hiburan dan pesta sahaja, Gejala merempit, bohsia, penagihan dadah dan arak, buli, rogol, ragut, perjudian dan macam-macam lagi agenda maksiat yang sedang berlaku kebanyakan wujud melalui program-program yang dianjurkan oleh Kerajaan BN.
.
Pesta Sambutan Hari Merdeka dan Tahun Baru, saban tahun diadakan, membuktikan kerajaan BN hanya tahu bazirkan duit rakyat untuk meletupkan bunga api dan mengumpulkan anak-anak muda ditengah-tengah kota bagi meraikan pesta maksiat yang tidak terkawal, Indeks gejala sosial kalangan belia negara ini juga semakin meningkat tinggi, malahan remaja semakin rosak dengan budaya ’skin head’, ‘black metal’ dan sebagainya. Gambar-gambar asmaradana anak DS Najib, DS Nazri Aziz dan Dato’ K sudah cukup untuk Memperjelaskan pada kita bahawa pemimpin BN sendiri gagal membentuk anak-anak mereka.
Adakah pandangan saudara ini menunjukkan saudara bersifat sedikit partisan?
Bukan soal partisan atau tidak yang menjadi isunya, tapi sejauh mana keberkesanan pelaksanaan pemerintahan, sejauh mana peningkatan yang dilakukan oleh golongan muda (yang dilakukan) berkesan? Program-program Belia seperti Rakan Muda, Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) hanya dijadikan tapak bagi mereka merompak hasil negara, walhal apa yang diperolehi oleh generasi muda amatlah sedikit. Kalau kerajaan pimpinan BN (Barisan Nasional) tadbir dengan baik , kami (generasi muda) akan patuh pada mereka (BN). Tapi sekarang suasana macam mana?
Kerajaan BN juga gagal memastikan kualiti pendidikan negara dapat bersaingan dengan baik dipentas varsiti dunia akibat terlalu banyak bermain politik diktatorian didalam kampus. Lihat sahaja bagaimana Universti Malaya contohnya kini telah jatuh menjunam ketangga tercorot dalam ranking Universiti terbaik dunia.
Mahasiswa diugut dan dipaksa tunduk pada kehendak pemimpin negara. Apa yang mereka fikirkan haruslah sesuai dengan kehendak pemimpin BN, jika tidak mereka akan digantung pengajian atau dibuang terus, Ekoran dari itu, mahasiswa yang keluar dari Universiti kurang berkualiti dan tiada daya kepimpinan yang progreasif dan tidak mampu untuk berdikari.
Akibatnya mereka juga susah untuk mencari pekerjaan kerana pihak majikan tidak percaya pada kebolehan mereka yang hanya bermodalkan sijil bisu yang tidak disokong oleh roh seorang belia yang cemerlang, Pengangguran berlaku bukan sahaja kerana tiada pekerjaan di negara ini, tetapi berlaku kerana pihak BN gagal menyediakan prasarana pendidikan sempurna bagi melatih pada belia ini berhadapan dengan dunia realiti bersama dengan masyarakat, Cerita mahasiswa menganggur bukanlah perkara baru, dan setelah 50 tahun negara merdeka BN masih gagal mencipta generasi kreatif dan dinamik untuk negara
Sebentar tadi saudara menyentuh soal ranking universiti yang tercorot, dan suasana kualiti pendidikan negara yang dilihat gagal dalam melahirkan generasi yang baik kepada negara, jadi senenarnya apa yang mahasiswa dan anak muda Malaysia perlukan pada hemat saudara?
Apa yang generasi muda mahukan ialah adakan Pusat-pusat pendidikan lanjutan yang benar-benar membentuk modal insan yang baik dan para belia disadurkan dengan budaya Ilmu agar mereka dapat berdikari dan bukan sahaja sekadar kenal perkara yang baik atau yang buruk malah mereka juga diajar untuk mengenali soal halal dan haram.
Mereka juga didedahkan dengan soal-soal kepimpinan melalui usrah dan aktiviti riadah serta kemasyarakatan yang menuntut mereka mematang diri selain diberikan kebebasan berfikir dalam konteks yang positif.Hiburan alternatif disajikan dan dunia mereka juga dihiasi dengan pelbagai aktiviti lain selain dari berhibur. Mereka juga diajar berdakwah dan bersosial secara lebih beradab.
Generasi muda mahu pemimpin mendidik belia negara ini agar cenderung untuk memikirkan masa depan negara secara menyeluruh, bukan sekadar untuk diri mereka tetapi untuk masyarakat mereka. Pemimpin-pemimpin BN harus melihat realiti massa dan jangan biarkan rakyat khususnya golongan belia terus marah pada mereka.
Sejarah membuktikan bahawa golongan belialah yang selalunya menjadi agen perubah dan mencetuskan gelombang revolusi diatas kezaliman pemimpin-pemimpin yang rosak. Oleh itu, DS Najib harus berhati-hati dan tidak mengugut atau memaksa belia-belia negara ini untuk tunduk dan taat pada mereka dengan sewenang-wenangnya sebaliknya jika beliau mahukan perubahan maka beliau perlu melaksanakan gagasan politik baru yang di bawa kita ini.
Media asing dan media alternatif dilihat memberi discredit (menjatuhkan) kepada Najib berkenaan isu kes pembunuhan wanita dari Mongolia dan beliau dikaitkan dengan kes tersebut. Malah tidak ada respon berbentuk kata-kata atau tindakan undang-undang. Apa respon saudara tentang suasana ini?. Semesti saudara sebagai generasi muda Malaysia tidak ingin melihat perdana menteri sendiri di cari oleh media asing ataupun mana-mana pihak dalam apa-apa isu.
Salah satu syarat wajib untuk melakukan perubahan ke arah yang terbaik ialah kualiti dan integriti pemimpin atasan terutama peneraju perubahan iaitu PM. Kualiti dan integriti ini bersumberkan kekuatan intelektual dan moral yang berpaksikan kepada penghayatan agama yang mendalam sehingga terpancar dalam dirinya. Integriti ini memancar dan auranya boleh memukau khalayak. Kualiti dan integriti inilah yang memungkinkan lahirnya karisma.
Bagi saya apa yang berlaku terhadap DS Najib, apabila beliau dituduh begitu hebat, dia senyap, maka amat sukar bagi rakyat untuk membersihkan diri bakal Perdana Menteri itu.Oleh itu beliau mesti membersihkan dirinya sendiri Sebagai contoh, Nabi Muhammad SAW sendiri menjawab setiap persoalan yang dibangkitkan dan tidak melarang sahabat yang lain daripada bertanya.“Pemimpin utama dan pertama dalam Islam ialah Nabi Muhammad SAW sama ada dalam hal ehwal ekonomi, akhlak, pengurusan luar dan dalam rumah tangga, dan Baginda adalah pemimpin bersih. “Oleh itu, kalau mahu menjadi pemimpin, mestilah meniru kepimpinan Nabi Muhammad SAW.
Saya juga berpendapat bahawa kepimpinan adalah merupakan satu amanah yang sangat besar, dan ianya wajib dipikul oleh orang yang bukan sahaja layak dan adil tetapi juga perlu dilihat bersih amal perbuatannya. Risiko mempunyai kepimpinan yang rosak akhlak dan mempunyai seribu satu macam bebanan fitnah adalah sangat tinggi, di mana maruah negara adalah menjadi taruhannya.
Hal ini menjadi lebih buruk apabila media cetak dan internet antarabangsa mula menyiarkan berita kaitan kes rasuah dan jenayah ini dengan Perdana Menteri Malaysia Keenam ini. Penyiaran berita seperti demikian adalah sangat memalukan seluruh rakyat dalam sebuah negara yang berdaulat ini. Bagi saya seseorang pemimpin terutamanya bakal Perdana Menteri Malaysia yang baru mestilah dibersihkan terlebih dahulu dari sebarang fitnah sebelum layak memegang tampuk pemerintahan yang sangat berat ini.
Sehubungan dengan itu, di kesempatan ini saya mencabar kepimpinan negara ini untuk mengambil langkah berani dengan memulakan tindakan menyaman media-media cetak dan internet antarabangsa seperti akhbar Liberation yang berpangkalan di Perancis, The New York Times, International Herald Tribune, Times Online, The Times of India (India), The Australian (Australia), Kompas (Indonesia), The Nation (Thailand) dan NineMSN (berita internet antarabangsa) yang telah menyiarkan beritakaitan Perdana Menteri Malaysia keenam ini dengan pelbagai kes rasuah dan jenayah.
Tindakan saman ini adalah perlu supaya imej Malaysia yang tercalar akibat berita yang sangat memalukan ini dapat dipulihkan. Sekiranya tindakan saman ini tidak diambil, maka sebenarnya maruah dan masa depan negara akan menjadi bahan momokan dan ejekan masyarakat duni
Apa harapan saudara kepada gerakan mahasiswa yang menjadi pendokong dan pengganti kepada generasi masa kini dari sudut idealisme dan kematangan? Dan model (ciri-ciri) generasi baru yang bagaimana yang diharapkan dapat menjadi generasi ‘check-and-balance’ kepada kepimpinan negara?
Gaya pemikiran kebanyakan mahasiswa hari ini tidaklah sematang golongan mahasiswa di abad yang lalu. Mahasiswa hari ini telah banyak ditekankan dengan program akademik yang mendesak mereka menumpukan kepada pengajian. Sistem semester yang diamalkan tidak membuka ruang kepada mahasiswa bagi memahami persekitaran masyarakat diluar pagar universiti mereka. Waktu cuti dibazirkan dengan bersantai dikampung halaman atau melakukan aktiviti dalam kelompok tertentu sahaja.
Mereka sibuk mengejar sijil - sijil Diploma, Ijazah, Master dan PhD yang hakikatnya kini semakin kehilangan nilai tambah ekoran sikap mereka yang tidak mahu mengambil kisah terhadap apa yang berlaku dalam masyarakat diluar kampus. Retorika ilmiah yang mereka pelajari tidak sama dengan realiti sebenar, kenyataan inilah yang menyebabkan mahasiswa hari ini gagal memasarkan diri mereka didalam masyarakat.
Masyarakat sukar menerima mahasiswa yang angkuh, menguncikan diri mereka dibalik gahnya pintu gerbang kampus universiti. Justeru itu, bila mahasiswa keluar untuk hidup dengan masyarakat, mereka seperti rusa masuk kampung yang tidak tahu membiasakan diri.
Suasana ini menyebabkan gerakkan mahasiswa terpinggir dari masyarakat dan dilihat kurang bermaya. Gerakan mahasiswa semakin hambar. Keyakinan masyarakat terhadap mahasiswa kian pudar dan ikon kepimpinan mahasiswa tidak lagi kelihatan dipentas masyarakat sebagai golongan pembela warga rakyat.
Oleh itu, mahasiswa harus keluar dari zon selesa ini untuk menyahut cabaran. Jika tidak, jangan harap masyarakat akan menghargai mereka. Mahasiswa hari ini patut malu kerana sepanjang tempoh pengajian mereka universiti, mereka gagal memberikan apa - apa faedah kepada masyarakat khususnya golongan marhaen yang kini kian terdesak ekoran sikap pemimpin yang tidak prihatin pada rakyat.
Mahasiswa Malaysia perlulah bersedia belajar dari rakan-rakan HMI, KAMMI dan PII dari Indonesia, Bangladeshi Chattra Shibir, atau Jamaat Talaba Pakistan Leiden, Belanda atau FOSIS sendiri di UK atau rakan MSA di Amerika atau gerakan Fadlulah Golen di Turki dengan mengambil kebaikan dan contoh yang boleh di sesuaikan dengan faktor sosial, budaya dan politik Malaysia. Semuanya perlukan pengamatan halus dan kajian dan bukannya boleh dibuat-buat.pimpinan mahasiswa seharusnya lebih proaktif untuk memastikan mereka terus relevan. Idealisme semata-mata tak mencukupi; ia harus disertai dengan memahami jiwa anak muda.
Di kesempatan ini saya juga ingin mengambil peluang agar semua pihak memberikan perhatian serius terhadap generasi muda, sesungguhnya merekalah yang akan meneruskan perjuangan di Malaysia ini, semestinya kita mahu pemimpin yang akan membarisi kepimpinan negara pada masa akan datang terdiri dari mereka yang benar-benar beriman dan bertaqwa kepada Allah S.W.T, oleh itu generasi muda ini perlu diberi ruang dan peluang untuk bersama merencana sebuah negara yang baik dan mendapat keampunan Allah S.W.T.