Saturday, April 25, 2009

TOYOTA CAMRY ATAU TOYOTA ZAMBRY?


Sebelum ini kita menyaksikan bahawa Zambry akan membuat lelongan Camry yang telah dibeli oleh Pakatan Rakyat. Tetapi, akibat terlalu fobia dengan istilah “Pakatan Rakyat”, terus sahaja dilelong kereta tersebut kerana beberapa sebab. Mungkin beliau melihat sekiranya Camry itu masih digunakan, ia akan menampakkan kesan pemerintahan PR sebelum ini.

Sebagai contoh, Tugu Negara dibina sebagai tanda perjuangan rakyat Malaysia sebelum ini. Manakala Camry yang masih ada hari ini sebagai kenderaan kerajaan, dianggap olehnya sebagai tanda perjuangan PR sebelum ini. Lalu beliau bertindak melelong kereta tersebut. Sama juga dengan Plak Pokok sebelum ini, selagi mana ia masih wujud, selagi itulah Zambry masih terkenang-kenang perjuangan PR. Lalu beliau bertindak menghapuskannya sehingga hilang kesan tersebut, umpama hilangnya kotoran degil.

Ya, mungkin Zambry menganggap bahawa tanda-tanda kewujudan pemerintahan PR, ibarat kotoran degil dan mesti ditanggalkan daripada pakaian kerajaan Perak. Namun, masih terdapat “kotoran degil” yang begitu degil dan saya yakin Zambry tidak dapat menghilangkannya. Apakah dia?

Lihatlah tajuk ini, nama Zambry hampir sama dengan Camry! Contohnya perkataan Camel dalam Bahasa Inggeris, dikatakan berasal daripada perkataan Jamal di dalam Bahasa Arab. Kedua-duanya bermaksud unta di dalam Bahasa Melayu. Ada sesetengah orang mengatakan bahawa asal perkataan ialah jamal lalu dicedok oleh Inggeris menjadi camel. Entah betul atau tidak.

Mereka mengatakan …. Jamal – jamel – camel…..

Entah betul atau tidak. Mungkin ia juga terlekat pada perkataan Camry.. atau Zambry…

Zambry – Cambry – cambry….

Dengan menukarkan huruf pertama, sama seperti jamal tadi. Apa yang dapat dilihat di sini, nama tersebut hampir serupa. Ya, walaupun Camry dilelong, namun nama beliau tetap Zambry. Apabila mendengar nama Zambry, orang ramai akan teringat perjuangan PR sebelum ini. seolah-olah diabadikan sepertimana Camry dan Plak Pokok yang menghantuinya selama ini.

Bagaimana lagi untuk menghilangkan sejarah perjuangan PR di Perak? Nama beliau sendiri hampir sama dengan Camry! Adakah beliau akan bertindak menukar nama selepas ini? Saya yakin, beliau tidak mampu berbuat apa-apa untuk menghilangkan memori sejarah perjuangan PR. Ini kerana pada dirinya sendiri sudah tertulis tentang sejarah perjuangan PR.

Kalau sebelum ini, Pitagoras telah mengabadikan nama dia di dalam teori ciptaannya sehingga membentuk Teori Pitagoras. Begitu juga dengan Algebra dan lain-lain. Manakala di Perak, telah muncul sejarah PR disebabkan kewujudan nama Zambry. Maka, semua orang yang bernama Zambry akan rasa terpalit dengan tahi yang dihasilkan olehnya.

Salam Perjuangan

Dr Fikrah

JANGAN TUBUHKAN BN YANG KEDUA SETELAH MENGHAPUSKAN BN YANG PERTAMA

Inilah realiti yang paling ditakuti. Perjuangan PR hari ini dibimbangi akan membentuk BN yang kedua setelah BN yang sedia ada akan ditumpaskan. Hakikatnya penulisan ini saya lontarkan kepada blogger-blogger yang seperjuangan dengan saya. Saya melihat hakikat ini apabila mendapati bahawa kebanyakan blogger-blogger sahabat saya telah terkesan dengan cara Barisan Nasional menjatuhkan PR.

Contohnya, terdapat beberapa penulisan di dalam blog yang tidak mencerminkan kefahaman. Sebaliknya lebih banyak berbaur fitnah, cacian dan sebagainya. Ini kerana Barisan Nasional telah mengamalkan perkara tersebut sejak dahulu lagi, dan hari ini mereka telah terpalit kembali fitnah-fitnah tersebut. Tidak bimbangkah kita sekiranya fitnah yang kita lemparkan ini kembali ke muka kita semula?

Saya teringat Sirah Nabi Muhammad SAW yang berjuang menegakkan sebuah Negara Islam bukan dengan menyebarkan fitnah yang kosong, tetapi menceritakan hakikat yang sebenar. Saya sangat menyokong blogger-blogger yang mengambil sikap “memberitakan perkara yang sebenar”. Ini kerana strategi menyebar fitnah telah diamalkan oleh orang Munafik untuk melaga-lagakan orang Islam sepertimana yang terjadi di zaman Khalifah Saidina Ali KAW.

Ketika zaman Khalifah Ali KAW, Abdullah bin Ubai, seorang munafik telah menyebarkan fitnah sehingga memecah belahkan sesama umat Islam. Sehingga hari ini sistem khalifah telah luput semenjak 1924 disebabkan fitnah. Di dalam al Quran sendiri menyifatkan bahawa fitnah itu adalah parasit yang paling bahaya dalam meruntuhkan kesatuan.

Amalan Abdullah bin Ubai inilah yang diamalkan oleh BN selama ini. Mereka cuba memecahkan PR dengan menyebarkan fitnah. Sama seperti amalan orang munafik. Oleh itu, adakah kita juga wajar menggunakan cara yang sama untuk menghancurkan BN? Tidak, tetapi sebaliknya gunakanlah cara yang diajar oleh Baginda SAW sendiri.

Ketika zaman Nabi Muhammad SAW, Baginda SAW membangunkan Negara Islam dengan menanam kefahaman yang benar kepada masyarakat. Bukan dengan membakar semangat semata-mata tanpa sebarang kefahaman. Sebaliknya menanam kefahaman dan ditambah dengan bakaran semangat yang didasari dengan kefahaman tersebut.

Bagaimana pula kita hari ini? Adakah kita tertiru dengan cara BN menjatuhkan PR? Atau kita mengikut cara Nabi SAW? Yakinlah wahai sahabat-sahabatku, cara Baginda SAW menjatuhkan kerajaan Jahiliyyah ketika itu adalah lebih berkesan daripada cara memfitnah seperti BN memfitnah kita. Sekiranya anda menganggap bahawa artikel tulisan anda itu adalah kebenaran dan bukannya fitnah, maka teruskanlah dengan penulisan tersebut.

Tetapi, sekiranya anda merasakan bahawa anda hanya meniru cara BN menyebarkan fitnah terhadap PR, maka ia akan terpalit kembali sepertimana fitnah-fitnah BN terpalit kembali ke muka mereka. Yakinlah. Allah SWT akan mengembalikan fitnah-fitnah tersebut kepada mereka tanpa kita menyebarkan fitnah untuk melawan fitnah mereka. Maka, lawanlah fitnah mereka dengan kefahaman.

Salam Perjuangan

Dr Fikrah

Friday, April 24, 2009

SAMPAI MATI PUN ZAMBRY TAKKAN SAH JADI MENTERI BESAR

Saya sering mengungkapkan kata-kata "kebenaran itu pasti benar, dan kesalahan itu pasti salah. Tidak mungkin kebenaran itu menjadi satu kesalahan, dan kesalahan itu menjadi satu kebenaran". Berdasarkan kaedah ini, kita dapat simpulkan bahawa kenaikan Zambry sebagai MB haram, sampai bila-bila pun tidak akan jadi sah!

Sebelum ini beliau cuba memfailkan supaya mahkamah mengesahkan jawatannya sebagai MB. Tetapi, hakikatnya, walaupun mahkamah mengesahkan jawatan tersebut sekalipun, beliau tetap Menteri Besar Haram. Sampai bilakah dia akan menjadi MB yang halal? Beliau dapat menadi MB yang halal, tetapi setelah menang dalam PR yang akan datang.

Manakala jawatannya sekarang tetap haram. Dan sampai matipun, jawatan hari ini tidak akan bertukar menjadi halal, melainkan beliau menang dengan sempurna dalam pilihanraya akan datang. Mungkin ada yang bertanya, apakah dalil saya berkata begitu? Atau, apakah dalil yang menunjukkan Zambry itu adalah MB Haram?

Saya menjawab dengan mudah,… "tunjukkan pula dalil yang mengesahkan beliau sebagai MB Halal…". Sekiranya tiada dalil yang menunjukkan dia adalah seorang MB Halal, maka sudah pasti ia adalah MB Haram. Tetapi, ini adalah jawapan yang hanya membuatkan orang marah. Tidak mengapa, saya akan perlihatkan dalil yang menunjukkan beliau adalah seorang MB yang haram.

Perkara pertama yang perlu dilihat ialah kes lompat parti yang dilakukan oleh 3 orang mangkuk hayun sebelum ini. Tragedi ini jelas membuktikan bahawa ia adalah kelakukan zalim oleh Barisan Nasional. Perlakuan zalim adalah satu perkara yang diharamkan oleh Allah SWT. Manakala Barisan Nasional telah melakukan kezaliman tersebut. Lalu BN yang telah melakukan perkara haram itu telah menaikkan seorang MB dengan cara yang haram. Maka, Zambry yang dinaikkan tersebut adalah MB Haram.

MB Haram di sini bermaksud Menteri Besar yang naik tanpa perkenan rakyat, dan ia juga boleh bermaksud, MB yang menjawat jawatan tersebut dengan menggunakan cara yang diharamkan. Ya, jelas menunjukkan bahawa Zambry itu adalah MB Haram. Minta maaf, saya telah mengemukakan dalil ini, dan sesiapa yang menganggap bahawa ia adalah satu kesalahan, dipersilakan membuat komen.

Bukanlah saya yang mencanai jawatan Zambry sebagai MB Haram, tetapi, ia adalah hasil daripada pemikiran seorang yang berakal. Saya yakin, tiada seorang pun yang mengatakan dengan keinginan hatinya bahawa Zambry adalah seorang MB yang benar. Pengundi BN mengatakan Zambry sebagai MB yang benar kerana beberapa factor.

Antara factor-faktor tersebut ialah, mereka tidak berfikir dengan menggunakan akal. Mereka hanya melihat dengan keinginan jahat sahaja. Faktor yang lain ialah, mereka begitu membenci ulama’ sehinggakan mereka tidak mahu golongan ini naik sebagai kepimpinan. Mereka juga membenci peraturan-peraturan yang bakal digariskan sekiranya PR menang. Ini kerana peraturan tersebut seolah-olah mengganggu keempukan kerusia mereka selama ini.

Oleh itu, tinggalkanlah BN dan kembalilah befikir secara rasional. Setiap undi kepada BN membawa padah kepada semua rakyat Malaysia!

Salam Perjuangan

Dr Fikrah

Thursday, April 23, 2009

ADAKAH OSMAN JAILU KE 2 AKAN MUNCUL?

Sudah lama hati ini berkeinginan untuk mencoret sebuah warkah buat sahabat-sahabat seperjuangan. Saya sudah lama melihat gerak geri penyokong PR sejak awal penubuhannya. Kesimpulan yang dapat ditulis di sini ialah, PR memiliki penyokong yang ramai, tetapi beberapa kerat sahaja yang mendokongnya. Kalau sebelum ini, saya lebih suka menasihat golongan biru, tetapi hari ini, saya ingin memberi nasihat juga kepada PR. Nasihat itu adalah untuk semua.

Persoalan pertama yang ingin saya lontarkan kepada anda ialah, “kenapa anda menyokong PR?”. Sudah pasti anda akan menjawab bahawa anda menyokong PR kerana PR memperjuangkan keadilan dan hak rakyat.

Sekiranya anda hanya menjawab sebegini sahaja, maka jawapan tersebut belum lengkap. Sepatutnya anda menyokong PR kerana PR menegakkan keadilan, dan keadilan itu adalah satu suruhan Allah SWT. Anda juga perlu menyatakan bahawa aku menyokong PR kerana PR memperjuangkan Islam. Islam itulah yang memperjuangkan keadilan.

Ramai penyokong PR yang menyokong kerana semangat semata-mata. Mereka lupa bahawa semangat itu pasti akan berkurangan dan akan bertukar lemah semangat. Tetapi, anda perlu betulkan perjuangan anda berdasarkan kefahaman! Anda perlu faham kenapakah aku berjuang di dalam PR. Anda juga perlu tahu bahawa sekiranya PR itu tidak memperjuangkan Islam, anda perlu meninggalkannya.

Begitu juga keadilan. Sekiranya PR tidak lagi menegakkan keadilan yang Allah suruh, maka perbetulkanlah ia. Sama seperti PAS hari ini yang berusaha membetulkan kerajaan BN yang sekian lama telah melakukan jutaan kesilapan. Wahai penyokong PR, janganlah anda menjadi BN yang kedua. Janganlah anda membentuk kezaliman baru, untuk menjatuhkan kezaliman yang lama.

Kezaliman baru itu ialah berjuang bukan atas tiket Islam. Tetapi dengan tiket menuntut hak poket sendiri semata-mata. Walaupun orang menyatakan bahawa perkataan “jangan” itu bahaya untuk digunakan, tetapi bagi penyokong PR, saya wajar menggunakannya. Janganlah anda menjatuhkan BN kerana mereka merampas hak anda semata-mata! Ini kerana, sekiranya mereka telah memberikan hak tersebut kepada anda, tetapi tidak pada orang lain, maka anda akan seronok dan lupa diri.

Lihatlah apa yang terjadi pada Osman Jailu, akibat kesilapan tujuan di dalam berjuang, akhirnya beliau tersungkur di tengah jalan, lalu dilanggar kereta… Jadikanlah individu Osman Jailu itu sebagai pengajaran supaya kita tidak menuruti jejak langkahnya. Ini kerana pada mulanya, beliau bersemangat menentang BN kerana kezaliman BN, tetapi akhirnya dia sendiri yang mencipta kezaliman baru yang menyebabkan seluruh Negeri Perak dilanda kemelut.

Beliaulah salah seorang yang tidak memahami erti perjuangan PR. Memang merugikan. Saya yakin, Osman Jailu akan bertambah bilangannya sekiranya penyokong PR hanya berjuang kerana semangat, dan tidak memahami apa ertinya aku berjuang. Inilah kesilapan besar yang sering dilakukan oleh pejuang kebenaran. Fikirlah bersama.

MEDIA ASING TIBA-TIBA MENYERANG NAJIB, TAHNIAH ATAU TAKZIAH?


Semalam saya terbaca artikel yang disiarkan di dalam blog Cina Islam yang bertajuk “Media Asing sudah mula burukkan imej Najib, kata Mahathir”. Artikel ini sedikit sebanyak memberikan bonus kepada Pakatan Rakyat, dan memberi tamparan hebat kepada Najib dan Barisan Nasional sendiri. Saya yakin, ramai PR yang akan mengucapkan “padan muka” kepada Najib.

Tetapi, bagi saya, kita perlu mengetahui siapakah “media asing” tersebut. Dan siapakah pula yang mendalangi semua serangan-serangan ini? Mahathir telah menyebut bahawa serangan-serangan media asing ini secara tiba-tiba, seolah-olah dirancang. Jadi, siapakah perancangnya? Sampai hari ini, persoalan ini akan tergantung, sehinggalah Najib sendiri yang menyaman media asing tersebut.

Tetapi sehingga hari ini, Najib seolah-olah berada di kandang pesalah kerana hanya mampu berdiam diri dan melihat dengan benci, berita-berita yang disiarkan diseluruh dunia tersebut. Sekiranya beliau berada di pihak yang benar, kenapakah dia perlu berada di kandang pesalah? Untuk menyelesaikan perkara ini, saya menggunakan kaedah yang pernah saya lakukan, iaitu dengan menggunakan “andaian dan pembahagian”.

Najib kemungkinan bersalah, dan kemungkinan tidak bersalah. Sekiranya dia tidak bersalah, dia boleh menyaman media asing tersebut, bahkan mampu untuk membersihkan nama baiknya. Ini kerana beliau tidak bersalah. Tetapi, sekiranya Najib bersalah, beliau tidak dapat menyaman media asing tersebut, kerana media asing tersebut menyebut fakta yang benar.

Dua kemungkinan ini boleh difikirkan bersama. Sehingga hari ini Najib masih belum membersihkan nama baiknya sekiranya dia dianggap tidak bersalah. Tetapi apa yang terjadi, kemungkinan mengatakan Najib itu bersalah, adalah kemungkinan yang besar. Ini kerana beliau seolah-olah membenarkan apa yang dikatakan oleh media tersebut.

Tetapi ia sangat pelik dengan apa yang terjadi di Malaysia. Gobind digantung kerana bertanyakan hal Altantuya, tetapi media asing tidak diperlakukan apa-apa walaupun mereka bebas mengatakan begitu. Saya teringat kalam Najib sebelum ini, bahawa beliau menekankan aspek merendah diri. Beliau menyatakan juga bahawa kita sepatutnya merendah diri terhadap rakyat Malaysia, tetapi dengan negara lain, kita perlu menunjukkan gah.

Inilah kalamnya yang dianggap sebagai kalam seorang haprak. Ini kerana ia tidak lebih melainkan hanya omongan kosong semata-mata. Memang betul, beliau tidak mampu menunjukkan gah di hadapan mata masyarakat asing kerana mereka sendiri sudah melihat “aurat” Najib yang terdedah di seluruh dunia.

Sedikit analogi bagi Perdana Menteriku… terdapat seorang pemimpin yang hebat, naik ke atas pentas untuk memberi ucapan yang turut dihadiri oleh masyarakat sedunia. Tanpa disedari, seluar yang dipakainya mengalami koyak di bahagian sulit. Lalu seorang rakyatnya datang membisikkan sesuatu kepadanya, menyatakan bahawa seluarnya koyak.

Tetapi, dengan angkuhnya, dia terus memanggil polis untuk menangkap rakyatnya tersebut yang dikatakan cuba mengganggu majlisnya. Setelah itu, dia menyambung lagi ucapannya dalam keadaan seluarnya yang koyak. Selepas beberapa minit memberi ucapan, bangun seorang warga asing, dan dengan selambanya, dia mengatakan di hadapan orang ramai bahawa “seluar tuan koyak…”

Habis bergema hilai tawa para pendengar. Tetapi, untuk menunjukkan professionalnya yang bodoh, beliau berdiam diri, dan terus memberikan ucapan. Pemimpin yang berseluar koyak itu terus memberi ucapan walaupun semua hadirin ketika itu melihat kekoyakan tersebut…… Fikirlah wahai orang yang berakal.

Salam perjuangan

Dr Fikrah

Wednesday, April 22, 2009

KEMELUT DI PERAK : SIAPA JUARA DAN SIAPA PULA YANG TERKUBUR?


Persoalan juara dan kubur ini dapat dijawab dengan beberapa pemahaman yang mudah. Kita tidak perlu menunggu keputusan mahkamah perbicaraan di antara Zambry dan Mohd Nizar. Tetapi cukup sekadar kita membuat kaedah yang diajar oleh Imam al Ghazali. Kaedah yang digunakan oleh Imam al Ghazali di dalam persoalan susah ini, adalah dengan menggunakan “andaian dan pembahagian”.

Di sini, kita menggunakan kaedah ini untuk mendapatkan jawatan ini. Kita menggunakan watak Zambry sebagai contoh. Zambry kemungkinan menang, dan kemungkinan kalah dalam perbicaraan tersebut. Sekiranya beliau menang, beliau akan kekal sebagai Menteri Besar, sehinggalah pilihanraya akan datang.

Sekiranya kalah dalam perbicaraan kali ini, beliau akan turun daripada takhta haram, dan mendapat cacian dan kejian daripada banyak pihak terutamanya seluruh rakyat Perak sendiri. Bahkan Barisan Nasional akan dilenyapkan sehabis-habisnya kerana kejahatan mereka merampas kerajaan Perak telah disahkan. Sudah pasti BN akan terkubur, dan terpaksa berkempen lebih 30 tahun untuk mengembalikan kepercayaan tersebut.

Kita kembali kepada kemungkinan pertama. Iaitu sekiranya beliau menang dalam perbicaraan, beliau akan terus sebagai MB sehinggalah pilihanraya akan datang. Adakah beliau masih dapat kekal dengan jawatan MB selepas itu? Sekiranya beliau kalah pun sudah melahirkan kebencian, apatah lagi sekiranya beliau menang? Lebih ramai orang membencinya! Bahkan di dalam pilihanraya tersebut akan menyaksikan Barisan Nasional Perak akan terkubur dalam tempoh jangkamasa yang panjang.

Maka, hasil daripada kaedah yang diajar oleh Imam al Ghazali ini, menghasilkan satu kesimpulan. Samada Zambry menang dalam kes ini ataupun kalah, akhirnya Barisan Nasional tetap dikuburkan. Cuma berbeza dari sudut masa. Samada terkubur selepas perbicaraan, atau terkubur selepas pilihanraya akan datang. Hasilnya, BN tetap terkubur!

Wahai Zambry dan kuncu-kuncu anda, fahamilah kaedah ini dengan sebenar-benarnya. Kamu semua tetap akan terkubur. Cuma tidak pasti bilakan masa kamu dikuburkan. Oleh itu saya menasihatkan kamu supaya bertaubat sebelum ditanya oleh Malaikat Kubur! Bertaubatlah sebelum dipalitkan tahi oleh manusia setelah kamu dikuburkan tersebut.

Saya yakin, setelah Zambry dan BN terkubur, satu dunia akan mencaci pemerintahan Zambry dan mukanya akan kekal diabadikan di hati-hati pejuang supaya menjadi tauladan yang dibenci. Sama seperti Firaun yang mayatnya diabadikan, tetapi pengabadiannya itu menjadi pengajaran yang berguna untuk generasi mendatang.

Oleh itu, saya sekali lagi menasihatkan kepada Zambry supaya bertaubat sebelum terkubur. Bagaimanakah kaedah taubat tersebut? Sertailah Pakatan Rakyat! Taubat anda sudi kami terima dengan berlapang dada. Kembalilah ke dalam PR sebelum anda terus berkubur dan nama anda menjadi sebutan sebagai penjenayah yang tidak dipenjarakan. Saya yakin, sekiranya anak yang masih di bangku sekolah atau berada di mana-mana university, akan menanggung malu dengan kelakuan anda.

Salam Perjuangan

Dr Fikrah

Majlis Konvokesyen PUO dicemari Pesta Hiburan

oleh : mohd hafez sabri

Majlis konvokesyen yang diadakan setiap tahun di semua Institusi Pengajian Tinggi Awam dan Swasta merupakan satu ikon kepada kecemerlangan para graduan dalam bidang pengajian masing-masing. Seluruh ahli keluarga dan sahabat handai membanjiri persekitaran kampus untuk sama-sama meraikan kejayaan mereka. Keadaan di persekitaran kampus juga sesak dengan gerai-gerai konvo yang disediakan oleh pihak pengurusan dengan menjual pelbagai jenis makanan dan barangan.

Sebagai sebuah gerakan mahasiswa yang bertanggungjawab terhadap keadaan dan perkembangan mahasiswa Perak, saya selaku Presiden BERSATU Perak bersama rakan-rakan pimpinan mahasiswa Perak tidak melepaskan peluang mengunjungi gerai- gerai konvo di sekitar politeknik Ungku Omar. Namun kami merasakan suasana konvokesyen Politeknik Ungku Omar Ipoh Perak kali ini sungguh berbeza jika dibandingkan dengan sebelum ini

Dari pemerhatian saya majlis konvokesyen Politeknik Ungku Omar Ipoh Perak, kali ini tidak ubah seakan pesta hiburan. Dari jauh sudah kelihatan sebuah pentas hiburan yang dilengkapi dengan peralatan muzik kotemperori bersebelahan dengan Jabatan Kejuruteraan Awam dan Mekanikal. Saya sempat bertanya beberapa orang pelajar di sekeliling, yang seakan asyik melihat persembahan nyanyian dan tarian di atas pentas tersebut. Mereka menyatakan, pentas tersebut digunakan setiap malam sepanjang konvokesyen untuk tujuan persembahan hiburan oleh artis- artis yang dijemput khas seperti Azizi Akademi Fantasia dan ramai lagi, sememangnya perkara ini telah mencemarkan suasana keilmuan kampus tersebut serta merendahkan martabat mahasiswa.

Saya berasa amat kesal dengan apa yang berlaku kerana keadaan ini telah mencemarkan imej politeknik sebagai pusat keintelektualan yang disegani dan dikenali ramai pada pandangan kaca mata pengunjung, ibu bapa dan masyarakat sekeliling. Aktiviti seperti ini lah yang sebenarnya menyumbang kepada faktor kebejatan masalah sosial di kalangan pelajar politeknik. Mahukah kita malihat golongan intelek yang menjadi asset Negara pada hari ini, dirosakkan oleh tangan kita sendiri? Hiburan seperti ini sebenarnya tidak sesuai diadakan jika dibandingkan dengan matlamat sambutan konvokesyen itu sendiri.

Selain itu, bunyi muzik yang keterlaluan sebenarnya bukan sahaja mengganggu proses pembelajaran yang sedang dijalankan seperti biasa pada waktu siang malah pastinya menghilangkan konsterasi pelajar- pelajar yang sedang mengulangkaji pelajaran di asrama (KAMSIS) pada sebelah malam. Tambahan pula sekarang adalah tempoh pelajar-pelajar disibukkan dengan pelbagai ujian dan tugasan akademik masing-masing. Lebih mengecewakan lagi, apabila pihak Masjid Sultan Azlan yang terletak di hadapan politeknik memperdengarkan bacaan al-Quran Karim menjelang waktu zohor, bunyi muzik di politeknik tidak dihentikan. Saya sungguh hairan bagaimana keadaan ini boleh berlaku tanpa kawalan dari pihak pengurusan politeknik . Di manakah sensetiviti kita sebagai umat Islam dan golongan intelek yang tidak langsung menghormati waktu solat?

Saya mewakili seluruh mahasiswa Perak yang berada di bawah Gabungan Mahasiswa BERSATU Perak, menyarankan agar pihak pengurusan dan pentadbiran Politekinik Ungku Omar Ipoh Perak,menyediakan program- program berbentuk ilmiah bersesuaian dengan visi dan misi politeknik seperti pertandingan rekacipta dan inovasi, pameran teknologi, forum bicara ilmu dan sebagainya yang mampu meningkatkan daya saing dan kreativiti para pelajar sebagai inisiatif untuk melatih mereka menggunakan kemampuan dan idea sendiri dalam mencipta peluang pekerjaan memandangkan masalah kadar pengangguran semakin meningkat hari ini. Saya menyeru kepada seluruh mahasiswa, persiapkanlah diri kita dengan pelbagai ilmu dan kemahiran untuk menghadapi cabaran yang menunggu di hadapan. Jadilah mahasiswa yang benar-benar berkualiti bukan seperti tin kosong yang tidak ada nilai kepada masyarakat.

Saya turut berasa bangga dengan kejayaan Politeknik Ungku Omar yang sudah 40 tahun usinya telah melahirkan ramai graduan cemerlang sehingga ke peringkat antarabangsa. Namun, untuk mengekalkan prestasi ini, pihak pengurusan politeknik perlu lebih teliti dan memperhalusi aspek penganjuran program- program dalam majlis konvokesyen seperti ini agar nilai keintelektualan Institusi Pengajian Tinggi ini terus subur dan menjadi lambang kebanggaan serta contoh kepada dunia akademik hari ini ke arah mercu kecemerlangan.

(Mohd Hafez bin Sabri ialah Presiden Gabungan Mahasiswa BERSATU Perak)

TIADA DALIL YANG DAPAT MENYATAKAN ZAMBRY ITU BENAR


Perak hari ini mengalami krisis yang sangat teruk dan memalukan sejarah tamadun Malaysia. Segalanya berpunca daripada tindakan Barisan Nasional sendiri yang bertindak melakukan rasuah dengan jelas. Tetapi, malangnya, sehingga hari ini kes ini masih ditulikan. Seolah-olah mereka yang melompat parti ini tidak bersalah.

Semalam, saya terbaca berita daripada Malaysiakini yang menyiarkan bahawa Mohd Nizar mendedahkan isi perbincangannya dengan Sultan Perak. Susulan daripada bacaan saya tersebut, saya masih lagi tidak tahu, bagaimanakah rakyat Perak boleh mengatakan bahawa Zambry berada di pihak yang benar? Sehingga hari ini, saya tidak menemui langsung “hakikat” yang mengatakan Zambry adalah seorang yang benar.

Tetapi, apabila melayari blog-blog pembela Negara, mereka asyik menyebut bahawa Nizar gilakan kuasa, walaupun Zambry telah layak sebagai Menteri Besar. Di manakah kelayakan tersebut? Atau ia hanya omongan kosong. Saya mempersilakan kepada sesiapa sahaja untuk membuktikan bahawa Zambry berada di pihak benar.

Mungkin mereka berhujah bahawa kenaikan Zambry mendapat perkenan Sultan. Tetapi yang peliknya, bagaimanakah Zambry boleh “naik” itu? Sudah pasti disebabkan 3 orang mangkuk hayun yang melompat parti itu. Ingin saya memberi sedikit kefahaman kepada mereka yang masih mengatakan kebenaran di pihak Zambry, bahawa rakyat memilih 3 orang jahanam itu disebabkan mereka berada di atas tiket Pakatan Rakyat!

Setelah mereka berpaling tadah daripada PR, siapa lagi yang menyokongnya? Saya teringat kata-kata Nizar… “Saya berada di tiket PR, bukan atas nama peribadi”. Inilah kalam yang sepatutnya diutarakan oleh seorang pimpinan. Saya yakin, sekiranya Zambry menggunakan tiket peribadi, tiada siapa yang menyokongnya. Bahkan membencinya.

Begitu juga Najib. Saya menasihatkan Najib supaya tidak terlalu taksub dengan jawatan PM anda. Ini kerana anda dinaikkan sebagai PM dengan tiket BN, bukan dengan peribadi. Sekiranya anda berada di Parti Bebas, batang hidung anda pun orang tak kenal. Begitu juga PAS. PAS bergerak dengan tiket PAS, bukan atas nama individu.

Kemelut di Perak menampakkan lagi keaiban Barisan Nasional dalam berpolitik. Semakin hari, mereka dilabelkan sebagai orang yang tidak reti undang-undang. Ataupun digelar sebagai pencabul undang-undang. Adakah ini perjuangan Barisan Nasional selama ini? Najib pula sibuk dengan penerapan nilai murninya sedangkan dia sendiri yang menolak Islam di Malaysia.

Saya mempersilakan kepada Najib supaya melakukan keadilan yang anda utarakan itu. Laksanakanlah ia di Negeri Perak. Ajarlah anak buah anda yang bernama Zambry itu. Tetapi, malang sekali, rupa-rupanya Najib pun 2 X 5 Zambry. Saya teringat persoalan yang ditimbulkan kepada ustaz Ismail Kamus, …

“Bolehkah kita menggunakan jin untuk menyihir tentera Amerika?”

Ustaz Ismail Kamus menjawab.. “Jin yang dihantar untuk menyihir itu adalah adik beradik dengan tentera Amerika.. mana mungkin dia akan menjahanamkan adik beradiknya sendiri…”

Begitu juga dengan Najib dan Zambry. Mana mungkin Najib akan menjatuhkan Zambry (walaupun dia mencabul undang-undang sekalipun) kerana mereka adalah 2 X 5 sahaja. Najib akan terus dengan ucapannya yang dikatakan “murni”. Tetapi dalam masa yang sama, Zambry membuat onar di bumi Perak.

Salam Perjuangan

Dr Fikrah

Tuesday, April 21, 2009

ORANG KAFIR DI ZAMAN NABI MUHAMMAD SAW JUGA MELANGGAR UNDANG-UNDANG MEREKA!


BN Perak yang semakin hari dilihat sebagai pencabul undang-undang semakin dibenci oleh semua orang. Sama sahaja dengan Barisan Nasional yang mencabul undang-undang yang ditulisnya sendiri. Dengan sesedap hatinya, mereka melanggar mana-mana undang-undang tulisan mereka sendiri, yang dianggap menyusahkan mereka. Tetapi, apabila orang lain mengkritik undang-undang, terus dipenjarakan.

Lihatlah apa yang terjadi kepada mereka yang menyuarakan suara mereka di dalam blog, terus sahaja dibuat akta media untuk menyekat orang-orang ini. Tetapi, apakah tindakan mereka terhadap blog yang menghina Nizar dengan jelas. Bukti pun sudah ada. Tetapi sampai hari ini, mereka cuma seorang haprak yang tuli dengan undang-undang sendiri.

Hakikatnya ini juga terjadi di zaman Nabi Muhammad SAW sendiri. Ketika Nabi Muhammad SAW masuk ke Madinah, Baginda SAW telah membuat perjanjian dengan orang-orang kafir. Antaranya dengan musyrikin Madinah, dan orang-orang Yahudi. Begitu juga perjanjian Hudaibiah, yang menyaksikan bahawa kedua-dua pihak, Islam dan kafir, bersetuju dengan undang-undang yang mereka sepakati bersama.

Selang beberapa tahun, Orang Yahudi telah mencabul undang-undang yang mereka janjikan. Begitu juga Perjanjian Hudaibiah. Undang-undang yang mereka janjikan bersama dicabul dengan begitu mudah. Mereka mengkhianati janji mereka sendiri. Mereka telah berjanji tidak akan melanggar peraturan-peraturan yang disepakati bersama itu. Tetapi, apa yang berlaku adalah sebaliknya.

Barisan Nasional di Malaysia lebih teruk lagi. Undang-undang yang mereka senaraikan itu langsung tidak diselarikan dengan undang-undang Islam, tetapi, mereka sendiri yang melanggar undang-undang tersebut. Mereka yang membuat undang-undang itu, tetapi mereka sendiri yang melanggarnya. Bodohnya golongan ini.

Contohnya, Guru Disiplin di sebuah sekolah, melarang keras murid-murid daripada merokok di dalam kawasan sekolah. Tetapi malangnya, Guru Disiplin yang bodoh ini telah menghisap rokok di dalam kelas ketika mengajar! Apakata pelajar sekolah? Sudah pasti mereka mengatakan bodoh kepada Guru Disiplin tersebut, bahkan 90% daripadanya sudah mencarut-carut!

Demikianlah keadaan di Malaysia, mereka yang mendakwa bahawa mereka adalah penggubal undang-undang, akhirnya mereka sendiri yang melanggarnya. Mereka melanggar peraturan tersebut dengan jelas, sepertimana Guru Disiplin itu menghisap rokok di dalam kelas ketika sedang mengajar! Saya yakin, ramai pembaca akan mengatakan “Dr Fikrah buat contoh yang tak masuk akal, kerana mana mungkin Guru Disiplin begitu bodoh dengan berbuat demikian”.

Tetapi, saya menjawab,… memanglah tidak masuk akal, tetapi, ia sudah terjadi di hadapan mata! Memang Barisan Nasional begitu bodoh kerana melanggar undang-undang tersebut. Sama seperti Guru Disiplin yang dianggap sebagai tidak masuk akal dia akan melanggar peraturan sekolah. Tetapi hakikatnya, ia sedang terjadi. Ukurlah sendiri.

Salam Perjuangan

Dr Fikrah

BN PERAK MEMPALIT NAJIS KEPADA PM MEREKA


Tempoh hari, telah disiarkan di dalam blog dan web di Malaysia, bahawa kelakuan haram yang telah dilakukan oleh Setiausaha Dewan. Entah kenapa, dia merasakan dirinya lebih hebat dari Speaker dengan mengeluarkan surat bersidangnya Parlimen pada Mei akan datang. Siapakah yang memberi mandate kepadanya untuk membuat surat tersebut? Ternyata Setiausaha Dewan pula ingin menjadi hero dalam BN Perak.


Sikap bodoh yang dilakukan oleh Setiausaha Dewan ini jelas membuktikan bahawa beliau tidak layak menjawat jawatan tersebut. Sepatutnya dia disekolah rendahkan dan diajar dengan nilai-nilai murni. Dia sepatutnya diajar memahami etika dan peraturan, tetapi mungkin dia sudah lupa. Memang benarlah kata-kata Mahadet, manusia mudah lupa, dan Mahadet sendiri sudah lupa apa yang diperkatakannya.


Setiausaha Dewan mengeluarkan surat tanpa sebarang arahan daripada Speaker Dewan. Tindakan bodohnya itu menampakkan kebodohannya lagi. Seseorang pernah menegur saya, “tidak elok berkata bodoh kepada orang lain”. Tetapi bodohlah saya kalau tidak mengatakan bodoh kepada seorang yang sememangnya bodoh! Bahkan saya sepatutnya menganugerahkan perkataan “bangang” kepadanya, bersesuaian dengan tindakan bangangnya.


Saya teringat lagi apa yang dikatakan oleh Najib, bahawa kita disuruh supaya merendah diri, dan menjadi seorang yang baik-baik. Inilah kalam haprak yang dituturkan oleh seorang manusia. Anda boleh baca sendiri artikel sebelum ini yang telah saya tulis, sebagai hadiah kepada PM. BN Perak hari ini dilihat mempalit tahi mereka kepada ketua mereka, iaitu PM.


Najib berkata, kamu sepatutnya jadi pekerja yang baik, tetapi BN Perak menjawab,… nah, ambillah tahi ini sebagai tanda kami sebagai seorang pekerja kamu yang baik. Sebelum ini, ada juga yang menegur saya, “kata-kata kamu agak kasar”…. Saya menjawab semula,.. tiada orang di dunia ini yang marah dengan menggunakan kata-kata lembut!


Sebelum ini juga, BN sibuk berkata tentang undang-undang. Dan antara undang-undang yang disebut ialah undang-undang berparlimen, perlembagaan persekutuan. Mereka berkobar-kobar mendakwa bahawa kita mesti menghormati undang-undang. Ini kerana ia adalah tunjang… Inilah kata-kata mereka yang telah dibakulsampahkan oleh mereka sendiri.


Maka, nasihat yang sesuai untuk mereka ialah teguran keras. Hendak memecahkan sebongkah batu, mana mungkin hanya dengan menepuk dengan menggunakan tangan! Oleh itu, kita sepatutnya memukulnya dengan kuat, dan menggunakan alatan yang sesuai. Artikel ini adalah alat yang digunakan untuk memecahkan kepala mereka yang membatu itu. Masih tidak sesuaikah?


Isu Perak tidak akan selesai selagi mana BN masih lagi mengamalkan perbuatan bodoh mereka. Saya juga mempersilakan mereka berbuat demikian sekiranya mereka ingin melihat mereka dikuburkan pada pilihanraya akan datang. Bertaubatlah sebelum kamu dikuburkan! Jangan jadi seorang yang dikuburkan dalam keadaan belum bertaubat. Bertaubatlah daripada kelakuan bodoh ini, kerana tahi ini akan terpalit pada muka anda, dan muka semua ahli BN!


Salam Perjuangan


Dr Fikrah

ISU TARIAN DI MESIR : SEMUA PIHAK TIDAK MENGAKU BERSALAH


Tempoh hari saya terbaca kenyataan rasmi daripada isma mesir yang membuatkan hatiku terguris, dan tertanya-tanya. Sebelum ini, isu tarian ini sudah banyak ditulis di dalam blogger-blogger terutamanya dari kalangan pelajar Azhar sendiri yang perihatin terhadap masalah ini. Turut disiarkan juga di dalam blog Cina Islam. Namun, hakikatnya, semua pihak bersikap lepas tangan, dan tidak mahu mengaku salah.


Program anjuran Jabatan Penuntut Malaysia Kaherah itu mendapat kerjasama dari persatuan Nadi UMNO, ISMA Mesir, beberapa buah Badan Kebajikan Anak Negeri, dan persatuan-persatuan lain. Malangnya, kesemua pihak penganjur ini masing-masing tidak mahu mengaku kesalahan. Terutamanya ISMA Mesir yang telah menyiarkan di dalam webnya. Habis, siapakah yang patut dipersalahkan?


Adakah kita menyalahkan penari tersebut, atau kita menyalahkan pihak penganjur? Sudah pasti pihak penganjur, kerana mereka sepatutnya bertanggungjawab terhadap setiap slot di dalam program tersebut. Sepertimana yang telah disebut, slot tarian tersebut di luar pengetahuan pihak penganjur, tetapi, sikap “tidak tahu” itu patut ditanggung oleh penganjur, kerana mereka sepatutnya mengetahui setiap perincian program.


Saya yakin, sekiranya program Festival Asean itu berjaya dengan gilang-gemilangnya, sudah pasti semua pihak akan mengaku bahawa merekalah yang menganjurkan program tersebut. Tetapi, apabila berlaku kesilapan, atau kecacatan, masing-masing “sorok tangan”. Perkara ini tidak sepatutnya dilakukan oleh pihak penganjur, kerana sikap berlepas tangan ini adalah sikap yang tidak bertanggungjawab.


Kalau sebelum ini, terjadi kes yang sama, iaitu seorang mahasiswa Melayu membunuh rakannya, yang berlaku di Mansurah, Mesir. Berduyun-duyun pihak mempersalahkan Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) kerana kes tersebut. Tetapi hakikatnya, pembunuh tersebut tidak berdaftar sebagai ahli PMRAM, Badan Kebajikan Anak Negeri, ataupun Dewan Perwakilan Mahasiswa.


Fitnah sebegini akhirnya terpalit kepada muka mereka sendiri. ISMA Mesir pula sedaya upaya menafikan kesilapan tersebut, sedangkan dia turut sama sebagai penganjur. Bahkan ISMA Mesir adalah sebuah persatuan dan kenyataan tersebut disiarkan di dalam webnya. Kesilapan ini sepatutnya diakui, dan bukanlah dengan menghujum blog-blog yang bersifat peribadi.


Memang benar, orang yang makan cili, akan terasa pedas. Sekiranya ISMA merasakan mereka difitnah, maka tidak perlulah merasa pedas dengan fitnah tersebut. Tetapi, apa yang berlaku adalah sebaliknya. Mereka terasa pedas dengan tulisan-tulisan blog tersebut. Ini kerana mereka menganggap mereka adalah persatuan yang “bersih”, dan mendasari manhaj, tetapi hakikatnya mereka sahaja yang tahu.


Saya tidak berniat memburukkan ISMA, tetapi saya berniat supaya ISMA tidak keterlaluan di dalam membuat kerjasama. Nadi UMNO yang jelas berpijak dengan stand politik, turut dijadikan kerjasama dengan ISMA. Sedangkan JPMK habis-habisan melarang mahasiswa al Azhar daripada berpolitik. Sudahnya, semua pihak terpalit dengan tahi yang mereka cuba lemparkan kepada orang lain. Maka, rasailah tahi sendiri.


Salam Perjuangan


Dr Fikrah

Monday, April 20, 2009

BN TARIK DIRI SEPERTIMANA ROM MENARIK DIRI DARI PERANG TABUK (Siri 2)

Sebelum ini telah dicatatkan beberapa sejarah tercetusnya Perang Tabuk. Setelah kedua-dua pihak membuat persiapan, lalu masing-masing menuju ke Tabuk untuk berperang di sana. Di Malaysia hari ini, masing-masing sedang menuju ke mana-mana Dun yang kosong untuk menguatkan jentera masing-masing.

Tabuk adalah kawasan yang begitu jauh dengan Mekah, dan persiapan ketenteraan Islam agak kurang. Umat Islam yang keluar menuju ke Tabuk, seramai 30 000 orang, dan menyebabkan kelengkapan perang berkurangan. Seekor unta ditunggangi oleh 18 orang secara bergilir, dan unta-unta tersebut ada yang disembelih di pertengahan jalan, sebagai bekalan.

Berbeza dengan tentera Rom. Mereka mempunyai kelengkapan yang cukup, seperti baju besi, kuda dan sebagainya. Manakala Islam pula, terpaksa menuju ke Tabuk yang sangat jauh kedudukannya dari Kota Mekah. Sekiranya diukur dengan akal, kita akan berkata “agak susah bagi Islam untuk menang kerana mereka terpaksa berjalan jauh dalam keadaan kekurangan bekalan. Apabila sampai, sudah pasti ada di kalangan Islam yang lemah”….

Inilah ukuran akal kita. Sama sahaja sekiranya kita mengatakan “PAS terpaksa mengutip dana daripada sumbangan ahli-ahli mereka. PAS payah untuk mendapat permit ceramah untuk menguatkan kedudukan…” Ini juga ukuran mata kita. Tetapi hakikatnya Allah sahaja yang tahu.

Ketika Baginda SAW sampai di Tabuk, mereka berpusat di kawasan berhampiran. Mereka bersiap sedia di situ untuk menentang Rom. Baginda sempat memberi ucapan kepada tentera Islam supaya tidak melihat kepada material semata-mata. PAS hari ini juga diingatkan supaya tidak berjuang untuk merebut material seperti duit, pangkat dan sebagainya.

Setelah mendengar berita ketibaan tentera Islam, Kerajaan Rom agak takut. Mereka takut disebabkan takjub dengan kesungguhan umat Islam. Sudah lah berjalan kaki berbatu-batu, kekurangan makanan, kelengkapan perang tidak mencukupi, tetapi masih sanggup menentang Kerajaan Rom, yang besar itu.

Mereka tidak berani untuk mara ke hadapan kerana bimbang bertembung dengan Islam. Lalu mereka berpecah-pecah ke sempadan negeri. Mereka merasakan bahawa menarik diri itu lebih menyelamatkan keadaan mereka daripada ribuan tentera mereka terbunuh. Seorang pimpinan Rom datang berjumpa Rasulullah SAW untuk memeterai perjanjian (tidak berperang) dan bersetuju untuk mebayar jizyah.
.

Di Malaysia juga berlaku perkara yang sama. Barisan Nasional telah menarik diri daripada peperangan pilihanraya Penanti. Apakah sebabnya? Adakah mereka takut dengan kesungguhan PAS atau mereka tidak ingin untuk melihat PR mengamuk lagi di Penanti sepertimana yang berlaku di Bukit Gantang? Mungkin juga mereka tidak ingin melihat kemenangan PR di Penanti sebagai satu “menang mewah”.

Salam Perjuangan

Dr Fikrah

BN TARIK DIRI SEPERTIMANA ROM MENARIK DIRI DARI PERANG TABUK (Siri 1)


Berita semalam (19 April) telah menyiarkan bahawa Barisan Nasional telah menarik diri dari bertanding di kawasan Penanti, Pulau Pinang. Kenapa ya? Tidak mengapa, mungkin Barisan Nasional mempunyai strateginya yang tertentu, tetapi, mungkin juga mereka sudah berputus asa. Atau adakah kemungkinan Najib dirasuah oleh Pakatan Rakyat supaya tidak bertanding? Inilah tanggapan yang lucu, dan tidak perlu difikirkan rasionalnya.

Tetapi, walaubagaimanapun, saya tertarik untuk menceritakan Sirah Nabi Muhammad SAW, yang menunjukkan perkara yang sama. Memang tidak dinafikan, musuh-musuh Allah SWT pernah menarik diri daripada menyertai peperangan bersama Muslimin, walaupun pada mulanya mereka gah untuk menunjukkan kehebatan mereka. Mungkin ia sedikit sebanyak boleh dilihat pada apa yang terjadi hari ini di Pulau Pinang.

Perang Tabuk telah berlaku selepas pembukaan Kota Mekah. Umat Islam ketika itu sudah berduyun-duyun memeluk Agama Islam dan Islam dapat berkembang dengan baik di Mekah. Mekah telah pun menjadi pusat pemerintahan Nabi Muhammad SAW, walaupun pada mulanya Madinah. Perang Tabuk berlaku susulan daripada Perang Mu’tah.

Perang Mu’tah tercetus akibat daripada pembunuhan al Harits bin Umair, seorang utusan daripada Nabi Muhammad SAW kepada Pemerintah Busra. Al Harits telah dihalang oleh Syurabil bin Amru al Ghassani, seorang Gabenor Kaisar di Wilayah Balqa, Syam. Beliau telah menangkap al Harits, mengikatnya kemudian memancung lehernya.

Apabila berita ini disampaikan kepada Nabi Muhammad SAW, Rasulullah SAW mengisytiharkan perang terhadap Rom yang merupakan kuasa besar ketika itu. Di dalam Perang Mu’tah, ramai umat Islam terbunuh, dan pimpinan-pimpinan hebat orang Islam turut sama terbunuh. Begitu juga dengan tentera Rom sendiri.

Tentera Rom melihat bahawa kerajaan Nabi Muhammad SAW di Kota Mekah itu sangat memberi ancaman kepada Rom. Mereka bimbangkan kuasa kerajaan Islam akan menyaingi mereka. Manakala di pihak Islam pula, misi untuk menuntut bela terhadap pembunuhan utusan dan beberapa tentera Islam dilihat masih gagal.

Lalu, setelah menerima berita bahawa Rom sedang membuat persiapan untuk menentang Islam, maka Nabi Muhammad SAW pun segera meminta supaya semua orang Islam bersiap untuk bertempur sekali lagi dengan mereka. Orang Arab sendiri mengetahui bahawa tentera Rom adalah kuasa besar, dan banyak membantai tentera Islam semasa Mu’tah.

Di Malaysia pula, Barisan Nasional sudah lama menggunakan taktik kotor untuk menentang PAS setelah mereka melihat beberapa ulama’ “membahayakan” mereka. Dahulu mereka melihat PAS bakal menjadi penyaing mereka, lalu mereka telah mengadakan sekatan-sekatan lebih awal supaya dapat menghapuskan PAS. Mereka menangkap ulama’-ulama’ dan menyumbat di dalam ISA, tidak membenarkan mereka bercakap di siaran, dan sebagainya.

Salam Perjuangan

Dr Fikrah

Sunday, April 19, 2009

ANTARA HAK BUKAN ISLAM, DAN JAWATAN MEREKA DALAM KERAJAAN (Siri 3)

Demikianlah apa yang telah dilakarkan di dalam sejarah Islam. Memang benar, walaupun orang Yahudi telah disifatkan sebagai golongan yang tidak akan meredhai kewujudan orang Islam, namun, kita sebagai seorang Islam, haruslah menampilkan kemuliaan Islam sepertimana yang telah ditunjukkan oleh Nabi Muhammad SAW sendiri.
.
.
Artikel kali ini akan menceritakan pula zaman pemerintahan Islam selepas zaman Muawiyah, supaya dapat kita bandingkan dengan apa yang terjadi hari ini di Malaysia. Zaman Khilafah Abbasiah telah melakarkan sejarah yang sama apabila orang bukan Islam juga diberikan jawatan-jawatan tertentu :

- Khalifah Harun ar Rasyid telah melantik Jibrail bin Bakhtishu sebagai doktor peribadinya

- Khalifah al Mutawakkil telah melantik beberapa orang pegawai yang beragama Kristian dalam pentadbirannya, seperti Dalil bin Ya’kub

- Khalifah al Mu’tadid telah melantik Abu Ishaq al Sabi sebagai setiausaha kerajaan dan Thabit bin Qurrah sebagai menteri. Kedua-duanya beragama Kristian

- Khalifah al Muqtadir mempunyai empat orang setiausaha yang beragama Kristian

- Khalifah al Ta’i telah melantik seorang Masehi sebagai setiausahanya

Selain itu, ketika zaman ini juga, golongan bukan Islam mudah untuk mendampingi ulama’-ulama’ Islam seperti Sibawih seorang ulama Nahu, Khalil bin Ahmad, al Farabi, Muhammad bin Musa dan Ali bin al Walid. Mereka adalah golongan ilmuan Islam yang terkenal dengan perubatan, falsafah, fuqaha’, pakar bahasa dan banyak lagi.

Semuanya ini adalah kesan daripada “hikmah” yang ditunjukkan oleh pimpinan-pimpinan Islam di zaman tersebut. Demikianlah apa yang dilakukan oleh pimpinan PAS hari ini. Walaupun kita merasa ragu-ragu dengan kelakuan orang bukan Islam terutamanya Kristian, namun, tidak dinafikan, semua fakta inilah yang mencari titik temu untuk kegemilangan Islam.

Di dalam al Quran jelas menunjukkan bahawa orang Yahudi dan Kristian tidak akan redha dengan kewujudan Islam, namun tidak dinafikan, terdapat juga orang-orang Yahudi dan Kristian ini yang memeluk Agama Islam. Contohnya ketika zaman Nabi Muhammad SAW, Ka’ab al Ahbar, Wahab bin Munabbih, dan Abdullah bin Salam.

Tetapi apa yang berlaku di Malaysia adalah sebaliknya. Di Malaysia, orang Kristian mendapat kebebasan untuk menggerakkan gerakan Kristianisasi. Gerakan Kristianisasi ini adalah satu bentuk perbuatan yang perlu diperangi, dan tidak boleh diberi muka terhadap golongan ini.

Manakala orang bukan Islam (kristian atau tidak) yang bersungguh-sungguh menegakkan keadilan, dan sanggup bergabung dengan Islam, tidak mendapat tempat. Bahkan dicerca kerana cuba bertopengkan Islam. Wahai penyokong BN, bercakaplah dengan hati dan pemikiran. Jangan jadi seperti orang gila yang berkata-kata tanpa menggunakan akal fikiran!

Salam Perjuangan

Dr Fikrah

ANTARA HAK BUKAN ISLAM, DAN JAWATAN MEREKA DALAM KERAJAAN (Siri 2)

Sebelum ini, apa yang telah diceritakan, jelas menunjukkan cara Baginda SAW berhubung dengan orang bukan Islam. Baginda SAW bersedia bermanis muka dengan sesiapa sahaja, tetapi bencikan sesiapa sahaja yang mencabul hak manusia lain. Di dalam siri 2 ini pula, saya mengajak pembaca budiman supaya melihat pula contoh yang dilakukan oleh Khulafa ar Rasyidin.



Saidina Umar al Khattab, ketika membuka Baitul Maqdis yang pada mulanya adalah sebuah Negara Yahudi, telah berjanji untuk menjaga keselamatan diri dan harta benda mereka (penduduk Baitul Maqdis). Beliau juga memberikan kebebasan kepada mereka untuk beragama, dan tidak “mengusik” gereja dan tempat ibadah mereka. Beliau melarang mana-mana umat Islam daripada meruntuhkan tempat ibadah tersebut, menyakiti hati mereka dan menyekat adat istiadat mereka.

Tetapi, apa yang berlaku kepada Altantuya, jelas berbeza. Begitu juga apa yang terjadi pada Elizabeth. Mereka adalah orang bukan Islam, tetapi telah dicabul hak mereka. Sekiranya hari ini Saidina Umar al Khattab masih hidup, sudah pasti Barisan Nasional dijatuhkan hukuman yang setimpal dengan kelakuan tersebut.
.Selain itu, pada zaman Saidina Uthman dan Saidina Ali, orang bukan Islam digalakkan menceburkan diri dalam bidang ekonomi dan pertanian, selagi mana ia tidak melanggar atau mencabul hak orang lain, seperti mengamalkan riba, tipu dalam perniagaan dan sebagainya. Tetapi, kerajaan Malaysia hari ini, mempersilakan kepada sesiapa sahaja untuk mengamalkan riba.

Ketika zaman pemerintahan Mu’awiyah (selepas Khulafa’ ar Rasyidin), beliau telah melantik beberapa orang bukan Islam untuk menjawat jawatan-jawatan tertentu. Hakikat ini kerap dipersoalkan oleh orang Barisan Nasional. Mereka bertanya “Bolehkah kita menyerahkan jawatan kepada orang bukan Islam?”. Sedangkan Barisan Nasional sendiri telah mengamalkan perkara tersebut, tetapi apabila PAS melakukan perkara yang sama, mereka persoalkan pula.

Antara contoh-contoh yang terjadi di zaman Mu’awiyah :

- Mu’awiyah telah melantik Ibnu Athal yang beragama Kristian sebagai doktor peribadinya dan Sarjun (kristian) sebagai setiausaha peribadinya.

- Khalifah Yazid telah melantik seorang Masehi sebagai pentadbir wilayah Iskandariah di Mesir

- Khalifah Abdul Malik bin Marwan telah melantik Samir yang beragama Yahudi dalam urusan mengeluarkan wang dirham

- Khalifah Sulaiman bin Abdul Malik telah melantik seorang Masehi sebagai setiausahanya.

Inilah beberapa contoh yang jelas berbeza dengan pengamalan Barisan Nasional hari ini. Adakah Barisan Nasional hari ini lebih “baik” daripada zaman Nabi Muhammad SAW, dan khalifah? Anda sendiri boleh memikirkannya. Saya mempersilakan kepada sesiapa sahaja terutamanya orang Barisan Nasional sendiri, supaya mengkaji sejarah-sejarah Islam. Janganlah jadi seperti katak bawah tempurun.

Salam Perjuangan

Dr Fikrah

ANTARA HAK BUKAN ISLAM, DAN JAWATAN MEREKA DALAM KERAJAAN (Siri 1)

Artikel ini ditulis susulan daripada artikel lalu yang menjawab tentang “PAS bekerjasama dengan orang kafir”. Artikel tersebut sangat penting untuk difahami terutamanya kita sebagai rakyat Malaysia, yang dikatakan sebagai rakyat berbilang kaum. Setiap manusia mempunyai hak masing-masing, tidak kira dia itu muslim atau tidak. Contohnya, orang bukan Islam berhak beribadah dengan caranya, selagi mana dia tidak mengganggu orang Islam beribadah.

Saya mengajak kepada pembaca budiman supaya melihat kepada Sirah Nabi Muhammad SAW, dan khalifah-khalifah selepasnya. Ketika zaman Nabi Muhammad SAW, Baginda SAW tidak bermusuhan dengan sesiapa orang, walaupun mereka bukan beragama Islam. Tetapi, Baginda SAW sangat memusuhi sesiapa sahaja yang merampas hak manusia lain, dan cuba mencabul hak Islam.

Contohnya, Baginda SAW sendiri menerima kunjungan orang Masehi Najran yang bertandang untuk membincangkan beberapa perkara dengan Nabi Muhammad SAW. Selain itu, Baginda SAW juga pernah melantik beberapa orang bukan Islam, untuk tujuan-tujuan tertentu. Contohnya, Baginda SAW pernah meminjam 100 buah perisai daripada Safwan bin Umayyah yang masih kafir ketika itu, untuk digunakan oleh orang Islam semasa Perang Hunain.

Selain itu, Baginda SAW pernah Uyainah al Khuza’ie semasa Perjanjian Hudaibiah, untuk mengintip pergerakan orang kafir Quraisy. Inilah beberapa contoh yang telah ditunjukkan oleh Baginda SAW semasa berhubung dengan orang bukan Islam. Hari ini, jelas perbezaan yang ketara terhadap apa yang dilakukan oleh Barisan Nasional terhadap orang bukan Islam.

Tetapi, Baginda SAW sangat tegas sekiranya orang bukan Islam cuba mencabuli hak orang Islam, seperti apa yang terjadi kepada Bani Qainuqa’, Bani Quraizah dan Bani Nadhir yang melanggar perjanjian dengan Islam. Ya, setiap manusia di dunia ini (tanpa mengira agama), sangat bencikan mereka yang melanggar perjanjian. Apatah lagi Islam. Islam bersedia menentang sesiapa yang mencabuli perjanjian.

Bani Qainuqa’ telah dihalau keluar dari Madinah kerana cuba mencabul kehormatan seorang wanita Islam. Sama seperti yang terjadi semasa kempen di Bukit Gantang. Penyokong BN juga melakukan perkara yang sama! Begitu juga Bani Nadhir, mereka dihalau keluar dari Madinah kerana cuba mengadakan komplot membunuh Baginda SAW. Sama seperti yang terjadi di Malaysia, Barisan Nasional sememangnya angkara memenjarakan ulama’-ulama’ PAS.

Bani Quraizah pula telah melanggar Piagam Madinah kerana mereka telah bersatu dengan Kafir Quraisy (dari Mekah) semasa Perang Ahzab. Ini kerana mereka (Quraizah) telah berjanji dengan Islam supaya tidak memberi kerjasama kepada sesiapa yang cuba memerangi penduduk Madinah. Apa yang terjadi di Malaysia hari ini, Barisan Nasional mengimport (bekerjasama) dengan pengundi hantu (bukan dari kawasan tersebut), untuk mengalahkan Pakatan Rakyat, sedangkan mereka telah berjanji tidak akan menggunakan pengundi hantu!

Salam Perjuangan

Dr Fikrah