Saturday, May 2, 2009

SIAPA TEGUR AKU, SUMBAT DALAM ISA!!


ISA yang selama ini menjadi alat untuk mengugut pejuang-pejuang Allah, semakin hari semakin menjadi buah mulut manusia. Semala saya terlihat seorang kanak-kanak memakai T Shirt “Mansuh ISA”, dan membuatkan saya terimbas kembali kepada sejarah Para Sahabat yang tidak mengamalkan ISA sepertimana yang digunakan hari ini. Kalaulah terdapat golongan yang mengatakan itu ini adalah bid’ah, maka ISA itu adalah bid’ah yang sepatutnya ditentang!

Satu ketika Saidina Umar al Khattab berkhutbah. Ketika itu beliau sudah menjadi seorang khalifah, iaitu orang nombor satu dunia. Beliau juga terkenal dengan watak yang tegas, garang dan sebagainya. Ketika dalam khutbahnya, beliau bertanya kepada hadirin, 

“Siapakah di kalangan kamu yang akan menegur saya sekiranya saya melakukan kesalahan?”

Lalu Abu Zar RA bangun tanpa sebarang perasaan gemuruh lantas menjawab…

“Sekiranya kamu melakukan kesalahan, pedang inilah yang akan menegur kamu!!”

Bagaimana? Ada berani? Lihatlah watak Abu Zar, seorang yang tidak terkenal dengan watak tegas. Tetapi mampu menjawab persoalan Saidina Umar RA yang juga seorang khalifah ketika itu. Setelah mendenar jawapan Abu Zar RA itu, Saidina Umar al Khattab merasa lega kerana masih ada orang yang mampu menegurnya sekiranya dia melakukan kesilapan.

Saya yakin, apa yang terjadi hari ini jauh berbeza dengan zaman Para Sahabat. Saya yakin, Najib dan PM-PM sebelumnya tidak pernah bertanya kepada hadirin sepertimana yang ditanya oleh Saidina Umar. Walaupun PM-PM kita ini langsung tidak setegas Saidina Umar!. Kalau hendak dikatakan PM-PM kita berkhutbah, jauh sekali kemungkinan ini.

Cuba bayangkan Najib berkhutbah di sebuah masjid atau di mana-mana sahaja, lalu bertanya soalan yang sama… Adakah terdapat seseorang yang akan memberi respon? Sekiranya beliau bertanya kepada hadirin BN sahaja, sudah pasti tiada yang akan menjawab sepertimana Abu Zar. Tetapi sekiranya beliau bertanya kepada hadirin yang bercampur parti, sudah pasti hadirin akan berduyun-duyun berbuat demikian.

Tetapi, orang ramai pasti menyangka bahawa sekiranya Najib berbuat demikian, pasti ada udang di sebalik mee. Mungkin dia ingin menarik elaun sesiapa yang menegurnya. Atau mungkin dia akan berkata..

“Siapa tegur aku, sumbat dalam ISA!!”…..

Walaubagaimanapun, inilah amalan PM-PM sebelum ini dan ia juga dibontoti oleh Najib. Dia telah mengamalkan amalan nenek moyang yang jelas bid’ahnya. Maka saya menyeru kepada golongan-golongan yang membid’ah ini supaya menyebut dengan lantang tentang bid’ahnya BN itu. Kalau hanya setakat menyebut bid’ah bertalqin, zikir selepas solat dan sebagainya, itu sudah puas didengari. Tetapi, sebutkan juga bid’ah yang sesat yang diamalkan oleh BN!

Salam Perjuangan

Dr Fikrah


NAJIB KONONNYA LEBIH HEBAT DARI RAJA ZULKARNAIN

Menyebut tentang isu ISA, saya cuba menarik pembaca budiman untuk melihat perbezaan yang ketara antara Najib dan Zulkarnain. Zulkarnain adalah seorang hamba Allah yang diberikan kuasa dan kepintaran. Bahkan nama beliau disebut di dalam al Quran tentang kehebatannya. Manakala Najib pula adalah seorang Perdana Menteri Malaysia yang namanya disebut oleh mulut-mulut masyarakat sedunia tentang kesnya.

Raja Zulkarnain pernah menjelajah dunia sehingga menemui sekelompok besar manusia yang berpotensi melakukan kerosakan yang teruk di muka bumi. Najib pula melancong ke seluruh dunia dengan duit rakyat. Tetapi, penemuan Zulkarnain itu adalah satu perkara yang penting untuk disebut di sini.

Beliau telah menemui sejenis manusia yang digelar Yakjuj dan Makjuj. Bilangan mereka yang cukup ramai dan kekuatan mereka yang agak luar biasa menyebabkan Zulkarnain merasa khuatir tentang mereka. Mereka mampu untuk mencetuskan kerosakan yang dahsyat di muka bumi sekiranya mereka dibiarkan.

Tindakan yang diambil oleh Zulkarnain ialah mengurung mereka dengan menggunakan tembok besar. Kekuatan tembok tersebut tidak mampu pecah atau rosak sekiranya berlaku gempa bumi atau rebut. Jelas menunjukkan kekuatan tembok ini. Yakjuj dan Makjuj yang dikurung di dalamnya pula sedang berusaha untuk melubangkannya. Di dalam al Quran menyebut bahawa di akhir zaman nanti, golongan inilah yang akan keluar daripada kurunga tersebut setelah tembok tersebut berjaya dilubangi. Apabila golongan ini tersebar ke dunia dan melakukan kerosakan, maka ketika itulah hari kiamat terjadi.

Apa kaitannya dengan si Najib? Di sini, saya bukan menyebut kaitan, tetapi perbezaan. Ketokohan Zulkarnain langsung tidak ditiru oleh Najib, bahkan dia berlagak berkuasa lebih daripada Zulkarnain. Kalau Zulkarnain mengurung Yakjuj dan Makjuj, Najib pula mengurung ulama’ dan sesiapa sahaja yang dikehendakinya.

Najib adalah watak yang berlawanan dengan Zulkarnain. Zulkarnain adalah seorang yang baik dan mengurung orang yang jahat. Tetapi Najib adalah orang jahat yang mengurung orang yang baik di dalam ISA. Tembok ISA ini masih belum dapat dilubangi oleh rakyat Malaysia. Gerakan memansuhkan ISA perlu dilaksanakan.

Sepatutnya Najib inilah yang patut dikurung. Jangan biar beliau terlepas kerana apabila beliau berjaya melepaskan diri, beliau akan membuat kerosakan di Malaysia sepertimana yang kita lihat hari ini. Bertambah teruk apabila Najib sendiri yang mengurung orang baik-baik! Ya, dunia sudah terbalik.

Penjara ISA yang begitu susah untuk dilubangi akhirnya pasti akan jatuh. Penjara Zulkarnain yang begitu kebal itupun mampu dilubangi, apatah lagi penjara Najib? Kalau Yakjuj dan Makjuj yang jahat itupun boleh melubangi tembok itu, apatah lagi kita yang juga pejuang kebenaran? Sudah pasti kita lebih mudah untuk menghapuskan ISA! Mansuhkan ISA!!

Salam Perjuangan

Dr Fikrah


Friday, May 1, 2009

KERJA-KERJA BODOH DALAM UMNO

Sebelum ini kita selalu mendengar tentang artikel Us Nik Abduh yang begitu menarik dan menyentak semua pihak daripada terlena. Artikel beliau yang panas itu berjaya membuatkan ramai pembaca tersedar hakikat perjuangan PAS yang bersifat tulen ini. Tetapi, hari ini, saya cuba menulis artikel yang hampir sama tajuknya dengan beliau tetapi isinya berlainan, iaitu Kerja-kerja Bodoh Dalam UMNO.

Hakikatnya, untuk menulis artikel yang bertajuk seperti ini memerlukan berjilid-jilid buku, kerana hampir 98% peratus kerja-kerja UMNO adalah bersifat bodoh. Peratus ini hanyalah ukuran saya, dan saya yakin masing-masing mampu untuk meletak peratusan yang berbeza dengan saya. Tidak mengapalah.
.

Kerja-kerja Bodoh dalam UMNO terlalu banyak. Mungkin sedikit yang mampu saya tulis dalam artikel ringkas ini beberapa sahaja. Antaranya ialah perjuangan mereka sendiri. Ya, Perjuangan UMNO adalah salah satu kerja-kerja bodoh dalam UMNO. Mereka berjuang atas dasar yang tidak jelas. Kadangkala mereka berkata cuba memperjuangkan hak rakyat, tetapi apa yang dilihat, mereka memperjuangkan periuk nasi sendiri!

Mereka juga berkata bahawa mereka pejuang kebangsaan, tetapi mereka membakul sampahkan Bahasa Melayu. Hisham tunjuk keris kononnya seorang pendekar, tetapi dia menggunakan keris tersebut membunuh anak-anak Melayu. UMNO juga berlogokan keris pada bendera mereka, tetapi dengan keris itulah mereka mencabar kedudukan raja dan sultan. Entah apakah yang dimaksudkan dengan perjuangan mereka.

Inilah antara kerja-kerja bodoh dalam UMNO. Iaitu memperjuangkan sesuatu yang bodoh, maka kerja-kerja perjuangan tersebut dilabelkan sebagai kerja-kerja bodoh dalam UMNO. Selain itu, wanita UMNO terutamanya Shahrizat pernah berkata bahawa wanita UMNO berfungsi sebagai pelindung kaum wanita, menjaga hak wanita, dan sebagainya.

Tetapi malangnya, beliau sendiri yang mengesyorkan “One Husband One Wife”. Beliau telah mengharamkan poligami yang dihalalkan oleh Allah.

Wahai orang yang beriman, janganlah kamu mengharamkan sesuatu yang baik, yang dihalalkan oleh Allah kepada kamu (Surah al Maidah : 87)

Beliau telah melakukan kerja-kerja bodoh dalam UMNO dengan jelas. Memang jelas ia bertentangan dengan al Quran. Tudung pun pakai tak cukup kain, hendak berlagak sebagai ulama’? Rafidah pernah menegur Tok Guru Nik Aziz tentang isu “binatang”, tetapi dia sendiri tidak bertudung! Inilah kerja-kerja bodoh dalam UMNO.

Najib pula sama sahaja. Beliau cuba berusaha menjadi seorang yang rendah diri dengan berjalan-jalan di pasar dan jalanraya. Tetapi dia jugalah yang membiarkan namanya tercemar di media antarabangsa. Beliau hanya membisu seribu bahasa, kononnya “kerja” membisu itu adalah tindakan orang pandai, tetapi itulah kerja-kerja bodoh dalam UMNO yang dilakukannya. Maka ukurlah sendiri dengan pemikiran anda. Anda juga akan melakukan kerja-kerja bodoh sekiranya anda berjuang dalam UMNO. Bahkan anda dipaksa untuk melakukannya. Berbeza dengan PAS yang berusaha menyingkirkan kerja-kerja bodoh tersebut daripada PAS.

Salam Perjuangan

Dr Fikrah

SEJARAH TELAH MENCERITAKAN TENTANG DUA PUAK DALAM PAS (Siri 2)

Sebelum ini telah pun diceritakan bahawa kewujudan dua puak dalam Islam ketika zaman Saidina Ali yang tercetus daripada perbezaan pandangan. Apabila terdapat perbezaan pandangan tersebut, muncullah golongan munafik yang bertugas sebagai pembakar isu untuk menjatuhkan kesatuan Islam.

Saidatina Aisyah sudah pun bertemu dengan Saidina Ali untuk membincangkan masalah ini, dan perbezaan pandangan ini telah ditemukan ketika itu. Tetapi, isu yang dimainkan oleh orang munafik, tetap dicanang sehinggalah orang Islam ketika itu mula berlagak menjadi seorang ulama’, dan mengkritik Saidina Ali, manakala satu kumpulan lagi mengkritik Saidatina Aisyah.

Mereka mengkritik atas dasar tidak tahu, dan terpengaruh dengan dakyah munafik. Peristiwa ini berulang lagi hari ini, di mana golongan munafik ini terus menerus menyebarkan dakyah supaya terdapat perpecahan di dalam PAS. Walaupun Tok Guru Nik Aziz dan Tok Guru Haji Hadi telah bertemu dan menyelesaikan perbezaan pandangan tersebut, muncul golongan media dan beberapa individu yang membuat spekulasi tanpa sumber.

Mereka menanam benih-benih perpecahan di antara ahli PAS. Saya menasihatkan kepada mana-mana ahli PAS yang tidak mengetahui hal sebenar, jangan terlalu gelojoh untuk menjadi hero. Ini kerana golongan munafik lebih dahulu menjadi hero dalam perpecahan di dalam Islam. Maka, kebanyakan ahli PAS sendiri yang termakan dengan dakyah golongan munafik ini sehingga membuat spekulasi tanpa sumber. Inilah fitnah.

Setelah keadaan semakin serius, maka terjadilah Perang Jamal, yang berlaku sesama umat Islam. Perang Jamal ini pun terjadi disebabkan golongan munafik. Pada mulanya Saidatina Aisyah dan Saidina Ali datang untuk menyelesaikan keadaan dan menyelamatkan umat Islam dari berpecah. Tetapi malangnya golongan munafik ini telah bertindak sebagai pencetus sehinggakan Saidina Ali menyangka ia adalah tindakan Saidatina Aisyah, dan begitu juga sebaliknya.

Keadaan parah ini telah menyebabkan tercetusnya Perang Jamal dan orang munafik bertepuk tangan melihat angka korban Para Sahabat RA begitu ramai ketika itu. Lihatlah apa erti jamal itu. Jamal adalah unta. Dua puak ketika itu datang untuk berbaik-baik lalu mereka datang dengan menaiki unta bukannya kuda.

Tetapi, kelicikan orang munafik ini berjaya mempengaruhi umat Islam sehingga mereka terlupa, mana mungkin mereka akan berperang kerana datang hanya menaiki unta. Hari ini pula, Tok Guru Nik Aziz dan Tok Guru Haji Hadi bertemu dalam keadaan “ingin mendapatkan penjelasan”, dan penjelasan telah diberikan. Lalu Tiadalah perbezaan pandangan di antara kedua-duanya.

Tetapi timbul pula golongan bawahan yang tidak tahu hal sebenar, mula bertindak sebagai juara isu, tetapi malangnya mereka berada di jalan yang silap. Berhati-hatilah dengan mereka yang bertindak sebagai pemberita ini, adakalanya sebahagian daripada mereka adalah munafik, dan sebahagian lain tidak. Tetapi, malangnya, orang yang tidak munafik itu terikut-ikut dengan rentak munafik, sehinggakan mereka menjadi penyebar fitnah kepunyaan munafik!

Salam Perjuangan

Dr Fikrah

SEJARAH TELAH MENCERITAKAN TENTANG DUA PUAK DALAM PAS (Siri 1)

Setelah berlalu hampir seminggu isu hangat tentang kewujudan beberapa puak dalam PAS, saya rasa terpanggil untuk mengajak pembaca budiman meneliti sejarah yang pernah berlaku dalam Islam sendiri. Sememangnya apa yang pernah terjadi haruslah dijadikan pengajaran buat kita yang pernah membaca sejarah-sejarah tersebut.

Pepatah Arab berbunyi,…

“Siapa yang tidak membaca sejarah, dia tidak akan dapat mencipta sejarah…”

Sejarah telah menceritakan perpecahan umat Islam seawal zaman Khalifah Uthman al Affan lagi. Di mana ketika itu wujud pelbagai pihak di dalam Islam sendiri yang tidak bersetuju dengan pandangan pimpinan tentang kenaikan Khalifah Uthman. Lalu, kebencian ini membarah sehinggalah Saidina Uthman sendiri dibunuh oleh mereka yang mengaku Islam.

Lalu, timbullah dua pandangan yang kedua-duanya betul, iaitu Saidatina Aisyah dan Saidina Ali KAW. Kedua-dua ahli keluarga Nabi Muhammad SAW ini mempunyai pandangan yang berbeza antara satu sama lain. Saidatina Aisyah mengatakan bahawa kita mesti melaksanakan qisas (bunuh balas) terhadap pembunuh Saidina Uthman dengan segera kerana bimbangkan masalah lain akan tercetus.

Manakala Saidina Ali KAW pula berpendapat supaya kita perlu melantik khalifah dahulu kerana khalifah itulah yang akan melaksanakan qisas. Lalu terhasillah dua pandangan yang berbeza. Maka Saidina Ali KAW menerima aduan daripada orang Islam ketika itu, yang ingin seseorang mengetuai mereka. Lalu, untuk menyelesaikan perkara ini, beliau telah bertindak sebagai ketua sementara, menanti pelantikan khalifah.

Lalu, datang pula golongan lain yang meminta beliau supaya melaksanakan qisas terhadap pembunuh Saidina Uthman, tetapi beliau enggan melakukannya kerana menanti pelantikan khalifah. Khalifah yang dilantiklah yang akan melangsaikan perkara tersebut. Begitu juga Saidatina Aisyah sendiri yang datang menemuinya secara baik untuk menuntut bela ke atas pembunuhan tersebut.

Tanpa disedari, pihak munafik sudah berjaya menghidu ruang untuk mereka menyelinap ke dalam kesatuan Islam ketika itu. Lalu mereka memainkan isu sehinggalah berlakunya fitnah di kalangan masyarakat. Masyarakat yang tidak tahu menahu tentang hal tersebut, mula membuat spekulasi sendiri sehingga membarahkan lagi fitnah tersebut.

Isu hangat itu sama sahaja dengan apa yang sedang berlaku hari ini. Tok Guru Haji Hadi mempunyai pandangan yang berbeza dengan Tok Guru Nik Aziz, dan kedua-duanya ulama’. Lalu, muncullah golongan munafik hari ini, yang “bertugas” sebagai pembakar isu supaya ia menjadi hangat. Kalau dahulu, orang munafik diketuai oleh Abdullah bin Saba, tetapi hari ini,…. Entah…..

Oleh itu, golongan munafik ini yang sudah lama “bertugas” sebagai pengapi-api isu, muncul sekali lagi ketika isu perbezaan pandangan Saidina Ali dan Saidatina Aisyah tercetus. Mereka mula bertindak sebagai pemberita-pemberita, pengulas isu, dan sebagainya. Sama sahaja seperti yang terjadi hari ini. Media-media dan beberapa individu mengambil kesempatan ini untuk menjatuhkan Islam. Masing-masing mengaku bahawa merekalah orang yang menjuarai isu. Sama sahaja dengan Abdullah bin Saba sendiri yang mendakwa bahawa beliau begitu perihatin dengan masalah dalam Islam….

Salam Perjuangan

Dr Fikrah

Thursday, April 30, 2009

PENANTI : STRATEGI NAJIB YANG DIRASAKAN HEBAT OLEHNYA


Kebelakangan ini sering menjadi buah mulut rakyat Malaysia apabila Najib telah memutuskan supaya BN tidak bertanding di Penanti. Kenapakah Najib memutuskan demikian? Adakah disebabkan beliau tidak ingin menanggung malu pada kekalahan BN di 2 bukit sebelum ini? Atau beliau sendiri mempunyai strategi tersendiri?

Antara dua kemungkinan ini, saya lontarkan kepada pembaca budiman untuk menimbang tara, mana satukah yang betul. Kita lihat dahulu kemungkinan pertama, iaitu Najib tidak mahu menanggung kekesalan yang kedua. Kekalahan BN di 2 bukit memang memberi impak yang jelas apabila BN hanya dilihat sebagai pendatang haram di 2 bukit ini. Lebih-lebih lagi Mahadet sendiri sudah tidak laku seperti dahulu.

BN jelas nampak bahawa mereka mengalami 2 erti kekalahan. Iaitu kalah dalam pilihanraya, dan kalah dalam berpolitik. Mereka kalah dalam berpolitik apabila melihat gelombang PR yang begitu hebat sehingga menyebabkan mereka tersungkur di peringkat permulaan lagi, iaitu seawal penamaan calon! Mereka sudah tersungkur sebelum bertanding!

Lalu, setelah kalah di dua kawasan tersebut, Najib mula memikirkan satu strategi, iaitu bagaimanakah hendak menang dalam berpolitik! Bagaimanakah hendak memperlihatkan kegagahan BN berbanding PR dalam pilihanraya akan datang? Lalu, dia merancang strategi “mengaku kalah” di Penanti.

Inilah kemungkinan yang kedua. Strategi pelik ini dinamakan strategi “mengaku kalah”!. Strategi ini telah dipraktikkan di dalam sebuah kisah Melayu. Iaitu kisah 2 orang yang pergi memburu, akhirnya terserempak oleh seekor beruang. Lalu beruang tersebut mengejar mereka berdua. Mereka lari lintang pukang sehinggalah salah seorang daripada mereka berjaya memanjat pokok. Manakala seorang lagi tidak pandai memanjat, lalu dia berlakon sebagai seorang yang sudah mati. Setelah mendapati orang tersebut sudah mati, beruang itu pergi meninggalkannya.

Daripada kisah ini, saya mendapati bahawa Najib cuba menggunakan strategi orang yang kedua. Iaitu berlakon sebagai seorang yang sudah mati. Ini kerana beliau melihat BN hari ini tidak dapat memanjat pokok, lalu beliau terpaksa berlakon mati. Ini kerana beliau risau dibaham oleh beruang PAS. Tetapi malangnya, strategi beliau ini ternyata tersilap.

Ini kerana, PAS bukanlah beruang! Beruang tidak ada akal, tetap PAS dianggotai oleh ulama’-ulama’. Bayangkan sekiranya beruang di dalam cerita tersebut mempunyai akal, sudah pasti ia akan membaham orang yang sedang berlakon itu. Bahkan, ia mampu menebang pokok seperti manusia yang berakal supaya dapat menjatuhkan orang yang sedang berada di atas pokok.

Ternyata, PAS bukanlah beruang yang tiada akal. Maka strategi Najib ini hanya dilihat sebagai aktiviti membuang karan! Mungkin beliau cuba mengurangkan amukan Pakatan Rakyat sepertimana yang terjadi di 2 bukit, tetapi, hakikatnya PR akan terus mengamuk sehinggalah Najib berjaya dijatuhkan dari atas pokok UMNO!

Salam Perjuangan

Dr Fikrah


NEGERI YANG TIADA MENTERI BESAR


Perak adalah sebuah negeri yang begitu teruk keadaannya disebabkan tindakan bodoh Zambry sebelum ini. Hakikatnya ini tidak dapat dinafikan kerana kerajaan pusat telah menolak kedudukan Nizar sebagai MB, tetapi dalam masa yang sama Zambry pula gagal untuk mendapatkan pengesahan daripada mahkamah tentang jawatannya itu.

Persoalannya, siapakah MB Perak sekarang? Sudah pasti Perak tiada MB. Adakah kita hanya menunggu MB dari langit? Sepatutnya tindakan tangkas yang mesti dilakukan ialah dengan mengadakan pilihanraya. Tetepi SPRM pula buat masalah. Buat-buat ikut protocol kononnya, sebaliknya mereka sendiri melanggar protokol.

Bagi BN mereka mengatakan Nizar yang mencari pasal dalam proses kehilangan MB di Perak. Tetapi PR pula mengatakan Zambry yang mencetuskan masalah ini ketika menyebabkan 3 ekor beruk melompat ke kebun lain. Siapakah sebenarnya yang bersalah?

Sekiranya saya mengatakan Nizar yang bersalah, PR akan menuduh saya cuba menaikkan Zambry. Sekiranya saya mengatakan Zambry yang bersalah, BN pula akan menuduh saya cuba menaikkan Nizar. Sekiranya saya menyokong kedua-duanya, mana mungkin terdapat 2 MB di Perak. Sekiranya saya menolak kedua-duanya, PR dan BN akan bersatu menjatuhkan saya. Sampai kiamat takkan habis!

Oleh itu mari kita berfikir sejenak. Apa gunanya kita berdebat dengan perkara yang sudah berlalu. Sepatutnya kita mencari jalan penyelesaiannya hari ini. Apakah penyelesaian yang dimaksudkan? Mudah saja, BUAT PILIHANRAYA!! Selesai masalah….

Tetapi apabila dilontarkan perkara ini kepada SPRM, mereka berdalih untuk tidak melaksanakannya. Di sini saya ingin memberitahu kepada mereka yang bodoh ini, tetapi cuba tunjuk bijak dengan berdalih. Sekiranya SPRM melambat-lambatkan proses pilihanraya ini, segala gerak kerja Kerajaan Perak akan terangguh.

Segala proses keluar masuk wang kerajaan ditangguh. Projek-projek yang sepatutnya dilaksanakan, juga tertangguh. Pelabur-pelabur akan menangguhkan pelaburan mereka. Dan begitulah hingga ke seluruh aspek pentadbiran dalam Negeri Perak sendiri. Lihatlah apa yang terjadi pada Speaker Perak yang dinafikan hak. Isu mudah ini gagal diselesaikan oleh mahkamah sehingga menyebabkan setiausahanya pula berlagak sebagai Speaker!

SUK hari ini pun hampir sama. Mereka pula yang cuba berlagak sebagai MB sedangkan mereka langsung tidak bertanding dalam mana-mana kawasan. Sudahlah makan duit kerajaan buta. Inilah contoh orang bawahan yang haprak. 

Berbalik kepada isu yang sedang terjadi, apakah SPRM melambat-lambatkan PR dengan berdalilkan “urusan yang begitu rumit… bukan mudah untuk diselesaikan segera…” Inilah kata-kata seorang yang tidak buat kerja, bahkan hanya makan gaji buta. Dalam artikel ini saya tidak menyalahkan Zambry, juga tidak menyalahkan Nizar. Sebaliknya saya menyalahkan SPRM kerana buat kerja macam siput. Kalau hendak jadi siput, tidak perlulah jadi manusia!

Dengarlah luahan ini. Kalau hendak cerca saya, persilakan. Tetapi yang pastinya, saya sebagai rakyat Malaysia melihat bahawa masalah rumit perlu diselesaikan segera. Cercalah seorang manusia yang cuba menegur ini, kalau anda rasa teguran ini memedihkan telinga.

Salam Perjuangan

Dr Fikrah


MENJAWAB ISU “ARTIKEL USTAZ NIK ABDUH”


Dari dahulu lagi hati ini sentiasa meronta-ronta untuk menulis artikel ini, tetapi memandangkan situasi yang masih belum mengizinkan, maka saya menangguhkan niat murni ini. Saya mula terlintas untuk menulis artikel ini seawal artikel yang dikeluarkan oleh Us Nik Abduh yang bertajuk “Kerja-kerja Bodoh Dalam PAS”. Tetapi hari ini, saya akan menceritakan pengamatan setelah melihat penjelasan Us Nik Abduh sendiri.

Ramai yang merasa pelik dengan artikel yang dikeluarkan oleh beliau, seolah-olah membuat satu andaian yang kurang bernas. Tetapi, hakikatnya, ia adalah satu lontaran yang baik. Saya rasa terpanggil untuk menjawab isu ini setelah melihat orang ramai semakin bijak mencari isu. Beliau menjawab dengan menggunakan analogi angin yang meniupkan arus.

Penjelasan saya di sini ialah, Ustaz Nik Abduh cuba mengalih pandangan masyarakat supaya memberi tumpuan kepada perkara yang lebih penting dengan meninggal masalah picisan. Contoh yang boleh saya katakana seperti, orang ramai terlalu mengikut arus isu yang dilempiaskan oleh berita-berita.

Oleh itu, Us Nik Abduh cuba mencipta isu supaya orang ramai mampu meniru cara beliau berbuat demikian. Iaitu mencipta isu, bukannya terikut dengan isu. Oleh itu, bagi seseorang blogger itu memerlukan kepada kefahaman dan ilmu untuk mencipta isu. Dan isu yang dibawa akan menambahkan kefahaman yang lebih dan pengamatan yang tajam.

Saya mengaku, saya sendiri masih belum mampu mencipta isu, bahkan hanya mengikuti beberapa perkembangan lalu mengulas. Tetapi, hakikat yang lebih penting bagi saya ialah menimbulkan isu supaya ia dikaji dan diselidiki. Hebat tak cara beliau berpolitik? Saya yakin, Tok Guru Nik Aziz juga menggunakan kaedah politik yang sama, lalu dipraktikkan oleh anaknya.

Secara tak langsung, ia mengajar kita supaya tidak hanyut di dalam aliran isu. Ini juga telah dijelaskan oleh Us Nik Abduh hari ini. Ramai dikalangan blogger yang hanyut dalam isu lalu membuat ulasan tanpa kefahaman, bahkan hanya meniru cara BN mengulas isu. Kadangkala, BN menyebarkan fitnah untuk menang, dan kadangkala juga kita tertiru gaya mereka itu. Kita pula yang menyebar fitnah dalam keadaan tidak sengaja.

Maka, inilah sedikit ulasan ringkas yang dapat saya jelaskan di sebalik cara Us Nik Abduh berpolitik. Beliau berjaya menarik pandangan orang ramai supaya tertumpu kepada sesuatu yang dibawa oleh PAS, bukannya memberi tumpuan kepada apa yang dibawa oleh UMNO.

Sebab itulah ada beberapa pandangan yang menegur saya menulis artikel “Parasit Dalam PAS Yang Menguntungkan UMNO”. Ketika saya juga cuba menggunakan kaedah politik Us Nik Abduh supaya “membakar” isu. Walaubagaimanapun, itulah cara beliau, dan begitu juga Tok Guru Nik Aziz.

Tok Guru sendiri pernah menimbulkan isu yang hangat apabila mengeluarkan pandangan yang tidak sama dengan PAS. Tetapi hakikatnya beliau mempunyai strategi yang licik, dan mereka yang terpengaruh atau terbawa oleh arus ini sepatutnya sedar, dan tidak membuat tuduhan yang tidak sepatutnya kepada sesiapa sahaja. Wallahua’lam.

Salam Perjuangan

Dr Fikrah

Wednesday, April 29, 2009

MUHYIDDIN LEBIH BANYAK MULUT DARIPADA NAJIB


Setiap manusia telah diciptakan oleh Allah dengan satu mulut sahaja. Saya tidak pernah menemui seseorang yang mempunyai dua mulut atau lebih. Hari ini, manusia yang mempunyai satu mulut ini begitu hebat menentang undang-undang Allah, bagaimana pula sekiranya mereka mempunyai lebih dari satu mulut? Sudah pasti mereka lebih hebat mengecam undang-undang Allah!

Contoh “aktiviti” yang dilakukan oleh manusia yang mempunyai satu mulut ini yang mengecam undang-undang Allah ialah apa yang dilakukan oleh Nazri Aziz sendiri. Saya sudah boleh mengatakan bahawa ia adalah bentuk pengecaman terhadap undang-undang Allah kerana dia telah merendahkan hak seorang mu’allaf, sedangkan Allah SWT sudah banyak kali menyebut bahawa Islam itu tinggi dan mulia!

Tetapi di dalam artikel ini, saya lebih cenderung untuk memperihalkan keadaan Najib dan Muhyiddin. Entah kenapa, kerap kali kenyataan yang dikeluarkan, Muhyiddin sahaja yang bercakap. Najib entah ke mana hilangnya. Mungkin Najib ingin dilihat sebagai pimpinan yang lebih banyak bekerja, berbanding bercakap kosong. Tetapi hakikatnya, Muhyiddin pula yang mendapat gelaran banyak mulut disebabkan Najib.

Di kalangan kita sering tertanya-tanya, apakah strategi Najib berbuat demikian? Adakah dia tidak mahu dikritik? Atau dia takut untuk berkata-kata? Atau dia cuba menyelamatkan diri daripada dibuat spekulasi? Atau dan atau….

Kemungkinan pertama ialah, dia tidak mahu dikritik. Oleh itu dia lebih banyak diam daripada bercakap. Walaubagaimanapun, strategi ini menyebabkan orang ramai lebih mengkritiknya. Sepertimana yang kita ketahui, kita mampu menggunakan suara untuk mempengaruhi masyarakat. Tetapi, apabila seseorang pimpinan itu hanya berdiam diri, dia telah meninggalkan salah satu senjata yang paling berkesan.

Kalau tidak mahu bercakap, lebih baik tidak perlu jadi PM. Jadi kuli lagi bagus, sebab bos tidak menyukai kuli yang banyak bercakap. Kemungkinan yang kedua ialah, dia takut untuk berkata-kata. Sebab apakah yang menjadikan dia ketakutan? Mungkin boleh difikirkan bersama. Tetapi, seorang PM tidak perlu rasa takut memandangkan FRU boleh dijadikan alat baginya untuk menjahit mulut-mulut mereka yang membuat spekulasi terhadapnya.

Kemungkinan yang ketiga ialah dia cuba menyelamatkan diri daripada orang ramai membuat spekulasi terhadapnya. Mungkin dia melihat kepada apa yang terjadi kepada Mahadet dan Pak Lah sebelum ini. Setiap kalam mereka dijadikan hujah dan bahan kutukan oleh masyarakat. Ini kerana kata-kata mereka tidak sama seperti kelakuan mereka. Mungkin inilah kemungkinan yang menyebabkan dia berbuat demikian.

Orang ramai cukup meluat apabila mendapati bahawa seseorang pimpinan itu berkata-kata sesuatu yang tidak dilakukannya. Atau dalam loghat India, “cakap tak supa bikin..”. Maka tindakan yang diambil oleh Najib ialah lebih baik tidak berkata-kata. Tiadalah orang yang akan meluat sekiranya dia melakukan sesuatu!

Salam Perjuangan

Dr Fikrah

MOTIVASI DARIPADA ALLAH


Setiap kali menghadiri demo, pasti akan dihiasi dengan gas pemedih mata dan air mandian yang menggatalkan. Pernah satu ketika, saya turut bersama dalam Demo PPSMI yang bukan berpaksikan politik, tetapi bermotifkan menyelamat anak-anak muda daripada membutai bahasa ibunda. Ketika itu, saya melihat orang-orang yang kurang upaya turut menjadi mangsa bedilan gas pemedih mata.

Demikian juga dengan apa yang terjadi ketika demo BERSIH dahulu. Dan baru-baru ini di Taiping ketika ceramah politik diadakan. Bahkan hamper semua demo, sudah pasti akan dihiasi dengan anasir-anasir ini. Teringat juga ketika di Bukit Chandan seawall kenaikan Zambry. Kenaikan beliau sebagai MB haram pada hari pertama lagi sudah membuatkan orang marah. Tetapi malangnya, kita dihadiahkan dengan gas pemedih mata sebagai tanda terima kasih daripada Zambry.

Setiap kali berdemo inilah, hati saya sering berdoa meminta supaya Allah mengembalikan kejahatan tersebut kepada mereka. Setiap kali hati ini berdoa, setiap kali itulah gas pemedih mata semakin banyak disembur. Saya melihat golongan yang lemah menahan kepedihan tersebut. Saya yakin dugaan ini hanya sekelumit jika hendak dibandingkan dengan Nabi Muhammad SAW.

Rupa-rupanya di sana Allah SWT telah memberi motivasi kepada pejuang-pejuangNya yang merasa dizalimi. Allah SWT berfirman
.Dan janganlah engkau menyangka Allah SWT lalai terhadap apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim, sesungguhnya Ia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke satu hari yang ketika itu terbeliak mata mereka (Surah Ibrahim : 42)

Setelah terbaca ayat ini, hatiku tenang. Ketika sedang bergelut, kadangkala syaitan membisikkan sesuatu, “Kenapa Allah tidak menolongku?”…. Rupa-rupanya Allah SWT telah pun menjelaskan jawapannya di dalam al Quran.

Allah sengaja membiarkan mereka terus menerus melakukan kezaliman mereka, sehinggalah sampai satu ketika. Kezaliman yang mereka lakukan akan dibalas ketika datangnya hari kiamat. Iaitu hari yang membeliakkan mata-mata mereka yang rakus melakukan kezaliman. Ketika kita sedang perit memohon supaya dibalas kejahatan mereka, Allah SWT memberitahu bahawa kita tidak perlu bimbang kerana sampai satu ketika nanti Allah pasti membalasnya.

Oleh itu, janganlah kita menyangka bahawa Allah tidak nampak kezaliman yang mereka lakukan. Bahkan Allah melihat segala benda, dan tiada satu detik pun yang terlepas daripada pandangan Allah. Allah tidak akan biarkan musuh-musuh Allah memijak-mijak undang-undang Allah, dan Allah juga tidak membiarkan mereka yang merendah-rendahkan Agama Islam yang tinggi.

Salam Perjuangan

Dr Fikrah

APA LAGI YANG DIPERJUANGKAN OLEH UMNO?

Setiap hari, ramai orang semakin tertanya-tanya, apakah sebenarnya yang diperjuangkan oleh UMNO? Adakalanya orang-orang UMNO menjawab, mereka memperjuangkan hak. Adakalanya mereka mengatakan bahawa mereka memperjuangkan bangsa Melayu. Adakalanya juga mereka mengatakan bahawa mereka cuba menobatkan Islam di Malaysia. Entah, apa lagi yang akan dikatakan tentang perjuangan mereka ini.

Sekiranya mereka mengatakan bahawa mereka memperjuangkan hak, hak apakah yang dimaksudkan? Hak peribadi, atau hak rakyat? Ataukah hak Melayu? Sekiranya mereka memperjuangkan hak peribadi, sudah pasti kita menolaknya kerana hak peribadi anda tidak melibatkan ramai orang. Contoh perjuangan hak peribadi yang betul ialah, memperjuangkan harta peribadi daripada dirompak. Atau membela anak isteri daripada dizalimi.

Inilah contoh perjuangan hak peribadi yang sepatutnya ada pada setiap manusia. Sekiranya mereka mengatakan bahawa mereka memperjuangkan hak rakyat, atau dengan kata lain, memperjuangkan hak semua, maka hari ini perkara ini langsung tidak terlihat. Mungkin juga saya kurang membaca berita tentang realiti perjuangan mereka mengukuhkan hak rakyat.

Apakah hak rakyat yang mereka perjuangkan? Adakah memperjuangkan hak seorang anak India untuk kekal menganut Agama Hindu? Sedangkan Agama Islam dipinggirkan? Entahlah, tidak ternampak pun perjuangan mereka menuntut hak rakyat melainkan retorik semata-mata. Bagaimana pula dengan hak Melayu?

Memperjuangkan hak Melayu mestilah berdasarkan garisan yang sebenar. Kadangkala kita merasa sesuatu itu adalah hak kita, tetapi hakikatnya bukan. Kita menyangka itu dan ini adalah kepunyaan kita, tetapi sebenarnya ia adalah hak orang lain. Kita terlalu taksub merebut hak orang lain, dengan mendakwa bahawa ia adalah kepunyaan kita.

Contohnya kerajaan mengatakan bahawa mereka berhak menyekat mana-mana rakyatnya yang bersuara. Mereka mengatakan bahawa sekatan tersebut adalah “hak kami”. Tetapi hakikatnya hak tersebut adalah kepunyaan ramai. Inilah kesilapan UMNO yang mesti dibetulkan. Mereka cuba menuntut hak mereka tetapi hakikatnya mereka telah merampas hak orang lain.

Contoh yang lain, mereka mendakwa mereka berHAK menyekat mana-mana rakyatnya bersuara atas alasan membuat fitnah dan membahayakan kerajaan. Tetapi dalam masa yang sama mereka mengatakan bahawa mereka juga berhak untuk membuat fitnah kepada PR dan mereka mendakwa juga bahawa mereka berhak untuk membahayakan Islam!

Nazri Aziz mengatakan bahawa kabinet layak membuat keputusan tentang agama anak, tetapi hakikatnya dia adalah begitu bodoh untuk bercakap persoalan tersebut. Inilah hakikat orang bodoh yang tidak tahu haknya yang sebenar, dan tidak kenal apakah hak orang lain.

Sekiranya mereka memperjuangkan bangsa Melayu, hakikat ini telah ditolak di dalam al Quran, di dalam Surah al Hujurat ayat 13. Apa lagi yang diperjuangkan oleh UMNO? Tiada lagi kemungkinan yang dapat diandaikan melainkan mereka hanya memperjuangkan periuk nasi mereka sendiri, sehingga sanggup merampas hak orang lain.

Salam Perjuangan

Dr Fikrah

Tuesday, April 28, 2009

SEBELUM ANDA MENGKRITIK PIMPINAN, BACA ARTIKEL INI DAHULU (Siri 2)


Sebelum ini telah diceritakan tentang adab Saidina Umar al Khattab ketika mempersoalkan tindakan pimpinan, iaitu Nabi Muhammad SAW. Begitu jugalah adab pimpinan ketika menjawab persoalan tersebut, iaitu menjawab dengan nada yang lembut. Walaupun pada zahirnya ahli melihat tindakan pimpinan itu tersilap, tetapi hakikatnya, Tok Guru Haji Hadi tidak mengeluarkan keputusan itu dengan sewenang-wenangnya.

Hikmah di sebalik Perjanjian Hudaibiah itu hakikatnya memberikan keuntungan yang besar kepada umat Islam. Walaupun pada zahirnya seolah-olah menguntungkan pihak musuh, tetapi, Nabi Muhammad SAW telah melakukan tindakan yang betul. Bukankah Baginda SAW sendiri menyebut bahawa ia (keputusan perjanjian Hudaibiah itu) adalah wahyu daripada Allah? Sudah pasti wahyu tersebut adalah satu kebenaran.

Hari ini, apabila pimpinan dan syura telah meletakkan bahawa Unity Government itu perlu dilaksanakan, maka ahli seharusnya berlapang dada dalam menerima hasil perbincangan tersebut. Mana mungkin Tok Guru Haji Hadi membuat keputusan tersebut seorang diri. Bahkan ia adalah hasil keputusan mesyuarat (syura) yang juga menjadi amalan Nabi Muhammad SAW. Walaupun keputusan tersebut menatijahkan sesuatu yang buruk, ahli tetap tidak dibenarkan mengkritik seperti berkata “Itulah… dulu lagi aku sudah katakan,..”

Ramai ahli yang melihat Unity Government ini menguntungkan pihak UMNO, tetapi itu adalah keputusan mesyuarat yang dianggap sebagai muktamad. Malang sekali, di dalam PAS masih terdapat golongan bawahan yang tidak memahami etika menegur pimpinan. Seolah-olah mereka lebih hebat daripada barisan ulama’ yang membarisi perjuangan PAS. Mereka seolah-olah ingin menjadi seperti Saidina Umar yang lantang bersuara, tetapi hakikatnya mereka tersalah cara.

Bukankah apabila mendengar Nabi Muhammad SAW menjawab persoalan tersebut dengan lembut, beliau berlalu sambil menahan marah? Ya. Ini jelas menunjukkan kepada kita bahawa, walaupun kita merasa marah atau tidak berpuas hati dengan keputusan pimpinan, namun, kita tetap ditegah daripada menghentam belakang.

Saidina Umar al Khattab yang lantang bersuara itu pun tidak menghentam Nabi SAW secara belakang! Tetapi anda sebaliknya. Kononnya lebih hebat daripada Saidina Umar. Lihatlah peristiwa yang terjadi selepas itu. Setelah mendapat bahawa hakikat perjanjian Hudaibiah itu, Saidina Umar lantas bertaubat, dan melakukan amalan-amalan baik seperti bersedekah, membebaskan hamba dan sebagainya.

Saidina Umar berkata sebagai tanda kekesalannya terhadap tindakannya mempertikaikan keputusan pemimpin…

Disebabkan perbuatanku itu, maka aku telah membuat beberapa amalan. Aku bersedekah, berpuasa, bersolat dan membebaskan hamba, seperti yang aku lakukan pada hari ini, kerana bimbang kata-kataku itu, sehingga aku mengharapkan agar amalanku ini diterima sebagai satu kebaikan”

Wahai ahli PAS, contohilah Saidina Umar al Khattab. Beliau menuturkan kalam ini ketika menjadi ahli, dan lihatlah bahawa beliau sendiri yang akan menggantikan tempat Nabi Muhammad SAW sebagai khalifah! Siapakah lagi yang akan meneruskan pejuangan pimpinan hari ini kalau bukan kita.

Salam Perjuangan

Dr Fikrah

SEBELUM ANDA MENGKRITIK PIMPINAN, BACA ARTIKEL INI DAHULU (Siri 1)

Sepertimana yang telah diceritakan, beberapa unsure UMNO sedang cuba menyerap di dalam PAS. Entah siapakah dalangnya… Entah sengaja atau tidak. Namun, hakikatnya ia sedang menular di dalam tubuh PAS. Antara yang menimbulkan masalah di dalam PAS ialah kewujudan ahli yang berlagak hebat. Artikel tentang ini telah disiarkan di dalam blog Cina Islam tentang kisah Khalid al Walid.

Kalau di dalam UMNO, memang benar terdapat ahli yang berlagak hebat daripada pimpinan mereka. Contohnya seperti beberapa orang menteri yang dikenali ramai, lebih bersetuju dengan Mahathir berbanding Pak Lah ketika beliau sedang menjawat sebagai Presiden UMNO. Tetapi, situasi ini sudah merebak ke dalam PAS, dan mewujudkan ahli yang kononnya lantang bersuara membetulkan pimpinan, tetapi tindakannya adalah satu kesilapan besar.

Tidak hairanlah, peristiwa ini sama seperti yang terjadi di Zaman Nabi Muhammad SAW sendiri. Iaitu ketika peristiwa Perjanjian Hudaibiah. Perjanjian Hudaibiah ini telah menimbulkan kontroversi kepada beberapa orang Islam. Mereka melihat bahawa tindakan Baginda SAW dalam memeteraikan perjanjian itu dianggap sebagai kesilapan besar. Mereka tertanya-tanya.. “Kenapakah Nabi Muhammad SAW melakukan begitu?”

Mereka melihat bahawa perjanjian tersebut lebih menguntungkan orang kafir. Sama juga isunya yang terjadi hari ini. Isu tersebut ialah Unity Government yang terdapat beberapa pihak yang merasakan ia akan menguntungkan UMNO sahaja. Tetapi, apakah yang terjadi seterusnya? Dari kalangan orang Islam yang tidak berpuas hati dengan keputusan Nabi Muhammad SAW tersebut ialah Saidina Umar al Khattab sendiri.

Beliau pergi berjumpa dengan Nabi SAW menyatakan ketidak puasan hatinya terhadap perjanjian tersebut. Saidina Umar melihat bahawa Perjanjian Hudaibiah ini seolah-olah merendahkan martabat Islam, dan memberikan untung yang lebih terhadap musuh. Setelah menyuarakan hal tersebut kepada Baginda SAW, Baginda SAW menjawab…

“Hai Putera al Khattab, Aku ini Rasulullah dan aku tidak akan menderhakai Allah, Dialah pembantuku dan Dia tidak mensia-siakan aku sekali-kali”

Baginda SAW menjawab dengan nada yang baik apabila menerima luahan hati Saidina Umar al Khattab. Tetapi Saidina Umar masih tidak tahu mengapa Nabi Muhammad SAW membuat keputusan tersebut yang seolah-olah menguntungkan pihak musuh. Lalu dia pun berlalu dengan menahan perasaan tidak puas hatinya.

Demikianlah apa yang sedang berlaku hari ini. Beberapa orang ahli PAS hari ini telah bertindak tidak wajar apabila menghentam belakang, tanpa merujuk dengan pimpinan sendiri. Bukankah peristiwa ini mengajar kita tentang adab dengan pimpinan, dan adab menegur pimpinan? Tetapi, kita berlagak sebagai seorang yang lebih lantang daripada Saidina Umar sehingga terlupa adab-adab tersebut. Bersambung………

Salam Perjuangan

Dr Fikrah

PAS BUKAN PERJUANGAN PERIBADI


Semakin hari, saya agak risau tentang ahli PAS sendiri. Kalau sebelum ini, saya lebih suka mengulas isu yang berkaitan dengan BN, tetapi, sejak kebelakangan ini, saya melihat bahawa ahli PAS sendiri yang menghadapi masalah yang bakal ditimpakan ke atas PAS. Saya agak kecewa dengan kewujudan beberapa golongan sepertimana yang telah diceritakan oleh Us Nasaruddin di dalam blognya.

Saya teringat kata-kata Nizar, .. “Saya mengundi di atas tiket PAS, bukan tiket peribadi..”. Wahai ahli PAS, PAS bukan bergerak di atas tiket peribadi. PAS bukan milik Tok Guru Nik Aziz, bukan juga milik Presiden, tetapi perjuangan ini adalah milik Allah SWT. Hari ini, PAS sedang diterajui oleh Tok Guru Haji Hadi dan segala gerak kerjanya mestilah berlandaskan apa yang telah ditetapkan oleh Allah SWT sebagai Empunya perjuangan PAS.

Artikel ini saya lontarkan ke muka-muka mereka yang tidak mengenal erti patuh kepada pimpinan! Allah SWT telah mengajar manusia tentang kepatuhan, dan ia kerap kali digadaikan oleh ahli PAS sendiri. Janganlah anda terpengaruh dengan perjuangan BN yang sesat, lalu anda menyuntiknya ke dalam tubuh PAS walaupun dengan tidak sengaja.

Saya mengingatkan kepada ahli PAS supaya memahami bahawa PAS bergerak dalam kumpulan, dan ia bukan perjuangan yang bersifat individu. Sekiranya anda merasa andalah yang terhebat, bahkan lebih hebat daripada barisan ulama’-ulama’ dan Syura PAS, maka dipersilakanlah anda keluar daripada PAS. Jangan ganggu perjuangan ini.

Di dalam PAS diajar erti menghormati keputusan pemimpin, di manakah anda campakkan pengajaran itu? Di dalam PAS diajar menghormati ulama’, di manakah anda bakulsampahkan adab itu? Saya mengkritik sekeras-kerasnya mereka yang meniru gaya UMNO untuk memadamkan institusi ulama’.

Mungkin ada yang mengatakan bahawa saya cuba memecahbelahkan PAS, tetapi, perlu diingat, parasit di dalam tubuh manusia lebih bahaya daripada kewujudan musuh di luar. Ramai orang mati disebabkan racun yang terbenam di dalam tubuhnya, dan segelintir sahaja yang mati apabila diserang secara berhadapan oleh musuh.

Saya berusaha mendedahkan kepada semua tentang kewujudan parasit ini supaya anda dapat menghapuskannya sebelum ia merebak lebih parah! Janganlah anda memperjuangkan peribadi anda dengan menggunakan tiket PAS! Perjuangan Islam bukan tersedia untuk diperalatkan oleh anda! Sekali lagi saya ingatkan, jangan memperjuangkan untuk menaikkan peribadi anda dengan menggunakan tiket PAS!

Sekiranya anda memperjuangkan peribadi anda, anda lebih layak untuk menubuhkan sebuah parti lain yang berobjektifkan mengangkat kerusi anda…. Inilah perjuangan yang tersilap dan paling dibenci oleh Allah SWT. Perjuangan ini, bukanlah perjuangan yang PAS inginkan, dan ia juga bukan sepertimana yang Allah inginkan. Perbetulkanlah kefahamanmu dan barisan saf kamu supaya tidak dihinggapi parasit yang membunuh ini!

Salam Perjuangan

Dr Fikrah

Monday, April 27, 2009

ANAK YANG MASUK ISLAM TETAP MENGHORMATI IBU MEREKA WALAUPUN KAFIR

Artikel ini adalah sambungan daripada artikel sebelum ini yang mengulas tentang keislaman Ridzuan. Di dalam artikel ini, saya akan menceritakan serba sedikit tentang adab seorang anak yang masuk Islam, menghormati ibu bapa mereka, walaupun mereka masih bukan Islam. Inilah ajaran Islam yang diterap, dan Islam adalah agama yang mengasihi.

Kisah pertama yang ingin saya ceritakan di sini ialah Asma binti Abu Bakar. Saidina Abu Bakar telah berkahwin dengan Qailah binti Abdul Izzi ketika mereka masih belum memeluk agama Islam. Setelah itu, Saidina Abu Bakar menceraikannya, dan Saidina Abu Bakar memeluk agama Islam. Hasil daripada perkahwinan tersebut, lahirlah seorang perempuan yang bernama Asma’.

Hasil daripada didikan Saidina Abu Bakar, Asma tetap mengasihi ibunya walaupun ibunya tidak beragama Islam. Beliau kerap menziarahi ibunya dan ibunya juga mengasihi Asma’. Sehinggakan ibunya kerap menyediakan hadiah, ketika Asma’ datang menziarahinya. Lihatlah hasil didikan seorang bapa yang beragama Islam.

Sehingga ibunya yang masih kafir itu merasa senang dan tenang mendapat kasih saying seorang anak, walaupun anaknya beragama Islam. Kebanyakan ulama’ mendapat bahawa ibunya mati dalam keadaan bukan Islam. Demikianlah kisah yang patut difikirkan bersama terutamanya orang bukan Islam, supaya dapat mengenali Islam yang sebenar. Islam yang sebenar ini tiada pada UMNO yang hanya beromong kosong siang dan malam.

Selain itu, Nabi Muhammad SAW sendiri menghormati bapa saudaranya walaupun bapa saudaranya itu masih kafir. Bapa saudara Nabi SAW, dianggap sebagai bapa kandung kerana dialah yang membesarkan Nabi Muhammad SAW, dan memberi kasih saying sepenuhnya, sehinggalah Baginda SAW membesar dan bergelar seorang Nabi.

Apa yang dilakukan oleh Baginda SAW, ialah menghormatinya sehinggalah akhir hayat bapa saudaranya. Walaupun dia seorang yang bukan Islam, tetapi hasil didikan daripada Allah SWT, mampu melentur hati bapa saudaranya itu, untuk menjaga seorang anak yang memperjuangkan agama yang berlainan dengan agamanya. Inilah didikan Islam terhadap anak-anak.

Walaupun anak-anak anda memeluk Agama Islam, mereka diajar supaya tetap menerima ibu bapa mereka dan menghormati mereka. Wahai orang bukan Islam, inilah ajaran Islam yang sebenar. Islam tidak pernah mengajar seseorang itu menderhakai ibu bapa mereka walaupun kedua-duanya bukan Islam. Tetapi sekiranya ibu bapa tersebut menyuruh supaya menderhakai Allah, Islam melarang anak-anak menuruti perintah tersebut.

Demikianlah kisah Nabi Ibrahim AS. Bapa saudaranya (ada yang mengatakan bapanya) adalah seorang penyembah berhala. Walaupun beliau sudah beragama Islam, tetapi beliau tetap memanggil bapa saudaranya dengan panggilan yang baik dan lembut. Beliau berkomunikasi dengan bapa saudaranya sebagai seorang anak, semoga dia dapat menerima Islam. Inilah apa yang diajar oleh Islam, maka ambillah iktibar.

Salam Perjuangan

Dr Fikrah

ZAMBRY BERJAYA MENJAHIT MULUT MUFTI


Sebelum ini terdapat mulut-mulut celupar yang mengatakan PAS melawan cakap mufti, dan sebagainya. Contoh yang paling jelas apabila Mufti Perak mengulas tentang isu penderhakaan Nizar, dan hakikatnya ia telah pun jelas di mata manusia hari ini. Tetapi disebabkan keinginan BN untuk menjadikannya isu, menyebabkan tahi yang mereka lemparkan kepada PR itu, terpalit kembali ke muka mereka sendiri.

Baru-baru ini telah “heboh” tentang program Jom Heboh TV3 yang telah difatwakan HARAM oleh Mufti Perak sendiri. Malangnya, Zambry menjayakannya di Lumut! Ni apa cerita nih?!

Inilah bukti haprak Zambry yang kian terserlah. Kalaulah ulama’-ulama’ PAS yang mengeluarkan fatwa haram program Jom Heboh, masuk akal juga sekiranya Zambry tidak mahu dengar kata. Tetapi yang menjadi masalah, apabila Zambry sendiri yang tidak mahu dengar kata mufti yang bukan PR! Betapa mangkuknya Zambry ini.

Sebaliknya apa yang terjadi, Pakatan Rakyat sendiri yang berusaha menegur Zambry yang tidak mahu dengan kata muftinya sendiri. Entah kenapa… tetapi hakikat yang tidak boleh dinafikan ialah, Zambry akan dengar kata mufti sekiranya selari dengan keinginannya sahaja. Sekiranya tidak selari, buat apa nak ikut!.........

Hakikat ini terbukti hari ini. Wahai penyokong UMNO yang masih tidur, apa lagi hujah anda untuk mengatakan Zambry itu betul? Sehinggakan fatwa mufti sendiri pun tidak dihiraukan. Sedangkan perkara ini jelas bertentangan dengan syarak. Manakala isu penderhakaan, telah diperincikan secara ilmiah, dan hukumnya di sisi Islam. Tetapi, ini pula yang dijadikan isu.

Manakala isu Zambry hari ini, apa cerita? Wahai UMNO, jawablah! Memang nampak jelas kelakukan Zambry hari ini umpama memperbodohkan diri sendiri yang sudah sedia bodoh. Apabila orang lain datang untuk mengajar supaya menjadi cerdik, terus dicaci dan dimaki.

Saya pernah menonton beberapa siri perbincangan di dewan Negeri Perak. Zambry dilihat sebagai seorang yang islamik. Kononnya pandai berbicara tentang agama. Begitu juga kisah perebutan mikrofon di Taiping ketika PR BG sebelum ini. Zambry sendiri mendakwa bahawa beliau juga boleh memberi tazkirah seperti Nizar. Dan mampu menafsirkan ayat al Quran…

Hakikatnya, inilah kalam orang yang bodoh, yang hanya mengatakan pandai memberi tazkirah dan menafsir al Quran, tetapi Jom Heboh, tetapi dihebohkan! Sudahlah beromong kosong, buat dosa pula. Kalau pandai memberi tazkirah, pergilah tegur TV3 supaya membatalkan program tersebut! Tetapi, apa yang berlaku sebaliknya.

Beliau yang sebelum ini mendakwa dirinya sebagai seorang islamik, tetapi hari ini telah membuka pekung di dada. Kita sendiri boleh melihat dengan jelas, dan tidak pula dikhabarkan oleh orang-orang fasik. Inilah Zambry yang sebenarnya kalau pakcik dan makcik ingin kenal. Maka, kalau anda seorang yang bodoh sepertinya, anda akan terus mengundi dan menyokongnya. Anda juga akan terpalit tahi-tahi BN!

Salam Perjuangan

Dr Fikrah

AKU MENGULAS TENTANG ISU “RIDZUAN MASUK ISLAM”

PMRAM semalam telah mengeluarkan artikel ilmiah yang menjelaskan tentang isu hangat yang dibincangkan di Malaysia hari ini. Iaitu isu tentang Ridzuan yang menganut agama Islam, setelah meninggalkan agama hindu. Pada perspektif saya, saya melihat bahawa tindakan Nazri Aziz yang mengemukakan kenyataan tersebut, dianggap sebagai kenyataan yang silap dan perlu diperbetulkan.

Hakikatnya, saya begitu kesal dengan tindakan bodoh beliau, yang jelas tidak berlandaskan Islam. Mungkin ramai yang menyalahkan pihak yang menegur, seperti mereka berkata, “Ramai yang menghina UMNO disebabkan kesilapan mereka, tetapi apabila diajak berbincang, semua pakat tolak... tidak mahu bekerjasama dengan UMNO…”. Hakikatnya inilah kalam orang yang jahil.

Sepatutnya, Nazri Aziz perlu merujuk bahagian-bahagian tertentu yang dapat membahas perkara ini. Contohnya seperti JAKIM, dan sebagainya. Mereka juga dikatakan memiliki jentera bahagian agama, seperti Masyitah. Di manakah dia? Antara kenyataan beliau di dalam akhbar….

"Jangan jadikan agama, contohnya Islam, sebagai alat untuk melepaskan diri daripada perkahwinan kerana perbuatan seperti ini akan mencemarkan nama agama itu,"…

Inilah kenyataan yang dituturkan oleh seorang yang tidak layak dijadikan sebagai pemimpin. Lihatlah betapa rosaknya masyarakat sekiranya orang yang tidak layak menjadi pemimpin, dilantik sebagai pimpinan. Kata-katanya berbaur pencemaran yang merosakkan kesucian Islam. Kalam orang jahil tidak mungkin seerti dengan kalam orang yang pakar!

Memang benar, Nazri Aziz langsung tidak layak dan langsung tidak berautoriti mengeluarkan kenyataan tersebut. seperti seorang doktor gigi mengkritik nelayan kerana tidak turun ke laut pada hari hujan. Doktor gigi ini langsung tidak tahu tentang hal ehwal nelayan dan bahaya ke laut ketika hari hujan.

Boleh saya katakan dengan tanpa segan silu, bahawa beliau memang seorang yang bodoh. Saya tidak anggap kenyataan tersebut dituturkan dalam keadaan tidak disengajakan, sebaliknya beliau sengaja menghina Islam untuk menjaga hati orang bukan Islam. Apa yang peliknya, mereka begitu marah sekiranya orang bukan Islam membaca ayat al Quran, tetapi mereka (BN) sendiri menghina Islam!

Mereka mengatakan bahawa orang bukan Islam yang membaca al Quran seolah-olah menghina Islam. Tetapi mereka yang dikatakan Islam ini, dengan jelas menghina Islam, dan merendahkan kedudukan Islam yang tinggi di mata masyarakat! Apa kata Sammy Vellu? Beliau bertepuk tangan sambil mengucapkan terima kasih kepada Nazri Aziz kerana telah mengagungkan hindu!

Tetapi, apabila Pakatan Rakyat bekerjasama dengan orang bukan Islam, terus dicaci dan dimaki, kerana mendapatkan pertolongan daripada bukan Islam. Mereka berkata bahawa PAS sudah menggadaikan matlamat sebenar mereka, untuk memerangi UMNO yang dikatakan Islam juga. Tetapi kesalahan besar di dalam UMNO hari ini ialah bekerjasama dengan MIC yang jelas menodai kesucian Islam!! Siapakah yang patut diperangi? Siapakah yang bekerjasama dengan orang kafir yang cuba merosakkan Islam?

Salam Perjuangan

Dr Fikrah

Sunday, April 26, 2009

PMRAM MENJELASKAN ISU PENGISLAMAN RIDZUAN

Sumber : www.pmram.org

1. PENDAHULUAN

Isu pengislaman Saudara Mohd Ridzuan Abdullah atau K Patmanathan, 40, bekas penganut Hindu, telah menimbulkan satu polemik yang perlu dinilai dari sudut Syarak terhadap beberapa isu. Isu yang akan dibincangkan di sini adalah

1. Status agama tiga orang anak beliau iaitu Tevi Darsiny (12 tahun), Karan Dinesh (11 tahun) dan Prasana Diksa (1 tahun).

2. Hak penjagaan anak.

3. Status perkahwinan selepas pengislaman.

2. STATUS AGAMA ANAK-ANAK SELEPAS SALAH SEORANG PASANGAN SUAMI ISTERI MEMELUK AGAMA ISLAM

2.1 Pandangan Islam Terhadap Status Anak Apabila Hanya Salah Seorang Ibu Bapa Memeluk Islam.

Dalam menjelaskan status anak-anak selepas salah seorang ibu bapa memeluk Islam sedangkan pihak yang kedua tetap berada dalam agama asal, para fuqaha Islam telah berselisih pandangan kepada beberapa pandangan:

Pandangan Pertama:

Anak-anak adalah mengikut agama Islam sama ada yang memeluk Islam adalah bapa ataupun ibu.

Pandangan ini adalah pandangan yang dipegang oleh kebanyakan para fuqaha Islam daripada mazhab al-Hanafiyyah, al-Syafi`iyyah dan al-Hanabilah.

Maka berdasarkan kes yang berlaku, Tevi Darsiny (12 tahun), Karan Dinesh (11 tahun) dan Prasana Diksa (1 tahun) adalah diiktibar sebagai beragama Islam kerana mengikut agama yang dianuti oleh bapanya.

Hujah pandangan pertama ini adalah hadith Rasulullah yang berbunyi:

Daripada A'idz bin Amr Almuzani, daripada Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda : "Islam tinggi dan tiada yang lebih tinggi daripadanya."

Pandangan Kedua:

Anak-anak adalah mengikut agama Islam apabila yang memeluk Islam adalah bapa. Sekiranya yang memeluk Islam adalah ibu, anak-anak tidak dianggap beragama Islam.

Pandangan ini adalah pandangan yang dipegang oleh al-Imam Malik.

Hujah yang dipegang oleh al-Imam Malik adalah seseorang anak adalah dinasabkan kepada si ayah dan bukannya dinasabkan kepada si ibu. Maka kerana itulah keislaman si ayah sahaja yang akan menyebabkan si anak turut beragama Islam sebagai mengikut agama si ayah.

Maka berdasarkan kes di atas, Tevi Darsiny (12 tahun), Karan Dinesh (11 tahun) dan Prasana Diksa (1 tahun) adalah tetap diiktibar sebagai beragama Islam kerana mengikut agama yang dianuti oleh bapanya.

Baca seterusnya

PARASIT DALAM PAS YANG MEMFITNAH ULAMA’


Ramai yang agak panas punggung apabila berlaku percanggahan di antara dua mutiara, Tok Guru Nik Aziz dan Tok Guru Haji Hadi. Segalanya telah dijelaskan oleh Us Nik Abduh di dalam blognya yang bertajuk “Kerja-kerja Bodoh Dalam PAS”. Saya agak terkilan, rupa-rupanya wujud parasit yang cuba melaga-lagakan di antara dua mutiara ini. Semoga mereka dibalas oleh Allah SWT.

Terdorong hati saya untuk mengulas tentang artikel beliau itu. Secara jujur saya sebut, tiada siapa yang meredhai kelakuan parasit ini. Betapa besarnya dosa mereka Allah sahaja yang memberinya. Apalah salah mereka berdua? Mereka adalah pejuang Islam dan juga seorang ulama’. Apakah sebab mereka hendak melaga-lagakan dua mutiara ini?

Saya teringat Sirah Nabi Muhammad SAW, kisah kewujudan seorang hamba Allah yang munafik, bernama Abdullah bin Ubay. Namanya telah saya ulang beberapa kali di dalam artikel sebelum ini. Siapa ingat tentang Hadis Ifki? Hadis Ifki ialah kisah fitnah Abdullah bin Ubay, yang mengatakan bahawa Saidatina Aisyah telah melakukan maksiat bersama Safwan bin Mu’attal.

Kisahnya bermula apabila Saidatina Aisyah tertinggal daripada rombongan yang pulang dari medan Perang. Saidatina Aisyah keseorangan di padang pasir, sehinggalah Safwan bin Mu’attal kebetulan lalu di laluan tersebut. Setelah menemui Saidatina Aisyah, beliau segera menurunkan untanya supaya dapat dinaiki oleh isteri Baginda SAW itu. Beliau pun membawanya ke Madinah.

Setibanya di Madinah, Abdullah bin Ubay mula menjaja cerita tersebut, dan menaburkan pelbagai fitnah bertujuan melaga-lagakan Rasulullah SAW, dan Saidatina Aisyah yang suci. Sehinggakan umat Islam ketika itu merasa tidak sedap duduk terhadap peristiwa yang terjadi. Sehinggalah turun wahyu daripada Allah SWT menyatakan bahawa Saidatina Aisyah bersih daripada sebarang perlakuan maksiat.

Lihatlah kisah ini. Orang munafik berusaha untuk melaga-lagakan di antara rumah tangga seorang Nabi. Begitu jugalah yang terjadi di dalam PAS, terdapat parasit yang melaga-lagakan di antara dua pejuang Allah SWT! Mereka adalah ulama’ yang mewarisi ilmu Nabi Muhammad SAW, dan mereka juga dilaga-lagakan sepertimana Orang Munafik memfitnah Nabi Muhammad SAW!

Usaha mereka itu sama seperti perjuangan orang munafik menghancurkan dan menjatuhkan Nabi Muhammad SAW. Hari ini, kewujudan mereka berusaha untuk menjatuhkan dua orang pewaris Nabi ini. Berwaspadalah, anda jangankan menjadi parasit ini. Tidak mustahil, sekiranya hari ini anda menjadi sumber khasiat, mungkin akibat fitnah ini, anda boleh bertukar menjadi parasit yang membunuh!

Salam Perjuangan

Dr Fikrah

PARASIT DALAM PAS YANG MENGUNTUNGKAN UMNO

Us Nasaruddin Tantawi telah menyiarkan sebuah artikel yang sepatutnya menjadi pedoman kepada kita selaku pendokong Islam di dalam blog beliau. Artikel tersebut menceritakan tentang kewujudan 2 team di dalam PAS. Memang benar, di sana memang terdapat 2 team di dalam PAS, bahkan boleh saya katakan, ia lebih daripada itu. Di dalam sebuah hadis Nabi SAW, sepertimana yang telah disebutkan oleh Us Nasaruddin di dalam artikelnya, bahawa di akhir zaman, Islam terpecah kepada 73 kumpulan, dan satu kumpulan sahaja yang akan menang.

Hakikatnya, di dalam PAS, hanya dilihat terdapat 2 kumpulan sahaja, bahkan ia sebenarnya lebih banyak dari itu. Demikianlah suara hati yang diluahkan oleh Us Nasaruddin. Sebelum ini saya pernah menulis artikel yang bertajuk “Jangan tubuhkan BN yang kedua setelah menjatuhkan BN yang pertama”. Namun, hakikat yang perlu diketahui oleh semua ahli PAS ialah janganlah menyuntik virus politik kotor UMNO ke dalam tubuh PAS!

Saya teringat Sirah Nabi Muhammad SAW, ketikamana Baginda SAW sendiri mengalami situasi yang sama sepertimana yang terjadi di dalam PAS hari ini. Iaitu wujudnya beberapa golongan Islam yang tidak percaya dengan Nabi Muhammad SAW sendiri, dan terdapat juga golongan munafik yang berlakon sebagai seorang Islam, tetapi bertujuan menghancurkan Islam.

Ketika peperangan Bani Mustalik selesai, orang Islam pergi mendapatkan bekalan air di sebuah perigi. Perigi yang satu itu menyebabkan mereka berebut-rebut untuk mendapatkan air sehinggakan berlaku pertengkaran kecil. Lalu terdengarlah seorang ansar memanggil, “Wahai kaum Ansar….” Dan terdapat seorang muhajirin juga memanggil “Wahai kaum Muhajirin…”……

Apabila mendengar panggilan tersebut, Rasulullah SAW bersabda “Apakah mereka masih menyeru kepada jahiliyyah sedangkan aku masih bersama mereka?!!”. Pertengkaran sesama umat Islam ketika itu menyebabkan Nabi Muhammad SAW begitu benci, kerana meraka mengembalikan sifat taksub perkauman yang telah dihapuskan oleh Baginda SAW. Baginda SAW begitu benci dengan kelakuan orang Islam ketika itu yang menyeru kepada jahiliyyah.

Begitu juga apa yang terjadi hari ini, terdapat parasit di dalam PAS yang telah cuba mengembalikan PAS kepada Jahiliyyah UMNO! Politik kotor UMNO cuba diserap di dalam PAS. Perpecahan UMNO diserap di dalam kesatuan PAS. Seolah-olah parasit-parasit ini cuba mengUMNOkan PAS setelah UMNO gagal mendapat pengaruh rakyat.

Parasit inilah yang telah disebut oleh Us Nasaruddin sebagai golongan Asy Syaqawah. Tidak dinafikan, bukan setakat UMNO sahaja yang membencikan ulama’, bahkan terdapat parasit PAS sendiri yang membenci ulama’. Bertaubatlah sekiranya anda adalah salah seorang daripada mereka. Parasit-parasit ini cuba menjadi hero dalam perjuangan PAS, sedangkan hero ini tidak lain hanya ingin mendapat nama sepertimana yang dilakukan oleh Abdullah bin Ubay, seorang munafik di zaman Nabi Muhammad SAW.

Abdullah Ubay memang hebat menabur fitnah. Dia bertujuan menghancurkan pengaruh Nabi Muhammad SAW kerana kehadiran Nabi SAW di Madinah mengganggu kenaikannya sebagai pemimpin Madinah. Oleh itu, beliau sering bertindak menyuntik racun ke dalam pemikiran umat Islam supaya tidak mempercayai kepada Nabi Muhammad SAW.

Adakah kita juga salah seorang yang bertugas sebagai penyuntik ke dalam pemikiran umat Islam supaya tidak mempercayai ulama’ yang juga pewaris bagi Nabi? Inilah beberapa ekor parasit yang hidup di dalam tubuh PAS, dan berusaha untuk merosakkan PAS!

Salam Perjuangan

Dr Fikrah

ROMBAKAN PIMPINAN UMNO, STRATEGI ATAU KECACATAN? ATAU STRATEGI YANG CACAT?


Semalam, berita telah menyiarkan bahawa Najib akan membuat rombakan terhadap kepimpinan tertinggi UMNO. Kata Muhyiddin, ia adalah untuk memperkukuhkan parti, tetapi sejauh manakah kebenarannya? Atau ia hanya retorik yang bersahaja dan tidak berasas? Di dalam menjelaskan “sebab” perubahan ini, suka untuk saya lampirkan contoh yang sesuai dengan situasi ini.

Contoh tersebut ialah perlawanan bolasepak. Beberapa ketika, jurulatih akan membuat beberapa penukaran pemain, dan sedikit perubahan strategi. Memang benar, ia adalah bertujuan untuk memperhebatkan rentak perlawanan. Tetapi, tidak dinafikan juga, jurulatih terpaksa berbuat demikian kerana melihat bahawa wujudnya rompongan yang terdapat di dalam pasukan tersebut ketika perlawanan.

Ya, sudah pasti, tindakan “memperkukuhkan” sepertimana yang didakwa Muhyiddin, adalah tindakan untuk menampal rompongan tersebut. Mana mungkin sekiranya pasukan UMNO sudah benar-benar hebat, tidak perlulah membuat tindakan pengukuhan tersebut. Itulah hakikatnya, mereka melihat bahawa UMNO hari ini sedang mengalami rompongan yang besar dan teruk!

Oleh itu, Najib terpaksa mengambil tindakan menampal rompongan tersebut sepertimana seorang jurulatih bolasepak menukarganti pemain, kerana melihat bahawa rompongan dan kekurangan terdapat di dalam pasukannya. Apakah rompongan yang terdapat di dalam UMNO? Teruk manakah rompongan tersebut?

Perubahan pucuk pimpinan parti adalah satu perkara yang jarang berlaku di dalam UMNO sendiri. Kenapakah ia dibuat? Ini kerana UMNO hari ini sudah mengalami rompongan yang agak teruk. Terpaksa mengubah kedudukan pucuk pimpinan tertinggi. Seolah-olah seorang jurulatih bola sepak itu menukar kedudukan penjaga gol, menjadi seorang penyerang!

Adakah ia berpunca dari masalah dalaman UMNO sendiri? Mungkin juga. Tetapi hakikatnya mereka sahaja yang tahu masalah rumah tangga mereka. Mereka terlupa bahawa masalah rumah tangga mereka ini menjadi bualan orang ramai. Dan orang pasti tertanya-tanya, apakah punca masalah tersebut. Masing-masing hairan dan pelik, kenapakah pimpinan tertinggi UMNO terpaksa diubah?

Pertanyaan ini hanya dijawab oleh Muhyiddin bahawa ia adalah tindakan mengukuhkan parti, tetapi masih ramai yang tertanya-tanya, sejauh manakah kebenaran kata-kata Muhyiddin itu? Jawapannya itu meragukan banyak pihak dan dia tidak lagi dipercayai. Saya yakin, ramai yang berpandangan bahawa ia berpunca daripada masalah dalaman UMNO sendiri.

Ini kerana beberapa sebab, yang menampakkan ia berpunca daripada masalah dalaman tersebut. Contohnya, seseorang (bukan doktor) telah mendapati bahawa suhu badan sahabatnya terlalu tinggi. Lalu, tanpa perlu berjumpa dengan doktor, dia sudah dapat membuat spekulasi bahawa sahabatnya itu sedang mengalami sakit. Begitu juga UMNO, orang bukan politik (awam) sudah dapat membuat spekulasi bahawa terdapat penyakit di dalam UMNO, tanpa perlu mendengar kalam ahli politik sendiri.

Salam Perjuangan

Dr Fikrah