Saturday, May 30, 2009

ONE MALAYSIA : ANTARA IMPIAN DAN BUANG MASA


Isu One Malaysia ini sudahpun hampir lapuk dan tidak dibualkan sangat. Memandangkan gimik Najib ini agak membosankan, maka ia hanya ditayang sekerat dua minit sahaja. Kalau sebelum ini, Pak Lah terkenal Glocal, Islam Hadhari dan sebagainya. Manakala Najib hari ini pula bangga seorang diri dengan istilah One Malaysia nya.

Kalau sebelum ini, terdapat sebuah gambar Zambry mendukung seorang anak Bangsa India kononnya menerima perbezaan bangsa. Tetapi dia tidak sudi untuk mendukung anak orang Cina, mungkin kerana tidak se”patern”. Ini hanya sekadar gurauan sahaja. Cuma apa yang hendak disebutkan hari ini, adakah One Malaysia akan mengulangi sejarah Islam Hadhari Pak Lah?

Antara sejarah pempopularitian Islam Hadhari, ia dilihat sebagai satu tema yang membuang karan sahaja. Sepertimana yang saya ketahui, perancangan untuk pelaksanaan Islam Hadhari ini, memakan masa 2 tahun untuk penerangan sahaja. Tetapi setelah dua tahun, Pak Lah pun turun, dan langsung tidak disua oleh Najib pada hari ini.

Bahkan Najib pula membawa istilah baru, iaitu One Malaysia. Islam Hadhari hanya tinggal angan-angan yang tidak kesampaian, bahkan Pak Lah sahaja yang dilihat memperjuangkan tema tersebut seorang diri bersama beberapa kerat orang-orangnya. Menteri-menteri lain merasa muak dengan penggunaan “Islam”.

Persoalannya, adakah One Malaysia pun akan mengulangi sejarah Islam Hadhari? Adakah One Malaysia juga akan terkulai sebagai angan-angan Najib? Adakah perjuangan mempopularkan One Malaysia ini hanya diperjuangkan oleh Najib seorang diri, dan beberapa kerat orang-orangnya sahaja? Maka, jawapan saya.. “kita tengok nanti…”. Saya tidak pandai melihat masa depan, cuma andaian sahaja.

Hari ini, Najib dilihat sebagai orang yang suka berjalan-jalan di merata-rata tempat dengan diiringi pegawai polis. Beliau cuba mempopularkan dirinya sebagai seorang pemimpin berjiwa rakyat. Beliau juga kerap menasihatkan menteri-menterinya supaya “turun padang”, dan sebagainya. Namun, entah kenapa, nasihatnya semacam tidak laku sahaja.

Adakah ini juga sebahagian agenda “One Malaysia”? Entahlah. Namun, saya harapkan agar ia bukanlah agenda politik semata-mata. Atau sekadar angan-angan sebelum tidur atau hanya membuang masa. Hari ini heboh isu tentang Chin Peng. Mungkin kali inilah Najib perlu memperkasakan teknik rebonding One Malaysia yang dicanai olehnya.

One Malaysia juga akan lebih dikenali sebagai One UMNO sekiranya tersalah teknik rebonding. Bahkan ia akan lebih dikenali sebagai One Najib sekiranya hanya beliau sahaja yang mempraktikkannya konon sebagai seorang pemimpin berjiwa rakyat. Pemimpin berjiwa rakyat boleh ditiru dengan pengamalan Tok Guru Nik Aziz sendiri. Inilah nasihatku walaupun beliau tidak membaca artikel ini.

Salam Perjuangan

Dr Fikrah

BENARKAH NAJIB TAKUT KE LUAR NEGARA?

Jawapan yang mula-mula sekali dapat saya beri ialah “entah”. Tetapi saya mempunyai sedikit pandangan yang mungkin boleh difikirkan bersama, walaupun ia sekadar andaian sahaja. Mungkin betul, mungkin juga tidak. Hakikatnya, ketakutan ini hanya terdapat di dalam diri seseorang yang tidak mungkin dapat diketahui oleh orang lain, kecuali dengan beberapa tanda.

Antara tanda-tanda ketakutan seperti muka pucat, menggeletar, dan sebagainya. Saya mengaku, saya tidak pernah melihat beliau pucat muka, mahupu menggeletar. Oleh itu, saya hanya memberikan andaian sahaja. Beliau bukanlah tidak ke luar langsung, tetapi apa yang saya maksudkan “berada dalam ketakutan”. Contohnya, kita sudah tahu cerita hantu adalah seram dan menakutkan, tetapi tengok juga.

Antara perkara yang memungkinkan beliau tidak ke luar negara ialah disebabkan kes Altantuya yang sudah menjadi bualan sedunia. Altantuya adalah warga Mongolia, dan kemungkinan besar, kes Najib ini boleh dibawa ke Mahkamah Dunia. Walaupun beliau terlepas dari Mahkamah Malaysia, namun, sekiranya kes beliau ini dibawa ke Mahkamah Dunia, sudah pasti ancamannya lebih besar.

Ini kerana kesnya bukan hanya tertakluk di bawah Malaysia semata-mata, bahkan melibatkan warga asing. Maka, disebabkan factor yang besar ini, saya andaikan bahawa beliau dalam keadaan berwaspada apabila keluar negara. Namun, sepertimana yang saya sebutkan, ini hanyalah andaian sahaja.

Mungkin pembaca budiman mempunyai pandangan tersendiri, maka saya serahkanlah. Tetapi inilah apa yang diandaikan oleh saya. Walaubagaimanapun, antara yang dikhuatiri juga, kedudukan beliau sebagai pimpinan nombor satu Malaysia, yang mempunyai kredibiliti yang tercemar.

Lihatlah apabila media asing begitu mudah mencemarkan kredibilitinya. Adakah kita mahu salahkan mereka? Kenapakah Najib kecut telur untuk menyaman media asing sekiranya beliau berada di pihak yang benar? Saya tidak katakan beliau bersalah, tetapi saya meminta beliau supaya membersihkan namanya daripada terus dicemarkan.

Antara ketakutannya untuk menyaman media asing, beliau juga terdedah risiko dipanggil oleh Mahkamah Dunia. Sekiranya beliau ingin menyaman media asing, beliau terpaksa melalui proses Mahkamah Dunia, yang tidak menjamin kesejahteraannya dengan best sepertimana yang diperolehinya di Malaysia.

Maka, kesimpulannya cuma dua. Beliau takut untuk ke luar negara, dan beliau juga takut untuk menyaman media asing, kerana bimbangkan keselamatannya terdedah di hadapan Mahkamah Dunia. Maka, saya juga ingin menasihatkan beliau, walaupun beliau tidak membaca artikel ini, bahawa Mahkamah Dunia pun sudah menakutkan beliau, apatah lagi Mahkamah Akhirat?

Maka, anda sendiri sudah yakin bahawa keselamatan anda tidak terjamin. Bahkan Anda dalam bahaya sekarang. Kes ini akan menghantui beliau sehinggalah waktu-waktu yang entah bila tibanya.

Salam Perjuangan

Dr Fikrah

Friday, May 29, 2009

KERJA-KERJA MENAJISKAN PERJUANGAN ISLAM

Perjuangan Islam adalah perjuangan suci yang mengagungkan al Quran dan as Sunnah. Namun, di sana, disebabkan terdapatnya golongan-golongan yang mengganggu, maka, terancamlah perjuangan Islam ini. Di sana, kedapatan beberapa golongan yang menganggap mereka cerdik, sedangkan hanya menggunakan akal sahaja, dan mentafsirkan al Quran dan Hadis tanpa mempelajari ilmunya.

Mereka mendakwa mereka lebih faham, tetapi yang menjadi kekeliruan, mereka menjatuhkan orang yang dikatakan separuh faham ini. Mereka juga mengatakan bahawa, jemaah ini bukannya faham sangat, jemaah kita lebih memahami. Sedangkan mereka sedaya upaya menjatuhkan jemaah yang dikatakan kurang memahami tersebut.

Kelakuan mereka ini tidak lain, hanya menjahanamkan Islam semata-mata. PAS tidak pernah terlintas untuk menjatuhkan Hizbut Tahrir, Tabligh, JIM dan sebagainya, tetapi segelintir daripada yang dengkikan perjuangan PAS, menolak PAS mentah-mentah. Sekiranya anda merasakan manhaj anda lebih hebat dan bermutu, teruskanlah dengan manhaj tersebut. Adakah di dalam manhaj tersebut menyuruh kita menjatuhkan jemaah lain tanpa sebarang sebab?

Mereka juga mendakwa bahawa mereka dibarisi oleh ulama’ mereka, dan ulama’ PAS hanya memperjuangkan sesuatu yang kotor. Sedangkan mereka cuba mengotori dan menajiskan perjuangan Islam. Berdalih-dalih mereka mengemukakan hujah, sedaya upaya menampakkan kecerdikan mereka dalam berhujah, tetapi hakikatnya, kebodohan mereka yang lebih terserlah.

Kebodohan ini seharusnya ditutup dengan bertanya, dan mempelajari. Adakah setakat baru memahami terjemahan sekerat dua ayat al Quran, sudah mampu menaikkan seseorang itu lebih canggih daripada ulama’? Apabila disebutkan kitab tauhid, terus sahaja dikatakan “Kamu hanya berpegang dengan kitab kamu sahaja, sedangkan al Quran dan as Sunnah tergadai”.

Entah, saya kurang pasti, dia tahu atau tidak apa yang dimaksudkan dengan kitab tauhid yang berjuta-juta terdapat di dunia ini. Kadangkala merasa bosan apabila ingin menjawab kritikan orang-orang seperti ini. Mereka seolah-olah mengatakan mereka mempunyai dalil yang lebih kukuh. Maka persilakanlah anda dengan dalil anda.

Mungkin ramai yang keliru, siapakah yang dimaksudkan sebagai pelempar najis kepada perjuangan Islam sepertimana yang dimaksudkan? Maka, jawapannya ada pada sesiapa yang merasa pedih dengan pekara ini. Sesiapa yang tidak merasainya, maka bukanlah mereka orangnya. Maka, saya menasihatkan kepada mereka agar tidak sekepala dengan UMNO untuk menajiskan perjuangan Islam yang suci ini.

Persoalan yang dari dahulu lagi tidak dapat saya rungkaikan, iaitu, kenapakah mereka bersungguh-sungguh menjatuhkan PAS? Apakah dosa PAS lebih teruk berbanding UMNO? Atau apa? Saya harap mereka dapat menjawab soalan ini dahulu.

Salam Perjuangan

Dr Fikrah

Thursday, May 28, 2009

MANHAJ PERJUANGAN MENENTANG ISLAM?

Di dalam berjuang, pastinya terdapat rintangan, dan antara rintangan-rintangan yang bakal kita hadapi ialah “orang Islam yang memusuhi orang Islam sendiri”, atau lebih dikenali sebagai jemaah yang menentang jemaah, sedangkan mereka tahu bahawa perjuangan adalah satu. Artikel ini saya tidak berniat untuk menyatakan kepada UMNO.

Ini kerana UMNO sudah awal-awal lagi tertolak daripada dikatakan sebagai jemaah yang diperintahkan oleh Nabi SAW untuk kita berpegang dengannya. Inilah musuh pertama dan paling bahaya dalam meruntuhkan jemaah. Iaitu kewujudan jemaah yang kedua yang merasakan mereka lebih layak dan lebih sesuai daripada jemaah yang pertama, lalu mereka mengambil tindakan untuk menghancurkan jemaah yang pertama itu.

Realiti ini sudah jelas kelihatan. Kadangkala, terdapat jemaah yang merasakan bahawa perjuangan PAS adalah perjuangan politik yang kotor, lalu menubuhkan jemaah yang kedua kononnya mereka itu bersih! Kadangkala, ada juga yang mendakwa bahawa tarbiyah jemaah mereka lebih hebat, dan PAS tidak mempunyai tarbiyah.

Kenapakah saya menggelar mereka sebagai musuh pertama? Ini kerana mereka adalah orang yang sudah memahami erti perjuangan, dan erti jemaah. Cuma, yang kotornya pada diri mereka ialah dengki dan merasa jemaah sendiri hebat. Merasa perjuangan sendiri lebih hebat, lalu menentang perjuangan PAS. Inilah kesilapan yang paling teruk dilakukan oleh mereka.

Mereka juga berusaha untuk menjahanamkan PAS disebabkan PAS itu kurang tarbiyah. PAS itu salah manhaj dan sebagainya. Mereka mengatakan bahawa Nabi SAW tidak ajar umatnya berpolitik. Nabi SAW tidak ajar umatnya berpilihanraya dan sebagainya. Sebelum ini, sudah puluhan artikel saya menerangkan tentang pelaksanaan Baginda SAW dalam berpolitik. Tetapi mereka masih lagi berdegil, kononnya mereka lebih tahu.

Apabila diminta mengemukakan dalil, ditanya kita semula. PAS tidak pernah berkeinginan untuk menjatuhkan mana-mana jemaah, tetapi kenapakah mereka sedaya upaya menjahanamkan PAS? Kalau jemaah tersebut mempunyai dalil mereka sendiri untuk berjuang, maka teruskanlah dengan dalil tersebut. Tetapi anda jangan lupa, dalil itu bukan satu, dan kaedah berjuang bukannya satu.

Minta maaf saya sebut, di dalam menyebut tentang perkara ini, tidak perlu kita bermuka-muka. Ini kerana mereka sudah pun memahami, cuma tidak mengamalkan sahaja kefahaman tersebut. Adakah di dalam manhaj perjuangan mereka, menyuruh supaya menjatuhkan perjuangan Islam yang lain?

Yang peliknya, PAS juga menjadi sasaran mereka. Kenapakah kita tidak bersama-sama menghapuskan UMNO itu? Mereka menghujum PAS kerana kononnya kurang tarbiyah, tetapi mereka tidak sedar, kalau PAS tidak menang, UMNO lah yang akan menang. Mereka tidak punya platform untuk menzahirkan perjuangan mereka, tetapi mereka menghancurkan jemaah yang sudah menzahirkan perjuangan.

Inikah sikap yang diajar oleh manhaj perjuangan mereka? Sekiranya mereka merasakan jemaah mereka lebih baik dan sesuai, kenapakah sedaya upaya menghapuskan PAS? Kenapakah tidak berjuang menentang UMNO sahaja? Inilah kesilapan dalam berjuang yang perlu dijauhi. Semoga kita sama-sama istiqamah.

Salam Perjuangan

Dr Fikrah

NASIHAT UNTUK MUFTI PERAK


Baru-baru ini, terdapat seseorang yang mencabar Mufti Perak bertanding. Saya yakin, ramai yang mempunyai pandangan terhadap cabaran ini. Persoalan yang ingin saya timbulkan kepada mereka yang mempunyai pandangan-pandangan yang berbeza ini ialah, layakkah seorang Mufti itu bertanding?

Kalau sebelum ini, Mufti Perak sendiri asyik menyebut bahawa beliau tidak menyebelahi mana-mana parti politik. Tetapi yang peliknya, kata-katanya itu tidak seperti apa yang dilakukannya. Semoga beliau tidak dikatakan sebagai orang yang tidak mengamalkan ilmunya, kerana menghukumkan sesuatu berdasarkan keinginan peribadi semata-mata. Saya berharapan begitu.

Kalau dahulu, ketika beliau lantang bersuara mengatakan haram pada Konsert Sure Heboh, kes Murtad dan sebagainya, saya cukup menghormatinya. Dan satu ketika dahulu saya mengharapkan supaya beliau terus dengan cara tersebut. Tetapi baru-baru ini beliau dengan lantangnya mengatakan bugho kepada Nizar, walaupun fatwa tersebut jelas bertentangan.

Mungkin ada yang bertanya, “Dr Fikrah rasa dirinya lebih hebat daripada mufti”. Maka, saya menjawab bahawa, Mufti itulah yang merasakan dirinya lebih hebat daripada Ulama’ Fiqh seluruh dunia. Dan saya sendiri mengharapkan supaya pembaca budiman dapat meneliti kembali, apakah yang dikatakan sebagai bugho, dan syarat-syarat sah seseorang itu bugho.

Maka, nasihat saya untuk beliau, dengan cara terhormat, saya mengharapkan agar beliau benar-benar mengamalkan ilmunya, dan berpijak kepada kebenaran. Sekiranya anda merasakan kebenaran itu pada UMNO, maka berpihaklah kepada sana, sekiranya tidak, maka, pijak-pijaklah UMNO itu. Anda jangan terlupa, orang yang mempunyai ilmu, tetapi membuat dosa, lebih berat dosanya berbanding orang jahil yang membuat dosa.

Ini kerana anda sendiri tahu yang mana dosa, dan yang mana tidak. Anda juga tahu adab-adab sebagai seorang mufti. Contohnya dalam kes Lina Joy, anda juga tahu bahawa orang yang murtad, apabila dinasihati untuk kembali kepada Islam, tetapi masih berdegil, maka hukumnya adalah bunuh. Tetapi Malaysia hari ini tidak melaksanakannya, kerana bimbangkan macam-macam.

Maka, kan bagus kalau anda lantang dalam bab ini. Contoh yang lain, Sure Heboh di Pangkor, jelas menjatuhkan imej anda sebagai Mufti Perak yang mengharamkan Sure Heboh. Tetapi, hari ini bagaimana?

Mungkin ada yang mengatakan bahawa saya cuba menjatuhkan mufti, sebenarnya tidak. Saya cuba menyedarkan seorang mufti. Sejauh manakah kehebatan saya untuk menyedarkannya? Saya menyedarkannya berdasarkan kemampuan saya, dan berdasarkan apa yang saya tahu. Bukankah Sure Heboh itu tetap haram, tetapi beliau tidak bersuara. Maka, orang bodoh pun akan tertanya-tanya, kenapakah mufti tidak berani cakap pula kali ini?

Kalau orang bodoh pun tertanya-tanya, orang-orang pandai, lagilah tertanya-tanya. Maka, saya harap, Mufti Perak dapat menjadi mufti yang sebenar. Janganlah anda menjadi Mufti UMNO, kerana Mufti UMNO bukanlah seorang mufti.

Salam Perjuangan

Dr Fikrah

Wednesday, May 27, 2009

BAGAIMANA MENGENALI ULAMA’ (Siri 3)


Di dalam persoalan yang dilontarkan di dalam ruang komen juga ialah “adakah ulama’ itu orang yang belajar agama sahaja?” Saya menjawab “Ya”. Seorang doktor gigi pun boleh menjadi seorang ulama’ dengan syarat dia belajar agama, memahami dan mengamalkan ilmu tersebut. Tukang kebun juga boleh dikatakan sebagai seorang ulama’ sekiranya mempelajari agama, memahami dan mengamalkan ilmunya.

Ini kerana, satu-satunya cara untuk memahami ilmu agama, dan mengamalkannya ialah dengan mempelajarinya terlebih dahulu. Bagaimanakah kita dapat mengenali seorang ulama’ yang sebenar untuk kita pelajari ilmunya? Perhatikanlah artikel sebelum ini yang menceritakan tentang ciri-ciri tersebut.

Adakah kita rasa berkeinginan untuk menuntut ilmu daripada Masyitah? Atau Pirdaus? Di Negeri Perak, terkenal dengan Pak Teh yang membuka pusat pengajiannya di Pengkalan Hulu. Di Kelantan, tidak terkira banyaknya. Mereka inilah yang dikatakan sebagai ulama’. Selain itu, di dalam PAS sendiri dibarisi oleh golongan ulama’.

Contohnya Us Harun Din sendiri, siapa tak kenal? Us Harun Taib dan ramai lagi yang anda boleh semak di dalam senarai AJK PAS. Bagaimanakah saya boleh katakana mereka sebagai ulama’? Ini kerana mereka mempunyai sifat-sifat sebagai seorang ulama sepertimana yang disebutkan. Mungkin ada yang mengatakan mana mungkin mereka itu sebagai ulama kerana mereka gilakan kuasa…

Apakah perbezaan gilakan kuasa dan perjuangan? Fikirlah sebelum membuat andaian. Nabi SAW juga seorang pemimpin yang tidak layak kita katakana sebagai gila kuasa. Ada juga yang bertanya, bolehkah saya katakan seorang yang pakar dalam bidang tertentu (bukan agama) sebagai seorang ulama?

Ya, boleh. Tetapi, itu adalah berdasarkan maknanya yang umum. Ulama’ dari segi makna umum ialah mereka yang berilmu. Tetapi yang dimaksudkan sebagai pewaris bagi nabi itu ialah ulama’ yang mahir, memahami dan mengamalkan ilmu agama. Tidak kira siapa. Samada dia berbangsa India tetapi beragama Islam, bangsa Cina tetapi beragama Islam, yang mempunyai tiga elemen ini, boleh kita katakana sebagai ulama.

Kesimpulannya, ulama itu ialah mereka yang mahir, memahami dan mengamalkan ilmu agama. Ia adalah berdasarkan takrif dan syarat-syarat yang telah dijelaskan sebelum ini. Selain itu kita juga boleh mengenali ilmu seseorang itu berdasarkan tulisannya, atau karangannya. Perkara ini akan dijelaskan di dalam artikel akan datang.

Begitu juga ada yang menyebut di dalam ruangan komen, mengkritik saya kerana “hanya merujuk kepada karangan ulama’-ulama’ semata-mata tanpa mencari terus daripada al Quran dan Hadis, tentang pelaksanaan pilihanraya di zaman Sahabat RA. Perkara ini akan dijelaskan di dalam artikel akan datang, insya Allah

Salam Perjuangan

Dr Fikrah

BAGAIMANA MENGENALI ULAMA’ (Siri 2)

Sebelum ini kita mengenali ciri-ciri pertama mengenali ulama’ yang dikatakan mewarisi kenabian. Yang dimaksudkan dengan beramal dengan ilmunya, sebenarnya kita sendiri pun sudah tahu. Contohnya, seseorang yang sudah pun mengetahui bahawa mencuri itu haram, maka dia tidak mencuri. Ini adalah contoh yang paling mudah untuk mengatakan seseorang itu beramal dengan ilmunya.

Dia juga tahu yang mana dikatakan sebagai wajib, sunat, makruh dan sebagainya. Apabila mereka mengetahui tentang sesuatu hukum tersebut, mereka menyuruh orang melaksanakannya, dan mencegah daripada perkara yang haram dilakukan oleh manusia. Hakikatnya perkara ini jelas. Contohnya, Sure Heboh, kalau sebelum ini diharamkan, tetapi apabila dilakukan oleh Zambry, MB sendiri, tidak pula ditentang.

Bagaimanakah pula cara-cara lain untuk mengenali ulama’? Perkara ini disebut di dalam oleh al Habib Abdullah bin Alawi al Haddad di dalam bukunya, Nasihat Agama dan Wasiat Iman. Anda sendiri boleh dapatkan terjemahannya dalam Bahasa Malaysia di kedai-kedai buku. Di dalam buku tersebut disebut sebagai cara (bab) mengenali ulama’ yang beramal dengan ilmunya.

Antara yang disebut ialah, bertawadhu’ (rendah diri), tidak mencari kemewahan dunia, mensedekahkah apa yang ada di tangannya, menyuruh orang lain kepada perkara yang baik, dan mencegah kemungkaran, menjadi pembimbing kepada kebenaran, berakhlak mulia dan banyak lagi. Anda sendiri boleh membacanya.

Saya rasa perkara ini sudah dapat difahami dengan jelas. Jarang terdapat seseorang yang sukar untuk membezakan di antara ulama’ dan bukan. Dari segi naluri saya, saya sendiri mengakui bahawa Tok Guru Nik Aziz dan Tok Guru Haji Hadi adalah mereka yang dikatakan sebagai ulama’. Ini kerana mereka mempunyai sifat-sifat sebagai seorang ulama sepertimana yang telah disebutkan.

Anda juga boleh bandingkan mereka dengan Masyitah Ibrahim, dan Pirdaus yang dikatakan sebagai ulama’ oleh mereka. Selain daripada mereka berdua, saya tidak tahu, siapakah lagi yang dikatakan ulama’ dalam UMNO. Bahkan saya juga merasa janggal dan pelik, kenapakah Mufti Perak sendiri mendiamkan diri apabila Zambry melaksanakan Sure Heboh.

Bahkan beliau yang sebelum ini dihormati kerana lantang bersuara, tetapi telah mengatakan Nizar sebagai bugho. Sedangkan langsung tidak sesuai dengan mengatakan bugho kepada Nizar, kerana tiada satu perkara pun yang sama dengan bugho, terdapat pada Nizar. Kalau Nizar dikatakan sebagai bugho, Zambry lebih sesuai untuk mengatakan begitu kepadanya.

Tetapi hakikatnya, Zambry juga tidak patut kita labelkan sebagai bugho, apatah lagi Nizar. Entah, anda boleh bandingkan sendiri, adakah Mufti Perak juga ulama’ yang mewarisi kemuliaan sepertimana yang disebut dalam hadis atau tidak. Saya sudah meletakkan beberapa kaedah ringkas untuk mengenali ulama’, maka anda ukurlah sendiri.

Salam Perjuangan

Dr Fikrah

BAGAIMANA MENGENALI ULAMA’ (Siri 1)

Artikel ini khas saya tuliskan sebagai penjelasan kepada beberapa komen yang dilontarkan sebelum ini. Bukanlah tujuan saya untuk berpihak kepada mana-mana, dan saya harap, dengan penulisan artikel ini membuatkan kita lebih memahami, bukanlah lebih membenci mereka yang dikatakan sebagai ulama’. Kadangkala, orang yang bertanya tentang persoalan ulama’ ini bertujuan menghina, dan ada juga yang ingin tahu. Maka, artikel ini saya tuliskan untuk mereka yang ingin tahu sahaja.

Orang yang memberi komen atas dasar penghinaan, tidak perlu baca artikel ini. Bacalah dengan perasaan ingin tahu, dan sekiranya terdapat kesilapan, sila tegur. Antara yang ditanya ialah, “Bila masakah ulama’-ulama’ hari ini menerima warisan daripada Baginda SAW?”, “Apakah ciri-ciri ulama’ yang sebenar?”, “Adakah ulama’ itu orang yang belajar agama sahaja?”, dan sebagainya.

Maka, perkara pertama yang perlu difahami tentang kedudukan ulama ini ialah sepertimana sabda Nabi SAW sendiri,
.

“Ulama’ adalah pewaris bagi nabi-nabi, sesungguhnya nabi-nabi tidak mewariskan dinar atau dirham (kekayaan), tetapi mereka mewarisi ilmu (Hadis Riwayat Imam Ahmad, Ibnu Hibban, al Hakim dan lain-lain)

Di dalam hadis di atas menjelaskan bahawa Nabi SAW sendiri yang mengiktiraf bahawa ulama’ itu adalah pewaris bagi nabi-nabi Allah SWT. Maka, terjawablah persoalan yang menanyakan tentang bila masakah ulama’-ulama’ ini menerima warisan tersebut. Tetapi, siapakah ulama’ yang dimaksudkan oleh Nabi SAW di dalam hadis ini?

Sepertimana yang pernah saya tulis dalam artikel lalu, tentang kewujudan ulama’ su’. Siapakah mereka, dan bagaimanakah kita hendak bezakan di antara ulama’ yang menjadi pewaris Nabi SAW, dan ulama’ yang su’? Cara pertama untuk mengenalinya ialah dengan memerhatikan ayat al Quran di bawah :
.

Hanya ulama’ sahaja dari kalangan hambaNya yang takut kepada Allah (Surah Fathir : 28)

Imam Sayuti telah meriwayatkan beberapa tafsiran para sahabat, dan tabi’in terhadap ayat ini. Mereka mengatakan bahawa yang dimaksudkan dengan takut itu ialah, ulama’ yang beramal dengan ilmunya, ulama’ yang mengenali Allah lalu melaksanakan perintah dan meninggalkan larangannya, dan sebagainya.

Maka, cara pertama untuk kita mengenali peribadi seorang ulama’, ialah dengan melihat bahawa ulama’ tersebut beramal dengan ilmunya, melaksanakan suruhan dan menjauhi larangan Allah SWT. Mereka inilah yang menerima warisan daripada Nabi SAW, dan nabi-nabi sebelumnya.

Apakah yang dimaksudkan dengan beramal dengan ilmunya? Apakah pula kaitannya dengan mereka menyuruh kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran? Perkara ini akan djelaskan di dalam artikel akan datang.

Salam Perjuangan

Dr Fikrah

Tuesday, May 26, 2009

MB MAHKAMAH : SI KENTUT MENJAWAB KATA-KATA TOK GURU


Semalam, Tok Guru Nik Aziz telah melabelkan Zambry sebagai MB Mahkamah, kerana kenaikannya sebagai MB bukanlah melalui pilihanraya, sebaliknya melalui perbicaraan mahkamah. Tetapi, ia dijawab semula oleh Zambry si kentut dengan mengatakan bahawa Nizar lebih layak bergelar MB Mahkamah kerana beliaulah yang memulakan campur tangan mahkamah.

Jelas di sini, Zambry Si Kentut telah menjawab kata-kata Tok Guru. Siapakah yang betul? Adakah anda masih ingin mengatakan Si Kentut lebih hebat daripada Tok Guru? Hakikatnya hujah yang dikemukakan oleh Si Kentut untuk mengatakan Nizar sebagai MB Mahkamah, langsung tidak bersesuaian, bahkan ia adalah hujah kentut semata-mata.

Kenapakah saya mengatakannya sebagai hujah kentut? Ini kerana hujah tersebut hanya meninggalkan bau sahaja, tetapi hakikatnya tiada. Hujah yang mengatakan Nizar sebagai MB Mahkamah disebabkan beliaulah yang memulakannya, adalah satu hujah yang tidak sesuai. Apa yang difahami daripada MB Mahkamah, ialah MB yang dilantik berdasarkan keputusan mahkamah, bukan pilihanraya.

Manakala Nizar pula ialah, MB Pilihanraya, kerana beliau dilantik melalui pilihanraya. Maka, jelas menunjukkan bahawa Zambry itu MB Mahkamah, kerana beliau dilantik sebagai MB melalui keputusan mahkamah. Adakah perkara sejelas ini pun masih buta?!! Sekiranya Zambry mengatakan Nizar sebagai MB Mahkamah, maka, Nizar tidak dilantik sebagai MB melalui keputusan mahkamah.

Kenapalah Si Kentut ini terlalu bodoh. Sehinggakan beliau berhujah dengan hujah kentut. Contoh yang ingin saya kaitkan dengan peristiwa ini ialah, perbezaan di antara Beruk Zambry, dan Zambry Beruk. Sekiranya pertama, bermaksud beruk kepunyaan Zambry, manakalah Zambry Beruk ialah…. Faham-fahamlah sendiri.

Sila lihat contoh yang pertama tersebut, di antara Beruk Zambry, dan MB Mahkamah. Sudah pasti terdapat persamaan. Maka, adakah sesuai sekiranya seseorang mengatakan bahawa ini adalah beruk kepunyaan Zambry, tetapi Zambry menjawab semula, ini beruk Nizar? Mengapa tidak mengaku beruk kepunyaan sendiri?

Saya tidak berniat untuk mengatakan Zambry sebagai beruk, tetapi ingin menampakkan contoh pada beruk kepunyaan Zambry. Sudah dipastikan dengan jelas, MB ini telah dilantik oleh mahkamah, maka sudah benarlah bahawa Zambry itu MB Mahkamah. Saya nasihatkan kepada beliau supaya belajar Bahasa Melayu dengan betul.

Adakah salah sekiranya kita mengatakan Zambry itu MB Mahkamah? Adakah kita dianggap sebagai menghina beliau kerana melabelkannya sebagai MB Mahkamah? Sedangkan ia adalah satu perkara hakikat dan kita juga tidak berniat untuk menghinanya. Memang beliau adalah MB Mahkamah, maka, kenapa hendak dinafikan lagi?

Salam Perjuangan

Dr Fikrah

MOGOK LAPAR DAN PUASA SUNAT

Di dalam Tranungkite dan beberapa blogger telah mengemukakan tentang pandangan Dr Yusof al Qardhawi dalam menghukumkan haram kepada sesiapa yang melakukan mogok lapar. Tetapi sekiranya ia bertujuan menyekat kezaliman, maka ia diharuskan. Wallahu A’lam. Saya sendiri tidak menemui rujukan ini. Di dalam artikel ini, saya tidak berniat untuk menghuraikan tentang hukum mogok lapar, tetapi sebaliknya menjelaskan hakikat sebenar.

Us Ahmad Awang mengatakan bahawa PAS tidak menganjurkan mogok lapar, tetapi menganjurkan puasa sunat. Tetapi, orang bukan Islam, mana mungkin mereka akan berpuasa sunat. Mereka bukan Islam, walaupun mereka berpuasa, tidak dipanggil sebagai puasa sepertimana orang Islam.

Hakikat puasa sebenarnya telah diamalkan oleh penganut-penganut agama lain. Tetapi cara dan niat yang berbeza. Tetapi, adakah puasa mereka turut dikatakan sebagai mogok lapar? Entahlah, masing-masing boleh mengukurnya sendiri.

Di dalam Islam, sebelum syariat Nabi Muhammad SAW, Allah memerintahkan puasa dengan cara yang lain. Di dalam Surah Ali Imran telah menyebut bahawa Nabi Zakaria AS dan Maryam berpuasa dengan tidak berkata-kata. Mungkin inilah yang disebut oleh Husam sebelum ini bahawa beliau berpuasa daripada berkata-kata.

Tetapi syariat Nabi Muhammad SAW, mensyaratkan puasa itu sebagai “menahan lapar daripada makan dan minum, dan perkara-perkara yang membatalkan puasa, daripada waktu imsak sehinggalah maghrib”. Dan puasa juga diwajibkan berniat kerana Allah. Sekiranya orang bukan Islam melakukan perkara yang sama, adakah mereka dianggap berpuasa?

Tidak, kerana antara syarat sah puasa ialah beragama Islam. Maka, sekiranya mereka melakukan perkara yang sama, mereka tetap tidak dikira berpuasa berdasarkan Islam. Sebaliknya mungkin ia sah bagi agama mereka. Hakikatnya kita tidak boleh menuduh sebarangan bahawa mereka ini melakukan mogok lapar, sedangkan mereka berpuasa cara mereka.

Hakikatnya, saya sendiri tidak mengetahui cara mereka berpuasa. Tetapi apa yang ingin dijelaskan ialah, sekiranya anda tidak tahu, maka katakanlah tidak tahu. Orang yang tidak tahu, jangan berlagak seperti seorang yang tahu. Maka, saya mengaku bahawa saya tidak mengetahui hakikat sebenar samada mereka mogok lapar, atau berpuasa cara mereka.

Tetapi yang pastinya, orang Islam terutamanya PAS menganjurkan puasa sunat. Maka, sangat banganglah bagi mereka yang melabelkan puasa sunat sebagai mogok lapar. Ini kerana mogok lapar dibenarkan mengorek hidung, tetapi ia adalah perkara yang membatalkan puasa! Ketika mogok lapar, masih dibenarkan “bersama” isteri, tetapi ia adalah perkara yang membatalkan puasa.

Salam Perjuangan

Dr Fikrah

KADANGKALA, KITA PERLU JUGA BERDOA SUPAYA ZAMBRY CELAKA

Saya yakin, ramai yang akan melihat artikel ini bertentangan dengan artikel sebelum ini yang bertajuk, “Kadangkala Kita Perlu Berfikir Untuk Menyelamatkan Zambry”. Tetapi, hakikatnya, adakah anda perasan, di awal kedua-dua tajuk ini, saya tuliskan “Kadangkala”. Maka, bandingkanlah dan perhatikanlah mana yang sesuai bagi anda, samada anda ingin mendoakan hidayah kepadanya atau kecelakaan kepadanya.

Walaubagaimanapun, sepertimana yang telah saya sebutkan sebelum ini, seeloknya kita mendoakan supaya beliau diberi hidayah kepada Allah. Tetapi, kadangkala, kita melihat bahawa kezaliman yang dilakukannya perlu disekat. Maka, antara cara untuk menyekatnya daripada terus melakukan kezaliman ialah berdoa supaya beliau ditimpa celaka.

Contoh bentuk-bentuk kecelakaan yang ringan, kita berdoa supaya keretanya rosak di tengah jalan sehinggakan tidak dapat pergi menyebarkan fitnah. Ini kerana kita ingin menyelamatkannya daripada mendapat dosa menyebarkan fitnah. Ini kerana kereta yang rosak tidak menyebabkan dia menerima sebarang dosa, manakala sekiranya beliau menyebarkan fitnah, sudah pasti dia akan menanggung dosa yang teruk.

Maka, kita berfikir dengan sebaiknya, dan berfikir mengikut keadaan. Kadangkala kita berdosa supaya dia diberi hidayah, dan kadangkala kita perlu berdoa supaya dia diberi kecelakaan. Hakikatnya Allah SWT lah yang memberikan segalanya kepada Zambry, samada hidayah, atau celaka.

Kadangkala, apabila kita berdoa supaya beliau diberi hidayah, Allah akan menimpakan kecelakaan kepadanya, bahkan kecelekaan yang sangat teruk sehinggakan lumpuh contohnya. Maka, setelah beliau lumpuh, ketika itulah beliau akan sedar tentang kejahatan yang dilakukannya selama ini, lalu bertaubat kepada Allah SWT.

Maka, tidak perlulah kita tergesa-gesa berdoa kecelakaan kepadanya. Sesungguhnya Allah SWT itu Maha Adil. Kadangkala kita merasa tertekan, dan tertindas, tetapi ingatlah Allah itu Maha Adil. Kadangkala Dia sengaja membiarkan kita terus ditindas, tetapi hakikatnya Dia sedang menguji kecekalan kita untuk terus menghadapi penindasan tersebut.

Oleh itu, sedikit nasihat kepada dua jenis manusia, yang pertama kepada orang yang melakukan kezaliman. Berhentilah daripada melakukan kezaliman sebelum anda menerima azab Allah yang sangat teruk! Nasihat yang kedua kepada mereka yang dizalimi, bersabarlah menghadapi kezaliman. Bersabarlah dengan cara meminta pertolongan daripada Allah SWT.

Ketika waktu dizalimilah doa akan diterima. Maka peluang keemasan yang besar ini, berdoalah sebanyak mungkin. Berdoalah supaya dimurahkan rezeki, di mudahkan urusan, ditambahkan ilmu, dikurniakan anak dan sebagainya. Insya Allah doa orang yang dizalimi ini diterima oleh Allah SWT.

Salam Perjuangan

Dr Fikrah

Monday, May 25, 2009

KEMENANGAN ZAMBRY, AZAB ATAU UJIAN (Siri 2)


Sebelum ini telah disebut tentang azab yang diturunkan oleh Allah SWT dengan kemenangan Zambry. Maka kita harus mendidik diri kita supaya menjadi pejuang yang sebenar. Bukanlah pejuang yang tersilap, tetapi mendakwa dirinya adalah benar-benar pejuang. Akhirnya, apabila ditimpa bencana atau azab, mereka lari lintang pukang meninggalkan kami.

Selain itu, boleh juga kita letakkan kemungkinan bahawa kemenangan Zambry adalah ujian bagi kita. Allah SWT telah menyebut di dalam Surah al Mulk ayat 2, bahawa Allah SWT menurunkan bencana kepada orang-orang yang beriman untuk menguji keimanan kita. Inilah keimanan orang yang berjuang. Anggaplah kita sedang diuji untuk memastikan kita tidak putus asa.

Kadangkala, terdapat dikalangan kita yang merasa lemah setelah berhempas pulas untuk mendapatkan Perak, tetapi akhirnya kemenangan menyebelahi pihak yang salah. Adakah dengan sebab yang sedikit ini kita merasa lemah? Sedangkan kita sepatutnya berasa semangat dan gembira kerana kita diuji?

Kadangkala terdapat di kalangan kita yang mungkin hampir-hampir lupa daripada perjuangan asal, maka Allah SWT menurunkan ujian supaya kita terlupa. Apakah perjuangan sebenar kita? Iaitu perjuangan menegakkan Islam. Kadangkala kita terlupa bahawa berseluar pendek itu adalah membuka aurat. Maka, kita hendaklah berseluar panjang, sekiranya ingin menjadi pejuang yang sebenar.

Adakah kita ingin berjuang di jalan Allah dengan berseluar pendek? Sedangkan Allah SWT menyuruh kita menutup aurat tersebut. Kadangkala kita merasa suka untuk membuang masa dengan melepak. Maka pesanan bagi mereka ialah “Kewajipan anda lebih banyak berbanding masa yang dimiliki”.

Maka, adakah anda masih merasa terdapat ruang untuk melepak? Saya berharap agar semua perkara ini tiada pada diri pejuang-pejuang Agama Allah. Jangan terlupa, kita berjuang dengan kefahaman, bukan dengan semangat dan perasaan, kerana semangat akan hilang, dan perasaan akan bertukar.

Orang yang bersemangat akan meninggalkan perjuangan apabila semangatnya hilang, dan semangat itu pastinya hilang. Begitu juga perasaan. Janganlah berjuang kerana marahkan UMNO, tetapi kita menolak UMNO kerana kita mengetahui bahawa UMNO itu menolak Islam. Saya harap artikel kali ini tidak menyebabkan kita lebih bencikan perjuangan Islam.

Sekiranya kita mengatakan bahawa “Salahkah aku berjuang tanpa mengerjakan solat? Atau berjuang dengan berseluar pendek? Atau mencarut dan sebagainya?”. Maka saya harap tinggalkan ia sebelum ia menjadi penyebab kekalahan Islam buat masa ini.

Salam Perjuangan

Dr Fikrah

KEMENANGAN ZAMBRY, AZAB ATAU UJIAN (Siri 1)

Bencana terbahagi kepada dua jenis, iaitu ujian daripada Allah, yang kedua ialah azab daripada Allah untuk memusnahkan sesebuah kaum. Perkara ini telah dijelaskan di dalam al Quran dengan begitu jelas. Persoalan yang ingin saya lontarkan di sini ialah, adakah kemenangan Zambry ini satu ujian daripada Allah SWT? Ataupun azab yang diturunkan oleh Allah SWT kepada kita?

Marilah kita koreksi kembali diri kita, khususnya kepada PAS sendiri, dan umumnya PR. Bahkan lebih umum lagi ialah semua rakyat Malaysia. Kadangkala kita tidak menyedari, kejahatan kita yang lalu menyebabkan kita diazab oleh Allah SWT. Bahkan ketaqwaan kita menjadikan kita ditinggikan oleh Allah SWT kerana diuji olehnya.

Maka, sekiranya kita merasakan bahawa kemenangan Zambry ini adalah satu azab bagi kita, maka, bersegeralah bertaubat kepada Allah SWT. Kadangkala, kita sebagai pendokong dan penyokong Islam, sedangkan kita sendiri terlupa perkara-perkara yang asas dalam Islam. Terdapat juga penghinaan yang tidak sepatutnya kepada mereka, contohnya dengan mengeluarkan kata-kata mencarut.

Kita boleh menceritakan kezaliman seseorang, tetapi tidak pula kita dibenarkan menyebut perkataan-perkataan yang mencarut. Kadangkala sedang kita asyik berdakwah dan menjalankan aktiviti pilihanraya, kita terlepas waktu solat. Kadangkala kita terleka sehinggakan terlupa waktu solat.

Hakikat ini pernah terjadi ketika Perang Ahzab. Disebabkan serangan yang bertalu-talu oleh orang kafir menyebabkan terdapat di kalangan orang Islam yang terlepas waktu solat. Maka, Oran-orang tersebut terpaksa mengqadha’kan solat mereka, bahkan mereka menyebut “Celaka wahai orang kafir, kerana engkaulah kami terlepas waktu solat”. Lalu mereka berdoa kepada Allah supaya membalas azab yang setimpal kerana telah menyebabkan mereka terlepas waktu solat.

Hari ini, kita sebagai pejuang Islam, kadangkala kita tidaklah sesibuk seperti para sahabat ketika menerima serangan yang bertalu-talu. Tetapi kita masih beralasan untuk “menyibukkan” diri dengan perkara-perkara ini. Waktu solat itu panjang, maka, utamakanlah perkara yang utama. Mungkin juga disebabkan kelalaian kita bersolat, menyebabkan Allah SWT mengazab kita dengan memberi kemenangan kepada Zambry.

Begitu juga, di antara kita yang berjuang untuk mendapatkan sesuatu, bukannya untuk menaikkan Islam. Kadangkala, kita hanya menentang UMNO kerana UMNO itu tidak memberi imbuhan kepada kita. Saya harap perkara ini tidak berlaku di kalangan kita. Maka, sekiranya terdapat orang seperti ini, maka, Allah SWT telah menurunkan azab dengan memberi kemenangan kepada Zambry.

Hakikatnya, saya tidak menuduh perkara ini dilakukan oleh anda, tetapi sekadar berkoreksi diri. Kadangkala kata-kata saya benar, dan mungkin lebih banyak salahnya. Maka, ambillah yang benar, dan tinggalkanlah yang salah.

Salam Perjuangan

Dr Fikrah

Sunday, May 24, 2009

ISU “GAMBAR TALKIN UMNO” MENGIKUT HUKUM


Tempoh hari telah digegarkan tentang gambar UMNO ditalkin. Apakah perspektif anda dalam masalah ini. Adakah orang yang melakukannya dianggap bersalah atau tidak? Atau apakah hukumnya? Walaupun ramai yang memberitahu bahawa gambar tersebut sudah lama berada di dalam internet, namun, di dalam artikel ini, saya cuba memberi kefahaman tentang hukum yang berkait dengan perkara tersebut. Sekiranya salah, maka tegurlah saya.

Sepertimana yang telah disahkan oleh Malaysiakini, gambar tersebut adalah asli, dan tidak diolah dengan menggunakan grafik komputer. Maka, kita ketepikan dahulu tentang penipuan terhadap gambar ini. Ini kerana sekiranya gambar tersebut adalah tipu, maka, orang yang berada di dalam gambar tersebut tidak dihukum sebagai salah atau betul.

Maka, persoalan kita ialah tentang perbuatan tersebut. Iaitu perbuatan mentalkinkan UMNO. Apa yang pastinya ia adalah lakonan. Dan lakonan ini adalah simbol kepada keinginan untuk merendahkan UMNO. Maka, penjelasan di sini terbahagi kepada dua bahagian. Sekiranya mereka melakonkan watak tersebut bertujuan menghina bangsa sendiri, maka perbuatan ini dikatakan haram.

Ini kerana Allah tidak menghina sesuatu bangsa melainkan bangsa tersebut menghina Islam, atau melanggar syariat Islam. Maka, sekiranya mereka berniat untuk menghina Islam, kerana mungkin mereka mengatakan UMNO itu memperjuangkan Islam, maka ia juga bercanggah, dan mereka boleh dikatakan menghina Islam.

Sekiranya mereka melakukan demikian untuk menunjukkan rasa tidak puas hati, atau rasa dizalimi, maka perbuatan tersebut dibenarkan, berdasarkan dalil daripada Surah an Nisa : 148 yang telah saya jelaskan semalam. Iaitu orang yang dizalimi dibenarkan melakukan penghinaan dengan jelas kepada orang yang menzalimi mereka.

Sekiranya mereka melakukan demikian secara “saja-saja” atau tidak berniat menghina atau sebagainya, maka hukumnya adalah makruh. Maka kesimpulannya ia berbeza hukum sekiranya berbeza niat, dan hukum tersebut ditanggung oleh mereka berdasarkan niat mereka. Sekiranya berbentuk penghinaan kepada bangsa atau agama, maka hukumnya adalah haram.

Sekiranya berniat untuk membalas kezaliman, maka ia diharuskan. Sekiranya tidak berniat menghina atau membalas kezaliman, maka hukumnya adalah makruh. Hakikat ini cukup jelas. Sekiranya mereka melakukan sesuatu yang diharamkan, tetap menerima dosa, sekiranya tidak, maka tiada masalah. Semuanya berdasarkan niat si pelaku tersebut, sepertimana hadis Nabi SAW
.Sesungguhnya amalan itu berdasarkan niat, dan setiap orang dihukumkan berdasarkan niatnya.

Salam Perjuangan

Dr Fikrah

ISTILAH DEGIL YANG DILEMPARKAN KEPADA PR

Setelah membaca beberapa akhbar hari ini, saya mendapat bahawa BN banyak melemparkan perkataan “degil” kepada PR kerana tindakan beberapa penyokong PR yang dikatakan masih tidak dapat menerima keputusan mahkamah. Maka, sedikit teguran saya kepada mereka yang melemparkan kata-kata tersebut, supaya memahami apa yang dituturkan.

Ramai manusia di dunia ini, tidak kira siapa, memang hebat berkata-kata tetapi kadangkala, dia sendiri tidak tahu apa yang dikatakannya. Kadangkala, dengan kata-kata boleh menampakkan kebodohan seseorang. Kadangkala dengan kata-kata boleh menampakkan kecerdikan. Maka, disebabkan dua perkara ini, terhasillah perkataan degil yang dihadiahkan kepada PR.

Melihat kepada sebab pertama, kata-kata mereka menampakkan kebodohan, sedangkan mereka merasakan mereka itu pandai berkata-kata. Perkara ini akan dijelaskan selepas ini. Manakala sebab kedua pula, mereka merasakan bahawa kata-kata tersebut menunjukkan bahawa mereka seorang yang cerdik. Maka, hasilnya mereka pun melabelkan PR sebagai degil.

Apa pandangan pembaca sekiranya saya mengatakan bahawa orang yang mengatakan PR degil ini sebagai bodoh? Sudah pasti saya perlu kemukakan bukti, dan buktinya akan dijelaskan selepas ini. Sebelum itu, contoh yang boleh difikirkan ialah, wajarkah kita mengatakan kepada rakyat Palestin sebagai degil, kerana mereka masih berkeras mempertahankan hak mereka?

Daripada contoh ini, kita dapat memahami tentang perbezaan di antara degil dan tidak putus asa. Degil digunakan ketika mengaitkan dengan sesuatu yang buruk, manakala tidak putus asa pula dikaitkan dengan satu yang baik. Maka, adakah PR itu “degil” atau “tidak putus asa”? PR tidak dikatakan degil, sebaliknya “tidak berputus asa”, kerana memperjuangkan hak rakyat.

PR memperjuangkan hak rakyat ketikamana kenaikan Nizar adalah berdasarkan pilihanraya. Manakala kenaikan Zambry adalah berdasarkan lompat parti oleh 3 orang tersebut. Sedangkan ketiga-tiga orang tersebut menang pilihanraya atas dasar mereka bersama dengan Pakatan Rakyat. Maka, rakyat di kawasan mereka memilih ketiga-tiga orang ini disebabkan mereka itu PR. Bukan disebabkan individu mereka secara peribadi.

Maka, kenaikan Zambry disebabkan hilang majority bagi Nizar, sedangkan ketiga-tiga orang tersebut, sekiranya mereka memperjuangkan BN, atau BEBAS, sudah pasti mereka ditolak mentah-mentah oleh rakyat. Tidak perlu kita persoalkan kehilangan majority bagi Nizar, sebaliknya, kita persoalkan, bagaimana Zambry boleh naik.

Kesimpulannya, perkataan degil yang ditlontarkan kepada PR adalah tidak berpatutan kerana mereka memperjuangkan hak rakyat. Rakyat memilih ketiga-tiga orang tersebut kerana mereka adalah PR. Maka, selayaknya kita mengatakan kepada PR sebagai tidak berputus asa mempertahankan hak yang diperjuangkan tersebut, bukannya dikatakan berdegil.

Contoh sikap “degil” ialah tindakan Zambry walaupun beliau sudah diSAHkan bukan MB, tetapi masih lagi ingin membuat rayuan. Inilah yang dikatakan degil. Kerana permulaan kisah lagi, beliau telah menang dalam keadaan yang tidak dapat dipastikan sah. Tetapi hari ini sudah disahkan pula. Maka, kedegilan Zambry untuk mendapatkan jawatan akhirnya berjaya. Maka, sesuailah bagi kita untuk melabelkan Zambry sebagai degil.

Maka, bukti bagi saya untuk mengatakan “bodoh” kepada mereka yang mengatakan degil kepada PR sudah jelas. Inilah buktinya. Mereka bodoh dalam membandingkan di antara benar dan salah. Maka, kata-kata mereka tersebut menampakkan lagi kebodohannya. Saya telah mengemukakan hujah, maka sekiranya sesiapa yang berminat untuk menafikannya, sila kemukakan hujah.

Salam Perjuangan

Dr Fikrah

MB HARAM YANG SAH? ANTARA PEMAHAMAN DAN ISTILAH

Sebelum ini saya pernah menulis artikel yang bertajuk “Ganesan : Speaker Haram Yang Mendakwa Dirinya Sah”. Di dalam artikel tersebut saya telah menjelaskan tentang apakah yang dikatakan sebagai Halal, Haram, Sah dan Tak Sah. Kesimpulan yang saya dapat buat terhadap Ganesan ialah “Beliau diSAHkan sebagai speaker HARAM”. Bagaimana pula Zambry?

Sekiranya dikira mengikut apa yang disebut oleh mahkamah, Zambry adalah MB yang sah, tetapi kenaikannya sebagai MB dengan cara haram. Maka, secara mudahnya kita boleh menyatakan bahawa beliau adalah MB Haram Yang Sah, atau diSAHkan sebagai MB Haram. Mahkamah hanya menyebut beliau sebagai MB yang sah sahaja, tanpa menyebut halal atau haram.

Sekiranya masih ada yang bertanya “kenapakah Dr Fikrah boleh mendakwanya sebagai haram?”, maka saya mempersilakan kepadanya untuk membaca artikel-artikel sebelum ini. Sudah berulang kali disebut, yang manakah haram dan yang manakah halal. Namun, masih ada yang berkata bahawa saya telah mengharamkan dan menghalalkan berdasarkan pemikiran politik, tidak berlandaskan agama Islam.

Jadi, saya menjawab semula, bahawa saya menyatakan itu halal dan ini haram berdasarkan dalil. Dalil yang begitu jelas. Sekiranya saya tersilap dalam memahami dalil tersebut, silakan tegur. Hakikatnya hukum 5 (Wajib, Sunat, Harus, Makruh dan Haram) telah dijelaskan dengan terperinci. Bahkan setiap saat detik kehidupan kita bergantung dengan 5 hukum ini.

Begitu juga dalam berpolitik. Di sana terdapat politik yang halal dan politik yang haram. Politik yang haram hanya satu sahaja, tetapi politik yang halal terdapat 4, iaitu wajib, sunat, harus dan makruh. Contoh politik yang wajib ialah menggunakan al Quran dan Sunnah sebagai perlembagaan. Hakikatnya kerajaan hari ini sudah bercanggah dengan kedua-duanya yang merupakan perkara wajib dalam berpolitik.

Demikianlah juga sunat, harus dan makruh. Hakikatnya perkara ini sudah jelas sepertimana hadis Nabi SAW
.
Perkara yang halal itu sudah jelas, dan haram itupun sudah jelas, tetapi di antara kedua-duanya terdapat perkara yang meragukan, yang tidak diketahui oleh kebanyakan manusia, samada ia halal, ataupun haram… (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Hadis yang diringkaskan di atas menyebut tentang perkara yang meragukan. Dan ia sudah pun dijelaskan sebelum ini di dalam artikel “Kepada Sesiapa Yang Meragui Perjuangan PAS”. Hakikatnya, halal dan haram itu sudah jelas. Melakukan kezaliman itu adalah haram, dan keadilan itu dituntut. Merampas hak orang lain adalah haram, dan sebagainya.

Masihkah anda masih ingin katakan ia sebagai pemikiran politik? Adakah perkara ini diharamkan oleh saya? Fikirlah sendiri. Segalanya sudah jelas. Demikianlah apa yang dikatakan sebagai halal dan haram dalam berpolitik, dan dalil-dalilnya jelas. Sekiranya masih tidak jelas, bertanyalah, bukan menolak.

Demikian juga kenaikan Zambry secara haram. Dimanakah yang dikatakan sebagai haram? Sudahpun dijelaskan berulang kali di dalam artikel sebelum ini. Zambry dikatakan haram bukan berdasarkan agama sahaja, bahkan bercanggah dengan perlembagaan. Maka, fikirlah sendiri.

Salam Perjuangan

Dr Fikrah