Tuesday, April 7, 2009

7 April - “PENGUNDI HANTU” DI ZAMAN NABI SAW DIHANCURKAN OLEH TENTERA MALAIKAT

Ketika peperangan Badar meletus, umat Islam berada di saat yang genting akibat kekurangan bilangan mereka. Namun, Allah SWT telah memberitahu bahawa tentera MalaikatNya akan turun memberi pertolongan kepada mereka. Apa yang menarik di dalam peristiwa Perang Badar ini, terdapat beberapa ekor syaitan yang menyamar sebagai tentera Musyrikin.

Mereka menyamar sebagai Suraqah bin Malik dan Ju’shum al Mudliji yang turut sama menentang orang Islam yang sedikit ketika itu. Ya, sepertimana yang telah dijanjikan, tentera Malaikat turun lalu menghancurkan tentera musyrikin. Apabila melihat hal demikian, kedua-dua “tentera hantu” itu lari lintang pukang kerana mengetahui kehadiran Malaikat.

Peperangan tersebut walaupun pada mulanya umat Islam hamper kalah, tetapi di akhirnya dapat menewaskan orang musyrikin kerana pertolongan daripada Allah yang telah menghantar tentera MalaikatNya.

Hari ini, di dalam kita menghadapi pilihanraya, terdapat juga “tentera hantu” ini yang lebih dikenali sebagai pengundi hantu. Pengundi hantu ini wujud walaupun pada hakikatnya ia tidak wujud. Sama seperti tentera hantu di Zaman Nabi SAW. Mereka adalah syaitan yang menyamar sebagai manusia, manakala pengundi hantu ialah mereka yang bukan anak tempatan, tetapi menyamar sebagai anak tempatan.

Cuma pengundi hantu hari ini masih belum nampak kemunculan Malaikat yang akan menghancurkan mereka. Tetapi anda jangan lupa bahawa tentera Allah itu banyak, dan untuk menghapuskan pengundi hantu ini tidak perlu kepada tentera Malaikat pun. Cukup sekadar menghantar lalat sebagai tentera.

Allah telah menjanjikan kepada Nabi SAW ketika peperangan Badar, bahawa pertolongan Allah itu ada. Walaupun pengundi hantu datang berkampung sekalipun, namun kekuasaan itu milik Allah dan Dia berkuasa memberi kekuasaan tersebut kepada siapa sahaja yang Dia mahu.

Di dalam Blog Perisik Rakyat telah menyiarkan tentang kehadiran pengundi hantu jam 3 pagi tadi. Mereka mendakwa sebagai pelancong ke Pekan Trong yang tidak wujud kawasan pelancongan di situ. Mereka juga mendakwa bahawa mereka melancong pada Hari Selasa, satu kebetulan atau satu penipuan?

Bertambah teruk apabila Unit Amal menahan bas tersebut, FRU segera datang melindungi. FRU mengepung Unit Amal tadi dan melarang mereka daripada mencampuri urusan tersebut. Mereka pula yang dikatakan menghalang orang daripada mengundi! Inikah keadilan? Hisham sebelum ini berkata, pembangkang yang membuat tuduhan kewujudan pengundi hantu ini adalah taktik lama, dan fitnah semata-mata.

Tetapi, walaubagaimanapun, kita yakin pertolongan Allah itu ada. Walaupun pengundi hantu ini datang satu dunia sekalipun, Allah lebi berkuasa terhadap mereka! Jangan sampai mereka dihancurkan oleh Allah sendiri!

Salam Perjuangan

Dr Fikrah

No comments:

Post a Comment