Wednesday, May 6, 2009

MENJAWAB ISU “SOLAT JUMAAT AHMADIAH” (Siri 2)

Sambungan artikel lepas…

(Kedua) "Kalau kami (Ahmadiah) dianggap bukan Islam, mengapa ganggu kami lagi?”

Ayat ini mempunyai dua kemungkinan, samada mereka mengaku bahawa mereka bukan Islam, atau mereka hanya sekadar bertanya sahaja. Tetapi, sebagai penjelasan, apa yang saya fahami, ialah mereka mengaku bahawa mereka sudah bukan Islam berdasarkan kenyataan nombor 3. Boleh rujuk pada Berita Harian sendiri. Wallahua’lam.

“Sekiranya” mereka mengaku bahawa mereka bukan Islam, maka apa salahnya terdapat papan tanda “Qadiani bukan Islam”. Tetapi penjelasan yang ingin saya berikan di sini ialah, MAIS mengganggu mereka (Ahmadiah) bukan atas dasar mereka itu bukan Islam, tetapi disebabkan mereka telah “murtad”. (sekiranya berita yang saya terima ini benar).

Maka, hukuman bagi orang murtad adalah “bunuh” sekiranya tidak mahu kembali kepada Islam. Tetapi Malaysia tidak melaksanakan hudud sehingga golongan murtad ini sudah pandai tunjuk kepala. Mereka mempertikaikan kebebasan beragama, insya Allah akan saya terangkan selepas ini.

Orang murtad hukuman yang selayak baginya ialah bunuh!! Sekiranya mereka ingin mempertikaikan “mengapa ganggu kami”, adalah kenyataan yang tidak muhasabah. Anda sepatutnya tidak diganggu, tetapi dihukum bunuh. Tetapi untuk melaksanakan hukuman bunuh ini, mempunyai etika-etika tertentu yang begitu panjang untuk dijelaskan di sini.
.
Sesiapa yang menukar agamanya hendaklah dibunuh (Shahih Muslim)

(Ketiga) Status kebebasan beragama di Malaysia

Kebebasan beragama di dalam “Islam” ialah, membenarkan mana-mana orang bukan Islam untuk menjalankan ibadah masing-masing, tetapi tidak dibenarkan menganggu Islam. Manakalah orang yang sudah Islam, haram bagi mereka murtad. Saya harap kenyataan ini jelas.

Allah befirman
.

Tiada paksaan dalam beragama (Surah al Baqarah : 256)

Ayat ini digunakan bagi mereka yang belum beragama Islam. Mereka dibenarkan untuk beribadah sepertimana ajaran mereka, dipersilakan untuk memeluk Islam dan sewaktu dengannya. Ayat ini bukan untuk orang yang beriman. Orang yang beriman, sekiranya kufur (murtad) maka dia dihukum bunuh.

Mereka yang murtad, lalu mati, maka terhapuslah segala amalannya ketika Islam dahulu. Jasadnya diharamkan di tanam di perkuburan Islam. Harta tidak dapat diwarisi olehnya. Allah SWT berfirman

Dan sesiapa di antara kamu yang murtad dari agamanya (Islam), lalu dia mati sedangkan di masih kafir, maka orang-orang seperti ini telah terhapus segala amalan baiknya di dunia dan akhirat, dan mereka itulah ahli neraka, dan mereka kekal di dalamnya (Surah al Baqarah :217)

Akhir sekali, saya harap artikel ini jelas, dan saya berkata berdasarkan apa yang diberitakan. Saya sendiri mengharapkan bahawa berita itu palsu supaya tiada siapa yang murtad. Marilah kita sama-sama membenteras murtad. Sedikit nasihat kepada anda, beribadatlah dengan ilmu… sekiranya tidak, anda dikhuatiri terjatuh ke lembah kesesatan. Na’uzubillah

Salam Perjuangan

Dr Fikrah

No comments:

Post a Comment