Friday, May 8, 2009

ADA ORANG KATA, PAS GILA KUASA KERANA BERSIDANG HARI INI

Di sana terdapat segelintir masyarakat yang mengakui sebagai ulama’, mempertikaikan perjuangan PR merebut parlimen hari ini. Mereka mengatakan bahawa PR juga merebut kuasa sepertimana UMNO. Perjuangan merebut kuasa ini adalah dianggap sia-sia dan bukan bercirikan perjuangan Islam yang sebenar. Mereka menambah lagi dalam tohmahan mereka bahawa PAS sudah terpesong daripada perjuangan asal.

Walaubagaimanapun, inilah tuturkata seorang yang jahil, walaupun dia memakai nama ulama’. Mereka seolah-olah memberi muka kepada perjuangan UMNO, walaupun pada zahirnya mereka menganggap mereka tidak memihak kepada mana-mana belah pihak. Mereka menambah lagi dalam tohmahan mereka bahawa PAS hanya menekankan aspek politik dengan mengenepikan tarbiyah.

Banyak lagi tambahan-tambahan yang telah mereka lakukan. Segalanya adalah untuk menjatuhkan perjuangan Islam ini. Inilah yang dikatakan sebagai “dengki”. Sedikit lontaran daripada saya kepada mereka, sekiranya anda menolak PAS, adakah anda hendak menubuhkan parti lain? Atau anda hendak menyokong UMNO?

Hakikatnya mereka sendiri memperjuangkan tarbiyah semata-mata, bahkan menolak politik. Apa salahnya sekiranya mereka menekankan tarbiyah dalam PAS? Kenapa perlu mewujudkan jemaah yang kedua khusus untuk tarbiyah? Bukankah jemaah seperti itu mengalami kecacatan yang teruk? Mereka menekankan tarbiyah semata-mata, bahkan menolak politik Islam yang di bawa oleh PAS, adakah ini jemaah yang benar?

Mereka begitu syok menghentam PAS kerana tidak menekankan aspek tarbiyah. Mereka berkata seolah-olah mereka itu adalah jemaah yang lengkap. Bahkan merekalah yang menjadi duri dalam daging. Mereka membentuk jemaah baru yang didakwa sebagai jemaah yang lengkap, dan dalam masa yang sama mereka menghentam PAS. Apakah baiknya menghentam PAS?

Kisah ini telah disebut di dalam Sirah Nabi Muhammad SAW. Baginda SAW telah mendirikan sebuah masjid, iaitu Masjid Nabawi seawal tiba di Madinah. Tetapi disebabkan “dengki”, muncullah seorang yang bernama Abdullah bin Ubai, seorang munafik. Dia datang kepada Nabi SAW sebagai seorang yang kononnya berdamping dengan Baginda SAW.

Lalu, di satu ketika beliau telah mendirikan sebuah masjid, yang dinamakan Masjid Dhirar. Masjid ini telah didirikan olehnya untuk menyaingi Masjid Nabi. Dia memberitahu orang ramai bahawa inilah bukti bahawa dia sangat berpegang dengan Islam. Tetapi hakikatnya, masjid tersebut dibangunkan untuk memecahbelahkan umat Islam yang bertumpu di Masjid Nabi selama ini.

Setelah mendapat khabar berita tersebut, Baginda SAW memerintahkan supaya masjid tersebut dirobohkan. Apakah tindakan Baginda ini betul? Bukankah merobohkan masjid itu satu perbuatan yang tidak sepatutnya? Ya, inilah apa yang perlu kita fahami bahawa Baginda SAW begitu benci dengan “anasir baik” yang digunakan untuk tujuan jahat. Sekiranya mereka juga melaksanakan tarbiyah yang kononnya lengkap, lalu dijadikan hujah untuk menghentam PAS, maka mereka sepatutnya dirobohkan!!

Salam Perjuangan

Dr Fikrah

3 comments:

  1. Merebut kuasa memang perangai manusia sebab manusia itu tidak ada kuasa melainkanlah kekuasaan itu milik Allah dan Rasulnya sahaja. Sebab itulah berebut-rebut nak kuasa. Kalau kuasa itu milik manusia nak buat apa direbutkan lagi. Perkara biasa kan.

    ReplyDelete
  2. Hakikatnya PAS memperjuangkan Islam. Merebut kuasa itu ialah merebut kekuasaan Islam. UMNO selama ini meletakkan Islam pada tempat yang rendah.. Maka, wajarlah kita merebut kuasa yang ada pada UMNO untuk menegakkan Islam.

    ReplyDelete
  3. Apabila Islam dan agama itu ditangan manusia, inilah jadinya, Islam dan agama Islam itu milik Allah, tak ada kena mengena dengan manusia, barangsiapa mahu maka wajiblah ia mengenal akan Allah bukan mencari manusia nak mentafsirkan kalimah Allah, 10 orang tafsir 10 fahaman, lepastu berpecahbelah mengikut ketua yang mentafsirkan, PAS kata begitu UMNO kata begini yang lain pula kata macam ni. Islam dan agama Islam ini kita yang punya ke? Kalau kita punya buat apa nak buat rukun Islam sahadah, sembahyang puasa, zakat, haji, ini undang manusia ke undang-undang Allah? Awal agama AGAMA mengenal Allah, barang siapa tak kenal Alllah maka sesat yang amat nyata!!! tafsirlah macamnana pun tetaplah sesat juga.

    ReplyDelete