Sunday, March 29, 2009

POLIS BAKAL MENJADI PEMENANG DI BUKIT GANTANG?


Bermula dari pagi tadi sehingga sekarang, kumpulan Polis sudah menguasai kawasan penamaan calon. Seolah-olah pilihanraya menentukan ketua polis negara. Mereka dilihat sebagai golongan yang bakal “menerajang” sesiapa sahaja yang diarahkan. Sudah semestinya sekiranya kita melihat kejadian-kejadian sebelum ini, penyokong Prlah yang menjadi mangsa. Memang benar apa yang telah diceritakan di dalam blog-blog bahawa samseng-samseng akan turun.

Siapakah samseng itu, masih belum dapat diputuskan lagi. Namun, Kesamsengan polis sebelum ini sudah terbukti. Terdapat satu analogi, iaitu cerita pertarungan di antara dua jaguh gusti terkemuka, iaitu The Rock dan Undertaker. Ketika semua penonton sedang cemas memerhatikan perlawanan tersebut, untuk menentukan siapakah pemenangnya, timbul satu masalah.

Masalah tersebut ialah kehadiran beberapa belas orang pengadil, masuk ke pentas lalu memukul kedua-dua jaguh tersebut. Tetapi, sekiranya kita melihat kepada tindakan polis selama ini, seolah-olah pengadil tersebut membantai The Rock sehingga lumat, sambil diperhatikan oleh Undertaker.

Namun, kita tidak boleh terlalu cepat menghukum pihak polis. Berkemungkinan kehadiran polis hari ini bertujuan menyekat samseng-samseng UMNO sekiranya mereka bertindak kasar. Walaubagaimanapun, kita masih menunggu berita tersebut. Siapakah yang bakal dibantai? Siapakah yang bakal ditahan? Dan siapakah juara pertandingan hari ini?

Tetapi, jika kita hendak mengukur dari sudut memori lalu, penyokong PR lah yang sering menjadi henyakan pihak polis. Mereka jugalah yang disuap dengan gas pemedih mata, dan mereka jugalah yang ditahan lalu disoal siasat. Contoh yang paling jelas, pembantah PPSMI disoal siasat, sedangkan Hishamuddin lah orang yang patut disoal siasat kerana menghancurkan bangsa Melayu.

Contoh yang lain, pihak UMNO yang menghalang wakil keadilan daripada membuat laporan tentang kes rasuah Ali Rustam, telah membuat kerosakan, tetapi, pihak polis hanya bertugas sebagai lembu yang sudah kenyang. Langsung tidak memperlihatkan kredebiliti mereka sendiri. Orang ramai kian hilang kepercayaan kepada pihak polis ini.

Tetapi, hari ini, saya masih belum diberitakan tindakan kasar pihak polis. Kita hanya menunggu, dan diharapkan pihak polis tidak dijadikan anjing, tetapi bertugas sebagai seorang pengaman. Segala kelakuan anda akan dipersoalkan di akhirat, oleh itu bertaubat sebelum terlambat. Jangan sekat kebebasan rakyat, tetapi kejahatan dan keganasan sebenarlah yang patut disekat.

Salam Perjuangan,

Dr Fikrah

Saturday, March 28, 2009

ENGKAU BERKUASA, TETAPI ENGKAU TETAP HAMBA


Manusia telah diciptakan Allah SWT daripada air mani yang langsung tiada nilainya. Daripada setitis air mani itulah manusia diberikan akal fikiran sehingga mampu untuk mentadbir dunia yang luas ini sebagai seorang pemimpin. Kepimpinan ini telah diberikan oleh Allah kepada sesiapa yang dikehendakiNya, dari kalangan hamba-hambaNya.

Namun, kekuasaan yang diberikan tersebut, boleh ditarik bila-bila masa yang dikehendakiNya. Tetapi, malangnya kebanyakan pemimpin yang berkuasa ini, merasakan mereka benar-benar berkuasa, dan mampu mengekalkan kuasanya. Seolah-olah merekalah empunya kuasa yang sebenar, sedangkan ia milik Allah sahaja.

Hakikat pemimpin tersebut ialah seorang hamba. Walaupun mereka ialah pemimpin yang paling hebat di dunia sekalipun, mereka tetap seorang hamba kepada TuhanNya. Tetapi, kebanyakan daripada mereka tidak merasakan diri mereka sebagai hamba, tetapi sebagai tuhan, sedangkan apalah sangat kuasa yang ada pada mereka.

Ketika zaman Nabi Musa AS, Beliau terpaksa berhadapan dengan Firaun, seorang pemimpin yang mengaku ketuhanannya. Dengan sombong Firaun mendakwa bahawa dia mempunyai kuasa menghidup dan mematikan manusia. Lalu, dibawa kepadanya dua orang tawanan, lalu dia menyuruh tenteranya membunuh salah seorang daripada mereka dan membiarkan seorang lagi. Lalu dia berkata kepada Nabi Musa, “lihatlah, aku mampu menghidup dan mematikan sesiapa”.

Namun begitu, Nabi Musa AS mencabarnya supaya menerbitkan matahari dari arah bertentangan sepertimana yang telah disusun oleh Allah, Tuhan yang sebenar-benarnya. Firaun tidak mampu berbuat apa-apa melainkan terus berkeras dengan kesombongan yang ada. Peristiwa ini telah pun berlaku hari ini, seolah-olah sejarah itu sedang berputar kembali.

Hari ini, pemimpin-pemimpin seperti ini berkata “akulah yang memberi engkau makan dan minum, bahkan engkau mendapat projek-projek besar kerana aku, maka engkau perlu mematuhi aku. Sekiranya tidak, aku mampu untuk menyekat segala-galanya untukmu!” Inilah kata-kata Firaun jelmaan hari ini. Seolah-olah tidak rasa bersalah dengan kata-kata tersebut.

Inilah hakikatnya, seorang pemimpin yang berkuasa, tetapi dia tetap seorang hamba! Hamba kepada Allah yang memiliki segala kekuasaannya. Jadilah pemimpin yang paling tinggi kehambaannya kepada Allah SWT, dan janganlah menjadi seorang yang hina, tetapi sombong di hadapan Allah SWT.

Salam Perjuangan,

Dr Fikrah

WAJARKAH MAHATHIR DITERIMA SETELAH MENCERCA MANTAN PRESIDEN UMNO?


Malang sekali apa yang berlaku hari ini sepertimana yang telah diberitkan. Mahathir, Pak Lah dan Najib dilihat sebagai hero yang pernah mengemudi UMNO. Tetapi, pada pandangan umum, Pak Lah seolah-olah hero yang diketepikan, dan beliau sendiri pernah menjadi bahan cercaan Mahathir. Tetapi hari ini, mereka bersama, kerana Mahathir sudah dapat menerima kejatuhan Pak Lah.

Pak Lah yang pernah membintangi Hero dalam UMNO, iaitu sebagai seorang presiden UMNO telah dicerca habis-habisan oleh bekas ahlinya sendiri iaitu Mahathir. Lalu disebabkan kebencian yang membuak-buak, Mahathir melarikan diri meninggalkan UMNO sebagai tanda merajuk. Entah kenapa….

Walaubagaimanapun, Pak Lah terpaksa meneruskan sisa baki perjuangannya sebagai presiden UMNO dalam beberapa detik lagi, hanya menunggu saat dijatuhkan. Mahathir masih terus mencerca dan menjahanamkan presiden UMNO sendiri. Tetapi, malang sekali apa yang berlaku hari ini, UMNO seolah-olah menerima cercaan tersebut dengan menjemput Mahathir menghadiri perhimpunan UMNO.

Lebih teruk lagi, apabila Pak Lah turun daripada Presiden UMNO, Mahathir tersenyum dan mampu untuk bersalaman dengan Pak Lah dan Najib. Tetapi UMNO menepuk tangan sebagai tanda setuju dengan perbuatan Mahathir tersebut, sedangkan beliau telah memalukan Pak Lah, presiden UMNO sendiri!

Ahli UMNO melihat Mahathir sudah kembali daripada menghilangkan diri, tetapi pada hakikatnya, Mahathir kembali kerana Pak Lah sudah turun. Satu petunjuk yang amat memalukan, dan adengan itu mendapat tepukan gemuruh! Sekali lagi Pak Lah yang telah menjadi Mantan Presiden UMNO dimalukan.

Najib pula tersengih puas kerana usahanya selama ini tidak sia-sia. Mahathir yang selama ini meletakkan harapan kepada Najib agar dapat mengemudi UMNO, telah direalisasikan hari ini. Mahathir sanggup menjilat kembali kahak-kahaknya yang telah diludah kepada Pak Lah, langsung tidak merasa bersalah berbuat demikian.

Kalaulah saya ini ahli UMNO, sudah lama saya mengkritik tindakan Mahathir tersebut! Tetapi malangnya, perwakilan UMNO sendiri yang memberi tepukan gemuruh tersebut. Seolah-olah Mahathir yang sudah derhaka dengan UMNO, kembali semula, bahkan mendapat sambutan! Seolah-olah Mahathirlah yang menjadi pemenang tempat pertama di dalam pertandingan ini.

Di manakah Pak Lah? Adakah ahli UMNO sendiri sudah mencampakkannya ke rumah orang tua? Adakah mereka mengatakan, “kita tidak perlukan Pak Lah kerana dia banyak tidur, tetapi kita sangat memerlukan Mahathir yang cerdik” Pak Lah adalah satu-satunya presiden UMNO yang dipermainkan oleh ahli UMNO sendiri.

Salam Perjuangan

Dr Fikrah

MAHATHIR GEMBIRA SETELAH PAK LAH BERUNDUR


Hari ini, telah dilakarkan sejarah yang pahit bagi Pak Lah, tetapi dikatakan gambaran menarik. Iaitu kemunculan Mahathir secara mengejut ketika perhimpunan berlangsung. Malaysiakini menceritakan bahawa kemunculan Mahathir itu seolah-olah kepulangan seorang pejuang tua yang merajuk! Akhbar-akhbar pro mengulas bahawa ia adalah satu petanda baik, sedangkan itulah peristiwa yang mengaibkan Pak Lah sepanjang kariernya.

Ini kerana, kalau sebelum ini, sewaktu Pak Lah dihurung kepeningan di dalam pemerintahan, Mahathir meninggalkannya. Bukan setakat itu, dikritiknya sebaik mungkin, seolah-olah Pak Lah bukan hasil pilihannya! Sanggup Mahathir tinggalkan UMNO kerana Pak Lah. Pak Lah dibiarkan keseorangan, dalam keadaan Najib yang sedang memandang tajam untuk naik secepat mungkin.

Hari ini, Mahathir tersenyum puas, kerana Pak Lah tidak diturunkan ilmu tahan lama daripadanya. Beliau begitu suka dengan pengunduran Pak Lah, dan kenaikan Najib. Itulah sebabnya kehadiran beliau, sambil berpelukan dengan Pak Lah. Hatinya seolah-olah berkata “terima kasih, kerana tak memerintah lama”.

Mahathir seolah-olah tidak sabar dengan kenaikan Najib, anak didikan beliau selama ini. Seolah-olah Najib adalah pejuang yang mengembalikan pejuang tua supaya berdamai. Tetapi hakikatnya, Pak Lah sudah pun diketepikan. Pak Lah akan dikategorikan sebagai seorang yang dibisukan.

Persoalannya, kenapa Mahathir begitu benci dengan Pak Lah sebelum ini, tetapi di hari turunnya Pak Lah, beliau begitu seronok! Sudah pasti Mahathir tidak suka dengan kepimpinan Pak Lah. Kenapa tidak suka? Adakah disebabkan Islam Hadhari? Atau disebabkan Pak Lah lebih nampak beragama? Bukankah Mahathir adalah dalang pelupus SAR?

Mahathir cukup benci dan gatal mata dengan orang yang mengajak kepada agama, sehinggakan beliau sendiri cuba menjatuhkan Pak Lah yang dilihat cuba membawa Malaysia ke arah negara Islam. Memang Mahathir elegik dengan perkataan tersebut. Dan orang yang sekepala dengan Mahathir ialah Najib, yang elegik dengan perkataan tersebut.

Mungkin Najib akan mengembalikan cara pemerintahan Mahathir yang sudah banyak melupuskan agama dan pendidikan agama! Mungkin Najib lebih teruk. Adakah kita perlu menyesal dengan pemergian Pak Lah? Tidak, kita menyesal dengan sekiranya Najib yang naik! Seolah-olah, pening hilang, tetapi, migrain pula yang datang. Ingatkah pening tersebut boleh dihilangkan, tetapi malangnya migrain pula berkunjung.

Salam Perjuangan,

Dr Fikrah

Friday, March 27, 2009

PERAK BANGKIT, SIAPA PUNYA ANGKARA?


Maklumat : Perisik Rakyat
Oleh : Dr Fikrah

Hari ini, Dun Titi Serong telah membuat laporan polis terhadap blog yang paling haram jadah, dengan bekerja sebagai penyebar fitnah. Sambil diselitkan di dalam blognya gambar-gambar yang tidak senonoh dan patut dikenakan hukuman yang lebih teruk. Baru petang ini saya dapati dari Blog Perisik Rakyat tentang maklumat a.k.a blog tersebut.
. Office Perak Bangkit (AFFIN Investment Bank, Jalan Meru, Klang) tempat Perak Bangkit cari makan dan godek blog.
.
Kereta kebanggaan Perak Bangkit, Toyota Ipsum BHA 4998
.
Mohd Nazmi bin Rosli a.k.a Perakbangkit

HARAKAH DIGANTUNG, HUJAH PULA MUNCUL


Hari ini, Malaysiakini melaporkan bahawa Hujah telah diterbitkan sebagai ganti kepada Harakah yang telah dihukum gantung selama 3 bulan. Umpama seorang yang sebelum ini lantang berkata, telah dijahit mulutnya supaya tidak bercakap selama 3 bulan. Tetapi, UMNO menyangka orang tersebut hanya mampu bercakap sahaja, tetapi rupa-rupanya dia mempunyai pengganti yang bakal menggegarkan UMNO lebih kuat.

Namun, apa yang perlu difikiran bersama ialah kaedah UMNO menggantung Harakah dan Suara Keadilan adalah tindakan yang sudah ketinggalan zaman. Ini kerana, Harakahdaily masih ada, bahkan banyak lagi akhbar yang telah disiarkan secara online, dan maklumat yang dikemaskini di dalam internet jauh lebih pantas daripada akhbar.

Bukan setakat Hakarah dan Suara Keadilan sahaja yang boleh menjadi alat untuk mendedahkan perkara sebenar, tetapi banyak lagi. Contohnya web dan blog yang sudah berjuta-juta di dada internet. Penggantungan Harakah dan SK itu hanyalah usaha yang sia-sia sahaja. Ini menunjukkan mereka sudah jauh ketinggalan zaman.

Kalau sebelum ini, Najib mengakui bahawa mereka “terlupa” untuk memperkasakan media khususnya internet. Lalu apabila mereka lambat tersedar hakikat itu, mereka sudah banyak terlepas pandang untuk menghadapinya dengan efisyen. Malangnya, walaupun mereka sudah tahu hakikat tersebut, Harakah dan SK pula yang digantung, sedangkan kedua-duanya lebih lambat berbanding web dan blog.

Tetapi, bebanan mereka hari ini ditambah lagi dengan kewujudan Hujah yang bakal menggantikan Harakah yang sedang digantung. Mari kita lihat, sejauh manakah mereka ingin terus mengusahakan kaedah lama (menyekat kebebasan) yang telah ditempelak oleh Pak Lah semalam. Kalau Hujah pun akan digantung, sememangnya mereka sengaja menjahanamkan UMNO sendiri.

Hari ini, Tok Guru Nik Aziz telah berkata di dalam Harakahdaily, menyeru kepada rakyat Malaysia agar memboikot akhbar-akhbar yang menjadi alat kerajaan menyebarkan fitnah. Kalau sebelum ini TV3 turut melakukan perkara yang sama, dan pemberita-pemberita TV3 turut dipandang serong oleh sebahagian orang. Persoalannya, janganlah anda menjadi alat UMNO untuk menyebarkan fitnah mereka. Kerja-kerja tersebut sia-sia, bahkan mendapat dosa pula.

Salam Perjuangan

Dr Fikrah

SIAPA KATA PEMBANGKANG WALI ATAU MALAIKAT?


Saya tertarik dengan apa yang telah dikatakan oleh Pak Lah bahawa “pembangkang bukanlah wali atau malaikat”. Beliau menyifatkan begitu kerana cuba memahamkan bahawa di dalam PR pun terdapat kesilapan yang perlu diperbetulkan. Jangan asyik menyalahkan Umno sahaja. Tetapi, di dalam artikel ini, saya ingin memberitahu bahawa, manusia boleh menjadi sehina binatang, apabila tidak menerima hukum Allah!

Pak Lah sibuk mempersoalkan kesalahan dan kesilapan di dalam PR yang disifatkan bukan malaikat, tetapi, kesalahan di batang hidung sendiri tidak pernah mengaku. Beliau ada menyebut bahawa UMNO perlu bersih daripada politik wang, tetapi perkara ini sendiri menunjukkan bahawa UMNO itu bersalah, dan perlu mengakui kesilapan tersebut.

Pak Lah menyebut bahawa UMNO bukanlah tong sampah untuk dilemparkan sebarang fitnah. Tetapi, pada saya, UMNO adalah tong sampah, tetapi tidak mengaku bahawa ia adalah tong sampah! UMNO sendiri yang merosakkan jentera mereka itu. Ahli UMNO sendiri yang menjadikan UMNO sebagai tong sampah!

Beliau menyebut tentang “wali” dan “malaikat”. Hakikatnya tiada siapa yang mengatakan PR itu wali atau Malaikat. Yang mengenal waliNya ialah Allah SWT. Allahlah yang menganugerahkan kewalian tersebut kepada siapa yang dikehendakinya, dari kalangan hambaNya yang soleh. Manakalah Malaikat pula ialah makhluk Allah yang tidak melakukan kesilapan.

Nabi-nabi Allah terdahulu, juga terpelihara daripada sebarang “dosa”. Hakikat di sini ialah, jangan mengatakan orang itu ini, kalau diri itu adalah tong sampah. Di dalam al Quran jelas menunjukkan bahawa sesiapa yang tidak melaksanakan hukum Allah ialah binatang, bahkan lebih teruk daripada itu. UMNO hari ini, berhempas pulas menafikan hukum Allah, bukankah kita layak menggelar mereka sebagai binatang?

Persoalan yang saya ingin lontarkan kepada Pak Lah, bagaimanakah anda boleh tahu bahawa PR atau pimpinannya bukan Wali Allah? Bukankah wali Allah ini hanya dikenali oleh Allah? Hebatnya Pak Lah! Persoalan kedua ialah, siapa kata PR itu golongan malaikat? Bukankah jelas menunjukkan mereka itu manusia?

Di dalam al Quran telah menceritakan perihal manusia terdahulu, di mana mereka mengatakan bahawa “kenapakah Allah mengutuskan Nabi dari kalangan manusia biasa? Kenapa tidak diutuskan Malaikat sebagai Nabi?” (Surah al An’am : 8-9)… Lalu Allah menjawab kepada mereka kalaulah kami menjadikan Malaikat itu sebagai Nabi, sudah pasti kami akan mengubahnya menjadi seorang manusia untuk menyampaikan kepada kamu.

Ini kerana, sekiranya Malaikatlah yang menyebarkan dakwah, sudah pasti tidak pernah wujud UMNO. Nak tahu bagaimana rupa Malaikat? Kalau setakat FRU tu, macam bola pimpong sahaja! Tetapi, Allah mengutuskan orang yang menyebarkan Islam, dari kalangan manusia sendiri supaya manusia tersebut boleh hidup bersama-sama manusia-manusia lain.

Salam Perjuangan,

Dr Fikrah

PAK LAH KESAL, TETAPI MASIH TIDAK MENGAKUI KESILAPAN UNMO


Saya tertarik dengan ucapan beliau semalam yang menunjukkan beliau kesal dengan ahli UMNO yang masih menggunakan kaedah lama, iaitu menyekat kebebasan rakyat untuk mendapat kemenangan, mengamalkan politik wang dan sebagainya. Namun, semalam juga Utusan telah menyiarkan petikan kalam tersebut, bahawa Pak Lah mengatakan bahawa UMNO telah dijadikan bakul sampah untuk pihak pembangkan melemparkan fitnah.

Saya terkilan apabila beliau mengeluarkan kenyataan ini, sedangkan selama ini yang memfitnah UMNO bukanlah pembangkang, tetapi UMNO sendiri. Perjuangan PR bukanlah untuk memfitnah orang, tetapi untuk menegakkan kebenaran. Segala yang diperkatakan oleh PR adalah berdasarkan bukti, bukan menuduh dengan sedap mulut.

Sekiranya semua manusia mengatakan bahawa PR adalah pakatan fitnah, mana mungkin mereka menyertai PR. Apakah yang penyokong PR dapat, selain daripada susah, buang masa, gas pemedih mata dan banyak lagi? Penyokong PR tidak dibei gaji atau elaun, bahkan mengutip dana daripada mereka. Adakah mereka merasakan ini adalah perjuangan menyebar fitnah?

Sekiranya penyokong PR sanggup berkorban untuk perjuangan ini, mana mungkin mereka merasakan perjuangan ini sebagai perjuangan menyebar fitnah. Lebih baik mereka berkorban untuk perkara lain. Tetapi, hakikatnya, PR tidak akan wujud sekiranya UMNO mentadbir dengan baik dan berlandaskan Islam!

Tetapi apa yang terjadi sebaliknya. Pak Lah telah menuduh PR melempar fitnah kepada UMNO, sedangkan Pak Lah juga telah melakukan fitnah. Apa untungnya PR memfitnah UMNO? PR membuat laporan polis berdasarkan bukti, membuat pendedahan juga berdasakan bukti. Bukan main cakap sedap mulut.

Contoh yang paling jelas, apabila di dalam UMNO telah dibuktikan mengamalkan politik wang. Jadi, apa salahnya kalau PR membetulkan keadaan tersebut dengan menjatuhkan pengamal-pengamal politik wang ini. Apa yang terjadi sebaliknya, PR pula yang dituduh melemparkan fitnah! Perkara ini sudah banyak berlaku.

Selain itu, isu rampasan kuasa di Negeri Perak, UMNO membuat fitnah kepada Nizar bahawa beliau mengikut telunjuk Cina, sedangkan beliau tidak pernah dirasuah, atau diugut oleh sesiapa. Tetapi, apa yang dilakukan oleh Tajul sebelum ini, sudah pun tersenarai bukti yang jelas menunjukkan bahawa Tajol jauh lebih haprak di dalam isu tanah. Bukti sudah ada, adakah ia fitnah?

Sama juga isu di Selangor, semasa pemerintahan Khir Toyo. Segalanya didedahkan, tetapi masih dikatakan fitnah? Persoalan yang perlu Pak Lah fikirkan ialah, siapa yang memfitnah siapa? Dan apakah perbezaan fitnah dan menegakkan kebenaran? Inilah hakikat yang perlu difikirkan oleh Pak Lah sebelum dia memfitnah PR.

Salam Perjuangan,

Dr Fikrah

Thursday, March 26, 2009

AMANAT PAK LAH KEPADA AHLI UMNO


Berikut sedutan ucapan terakhir Presiden Umno, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi bertemakan "Masa Depan dan Survival Parti" di Perhimpunan Agung Umno ke-59 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur pada 26 Mac 2009.

Ketika saya memilih menyertai Umno empat puluh lima tahun lalu, saya mempunyai satu niat dan satu tekad, untuk menawarkan perkhidmatan kepada parti yang telah begitu berjasa kepada bangsa dan kepada negara saya.

Saya melihat Umno sebagai sebuah parti yang mendokong perjuangan yang suci serta memiliki idealisme yang murni.

Ketika mendaftar diri menjadi ahli Umno, saya tidak terfikir untuk mendapat faedah kebendaan, tidak juga mengharapkan sebarang imbuhan.

Semangat sedemikian bukan hanya terdapat pada diri saya, malah ia adalah satu norma di kalangan ribuan ahli yang seangkatan dengan saya yang menyertai Umno ketika itu.

Kami semua bertekad untuk meneruskan perjuangan bagi memartabatkan bangsa dan berkhidmat untuk negara Malaysia tercinta ini.

Ketika merasmikan perhimpunan Pergerakan Pemuda dan Pergerakan Wanita Umno pada tahun 1999 'Meneruskan Perjuangan, Memartabatkan Bangsa' telah saya jadikan tema ucapan ulung saya itu.

Hari ini generasi seangkatan dengan saya bukan sahaja sudah semakin kecil bilangannya, tetapi yang lebih membimbangkan semangat yang dimiliki oleh generasi seangkatan dengan saya, ketara semakin tipis di kalangan generasi semasa.

Semakin ramai yang menyertai Umno bukan kerana apa yang dapat mereka sumbangkan kepada Umno tetapi lebih mirip kepada apa yang bakal mereka harap untuk memperoleh.

Mereka mengharapkan jawatan, mereka mengharapkan projek, mereka mengharapkan gelaran, mereka mengharapkan kepuasan duniawi. Semangat berkorban, semangat berjuang, semangat berkhidmat untuk bangsa, untuk negara semakin tipis, semakin lemah.

Kemenangan terakhir

Sedarilah! Di luar Dewan Merdeka ini, ramai yang berpandangan bahawa jika Umno, dan jika Barisan Nasional tidak berubah, maka pilihanraya ke-12 pada 8 Mac 2008 merupakan kemenangan terakhir kepada Barisan Nasional menubuhkan kerajaan.

Selepas ini, rakyat di luar dewan ini, tidak akan mengundi kita lagi. Di peringkat negeri, Barisan Nasional turut menghadapi cabaran yang sama. Di kalangan kita juga, malah di kalangan yang duduk di atas pentas ini, turut menyuarakan bahawa "Umno wajib melakukan perubahan". Apa yang saya ingin dengar, adalah suara yang menyatakan "Aku akan berubah" lalu disusuli dengan langkah berani melakukan perubahan itu dalam diri sendiri.

Betapa malangnya Umno jika ramai yang gagal memahami bahawa Umno itu adalah kita, selagi kita tidak berubah, Umno tidak mungkin dapat berubah. Umno kini berada di persimpangan jalan. Laluan yang kita pilih akan menentukan sama ada kita kekal relevan sepanjang masa atau akan hanya menjadi satu sejarah masa lalu.

Ada juga yang masih berpendirian bahawa kita tidak perlu melakukan perubahan. Mereka mempercayai bahawa Umno akan kembali mencapai kemenangan jika kita kembali kepada cara lama, kepada order lama, dengan menyekat kebebasan warga, dengan menghalang warga dari menyuarakan kritikan.

Mereka berpandangan bahawa Umno itu boleh terus berkuasa dan kekal kuat dengan kaedah menjaga kepentingan beberapa individu tertentu, dan memenuhi tuntutan-tuntutan kumpulan tertentu. Masih terdapat di kalangan kita yang lebih tertarik dengan cerita-cerita yang menyeronokkan hingga kita menjadi leka, lena dalam ulitan mimpi bahagia.

Jika laluan lama itu yang dipilih, saya berpandangan bahawa kita telah memilih laluan yang salah; laluan yang membawa kita ke belakang. Saya bimbang laluan tersebut akan lebih mempercepatkan berakhirnya talian hayat Umno.

Terbujur di kuburan

Jika kita tidak melakukan perubahan berani, selaras dengan transformasi masyarakat yang begitu dinamik dan perkembangan global yang begitu radikal, kita akan menyaksikan hari-hari berakhirnya parti Umno yang kita kasihi ini.

Jika kita terus bertanding begitu hebat, bermati-matian untuk merebut jawatan, tetapi apakah ertinya jawatan tersebut kepada Umno yang telah tinggal rangka yang terbujur di kuburan. Barang dijauhkan Allah dari Umno menimpa nasib hiba yang sedemikian.

Atas kesedaran tersebut, atas rasa cinta kepada Umno, atas rasa tanggung jawab terhadap Umno dan bangsa Melayu, saya memilih untuk menunjukkan teladan, dengan tidak mempertahankan jawatan presiden parti, bertujuan memberi laluan kepada pemimpin yang lebih muda walaupun masih terdapat ramai dari ahli-ahli parti dan rakan-rakan baik di dalam ataupun di luar kerajaan meminta saya untuk terus mempertahankan jawatan.

Saya menghargai keputusan rakan-rakan yang turut memilih langkah yang sama, baik di peringkat bahagian mahupun cawangan, baik di peringkat pemuda, wanita dan puteri - bahawa jawatan dan kedudukan bukannya milik peribadi; sedangkan harta milik peribadi juga tidak akan dapat dibawa sampai ke mati.

Untuk terus relevan, Umno perlu berusaha mencantumkan kekuatan lama yang kita telah hilang dengan elemen baru yang harus kita terokai. Kekuatan lama yang telah hilang adalah semangat asal dan komitmen asal kita kepada perjuangan bangsa dan perjuangan parti.

Hidupkanlah kembali semangat berkorban, semangat dedikasi, semangat kesederhanaan, semangat berkhidmat, semangat kemanusiaan dan pamerkanlah integriti yang tinggi lagi dihormati.

Gugurkanlah sifat angkuh yang merasakan diri kita sahaja yang betul, yang merasakan diri kita sahaja yang pandai, jauhilah amalan rasuah, imbangkan perhatian di kalangan warga keseluruhannya baik yang Melayu dan bukan Melayu, demikian juga kepada ahli-ahli parti baik yang menyokong kita atau saingan kita.

Keadilan majoriti ahli

Di peringkat kerajaan, saya telah berusaha memperkenalkan beberapa mekanisme dalam hasrat memperkukuhkan instrumen pentadbiran yang lebih telus, cekap, adil dan berintegriti, di samping dapat meningkatkan sistem penyampaian perkhidmatan awam, mengembalikan integriti kehakiman, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia telah ditubuhkan, Institut Integriti Nasional diwujudkan, PEMUDAH telah diperkenalkan, dalam usaha berterusan untuk meningkatkan sistem penyampaian perkhidmatan awam, pembangunan modal insan diutamakan dan Islam dibangunkan secara progresif melalui pendekatan Islam Hadhari.

Menyedari sumber baru kekayaan negara perlu diterokai dan agihan peluang ekonomi berkualiti secara lebih seimbang dan saksama dapat dilaksanakan, program pembangunan ekonomi secara wilayah telah diperkenalkan.

Di peringkat Umno, mungkin telah tiba masanya untuk parti diperkukuhkan dengan memperkenalkan peraturan dan tatacara yang membolehkan parti diurus tadbir dengan cara yang lebih berdisiplin dan terkawal.

Mungkin parti memerlukan mekanisme yang lebih memberikan kesaksamaan kepada ahli dan menggugurkan amalan-amalan yang tidak memberikan keadilan kepada majoriti ahli terutama di kalangan mereka yang tidak mempunyai jawatan dan tidak mempunyai kekayaan material.

Mungkin masanya telah sampai untuk Umno juga meletakkan syarat tempoh maksimum memegang jawatan di dalam parti. Mungkin Umno juga wajar memberikan hak memilih ketua terutama bagi jawatan-jawatan utama di dalam parti kepada semua ahli untuk mengatasi amalan politik wang.

Umno tidak harus lari dari tanggung jawab membela nasib bangsa Melayu dan bumiputera. Namun Umno, jangan sekali-kali mengamalkan fahaman ekstremis kaum, ekstremis agama.

Umno jangan sekali-kali mengamalkan diskriminasi hingga dianggap bersifat rasis kepada warga Malaysia yang bukan Melayu. Hak semua warga negara hendaklah senantiasa diberikan jaminan dan dihormati, dilindungi dan dipelihara selaras dengan semangat Perlembagaan dan Rukun Negara.

Hati gajah sama dilapah

Ketaatsetiaan setiap warga Malaysia tanpa mengira kaum harus dihargai dalam semangat perkongsian kuasa dan setia kawan, bersetuju menyuburkan semangat yang berat sama dipikul yang ringan sama dijinjing; hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah.

Berusahalah! Berusahalah! Berusahalah! Mencari titik pertemuan, menyemarakkan nilai persamaan. Jauhkanlah! Jauhkanlah! Jauhkanlah! Daripada mengungkit perbezaan dan membesarkan kelainan.

Saya amat menghargai peranan warga Malaysia membantu menjamin keamanan negara dan berusaha memakmurkan negara. Selama hampir 52 tahun kita merdeka, kita telah menghadapi pelbagai cabaran dan kita cekal bersatu menghadapi setiap cabaran hingga menjadikan negara kita sebagai negara merdeka yang berdaulat dan makmur.

Negara kini sedang menghadapi ancaman ekonomi yang paling menakutkan sejak kita mencapai kemerdekaan. Dunia sedang dilanda kemelut ekonomi yang amat dahsyat dan kerajaan sedang menghadapi tanggung jawab sangat berat untuk meringankan rakyat dari menghadapi kesusahan.

Selama lima tahun setengah menjadi perdana menteri, saya amat yakin akan potensi dan kekuatan yang kita miliki, begitu juga rahmat yang telah dilimpahkan oleh Ilahi kepada negara ini.

Kita mempunyai modal insan muda yang berpotensi besar untuk kita bangunkan menjadi produktif. Kita mempunyai daya tahan, kita memiliki daya kekuatan untuk menghadapi cabaran kegawatan ekonomi dunia yang sedang melanda asalkan kita terus bersatu dan memberi fokus menghadapi ancaman ekonomi ini.

Kita harus mengurangkan berpolitik, kita harus menghapuskan budaya suka bercakaran sesama sendiri; sebaliknya kita perlu tekun bekerja, menjadi lebih produktif dan menggabungkan kekuatan.

Tanggungjawab PM berakhir

Sama-samalah kita insafi bahawa persoalan yang Umno hadapi kini ialah persoalan hidup mati, persoalan masa depan dan survival parti. Ia amat bergantung kepada sikap setiap ahli dan peranan barisan kepimpinan yang akan terus memperjuangkan nasib bangsa, agama dan negara.

Ahli-ahli Umno dan barisan kepimpinan memainkan peranan yang amat penting dalam menentukan sama ada perkembangan di hari muka berupaya terus mencerminkan kebanggaan tradisi kita.

Setiap dari kita sememangnya sedar bahawa pucuk kepimpinan Umno menentukan pucuk kepimpinan tanahair tercinta. Inilah keistimewaan serta beban tanggungjawab parti keramat kita, dengan izin Allah SWT.

Setiap dari kita sememangnya arif tentang ciri-ciri serta sifat-sifat mulia seperti siddiq, amanah, tabligh dan fatanah yang wajib dipegangi oleh pemimpin-pemimpin kita. Ingatlah! Bahawa undi seorang insan yang beriman dan bertakwa tidak boleh dijual-beli. Semoga pemilihan barisan kepimpinan parti pada kali ini berjalan dengan lancar dan mencerminkan aspirasi mereka yang kita wakili.

Firman Allah SWT: Wahai orang yang beriman, mengapa kamu memperkatakan sesuatu yang tidak kamu melakukannya? Amat besar kebenciannya di sisi Allah bahawa kamu memperkatakan sesuatu yang kamu tidak melakukannya. As-Saff: 2-3.

Tanggungjawab saya sebagai presiden parti akan berakhir pada penghujung perhimpunan ini. Seterusnya tanggungjawab saya sebagai perdana menteri kepada warga dan negara yang saya cintai ini juga akan berakhir.

AKHBAR THE AUSTRALIAN MENDEDAHKAN KES NAJIB


Kes Najib, sepertimana yang telah diketahui, telah menjadi bualan sedunia. Di sini, saya tertarik untuk meng”link”kan akhbar tersebut di bawah ini. Selain daripada kedua-dua akhbar dunia ini, Kompas.com daripada Indonesia pun turut mendedahkan perkara yang sama. Begitu juga The Times Of India dan Liberation juga tidak ketinggalan menceritakan perkara yang sama. Persoalannya sekaranya, siapakah dalang di sebalik semua ini? Adakah Najib mampu untuk menggantung kesemua akhbar ini?

Sila Klik pada gambar
.

“HATI MALAYA” DAN ISMAIL SAFFIAN YANG KESEORANGAN


Di dalam PerakExpress memberitakan bahawa semalam UMNO telah menggiatkan kempennya di Bukit Gantang dengan menyajikan kepada penduduk di sana sebuah Filem arahan Suhaimi Baba, yang bertajuk “Hati Malaya”. Filem itu juga turut dibintangi oleh pelakon-pelakon yang tidak asing, seperti Maya Karin, Zaerol Nordin dan beberapa orang lagi. Malangnya persembahan tersebut telah digunakan oleh UMNO untuk berkempen.

Sebelum ini, apabila Tok Guru Nik Aziz menjemput Mawi untuk membuat persembahan, terus orang-orang UMNO melabelkan Tok Guru memperalatkan artis untuk PAS. Tetapi, hari ini, mereka sendiri melakukannya. Malangnya, persembahan tersebut tidak mendapat sambutan, kerana tidak minat dengan UMNO!

UMNO menggunakan Hati Malaya supaya mengingatkan kembali kepada rakyat Bukit Gantang terhadap perjuangan UMNO memperjuangkan bangsa satu ketika dahulu. Tetapi, malangnya perjuangan UMNO hari ini sudah berubah 360 darjah. UMNO hari ini cuba menjahanamkan bangsa pula. Lalu persembahan yang tidak laku itu menyebabkan UMNO marah dan melabelkan penduduk Bukit Gantang sebagai tiada nilai patriotik.

Walaubagaimanapun, sedikit ulasan berkenaan kempen di Bukit Gantang, Ismail Suffian sudah semacam kambing hitam. Hanya cukup syarat sahaja untuk mengadakan pilihanraya! Beliau ditinggalkan keseorangan, sambil hardcore-hardcore UMNO yang lain sibuk dengan Perhimpunan Agung. Mereka membiarkan Ismail terkontang-kanting keseorangan memperjuangan UMNO yang meninggalkannya.

Tiada seekor habuk pun hardcore UMNO ingin menjenguk keadaan Ismail Saffian. Malang sekali bertanding di atas tiket UMNO. Kalau sebelum ni, Masyitah ada membuat ceramah merapu di Bukit Gantang. Tetapi, Masyitah hanya dilihat sebagai cukup syarat untuk menampakkan persaingan, sedangkan UMNO sibuk dengan Perhimpunan Agong.

Masing-masing menjadikan perhimpunan tersebut sebagai medan menabur fitnah, mengeji dan membuat dosa. Tetapi, Ismail Saffian berusaha sedaya upaya menaburkan wang untuk memenangkan UMNO yang telah membiarkannya. Apakah perjuangan UMNO sebenarnya? Filem Hati Malaya tersebut sepatutnya mengajar UMNO berjalan dengan betul, kerana mereka bukan anak ketam!

Malangnya mereka sengaja berjalan tak betul, seolah-olah seorang manusia yang ingin menjadi ketam. Kalau sebelum ini, Zambry mengatakan bahawa beliau tidak terkejut dengan kenaikan Nizar sebagai Calon PAS di Bukit Gantang, sedangkan tiada siapa yang memaksanya atau menyuruhnya terkejut dengan pencalonan itu! Beliau ingin menunjukkan ke”steady”annya, namun ia kelihatan bodoh!

Zambry sendiri sudah akur untuk melepaskan Bukit Gantang. Dia sudah mengaku kehancuran UMNO di situ. Seolah-olah dia berkata di dalam hati “biarlah apa nak jadi di Bukit Gantang. Yang pastinya, aku sudah memberi arahan kepada SPRM dan FRU untuk menganggu mereka. Sekurang-kurangnya aku sudah berusaha”…

Salam Perjuangan

Dr Fikrah