Wednesday, June 10, 2009

SIAPAKAH YANG BERHAK PUTUSKAN KEPUTUSAN? (Siri 2)

Sebelum ini telah menyebut tentang pandangan yang dibenarkan kepada ahli untuk mengemukakannya. Namun, di sana, terdapat beberapa panduan untuk mengemukakan pandangan, sekiranya dibenarkan. Ia akan dijelaskan selepas ini. Hakikatnya Presiden mempunyai kuasa mutlak untuk menyusun dan mengatur segalanya.

Persoalan ketiga, adakah menjadi kewajipan kepada presiden untuk menerima keputusan ahli? Sepertimana yang telah disebutkan sebelum ini, Presiden berhak menerima atau tidak keputusan Syura, maka, lebih-lebih lagi keputusan ahli yang tidak termasuk dalam Syura. Ya, sepertimana yang telah diterangkan di dalam Usul Dakwah juga, pandangan ahli tidak wajib bagi Presiden untuk mendengarnya atau menerimanya.

Ahli berhak memberi pandangan, tetapi tidak berhak memutuskan. Bahkan Dr Abdul Karim Zaidan juga menyebut bahawa terdapat 3 panduan kepada ahli sekiranya pandangan mereka tidak diterima :

Pertama :

Orang yang memberi pandangan hendaklah mempunyai niat yang betul untuk memberi nasihat atau menegur pimpinan. Diharamkan bagi ahli untuk mengemukakan pandangan bertujuan menjatuhkan pimpinan, mengaibkan, memburuk-burukkan dan sebagainya, yang dikatakan sebagai tujuan yang diharamkan.

Kedua :

Orang yang mengemukakan pandangan hendaklah seorang yang pakar dan mahir tentang apa yang dikemukakan. Bahkan diharamkan juga mengingkari keputusan yang bersifat ijtihad (keputusan yang tiada dalil yang memutuskannya). Selagi mana keputusan tersebut bersifat ijtihad, maka ahli wajib mengikutnya walaupun bercanggah dengan keputusan mijoriti.

Ketiga :

Diharamkan juga kepada individu yang mengemukakan pandangan, daripada mencetuskan fitnah atau pandangan yang berbeza daripada keputusan tersebut, apabila pandangannya tidak diterima.

Kesimpulan di sini, saya tidak berniat untuk menyalahkan sesiapa, bahkan saya mengucapkan tahniah kepada Husam kerana berani untuk memberi pandangan. Bahkan saya juga bersetuju dengan tindakan Presiden di dalam masalah ini. Bahkan, kita juga diharamkan menimbulkan fitnah untuk memburuk-burukkan sesiapa. Kita langsung tidak berhak di dalam persoalan ini, kerana kita bukanlah ahli di dalam bidang tersebut.

Semoga dengan artikel ringkas ini tetapi penting, dapat dimanfaatkan oleh semua. Saya tidak berniat untuk menjatuhkan sesiapa atau menaikkan sesiapa, tetapi ia adalah garis panduang yang telah disebut oleh ulama’ kita. Anda juga boleh merujuk dengan buku-buku yang lain seperti Ahkam as Sultaniah, Imam al Mawardi, Fiqh al Khilafah dan sebagainya sebagai panduan.

Salam Perjuangan

Dr Fikrah

2 comments:

  1. Saya setuju hujah dan pendapat yang dilontarkan tentang kuasa presiden dan hak ahli. Tapi cuba lihat begini;
    Saya akan kekal dengan pendapat saya dan majaroti. Kerana saya bukan ahli parti, cuma penyokong. Saya ada hak untuk menegur secara terbuka didalam blog umpamanya. Ini kerana saya ada kuasa sebagai pengundi, saya mengundi kamu kerana sangkakan kamu begini dan begini, saya berusaha menangkan kamu dengan cara menyampaikan maklumat, salurkan dana dan sebagainya, maka sebagai penyokong saya tidak terikat dengan hujah diatas dan saya berhak bantah sebarang keputusan dan nyatakan bantahan saya secara terbuka. Bukankah begitu?

    ReplyDelete
  2. Sekiranya tidak menimbulkan fitnah, tiada masalah. Tetapi, sekiranya kita khuatir akan menimbulkan fitnah atau tidak, lebih baik kita tidak buat. Bimbangkan sangkaan kita meleset. Wallahua'lam

    ReplyDelete