Beberapa hari kebelakangan ini, saya lebih cenderung untuk menulis tentang halal dan haram yang semakin diabaikan, bahkan ditinggalkan. Namun, sempena Muktamar kali ini, saya lebih tertarik untuk memperlihatkan kaedah atau prosedur di dalam Islam, untuk menyelesaikan perkara ini. Hakikat ini telah pun dijelaskan oleh Dr Abdul Karim Zaidan di dalam bukunya, Usul Dakwah.
Beliau menyebut di dalam Bab Syura, tentang hakikat pertelagahan atau percanggahan pandangan ini. Ia terbahagi kepada beberapa persoalan, atau penjelasan :
- Siapakah yang berhak tentukan keputusan? Adakah syura atau presiden?
- Bagaimanakah ahli PAS dapat mengemukakan pandangan?
- Adakah keputusan ahli wajib diterima?
Persoalan pertama, ialah orang yang berhak membuat keputusan. Dr Abdul Karim Zaidan menerangkan bahawa di dalam meletakkan keputusan orang yang lebih berhak, maka beliau menggariskan beberapa etika. Etika tersebut ialah, Presiden berhak mengumpulkan syura, dan mendengar pandangan semua. Sekiranya Presiden memilih untuk mengikut keputusan syura, maka itu adalah haknya.
Bagaimanakah pula sekiranya keputusan Presiden bercanggah dengan Syura? Sekiranya bercanggah, Presiden berhak membuat pilihan, samada ingin mengikut keputusan Syura, atau masih berpegang dengan keputusan sendiri. Presiden mempunyai kuasa untuk mengekalkan keputusannya, walaupun bercanggah dengan syura. Inilah sepertimana yang disebut. Sekiranya saya silap, tegurlah dengan baik.
Ya, Presiden berhak membuat keputusan sendiri, walaupun ia bercanggah dengan keputusan mesyuarat sekalipun. Maka, terdapat persoalan yang bertanya. Sekiranya begitu, maka sia-sialah mesyuarat yang diadakan. Penjelasan perkara ini ialah, mesyuarat diadakan untuk membantu Presiden dalam membuat keputusan. Tetapi Presiden mempunyai kuasa mutlak untuk memutuskan mana-mana keputusan yang dipilih.
Bahkan, Presiden juga mempunyai hak untuk memilih keputusan yang minoriti dalam mesyuarat atau dalam muktamar. Sekiranya begitu, maka, apakah kepentingan muktamar atau mesyuarat. Sepertimana yang telah disebut, ia adalah bertujuan membantu Presiden untuk membuat keputusan, tidak lebih dari itu sehingga boleh melawan keputusan Presiden.
Persoalan kedua, bagaimanakah ahli PAS dapat mengemukakan pandangan? Ya, mana-mana ahli PAS dibenarkan memberikan pandangan. Tetapi, sekiranya diberi ruang oleh Presiden. Sekiranya tidak, maka ahli tidak dibenarkan mengemukakan pandangan melalui saluran-saluran yang dilarang.
Ahli PAS, dibenarkan memberi pandangan sekiranya dibenarkan oleh Presiden. Contohnya seperti di dalam Muktamar PAS, dan sebagainya. Sekiranya tidak, ahli sama sekali tidak dibenarkan melalui mana-mana saluran yang dilarang. Contohnya, Presiden berhak untuk melarang ahli PAS daripada mengadakan sidang media secara peribadi, untuk mengemukakan pandangan peribadi mereka sewenang-wenangnya.
Minta maaf, saya bukanlah seorang yang taksub kepada Presiden, tetapi saya cuma menyampaikan apa yang telah disebut oleh ulama’ kita di dalam karangan mereka. Ikuti sambungan akan datang.
Salam Perjuangan
Dr Fikrah

Dalam gerakan Islam macam PAS. Siapa yang paling tinggi sebenarnya? Mursyidul Am atau Presiden? Kalau tengok gerakan2 Islam lain di dunia. Presiden takde. Hanya Mursyidul Am sahaja.
ReplyDeleteCuma di Malaysia, Presiden ada apabila membentuk parti. Dan presiden dan dewan harian diberi hak eksekutif melaksanakan dasar parti, manakala majlis syura memantau.
Sebab tu macam ada pening sket. Aku pun pening mana satu nak ikut. Pres kata UG, Mursyidul AM kata boneka UMNO. Kalau aku sokong UG aku boneka UMNO kata Nik Aziz laa. Dengan makna UG + Hj Hadi = Boneka UMNO. Lepak bro...
Berkenaan dengan ulasan ko memang aku pun dah ngaji dalam syriah nih. Tapi bila konteks PAS ada macam berselirat sket arr kepala aku nih. Mursyidul Am PAS ni sebenarnya tugasnya bagaimana sebenarnya adakah sekadar penasihat atau ketua yang tertinggi. Atau sekadar macam Agong?
Wallahua'lam
Wallahua'lam. Setakat yang saya nampak, dengan ilmu yang tidak seberapa, jawatan tertinggi dalam PAS adalah Presiden. Tetapi, sekiranya saya tersilap, maka yang berhak membuat keputusan ialah Mursyidul Amlah. Asalkan jawatan tersebut adalah jawatan tertinggi.
ReplyDeleteManakala sekiranya Mursyidul Am itu bertindak sebagai penasihat, maka Presidenlah yang berhak membuat keputusan. Wallahua'lam
Tetapi Nik Aziz mendakwa dia nakhoda PAS. Makna kata dia amir dalam jemaah.
ReplyDeleteKompius laa.. Atau Nik Aziz tak paham kedudukan dia dalam gerakan Islam. Kalau nak lihat, Nik Aziz tak banyak main ngan ulama gerakan Islam Dunia. Kebayakannya Hj Hadi. NIk Aziz pun jarang dijemput untuk memberi ucaptama mana2 persidangan ulama-ulama atau gerakan islam dunia.
Sebab tu aku kompius.. A'la kulli hal.. tq atas keterangan.. Sebenarnya banyak kitab2 aku rujuk. Tapi dalam konteks PAS ini maybe ada perspektif tersendiri yang terpencil.
Mursyidul Am dalam PAS dia sebagai penasihat. Presiden memang ada kuasa dalam membuat keputusan. Kuasa boleh pakai. Nasihat yang baik pun mesti ikut. Jadi dalam hal Unity Gov ini ini bukan agenda peribadi. Ia telah diputuskan oleh Majlis Syura Ulama' PAS. Sebab itu semua ahli dan pimpinan kena berlapang dada kalau keputusan tersebut tidak menyebelahi pendapat dan pandangan mereka. Semua ahli jamaah kena wala' dengan pucuk pimpinan. Peristiwa Perjanjian Hudaibiyyah boleh dijadikan renungan dan iktibar. Sekian
ReplyDelete