Friday, May 22, 2009

KITA PERLU SELAMATKAN ZAMBRY DARIPADA DITIMPA BENCANA

Kita dizalimi, rakyat Perak dizalimi, dan doa orang yang dizalimi ini makbul. Apakah kemenangannya hari ini juga disebabkan doa orang yang dizalimi. Kemungkinan besar “ya”, kerana kebanyakan orang yang dizalimi berdoa supaya Zambry dijatuhkan, tetapi kemenangannya hari ini juga adalah kejatuhan bagi beliau.

Orang yang dizalimi juga akan mendoakan supaya beliau ditimpa bencana, dan beliau akan ditimpa bencana. Antara bencana yang diterimanya ialah kemenangan beliau hari ini. Walaupun pada pandangan manusia biasa, ia adalah satu kemenangan, tetapi kadangkala kemenangan itu adalah satu bencana.

Sedikit kisah sebagai pengajaran. Seorang manusia yang berjudi, akhirnya menang dalam perjudiannya. Ketika sedang berjalan pulang, perompak menahan keretanya kerana sudah mengetahui bahawa dia memenangi perjudian yang besar. Ketika sedang bergelut dengan perompak, kakinya tercedera kerana ditikam dengan pisau. Akhirnya beliau merana seumur hidup kerana kakinya tidak dapat berfungsi dengan baik, akibat menang dalam perjudian.

Saya tidak mengatakan Zambry menang berjudi, tetapi pengajarannya ialah, kadangkala kemenangan itu membawa bencana, dan merana. Apakah bencana yang diterima oleh beliau setelah menang? Bencananya ialah, dia lebih terdedah dengan doa orang yang dizalimi. Kalau sebelum ini orang mendoakan supaya dia dijatuhkan, kemungkinan selepas ini ada yang mendoakan supaya dia dilumpuhkan.

Bolehkah mendoakan kecelakaan kepada orang lain? Hakikat ini telah dijelaskan oleh Allah SWT di dalam al Quran
.

Allah tidak suka kepada perkataan-perkataan buruk yang dikatakan dengan berterus terang (untuk mendedahkan kejahatan orang); melainkan orang yang dianiaya, sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui (Surah an Nisa : 148)

Daripada ayat ini ulama’ telah mentafsirkan bahawa ayat ini mempunyai dua maksud, samada orang yang dizalimi dibenarkan untuk mendoakan kecelakaan kepada si zalim, atau orang yang dizalimi boleh menceritakan kejahatan si zalim. (Sila rujuk Tafsir ad Durrul Manthur Fi Tafsir Bil Ma’thur bagi Imam Sayuti)

Di dalam tafsir tersebut juga menerangkan bahawa ia adalah satu keringanan yang diberikan oleh Allah SWT kepada mereka yang dizalimi. Maka, apa yang saya khuatiri ialah Zambry terdedah dengan kutukan dan doa orang yang dizalimi. Beliau akan merana dengan doa-doa rakyat Perak. Ingatlah bahawa pertuturan itu adalah satu doa.

Maka, berhati-hatilah wahai Zambry. Sekiranya orang yang dizalimi mendoakan supaya anda lumpuh, maka dapatkah anda menahan doa tersebut? Sekiranya orang yang dizalimi mendoakan anda menjadi gila, maka dapatkah anda menahan doa tersebut? Maka, saya mengesyorkan kepada rakyat Perak supaya menyelamatkan beliau daripada terkena doa-doa yang membahayakannya! Bagaimanakah cara untuk menyelamatkannya? Lihatlah artikel akan datang… “Kadangkala Kita Perlu Berfikir Untuk Menyelamatkan Zambry”

Salam Perjuangan

Dr Fikrah

2 comments:

  1. sebagai saorang muslim kita dituntut mendoakan kebaikan keatas muslim yang lain,jika sorang muslim itu tersasar perbuatannya kita doakan agar Allah menunjokan jalan yang benar dan kembali kapangkal jalan.
    Allah maha mendengar lagi maha mengahtawi biarlah dia yang menentukan. wallahwallam.

    ReplyDelete
  2. orang islam yg mendoakan kecelakaan pada orang lain bukan orang islam. dia haiwan.
    zambry dah menang.
    terimalah keputusan mahkamah
    nizar pun kata dia terima keputusan mahkamah (walaupun dia akan buat rayuan)
    tak payahlah doa-doa.
    memalukan islam

    ReplyDelete