Wednesday, May 20, 2009

PARTI POLITIK DI ZAMAN NABI MUHAMMAD SAW

Di dalam ruang komen, terdapat seseorang yang bertanya “apakah parti politik di zaman Nabi Muhammad SAW?” Ini kerana artikel yang pernah saya tulis sebelum ini menyebut bahawa Nabi Muhammad SAW juga berpolitik. Hari ini apa yang mampu saya jelaskan bahawa ketika zaman tersebut, tidak diadakan pilihanraya untuk menentukan ketua negara.

Setelah Nabi SAW sampai ke Madinah, masyarakat Madinah terus mengangkat Baginda SAW sebagai pimpinan mereka. Tetapi sebelum ketibaan Baginda SAW, masyarakat Madinah pada mulanya ingin mengangkat Abdullah bin Ubai sebagai ketua negara, dan mereka telah persiapkan mahkota untuknya.

Tetapi, setelah Baginda SAW tiba di Madinah, masyarakat Islam telah mengangkat Baginda sebagai pemimpin. Akibatnya, Abdullah bin Ubai merasa seolah-olah Baginda SAW telah merampas kuasanya. Dalam masa yang sama, setelah Baginda SAW diangkat sebagai pemimpin, Baginda SAW terpaksa berhadapan dengan 3 jenis manusia.

Pertama, orang Islam yang terdiri dari kalangan Muhajirin dan Ansar. Kedua, orang musyrikin yang masih belum beriman (penduduk asal Madinah), dan yang ketiga ialah Bangsa Yahudi, yang menguasai banyak kemahiran ketika itu. Maka, tindakan pertama yang dibuat oleh Baginda SAW ialah :

- Membina Masjid (Masjid Nabawi)
- Mempersaudarakan sesama Islam
- Membuat perjanjian dengan Yahudi

Membina Masjid Nabi adalah bertujuan sebagai pusat pemerintahan Islam. Hari ini, kita bertungkus lumur untuk menguasai kerajaan pusat sebagai membina pusat pemerintahan Islam. Dalam masa yang sama Baginda SAW mempersaudarakan sesame Islam. Adakah PAS hari ini dilihat berperang sesama Islam?

PAS menentang mereka yang menentang Islam walaupun mereka adalah bangsa sendiri. UMNO tidak dilihat sebagai penegak Islam, bahkan menjatuhkan Islam. Bahkan UMNO hari ini adalah kerajaan pusat. Maka, untuk merealisasikan dua objektif ini, PAS terpaksa mendapatkan kerajaan pusat, dan mempersaudarakan sesama Islam.

PAS cuba merampas kerajaan pusat daripada UMNO kerana UMNO tidak melaksanakan sebuah method Negara Islam. Bahkan memperlihatkan bahawa Islam itu menindas kaum lain, merampas hak orang dan sebagainya. Sedangkan Parti UMNO itu tidak layak digelar parti yang memperjuangkan Islam.

Ingatkah anda, Abdullah bin Ubai juga mendirikan sebuah masjid untuk memecah belahkan umat Islam. Nabi Muhammad SAW memerintahkan supaya masjid tersebut dirobohkan. Sekarang ini, siapakah yang dilihat memecahbelahkan umat Islam? UMNO atau PAS? Sekiranya UMNO itu melaksanakan Islam, maka tidak perlulah terbentuknya PAS yang bertujuan menegakkan Islam. Maka, UMNO adalah punca perpecahan Islam dan Bangsa Melayu itu sendiri.

Salam Perjuangan

Dr Fikrah

No comments:

Post a Comment