Saturday, May 23, 2009

KADANGKALA KITA PERLU BERFIKIR UNTUK MENYELAMATKAN ZAMBRY

Artikel ini saya rasa dapat diterima oleh semua pihak, mahupun penyokong BN atau PR. Ini kerana tulisan saya ini bertujuan untuk menolong sesiapa sahaja. Persoalan pertama yang saya kemukakan, kenapakah kita perlu berfikir untuk menyelamatkan Zambry? Artikel ini juga adalah sambungan daripada artikel sebelum ini yang bertajuk “Kita Perlu Menyelamatkan Zambry Daripada Ditimpa Bencana”.

Jawapan bagi soalan tersebut ialah, kita perlu menyelamatkan Zambry disebabkan hadis ini, kerana Nabi Muhammad SAW sendiri yang menyuruh.
.

Bantulah saudara kamu yang melakukan kezaliman, dan mereka yang dizalimi. Baginda SAW ditanya : “Bagaimanakah kami membantu orang yang menzalimi? Baginda SAW menjawab : “Sekatlah ia daripada melakukan kezaliman” (Jami’ Saghir : 2738)

Sekiranya Zambry itu dizalimi, maka bantulah beliau daripada terus dizalimi. Sekiranya beliau yang melakukan kezaliman, maka bantulah dengan menyekat kezaliman yang dilakukan. Sekiranya Nizar itu dizalimi, maka bantulah beliau daripada terus dizalimi. Sekiranya beliau yang melakukan kezaliman, maka bantulah dengan menyekat kezaliman yang dilakukannya.

Inilah sebab kenapa kita perlu membantu menyelamatkan beliau. Selain itu, saya cuba mengingatkan kepada seluruh rakyat Perak tentang erti kesabaran. Kesabaran yang tinggi ialah tidak mendoakan keburukan dan kecelakaan kepada beliau, walaupun kita mampu untuk berbuat demikian.

Lihatlah apa yang dilakukan oleh Baginda SAW setelah pulang dari Thaif. Ketika di Thaif, beliau dilempar dengan batu oleh masyarakat di sana, najis dan sebagainya. Tetapi apabila malaikat datang kepada Baginda SAW, malaikat tersebut bertanya “Adakah engkau ingin aku terbalikkan bumi Thaif?” Baginda SAW berkata “Jangan berbuat demikian, cuma aku berdoa agar generasi mereka akan menerima Islam”.

Saya mengajak semua supaya mencontohi akhlak Baginda SAW ketika dizalimi. Doakanlah supaya Zambry diberi hidayah oleh Allah SWT. Ataupun kita berdoa supaya Allah SWT memberi kemenangan kepada Islam. Tidak kiralah sesiapa pun yang membawa Islam. Kalau Baginda SAW pun boleh bersabar dengan penghinaan sedemikian, kita ini baru sekelumit.

Adakah dengan ujian yang sedikit ini kita sudah mengeluh? Ketika di Thaif, Baginda SAW dilemparkan batu, sehingga berdarah. Termasuk kanak-kanak dan kaum wanita, turut sama menghina Baginda SAW. Kita hari ini baru sedikit untuk dibandingkan. Maka, pesananku kepada pembaca budiman, bersabarlah dengan tiga benda.

Iaitu bersabar dengan ujian, bersabar untuk meneruskan perjuangan dan bersabar dalam menghadapi musuh.

Salam Perjuangan

Dr Fikrah

9 comments:

  1. Ulasan saudara "Sekiranya Zambry itu dizalimi, maka bantulah beliau daripada terus dizalimi. Sekiranya beliau yang melakukan kezaliman, maka bantulah dengan menyekat kezaliman yang dilakukan. Sekiranya Nizar itu dizalimi, maka bantulah beliau daripada terus dizalimi. Sekiranya beliau yang melakukan kezaliman, maka bantulah dengan menyekat kezaliman yang dilakukannya"

    Memang benar, itulah hakikatnya bagi manusia yang beriman mesti menolong ke arah kebaikan.

    ReplyDelete
  2. Kalam tersebut berdasarkan kepada hadis Nabi SAW. Semoga kita menghayati hadis Baginda SAW

    ReplyDelete
  3. Kalam tersebut berdasarkan kepada hadis Nabi SAW. Semoga kita menghayati hadis Baginda SAW

    ReplyDelete
  4. "Kadangkala kita perlu berfikir untuk menyelamatkan Zambry"
    saudara ni Tuhan ke boleh selamatkan Zambry.

    ReplyDelete
  5. Penyelamat ada dua jenis. Penyelamat hakiki adalah Allah. Kita adalah penyelamat majazi.

    Contohnya, siapa yang buat proton saga? Adakah pekerja kilang, mahadet, atau Allah? Ni la namanya majazi ngan hakiki.

    Contoh lain, siapa yang bagi kita gaji? Bos kita atau Allah?

    ReplyDelete
  6. Maka, jawapannya ialah, Allah itu pemberi gaji yang hakiki, dan bos kita adalah pemberi gaji majazi

    ReplyDelete
  7. kalau beriman dengan hadis tu bermakna bukan kadangkala...

    takkan kadangkala pakai hadis tu ... kadangkala tak pakai...

    ambil iktibar kisah nabi saw dengan abu talib... kan ada dalilnya...

    ReplyDelete
  8. Inilah yang dinamakan sebagai furu'. Perkara furu' adalah perkara yang memudahkan dan luas.

    Contohnya, puasa ketika musafir. Kita boleh berbuka puasa, atau kita juga boleh teruskan berpuasa. Terpulanglah.

    Contoh yang lain, Nabi SAW sendiri memakai serban 4 warna. Kadangkala Baginda SAW memakai serban berwarna hitam, iaitu ketika pembukaan Mekah, kadangkala Baginda SAW memakai serban berwarna merah.

    Kadangkala berwarna putih, dan kadangkala berwarna hijau. Maka, terpulanglah kepada kita. Bukankah "kadangkala" itu banyak.

    Kedua-dua dalil betul. Samada hendak mendoakan hidayah, atau kecelakaan. Mendoakan hidayah lebih baik. Mendoakan kecelakaan, dibenarkan. Sila lihat artikel "kadangkala kita perlu juga doa supaya Zambry celaka".

    ReplyDelete
  9. kenapa kita perlu doakan kecelakaan ... sudahkah kita menyampaikan islam dengan jelas...?

    dalam kes umno vs pas ... permusuhan secara amnya jelas kerana politik...

    ReplyDelete