Tuesday, May 26, 2009

KADANGKALA, KITA PERLU JUGA BERDOA SUPAYA ZAMBRY CELAKA

Saya yakin, ramai yang akan melihat artikel ini bertentangan dengan artikel sebelum ini yang bertajuk, “Kadangkala Kita Perlu Berfikir Untuk Menyelamatkan Zambry”. Tetapi, hakikatnya, adakah anda perasan, di awal kedua-dua tajuk ini, saya tuliskan “Kadangkala”. Maka, bandingkanlah dan perhatikanlah mana yang sesuai bagi anda, samada anda ingin mendoakan hidayah kepadanya atau kecelakaan kepadanya.

Walaubagaimanapun, sepertimana yang telah saya sebutkan sebelum ini, seeloknya kita mendoakan supaya beliau diberi hidayah kepada Allah. Tetapi, kadangkala, kita melihat bahawa kezaliman yang dilakukannya perlu disekat. Maka, antara cara untuk menyekatnya daripada terus melakukan kezaliman ialah berdoa supaya beliau ditimpa celaka.

Contoh bentuk-bentuk kecelakaan yang ringan, kita berdoa supaya keretanya rosak di tengah jalan sehinggakan tidak dapat pergi menyebarkan fitnah. Ini kerana kita ingin menyelamatkannya daripada mendapat dosa menyebarkan fitnah. Ini kerana kereta yang rosak tidak menyebabkan dia menerima sebarang dosa, manakala sekiranya beliau menyebarkan fitnah, sudah pasti dia akan menanggung dosa yang teruk.

Maka, kita berfikir dengan sebaiknya, dan berfikir mengikut keadaan. Kadangkala kita berdosa supaya dia diberi hidayah, dan kadangkala kita perlu berdoa supaya dia diberi kecelakaan. Hakikatnya Allah SWT lah yang memberikan segalanya kepada Zambry, samada hidayah, atau celaka.

Kadangkala, apabila kita berdoa supaya beliau diberi hidayah, Allah akan menimpakan kecelakaan kepadanya, bahkan kecelekaan yang sangat teruk sehinggakan lumpuh contohnya. Maka, setelah beliau lumpuh, ketika itulah beliau akan sedar tentang kejahatan yang dilakukannya selama ini, lalu bertaubat kepada Allah SWT.

Maka, tidak perlulah kita tergesa-gesa berdoa kecelakaan kepadanya. Sesungguhnya Allah SWT itu Maha Adil. Kadangkala kita merasa tertekan, dan tertindas, tetapi ingatlah Allah itu Maha Adil. Kadangkala Dia sengaja membiarkan kita terus ditindas, tetapi hakikatnya Dia sedang menguji kecekalan kita untuk terus menghadapi penindasan tersebut.

Oleh itu, sedikit nasihat kepada dua jenis manusia, yang pertama kepada orang yang melakukan kezaliman. Berhentilah daripada melakukan kezaliman sebelum anda menerima azab Allah yang sangat teruk! Nasihat yang kedua kepada mereka yang dizalimi, bersabarlah menghadapi kezaliman. Bersabarlah dengan cara meminta pertolongan daripada Allah SWT.

Ketika waktu dizalimilah doa akan diterima. Maka peluang keemasan yang besar ini, berdoalah sebanyak mungkin. Berdoalah supaya dimurahkan rezeki, di mudahkan urusan, ditambahkan ilmu, dikurniakan anak dan sebagainya. Insya Allah doa orang yang dizalimi ini diterima oleh Allah SWT.

Salam Perjuangan

Dr Fikrah

1 comment:

  1. Macamana ni!!!!! nak mencelakakan orang pulak. Susahkan nak melawan iblis yang bersarang dalam hati kan Dr. Fikrah......

    ReplyDelete