Thursday, May 28, 2009

MANHAJ PERJUANGAN MENENTANG ISLAM?

Di dalam berjuang, pastinya terdapat rintangan, dan antara rintangan-rintangan yang bakal kita hadapi ialah “orang Islam yang memusuhi orang Islam sendiri”, atau lebih dikenali sebagai jemaah yang menentang jemaah, sedangkan mereka tahu bahawa perjuangan adalah satu. Artikel ini saya tidak berniat untuk menyatakan kepada UMNO.

Ini kerana UMNO sudah awal-awal lagi tertolak daripada dikatakan sebagai jemaah yang diperintahkan oleh Nabi SAW untuk kita berpegang dengannya. Inilah musuh pertama dan paling bahaya dalam meruntuhkan jemaah. Iaitu kewujudan jemaah yang kedua yang merasakan mereka lebih layak dan lebih sesuai daripada jemaah yang pertama, lalu mereka mengambil tindakan untuk menghancurkan jemaah yang pertama itu.

Realiti ini sudah jelas kelihatan. Kadangkala, terdapat jemaah yang merasakan bahawa perjuangan PAS adalah perjuangan politik yang kotor, lalu menubuhkan jemaah yang kedua kononnya mereka itu bersih! Kadangkala, ada juga yang mendakwa bahawa tarbiyah jemaah mereka lebih hebat, dan PAS tidak mempunyai tarbiyah.

Kenapakah saya menggelar mereka sebagai musuh pertama? Ini kerana mereka adalah orang yang sudah memahami erti perjuangan, dan erti jemaah. Cuma, yang kotornya pada diri mereka ialah dengki dan merasa jemaah sendiri hebat. Merasa perjuangan sendiri lebih hebat, lalu menentang perjuangan PAS. Inilah kesilapan yang paling teruk dilakukan oleh mereka.

Mereka juga berusaha untuk menjahanamkan PAS disebabkan PAS itu kurang tarbiyah. PAS itu salah manhaj dan sebagainya. Mereka mengatakan bahawa Nabi SAW tidak ajar umatnya berpolitik. Nabi SAW tidak ajar umatnya berpilihanraya dan sebagainya. Sebelum ini, sudah puluhan artikel saya menerangkan tentang pelaksanaan Baginda SAW dalam berpolitik. Tetapi mereka masih lagi berdegil, kononnya mereka lebih tahu.

Apabila diminta mengemukakan dalil, ditanya kita semula. PAS tidak pernah berkeinginan untuk menjatuhkan mana-mana jemaah, tetapi kenapakah mereka sedaya upaya menjahanamkan PAS? Kalau jemaah tersebut mempunyai dalil mereka sendiri untuk berjuang, maka teruskanlah dengan dalil tersebut. Tetapi anda jangan lupa, dalil itu bukan satu, dan kaedah berjuang bukannya satu.

Minta maaf saya sebut, di dalam menyebut tentang perkara ini, tidak perlu kita bermuka-muka. Ini kerana mereka sudah pun memahami, cuma tidak mengamalkan sahaja kefahaman tersebut. Adakah di dalam manhaj perjuangan mereka, menyuruh supaya menjatuhkan perjuangan Islam yang lain?

Yang peliknya, PAS juga menjadi sasaran mereka. Kenapakah kita tidak bersama-sama menghapuskan UMNO itu? Mereka menghujum PAS kerana kononnya kurang tarbiyah, tetapi mereka tidak sedar, kalau PAS tidak menang, UMNO lah yang akan menang. Mereka tidak punya platform untuk menzahirkan perjuangan mereka, tetapi mereka menghancurkan jemaah yang sudah menzahirkan perjuangan.

Inikah sikap yang diajar oleh manhaj perjuangan mereka? Sekiranya mereka merasakan jemaah mereka lebih baik dan sesuai, kenapakah sedaya upaya menghapuskan PAS? Kenapakah tidak berjuang menentang UMNO sahaja? Inilah kesilapan dalam berjuang yang perlu dijauhi. Semoga kita sama-sama istiqamah.

Salam Perjuangan

Dr Fikrah

10 comments:

  1. politik itu seni... nabi saw seorang yang bijak berpolitik... bukan berparti politik yang melampaui batas dan membuat kerosakkan...

    jangan mempalitkan keburukan kamu kepada insan yang kami cintai...

    ReplyDelete
  2. Inikah sikap yang diajar oleh manhaj perjuangan mereka? Sekiranya mereka merasakan jemaah mereka lebih baik dan sesuai, kenapakah sedaya upaya menghapuskan PAS? Kenapakah tidak berjuang menentang UMNO sahaja? Inilah kesilapan dalam berjuang yang perlu dijauhi. Semoga kita sama-sama istiqamah.

    MASIH SEMPAT MEMFITNAH UNTUK MELEPASKAN DIRI...

    KAMI HANYA MENYERU KEPADA ISLAM... KESEJAHTERAAN ... SELARI DENGAN SARANAN TG HAJI HADI MENGENAI KERAJAAN PERPADUAN... SARANAN YANG DIBANTAH OLEH INSAN2 "SUCI" YANG MERASAKAN DIRI MEREKA LEBIH BAIK DARI ORANG LAIN...

    ReplyDelete
  3. MELAYU DAN ISLAM BUKAN UNSUR-UNSUR YANG TERPISAH... IANYA SATU... DIPISAHKAN OLEH PENJAJAH UNTUK BERKUASA... DIROSAKKAN KEFAHAMAN MENGENAI KEDUANYA SUPAYA SALING BERTEMBUNG DAN SENTIASA LEMAH SUPAYA TIDAK MENJADI ANCAMAN...

    BANGUN LA DARI MIMPI... BERTAUBATLAH SEMENTARA PINTU TAUBAT MASIH TERBUKA...

    KEMBALILAH KEPADA ALLAH... KERANA KAMU YANG PERLUKAN ALLAH... SESUNGGUHNYA ALLAH TAK PERLUKAN KAMU...

    ReplyDelete
  4. jika kita sukar nak menerima teguran ... mustahil kita layak memberi teguran...

    ReplyDelete
  5. allah itu satu...
    agamanya satu...
    jalannya satu...
    umatnya satu...

    ReplyDelete
  6. “orang Islam yang memusuhi orang Islam sendiri”,

    mana ade orang Islam itu memusuhi sesama Islam... orang yang tak pernah masuk Islam aje yang cakap macam ini..
    Hati orang Islam itu telah disatukan oleh Allah. Ruginya saudara mengaku Islam tapi nikmat Islam tak dapat rasa.

    ReplyDelete
  7. Nak tanya pada Dr. Fikrah, tolong jawab ye...
    Bila dah mati nanti nungkar-nangkir tanya "SIAPAKAH IMAM KAMU"
    Banyak-banyak imam yang kita dah berimamkan mereka, agaknya nak pilih imam yang mana sebagai jawapannya ye!!!!

    ReplyDelete
  8. ISLAM adalah rahmat untuk seluruh alam... diperjuang oleh nabi-nabi dan umat2 mereka... diteruskan oleh ulama2 yang mewarisi perjuangan..

    kiblatnya sama...
    jalannya sama...

    al maidah:54. Hai orang-orang yang beriman, barangsiapa di antara kamu yang murtad dari agamanya, maka kelak Allah akan mendatangkan suatu kaum yang Allah mencintai mereka dan merekapun mencintaiNya, yang bersikap lemah lembut terhadap orang yang mukmin, yang bersikap keras terhadap orang-orang kafir, yang berjihad dijalan Allah, dan yang tidak takut kepada celaan orang yang suka mencela. Itulah karunia Allah, diberikan-Nya kepada siapa yang dikehendaki-Nya, dan Allah Maha Luas (pemberian-Nya), lagi Maha Mengetahui.

    ReplyDelete
  9. Siapa makan cili, akan terasa pedas. Apabila pedas, mereka akan panas, maka di sini kita boleh melihat beberapa orang yang kepanasan..

    ReplyDelete
  10. kenapa ...? Dr sudah panas ke... sabar tu separuh dari iman...

    ReplyDelete