Wednesday, May 27, 2009

BAGAIMANA MENGENALI ULAMA’ (Siri 2)

Sebelum ini kita mengenali ciri-ciri pertama mengenali ulama’ yang dikatakan mewarisi kenabian. Yang dimaksudkan dengan beramal dengan ilmunya, sebenarnya kita sendiri pun sudah tahu. Contohnya, seseorang yang sudah pun mengetahui bahawa mencuri itu haram, maka dia tidak mencuri. Ini adalah contoh yang paling mudah untuk mengatakan seseorang itu beramal dengan ilmunya.

Dia juga tahu yang mana dikatakan sebagai wajib, sunat, makruh dan sebagainya. Apabila mereka mengetahui tentang sesuatu hukum tersebut, mereka menyuruh orang melaksanakannya, dan mencegah daripada perkara yang haram dilakukan oleh manusia. Hakikatnya perkara ini jelas. Contohnya, Sure Heboh, kalau sebelum ini diharamkan, tetapi apabila dilakukan oleh Zambry, MB sendiri, tidak pula ditentang.

Bagaimanakah pula cara-cara lain untuk mengenali ulama’? Perkara ini disebut di dalam oleh al Habib Abdullah bin Alawi al Haddad di dalam bukunya, Nasihat Agama dan Wasiat Iman. Anda sendiri boleh dapatkan terjemahannya dalam Bahasa Malaysia di kedai-kedai buku. Di dalam buku tersebut disebut sebagai cara (bab) mengenali ulama’ yang beramal dengan ilmunya.

Antara yang disebut ialah, bertawadhu’ (rendah diri), tidak mencari kemewahan dunia, mensedekahkah apa yang ada di tangannya, menyuruh orang lain kepada perkara yang baik, dan mencegah kemungkaran, menjadi pembimbing kepada kebenaran, berakhlak mulia dan banyak lagi. Anda sendiri boleh membacanya.

Saya rasa perkara ini sudah dapat difahami dengan jelas. Jarang terdapat seseorang yang sukar untuk membezakan di antara ulama’ dan bukan. Dari segi naluri saya, saya sendiri mengakui bahawa Tok Guru Nik Aziz dan Tok Guru Haji Hadi adalah mereka yang dikatakan sebagai ulama’. Ini kerana mereka mempunyai sifat-sifat sebagai seorang ulama sepertimana yang telah disebutkan.

Anda juga boleh bandingkan mereka dengan Masyitah Ibrahim, dan Pirdaus yang dikatakan sebagai ulama’ oleh mereka. Selain daripada mereka berdua, saya tidak tahu, siapakah lagi yang dikatakan ulama’ dalam UMNO. Bahkan saya juga merasa janggal dan pelik, kenapakah Mufti Perak sendiri mendiamkan diri apabila Zambry melaksanakan Sure Heboh.

Bahkan beliau yang sebelum ini dihormati kerana lantang bersuara, tetapi telah mengatakan Nizar sebagai bugho. Sedangkan langsung tidak sesuai dengan mengatakan bugho kepada Nizar, kerana tiada satu perkara pun yang sama dengan bugho, terdapat pada Nizar. Kalau Nizar dikatakan sebagai bugho, Zambry lebih sesuai untuk mengatakan begitu kepadanya.

Tetapi hakikatnya, Zambry juga tidak patut kita labelkan sebagai bugho, apatah lagi Nizar. Entah, anda boleh bandingkan sendiri, adakah Mufti Perak juga ulama’ yang mewarisi kemuliaan sepertimana yang disebut dalam hadis atau tidak. Saya sudah meletakkan beberapa kaedah ringkas untuk mengenali ulama’, maka anda ukurlah sendiri.

Salam Perjuangan

Dr Fikrah

1 comment:

  1. Dari segi naluri saya, saya sendiri mengakui bahawa Tok Guru Nik Aziz dan Tok Guru Haji Hadi adalah mereka yang dikatakan sebagai ulama’. Ini kerana mereka mempunyai sifat-sifat sebagai seorang ulama sepertimana yang telah disebutkan.

    ITU DARI SEGI NALURI SAUDARA SEMASA HIDUP YANG DIBALUTI MACAM-MACAM URUSAN, TAPI YANG NYATANYA NABI TAK PERNAH MEWARISKAN APA-APA KEPADA MEREKA, JAUH SEKALI MEREKA INI DARI KETURUNAN NABI, APAKE HALNYA JIKA DAH MATI NANTI, APA YANG KITA SANGKA DIDUNIA INI SEBENARNYA TIPUAN SEMATA....NAK MINTAK BALIK KEDUNIA KE????

    ReplyDelete