Tuesday, April 14, 2009

MENGENALI FIRAUN KURUN KE 21

Kisah Firaun sudah dikenali ramai, dan sebuah kisah yang dibaca oleh anak-anak kita semenjak di kerusi sekolah lagi. Siapa tidak tahu tentang Firaun? Ya, dia adalah seorang pemerintah yang kejam, dan pernah mencabar Nabi Musa AS untuk membuktikan kuasa Allah. Cuma, di dalam artikel ini, saya tertarik dengan apa yang pernah diceritakan oleh Ustaz Ismail Kamus, di dalam sebuah forum.

Ketika zaman Nabi Musa AS, terdapat 3 orang kuat yang banyak menghentam Nabi Musa AS. Iaitu, Firaun sebagai pemerintah tertinggi Mesir, Haman sebagai penasihat Firaun, dan Qarun sebagai sumber kewangan Firaun. Ketiga-tiga orang ini, saling bantu membantu untuk melenyapkan dakwah Nabi Musa AS.

Firaun yang berkuasa di Mesir telah melakukan kekejaman dan kezaliman terhadap penyokong-penyokong Nabi Musa AS. Manakala Haman pula, bertindak sebagai pengatur strategi bagi memudahkan urusan Firaun. Dan sekiranya Firaun memerlukan wang, Qarun akan datang membantu. Siapakah Firaun, Haman dan Qarun di zaman ini? Fikirlah sendiri.

Siapakah Firaun di Malaysia? Mudah sahaja untuk mengenalinya. Iaitu golongan pemerintah yang bertindak zalim, kejam, menyekat daripada tersebarnya Islam dan menafikan kebenaran al Quran. Al Quran sudah tersergam untuk dijadikan perlembagaan, telah dipelecehkan oleh mereka. Islam merupakan agama Allah, telah disekat, dan segala saluran untuk menyampaikan Islam dihentikan.

Siapakah pula Haman di Malaysia? Mudah sahaja untuk mengenalinya. Iaitu golongan yang menasihat pimpinan, supaya membuat sesuatu kejahatan. Mereka cuba menghasut supaya kebenaran Islam terpadam di Malaysia. Dan mereka berusaha di belakang tabir, supaya ulama’-ulama’ Islam ini ditangkap dan dianiaya.

Siapakah pula Qarun di Malaysia? Mudah sahaja untuk mengenalinya. Iaitu golongan yang memberi peruntukan kepada pemerintah, supaya Islam dapat disekat. Mereka memberi peruntukan kepada jentera BN di pilihanraya. Mereka juga memberi peruntukan kepada pemerintah supaya berusaha menghancurkan PAS di Malaysia.

Hakikat ini telah pun dibaca oleh anak-anak kita semenjak di bangku sekolah lagi. Mereka sudah mengenali siapakah Firaun, Haman dan Qarun kurun ke 21, yang sedang berada di Malaysia. Firaun menunjukkan kekuasaannya mematikan seseorang. Di Malaysia pula, Firaun versi Malaysia ini, menunjukkan kekuasaannya menyekat sumber kewangan seseorang, dan menangkap orang yang tidak bersalah!

Firaun ini berkata “aku mampu lakukan apa sahaja, kuasa berada di tangan aku”. Sama seperti Firaun di zaman Nabi Musa yang berkata… “Aku adalah tuhan yang mempunyai kekuasaan”… Tetapi malangnya, Firaun tersebut mati kelemasan di Laut Mati! Inilah balasan bagi mereka yang menolak agama Allah. Ambillah iktibar wahai yang berakal!

Salam Perjuangan

Dr Fikrah

No comments:

Post a Comment