Monday, April 13, 2009

KITA BUKAN MEMERANGI UMNO SAHAJA! (Siri 2)

4. Syaitan yang menyesatkan

Allah SWT berfirman
. Sesungguhnya syaitan itu musuh bagi kamu, maka anggaplah ia benar-benar musuh (Surah al Fatir : 6)

Malangnya, masih ada orang yang menjadikan syaitan itu sebagai sahabat perjuangan, bahkan matlamat perjuangan mereka ialah apa yang diingi oleh syaitan. Iaitu mereka menyekat daripada tersebarnya Islam!

5. Nafsu yang meransangnya

. Aku tidak membebaskan diriku (dari beban dosa) kerana nafsu sering menyuruh yang buruk (Surah Yusuf : 53)

Ya, nafsu sering menyuruh supaya seseorang itu membuat kejahatan. Dan ada dari kalangan hambaNya juga yang menjadikan nafsu ini sebagai tuhan mereka. Oleh itu siang malam, mereka asyik menuruti perintah nafsu mereka, yang menyuruh mereka membuat kejahatan.

Lihatlah pengajaran daripada penulisan ini. Kita selama ini menyangka bahawa musuh kita hanya syaitan sahaja. Rupa-rupanya masih ada lagi musuh kita. Bagaimana pula dengan kenyataan UMNO yang mengatakan bahawa “PAS bergabung dengan orang kafir dan menentang orang Islam sendiri”?

Sebelum ini, telah dinyatakan bahawa antara musuh kita ialah “orang kafir yang memerangi”.. tetapi hakikatnya DAP bukanlah orang kafir yang memerangi. Mereka ialah kafir zimmi yang perlu dilindungi hak mereka. Adakah “orang kafir yang TIDAK memerangi” adalah musuh kita juga?. Tidak disenaraikan…

Tetapi, apa yang disenaraikan ialah “orang yang mengaku beriman, yang dengki kepada orang beriman yang lain”. Adakah golongan ini adalah UMNO? Orang yang dengki boleh difahami dengan sifat sombong mereka. Mereka tidak suka orang mukmin lain menjadi pemimpin mereka. Mereka gilakan kepimpinan tersebut.

Oleh itu, mereka bersungguh-sungguh menjatuhkan PAS supaya kedudukan mereka sebagai pemimpin itu dikekalkan. Bolehkah mereka dikatakan sebagai golongan yang kedua, iaitu munafik? Mereka mengkhianati amanah…. Mereka sebagai pemimpin, telah merampas hak rakyat, isu tanah dan banyak lagi. Adakah mereka layak bergelar munafik? Fikirlah sendiri

Salam Perjuangan

Dr Fikrah

No comments:

Post a Comment